Thursday, November 13, 2014

Karenah Anak-anak

Lately ni, sejak musim hujan yang mencurah-curah area KL ni, anak aku dua orang yang dah besar gor jor huk (mak aku kata dalam dialek kelate dia) menjadi-jadi lak kencing waktu tidur.

Bila tidur, dua budak besar tu memang aku pakaikan diaper sebab diorang ni tidur adalah tidur terus tak nak bangun. Sedangkan bangun pagi pun susah, apatah lagi nak bangun malam nak pi kencing kat toilet.

Yang jadi problem sekarang ni, walaupun pakai diaper tapi still basah tilam. Bila basah tilam maknanya kita ni kenalah menukar cadar tiap-tiap hari. Nasib kurang baik pulak bila sekarang ni dah la musim hujan. Rumah kita lak rumah kotak yang tak de ruang terbuka nak jemur cadar-cadar tu.

Ada masa jemur, tak de sape yang nak angkat jemuran waktu hujan..dah basah dan berbau semula cadar-cadar tu.

 Cadar dah jadi langsir kat ruang tamu

Anak-anak aku ni pesen dia tidur meniarap belaka tak terlentang atau mengiring macam kita kan. Kecik-kecik dulu tak nak lak tidur meniarap, dah besar macam ni syok pulak agaknya tidur macam tu. Bila dah tidur meniarap, automatik diapers tu akan penuh kat depan je. Lalu bocorlah membasahi tilam dan juga mengotorkan baju.

 Pemandangan dalam bilik pulak. Tengok betapa banyaknya baju budak berdua ni pakai untuk 2 hari

So, kerja aku tambah pulak sekarang ni. Mendobi baju dan cadar setiap hari. Datang pulak perangai anak ikut abah dia yang suka tukar-tukar baju. Dari balik taska pukul 6.00 petang tu, nak boleh ke tidur dua tiga pasang baju tukar.

Si Aisy boleh terima lagi la..dia just tukar dua pasang je. Si Amni yang aku tak tahan. Suka sangat tukar baju sampai berpsang-pasang baju. Bila basuh tangan je habis baju basah nak tukar baju lain. Rasa tak cantik pakai baju tu, tukar baju lain. Nanti bangun pagi baju basah kena air kencing, tukar baju lain.

Geram punya pasal asyik dok tukar baju, baju dia aku lipat tak letak dalam tong baju. Aku simpan dalm beg je. So, dia tak tahu baju dia kat mana dan jadi kerja pulak dia pergi punggah semua baju dia dalam tong tu nak pilih mana nak pakai.

Dah bertambah kerja mengemas balik baju yang dah siap dilipat. Baju yang kering nak lipat tu pun dah tinggi gunung nak berlipat. Ni tambah lagi. Stress mama tau dengan perangai korang ni.

Dah besar dua budak ni ingat boleh tenang-tenang tapi tak de nyer. Dua budak ni tak gaduh tak sah. Kalau kakak baik, adik cari pasal. Kalau adik ok, kakak lak dengki tak hengat. Kadang Amsyar pun  direbutkan.  Ni belum Amsyar besar lagi ni, tak tahu apa perangai pulak budak kenit yang seorang ni.

Aisy lak dah besar ni makin menjadi-jadi mengamuk dia. Setakat coklat cadbury tu sanggup menangis dalam kereta dari Bentong sampai ke Sungai Klau waktu nak balik kampung minggu lepas. Dua minggu lepas, dia mengamuk pasal komputer waktu Cik Su dia nak exam SPA.Sehari lepas tu, mengamuk nak phone C.Su dia pulak sedangkan C.De dia dah belikan tab baru lagi untuk dia.

Orang kata tak payah layan sangat, tapi tak dilayan naik bosan dengar dia menangis dan sepak-sepak orang tau. Tak tahulah bila dia tamatkan segala perangai buruk dia tu.

Tapi kalau time baik, oh so suwittt nyer la mereka berdua tu. Bergelak ketawa di atas katil berdua ntah apa cerita. Berpegang tangan sambil berlari-lari, berpakaian harus sama macam kembar, berjam-jam cubaan menghancurkan sebuku sabun mandi atau sebotol shower gel dalam bilik air.

Dari suwitttt dan tak suwittt, banyak yang tak suwittttt nyer. Banyak yang bunyi nangis si Amni bila kalah dalam perebutan kuasa gitu.

Sudah besar panjang tapi sampai hari ni pun budak berdua ni tak start mengaji muqaddam lagi. Aisy dia ada belajar Iqra' kat kindy tapi itu pun baru sampai huruf 'Ro' pada hal sesi sekolah tahun ni pun dah nak habis. Kat rumah pun tak nak sambung baca Iqra' tu asyik dok mengeja bahasa dengan starter words tu je.

Amni pulak tak tahu apa nak cakap. Nampak macam slow sikit. Dia yang slow atau Aisy yang terlebih pick up. Nak kata dia slow pun tak boleh, dia baru je 3 tahun bulan Okt hari tu, tahun depan sekolah tapi umur baru 3 tahun dua bulan...hahahaha..rasa macam kelakar lak..tu yang mak aku tak bagi hantar dia ke kindy. Tapi kesian kat dia, at least bila dia pergi kindy, dia ada new friends and have something new to learn.

