Wednesday, December 31, 2014

Selamat Tinggal 2014

Hari ini hari terakhir untuk tahun 2014 dan aku harap juga tahun ni cepat lah berlalu pergi supaya Tahun 2015 datang dengan cahaya yang lebih baik.

Bagi diri aku, tahun 2014 ni banyak pahit berbanding manisnya. 

Bermula dengan January, satu perasaan yang sangat teruja sebab anak pertama kita akan mulakan life baru dia di kindy. Dia tak berapa suka sebab tak kenal kawan lagi, tak suka uniform GA yang macam pelik sebab pakai seluar dengan baju kembang tu. Dan amat mendukacitakan bila aku terpaksa berperang dengan dia dalam masa sebulan jugak sebab susah nak bangun pagi satu, tak nak pakai uniform sekolah pun ye. Harap 2015 ni, Amni tak la macam kakak dia. 

Bulan Mac. satu perasaan yang sangat2 menggembirakan sebab akhirnya impian untuk memiliki anak lelaki tercapai. Alhamdulillah. Semoga Muhammad Harith Amsyar akan menjadi pelindung kepada kakak-kakak ok. Paling best jugak sebab birth date dia beza seminggu je dengan kakak Aisy dia. So, jimat budget I di situ. heheheh...

Bulan April pulak, hidup penuh dugaan. Awal bulan dalam keadaan berpantang di KL, diduga dengan keadaan catuan air di sekitar Lembah Klang. Seksanya bila guna air kena jimat cermat. Sampai mandi pun kena sekali sehari je sebab tak de tempat nak simpan air banyak-banyak. Lebih utamakan keperluan air tu untuk anak-anak je.

Hujung bulan April tu jugak kami di khabarkan dengan berita yang sangat sedih, pakcik aku di Kelantan telah kembali ke rahmatullah. Aku tak sempat pun jumpa dia sebab waktu dia masuk hospital tu aku tengah pregnant 3rd semester, so aku tak berani la nak jalan jauh. Akhirnya, tak sempat jugak jumpa jenazah bila sampai KB tu diorang dah pun kebumikan arwah. 

Julai, terpaksa berkampung di hospital Selayang selama satu minggu sebab Amsyar demam tak kebah-kebah. Bulan puasa pulak tu. Terpaksa la menghabiskan banyak annual leave di situ. Waktu tu jugak la negara di gemparkan dengan berita pesawat MH17 ditembak jatuh. Aku ingat lagi waktu tu aku tengah tidur, tapi aku mimpi sesuatu yang memeranjatkan, bila tersedar aku terbaca msg kat hp husband aku kata kapal terbang MAS jatuh. Huhuhu...sedihnya kan...

Raya tu jugak buat pertama kali kami sekeluarga beraya di Perak, berjaya memujuk Aisy untuk pergi dan bermalam di rumah nenek disebelah husband aku. Tapi berlaku drama di petang menjelang waktu berbuka puasa tu. Nasib juga dia boleh berkompromi sehingga Rizal berjaya berhari raya bersama mak dia. Hehehe...kalau tak, kami dah beraya di KL tahun ni.

Bulan Oktober, buat pertama kali sejak aku berkahwin kami sekeluarga tidak melakukan ibadah korban. Sengaja untuk bercuti, berhari raya dan berehat. Namun ujian Allah tu datang lagi, rumah mak aku terbakar di bahagian dapur ketika kami sedang enak diulit mimpi. Maklumlah, sudah penat berhari raya di siang hari di samping majlis birthday Amni dan open house, kami sungguh kepenatan. Alhamdulillah, Allah telah mengejutkan aku dari tidur dan mengajar aku supaya sentiasa berjaga-jaga walaupun dalam tidur. Kalau tak, kami semua sudah rentung agaknya. Alhamdullilah, Allah bagi kami peluang untuk perbaiki diri lagi.

Aku berharap tahun 2015 akan beri satu harapan baru pada aku untuk mulakan sesuatu yang baru terutama dari segi kerjaya dan aku masih mengharapkan aku dapat bekerja sendiri berbanding bekerja dengan orang lain. Senang nak uruskan anak-anak, itu je pada fikiran aku.

Kepada semua, selamat tahun baru 2015. Kepada rakyat Malaysia terutamanya, semoga kita tabah mengharungi segala kedukaan tahun 2014. Berharap tahun 2015 tiada lagi isu kemarau hingga menyebabkan krisis air, hujan sehingga banjir besar, industri penerbangan yang hampir meranapkan sektor pelancongan negara kita. 