Anak bujang kita lak dah besar panjang dan makin bulat. Kuat minum susu lembu sebab dah tak berapa suka susu mama yang di pam. Susu yang di pam tu terpaksa la peram je dalam peti ais, agak-agak tak de tempat nak letak, kita terpaksa la lupuskan je yang lama. Nak stop pump, nanti dia nak direct feed dah tak de susu pulak. Masih lagi dengan hobi aku panggil mengempe...sape tak tahu bahasa apa aku pakai sila faham-faham sendiri ye.

Sudah makin malas nak merangkak sebab sudah pandai duduk. Dulu bukan main lagi nak merangkak, tiba-tiba pandai duduk, asyik la duduk je. Sayang badan la katakan...kalau merangkak macam kelakar sebab dia lebih engsotkan kaki dia sebelah kiri tu. 

Sudah pandai tuang susu yang tak habis minum ke merata tempat. Kat nursery sasaran dia atas bouncing dan kat rumah atas tilam. Mulut tak bising sangat tapi kalau datang bising tak nak berhenti. Panggil kakak-kakak dengan 'huh..huh..huh'. Sangat suka menegur kakak-kakak dia. 

Kakak-kakak awak lak jenis suka main ngan awak, tapi main kasar tu. Ingat awak baya diorang agaknya. Tapi kak Aisy awak dah boleh harap la tolong jagakan awak sementara mama nak masak. Budak ni paling tak suka duduk dalam walker, lebih suka dibiarkan sahaja bebas di atas lantai.

Tak suka permainan sebab lebih sukakan buku kak Aisy atau paper abah. Tak suka teether tapi suka lebih suka gigit kunci kereta mama. Pergi klinik langsung doktor bagikan dia wooden spatula yang macam batang aiskrim tu tapi besar sikit. Kejap je dia gigit pastu dia cari kunci jugak yang sedap.

Rasa sangat-sangat stress tau bila mengadap perangai anak-anak dan jugak kerja rumah yang bertambah-tambah. Penat kerja, penat drive tak habis lagi, bila sampai rumah tambah stress. Tapi kalau diorang tak ada, hai sunyilah rumah. Bila la boleh duduk rumah dengan goyang kaki ditambah dengan duit masuk berkoyan-koyan. Perlukah masuk itu MLM?????Kui kui kui..jangan marah orang yang ada MLM...saya gurau je...

Note : Teringat waktu kecik-kecik dulu. Kami empat adik beradik tak de la bergaduh macam Aisy & Amni. Mak pun tak de la terjerit-jerit marahkan kami macam aku yang jadi tarzan tiap-tiap hari. Tapi kami sangat takut dengan arwah abah. Nakal-nakal jugak, tapi dalam masa yang sama takut woi dengan abah. Tapi anak aku sikit pun tak takut abah dia. Kami lak yang ikut cakap diorang..   

3 comments:

  1. Aisy & Amni sebijik mcm Khayla & Khadeeja. Tak sebulu langsung. Hari2 gaduh, main pukul2 jerit2.. Aku pun tinggi suara bila dorang gaduh. Pasal kencing mlm tu, trick aku ialah paksa Khayla kencing dulu sblm tido. Lagi2 la budak 2 org ni tido nak pakai aircond padahal hujan kat luar. So far Alhamdulillah wpun lepas dia pegi toilet tu dia menyusu sebotol susu lagi, dia takde kencing mlm2. Fiza aku suggest ko beli dryer yg harga 400 tu, mmg berbaloi time hujan2 ni. Ko pun tak de la stress je lebih2 lagi anak2 ko suka tukar baju. Tak pun klu dia suka citer Frozen tu ko beli baju princess tu confirm tak nak tukar baju lain dh mcm si Khayla tu. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khayla & Khadeeja pun gaduh gak ke tapi diorang nampak macam sweet je. Mesti khayla jadi macam kakak-kakak marahkan adik kan!
      Budak2 ni memang sebelum tidur dah kencing siap2, kadang dengan sebotol susu tu aku pun pelik macamana diorang boleh kencing banyak. Sungguh tak faham sebab aku dulu tak de la macam tu. Amni dulu boleh dikatakan tak kencing malam sebab diaper dia kosong je bila pagi, tapi sekarang dah ikut jejak Aisy pulak. Diorang ni dah besar makin banyak pulak kencing dari waktu kecik dulu. Menyesal pulak tak pakaikan cloth diaper macam hang. Nak start kat Amsyar dah malas pulak.
      Dryer tu hang beli kat mana? Bukan hang beli kat expo ke? Rasa macam ada entry dalam blog hang kan. Nanti aku kena cari gak la. Sekarang ni KL hujan je, Bintulu ok tak? Hari tu ada puting beliung kan! Tempat hang ke?

      Delete
  2. Bintulu pun hujan skrg ni, nsb baik ada dryer klu tak mmg x kering la lampin Khadeeja tu. Yup puting beliung tapi kecik je. Camane pulak ye, dah kencing sblm tido pun boleh terkencing lagi mlm2. Hmm.. Klu camtu terpaksa la ko jgn bagi dorg minum byk 3-4 jam sblm tido.

    ReplyDelete