#2014yangmenyedihkan
 

Wednesday, December 24, 2014

Indahnya Hijau


Kita mulakan entry kali ni dengan gambar supaya keindahan ini kekal hijau dan terus mewangi seperti lagu Akim, Mewangi. Apa kaitan???? Baik, saya yang merepek...

Indah rupanya bila rumah kita ni diserikan dengan bunga rupanya. Barulah hari ni aku tau. Bukan setakat indah, anak-anak aku terutama Aisy sangat suka.

Tapi bunga di atas bukan lah terus menapak di tingkap rumah ku, tapi di letakkan sementara dan sekarang telah selamat berada di daerah yang agak tinggi juga dari aras laut iaitu rumah mak aku di kampung.

Baik...cerita sebenarnya adalah permintaan aku kepada Rizal untuk bawa aku ke nursery di area Sungai Buloh pada awal bulan hari tu. Tapi dia tak nak bawa, huhuhu..

Niat di hati nak cari bunga Daisy sebab tiba-tiba rasa kosong je rumah, rasa macam tak cantik je. Puas aku guna pak cik google blogwalking cari tempat bunga murah. Baru ku tahu rupanya di Kampung Melayu Sungai Buloh tempatnya. 

Akhirnya hasrat aku tercapai gak ke sana bila kami dalam perjalanan pulang menghantar adik ke airport pagi Ahad tu. Kami menjelajah tempat tu mencari nursery, memang banyak tapi tak tahu kenapa tutup. Sebab Ahad ke?

Dalam mencari aku teringat rumah cousin aku, so kami ke sana. Dalam perjalanan tu, memang kawasan tu dipenuhi dengan tempat semaian rumput. Mak aku dah macam nak beli je, tapi dilarang oleh Rizal. Nasib baik di situ...

Sebab cousin aku tak de, Rizal ni jalan lagi ke atas hingga jalan mati di situ tapi ada tempat tapak semaian. Depan jalan penuh dengan pokok bunga ros yang agak tua dan lama dan tak cantik dah. Mungkin di buat 'ibu' atau 'baka'. Jauh ke dalam kelihatan di atas bukit satu tempat semaian dan aku rasa itu adalah tempat semaian anak pokok bunga ros. Waktu tu mak aku tak nak pulak bunga ros ni. So, kami patah balik dan singgah di satu nursery ni.

Nursery ni kecik je, macam baru pun ada. Tak banyak pilihan pokok yang ada dan rasa macam agak mahal juga. Dijaga oleh 3 orang Bangla yang tak boleh bagi diskaun langsung.

Kebetulan sampai hujan lebat turun. Ingat nak suruh Rizal yang pegang Amsyar, tapi dia yang meluru masuk dulu. Eh eh eh..kau ni kenapa bang???? Siapa yang nak beli bunga ni...Rizal kata mahal la kat sini, bunga Daisy pun tak de. 

Tiba-tiba 'Mokcik" ni turun dari kereta aku, apa jua benda pun dia pandai kecek mintak murah. Dapat lah 4 pokok bunga ros di atas dengan harga RM25. Mokcik ni cakap dah murah la tu, tapi di hati dia geram tak dapat tawar RM5 sepokok. Mokcik mokcik...dah selamat pun bunga tu di rumah mokcik. 

Lain kali kita pergi satu hari betul pusing-pusing cari bunga.  Tiba-tiba rasa macam nak tanam bunga di rumah ku dan juga membuat lanskap baru di homestay mak. Tu projek tahun depan lah.



 

Friday, December 5, 2014

Genius Aulad : Registration & Fee 2015

Next year aku ada dua anak yang akan bersekolah di Genius Aulad. Aisy di kelas 5 years, yang Amni lak di kelas 4 years. Mula-mula nak tukar jugak ke Brainy Bunch sebab ada full day session kan, dah malas nak susahkan adik ambil diorang tapi sebab fikir kesian lak Aisy kena tukar sekolah. Nak biasakan dia dengan kawan baru lagi. Lagipun kindy dia ni pun ok, kita teruskan saje la.

Untuk info GA branch Bandar Sri Damansara, open day untuk new parents adalah esok (Sabtu, 06 Dec 2014, 9.00 am). So mana-mana parents yang berminat nak hantar anak ke sana, silakanlah dengan cepatnya ke sana ok.

Bagi yang nak tahu details berkenaan fee GA ni, kat sini aku details kan untuk korang ok!!!

Booking
Registration    RM 100.00

Admission Fee
Administration   RM 240.00
Material             RM 448.00
Events                RM 180.00

Untuk new parents, total fee kena bayar untuk open day esok adalah RM 968.00 tapi tidak termasuk uniform (RM 38.00 per pair), starter word series book (RM 6.90 per book) , bijak bahasa (RM 5.90 per book) dan Iqra' (RM 15.00 per set).

Bagi monthly fee pula adalah RM268.00 (January - November). December tak payah la sebab budak kan tak sekolah. Tapi Dec la kena standby duit banyak sebab nak bayar untuk next year punya fee pulak.

Untuk existing parents macam aku walaupun ada anak yang akan masuk kelas 4 years tahun depan, kami di beri tempoh akhir bayar all fee pada 27 Dec 2014. Advantage pada existing parents saje la.

Orientation day untuk 4 years ni akan di adakan pada 27 Dec 2014 (Sabtu). Mak pak semua boleh datang bawa anak-anak ke GA, kenal dengan teacher dia, kenal dengan new friends, kenal dengan kelas dia supaya 07 Dec start sekolah tu dia dah biasa (tak macam Aisy. Satu minggu, minggu orientasi tu dia buat problem. Sampai sekolah pun tak nak pakai uniform.

Kalau anak masuk GA ni, tak payah la nak susah payah sediakan dia pencil color ke, pencil case ke, even sebatang pencil pun tak payah sebab GA akan sediakan. Semua tu kita dah bayar dalam fee (Material). Cuma kena prepare beg sekolah sebab nak bawa buku yang beli tu, baju spare sepasang takut anak terkencing dalam kelas bagi yang dah free diaper tu, dan yang penting botol air. Tak bawa pun tak pe, diorang ada snack time. Cuma kalau bawa air sendiri, dalam kelas boleh minum ye tak.

Ok, ini saje info yang saya nak bagi. Anything, terus direct call atau datang je GA yang berdekatan dengan anda.

#sayabukanpromotergeniusaulad

Update : 07 Januari 2015
Sesi persekolahan sekolah di tangguhkan sebab banjir, so sekolah tadika ni pun tidak terkecuali juga. Aku pulak tak dapat msg daripada Puan Ati, tetapi terniat nak telefon petang semalam. Oh, rupanya next week baru start sekolah. Bila balik semalam inform Aisy dan Amni, diorang sedih sebab dah excited nak pergi sekolah hari ini.

Thursday, December 4, 2014

Restoran Nasi Berlauk Wau Bulan & Taman Metropolitan Kepong

Buat kali keduanya aku jejakkan kaki ke sini. Kalau dulu datang bertiga je, tapi kali ni kami datang berlima. Sudah hampir empat tahun rasanya tak jejak kaki walaupun tiap-tiap hari aku lalu jalan ni.

Kali ni datang dengan misi berkelah di taman padang yang indah tapi tak la pagi sangat kami pergi. Setelah keluar rumah seawal jam 9.00 pagi, pergi ke Selayang dalam misi mencari Restoran Nasi Berlauk Wau Bulan.

Dengan salah jalan masuknya, dengan kena beraturnya, kami sampai ke taman tu dalam pukul 10.00 lebih. Banyak juga kereta telah bergerak keluar meninggalkan perkarangan parking. Mungkin mereka datang seawal pagi untuk jogging dan exercise kot.

Misi kami, cari port bawah pokok, bentang tikar menghadap padang main layang-layang tu. Buka semua makanan yang dibeli sebab masing-masing dah lapar.





Jom kita review apa yang aku beli dan rasa makanan yang aku beli kat restoran beratur tu.

Nasi dagang, Nasi Kerabu Kuning, Gulai Ikan Tongkol, gulai ayam, gulai telur dan laksam. 



Rasa nasi adalah sangat sedap tapi untuk gulai-gulai tu kurang mantap sikit. Macam tak cukup rempah sikit. Kalau untuk melepaskan rindu nak makan masakan kelantan tu boleh la. 



Laksam pula rasa dia ok la. Dari struktur laksam tu, lebih cantik dan sedap laksam akak yang jual kat pondok area depan rumah aku tu.

Kalau nak rasa makanan kat restoran tu, boleh pergi ke Selayang. Supaya tak tersesat macam aku, korang pergi ke arah stadium bola tu kan, pintu masuk stadium (kanan), belok kiri. Jalan terus, ada simpang tiga area shoplot tu. Nampak maybank hujung belah kiri, korang turn kanan. Restoran tu berhadapan dengan kfc je.

Macam-macam ada, Nasi dagang, nasi berlauk, nasi minyak, nasi kerabu, laksam, nasi impit+sate, roti canai, kuih muih, lontong...boleh pilih nak makan apa. harga pun berpatutan.

Balik semula cerita kat taman tadi. Bila perut dah kenyang, anak-anak berlari ke tempat permainan. Sakan la jugak diorang main sampai letih agaknya. Aku je la yang layan Amsyar membebel seorang diri. Ntah apa yang dia bebelkan pun tak tahu. Mungkin geram sebab dapat rasa nasi dagang tu sikit je sebab kak Aisy makan sampai habis.



Bila dah puas main, masa untuk habiskan duit pulak. Abah dia dengan seronoknya membeli buih sabun untuk anak-anak. Bukan setakat beli yang tiup tu satu seorang, dia beli lagi satu botol buih sabun sahaja untuk extra katanya.





Tiba-tiba datang pulak budak muda ni buat bisnes air sabun yang jenis celup tali je dalam besen. Pun Rizal beli satu bekas. So, total untuk buih sabun sahaja hari ini adalah RM 18.00 dan total makan yang dibungkus adalah RM22.50. Segala jumlah perbelanjaan sahaja untuk pagi ini adalah RM 40.50. Ish..ish ish...





Nasib baik niat hati nak ajak Rizal ke nursery bunga tidak terkeluar oleh anak tekak aku ni. Kalau tak, melayang lagi duit membeli barang yang pantang nampak ni. Sebab anak-anak semua penat dan mengantuk, kita balik tidur je la. Maknya pun ngantuk gak

 

Wednesday, December 3, 2014

Kuala Lumpur : Muzium Negara & Planetarium Negara

Cerita ni sambung cerita jalan-jalan lepas show Aisy Sabtu lepas. Kita cerita 'baling belakang' je kekdah nya dalam blog ni.

Plan sebenar adalah ke MAHA 2014 tetapi cuaca agak panas nak bercampur hujan, so decide jalan-jalan kat KL je. 

Kebetulan habis je show GA, kami keluar auditorium tu dah nak start show sempena Pameran Evolusi Senjata dan Kemanusiaan Sedunia. 

Ingat nak duduk tunggu kat situ tapi anak-anak aku tak berminat nak tengok. Diorang takut lagi ada la.

Apa yang ada di pameran tu? Dari mata rambang aku tanpa melihat info2 yang ada...

1. Ada 3 biji machine gun jenis dan model apa tak tahu yang diletakkan atas ruang pameran. Orang ramai boleh pegang, angkat, acu senjata nak action menembak pun boleh.

2. Aku ternampak macam ada sumpit tapi tak pasti dengan mata kasar sebab sekilas pandang je.

3. Ada helikopter selepas gerbang pintu masuk betul2 di hadapan pintu masuk Muzium.

4. Ada kereta kebal luar pintu gerbang kat area park kereta.

5. Ada pasukan khas polis / tentera aku tak pasti tapi aku rasa dua-dua sebab berdasarkan baju. Diorang ni pakai topeng hitam, baju kalis peluru macam korang tengok dalam cerita2 action tu. Badan masing2 memang sador la kan. Pegang pulak machine gun ke hulu ke hilir. Mau anak aku tak takut. Terus aje balik.

Gambar ada tapi dalam kamera so lambat sikit upload picture ok. Ni layan dulu gambar aku kredit dari fb muzium negara je dulu.







Destinasi seterusnya adalah Masjid Negara untuk solat Zohor dulu dan isi perut yang lapar. Review Masjid Negara tak de sebab tak jalan-jalan pun kat sana. Hanya husband saje yang bersembahyang kat sana, itu pun sebab dia kata dah umur 36 tahun tapi tak pernah masuk pun Masjid Negara tu. Pergilah cik abang ooii..malu kalau orang tanya cakap tak pernah pergi sana.

Memang hajat nak bawa budak-budak ni masuk ke sana, tapi cuaca agak panas, aku pun dah malas nak keluar bawa mereka ke air pancut dan Tugu Negara tu.

Area bukit tu kan macam-macam tempat menarik ada. Ada Taman Burung, Taman Rama-Rama, Taman Orkid tapi kami pergi ke Planetarium Negara.

Planetarium Negara ni kalau nak pergi banyak sangat arah jalan nak masuk. Tapi kami masuk ikut jalan Taman Burung (kiri), terus lagi sampai jumpa Memorial Tun Abdul Razak (kanan), jalan terus lagi sebelah kanan ada pintu masuk ke Planetarium Negara.



Parking free dan boleh pilih mana yang kosong. Ada yang dekat, ada yang jauh. Tapi kami bernasib baik ada parking betul2 di hadapan lobby/ pintu masuk. Alhamdulillah.

Masuk ke dalam ruang pameran adalah free tetapi untuk show adalah berbayar. Sila rujuk laman web Planetarium Negara ok. www2.angkasa.gov.my/planetarium/ 

Apa yang ada di ruang pameran? Aku mulakan dengan apa yang aku tengok je ye sebab bawa anak kecik kan. Bukan boleh sangat baca info yang ada kan. Alasan je kau jah..dasar pemalas membaca cakap je lah.. Hehehe

Pertama aku ajak budak-budak ni tengok 'The Red Planet". Dari apa yang aku tahu la, "Planet Merah"/Mars ni dinamakan planet merah sebab dari jauh planet ni nampak seakan-akan kemerah-merahan. Ini disebabkan oleh kandungan besi(III) oksida di permukaan planet. Info selanjutnya minta google sendiri ye. Itu je takat pengetahuan aku yang cetek sains ni.




Pastu aku ke section "Anti Gravity Room". Kat sini anak2 aku memang suka sangat la. Boleh merasa berdiri dalam keadaan yang tiada graviti tapi tak de la sampai terapung-apung dan yang penting ada slide kat situ.



Aku try masuk bilik anti graviti ni, dan dari apa yang aku rasa la kan, bila kita berdiri tu macam tak stabil. Macam tak boleh nak berdiri tegak. Kebetulan pulak bilik tu dibentuk dalam keadaan yang senget, mungkin juga disebabkan itu kita tak boleh nak berdiri dengan stabil. Betul2 free graviti dari pemikiran aku yang cetek sains adalah boleh terapung. Hahaha..betul2 cetek sains kah aku????

Kalau layan anak sampai tempat tu tutup pun diorang nak main slide tu je. Tapi kami ke section apa yang angkasawan guna di angkasa lepas.



1st, kita tengok tandas dia. Dari info dia kata kat angkasa lepas lebih kepada pam pembersih dari tandas. Nak guna macamana, kita tanya Syed Muzaffar ok?



2nd, kita tengok rak eksperimen aktif. Ni dia eksperimen rumput untuk tumbuh kot. So, nampak aktif, boleh hidup la tu kot. Ciptaan Allah kan, Subhanallah, kita tak tahu. Tanya lah pada yang buat eksperimen.



3rd, ni lah Soyuz Capsule. Ada la gambar dia tunjuk cara nak duduk dalam soyuz capsule tu. Aku teringat waktu Syed Muzaffar nak balik ke bumi tu kan, tak tahu kat mana soyuz tu akan jatuh. Diorang ni dah bersedia dalam apa jua bentuk mukabumi yang mereka akan landing.






Ok, itu saje info yang aku dapat. Banyak yang tak dapat sebab anak-anak tak puas hati lagi nak main slide dalam anti gravity room. Kita layankan je.



 

 
 
  

Tuesday, December 2, 2014

Little Ihtifal 2014 - Show Case

Alhamdulillah..

Hari Sabtu yang lepas majlis Little Ihtifal 2014 untu Genius Aulad Bandar Sri Damansara telah selesai. Tahniah kepada anak-anak yang dah convo hari tu dan good luck untuk sesi persekolahan yang baru nanti.

Disebabkan Jumaat tu ada lagi preparation kat sekolah diorang, adik aku tolong tanyakan pukul berapa sepatutnya ada kat sana. 8.30 pagi katanya. 

Kami pun awal pagi sudah bersiap. By 8.00 am kami dah ada dalam kereta stand by nak gerak dah. Kami ke Muzium Negara ikut Tol Penchala dan Lebuhraya Sprint, terkejut sebab 10 minit tak sampai kot kami dah terpacak kat tempat parking.

Rizal ni ada sedikit penyakit sengal kalau petak parking banyak kosong. Dari satu petak ke satu petak dia masuk park kereta. Bila tak puas hati, keluar cari yang lain pulak. Boleh cenggitu??? 

Paling dia hot bila aku kata aku tertinggal tiket masuk. Hahaha..nasib baik la bila telefon teacher Aisy, dia kata just masuk je sebab kat dalam tu pun free sitting je.

Sebenarnya 9.30 pagi baru pendaftaran pelajar, tak ke kematu punggung kami duduk dalam kereta. Tapi tak pe la, Amsyar tidur. Aisy pun baru nak breakfast.

Bila kami rasa awal lagi, kami jalan-jalan luar Muzium Negara tu. Kan cantik sebab ada macam-macam kenderaan zaman sejarah tapi anak-anak aku tak nak bergambar kenangan. Sejak badan dah tak cantik ni, sejak asyik berdukung budak kecik yang menyebabkan tudung senget benget ni, aku pun dah malas nak ambik gambar sendiri. Rasa macam tak cantik. Tak tahu lah pulak bila masa aku cantik pun masa dulu elok je ambik gambar.

Kami lepak je dalam dewan. Ada jugak parents yang sampai awal macam kami sampai. Tapi tak ramai pun. Kami boleh pilih tempat mana nak duduk.

Mula-mula duduk kat seat tengah-tengah sebab macam boleh nampak semua kan. Tapi bila Amsyar dah tak nak dipegang-pegang, Amni dah mula panjat sana-sini, aku duduk seat yang paling atas dekat bilik controller tu. Lantak bergasaklah wahai dua anak ku yang ingin bebas merangkak, menonggeng, meniarap, memanjat bagai. Aku dah tak koser.



Majlis start dalam pukul 10.00 lebih macam tu. Dimulakan dengan ucapan founder, majlis convocation, then baru la show budak-budak ni.

Sementara nak start show tu, diorang ni pasang lagu semut yang pakai baju soldier tu. Gigih aku cari semula lagu ni kat youtube untuk Amsyar tau. Nah aku bagi korang dengar. tajuk lagu ni "The Ants Go Marching"



Amsyar bukan main terlompat lompat lagi bila dengar lagu ni. Sebelum tu dia dah bosan giler kot. Semua tak kena walaupun dilepas bebas.





  
Untuk show Aisy, aku tak ambik gambar pun sebab tak de kamera yang canggih kan, kita ada compact digital camera je. Sebab dewan pun gelap je, kita rakam video je untuk Aisy tengok. Nak tunjuk la yang kami ni tengok show dia sebab dia kata dia tak nampak mama pun. Ini pun nasib lah Rizal sporting nak gi ambik gambar, kalau tak mana lah dia nak layan semua ni. Tapi anak dia kan, mestilah excited. 


Thursday, November 27, 2014

Genius Aulad : Report Card Pick-Up Day (RCPD)





Genius Aulad (GA) Bandar Sri Damansara ni untuk 2nd term RCPD dia buat pada 22 Nov yang lepas. Dah start cuti sekolah pun. Untuk Aisy, sesi dia adalah pada 10.30 - 10.40 am dengan teacher Nur Nabila.



Untuk 1st term hari tu awal sikit, pukul 9.30 - 9.40 am. Ni lewat kami pergi, lambat la kami sampai ke Putrajaya sebab dah plan nak ke Karnival Upin Ipin pulak.

Secara keseluruhan untuk prestasi Aisy.... dia adalah sangat amazing sebab pencapaian adalah melebihi had umur sepatutnya.

Mari kita semak prestasi dia.








For info, GA ni bukan exam oriented, so tak tahu la siapa dapat nombor satu, siapa yang dapat nombor last. Apa dapat A,B,C dan D. Dia just ada 3 level je, Working Skill (WS), Good Progress (GP) dan Competent (C).

Bila anak kita teacher dia tanda kat WS itu maknanya kena bagi lebih perhatian. Macam Aisy, 1st term memang banyak jugak la WS terutana motor skill dia. Alhamdulillah, 2nd term ni dah ok.

Aku bab anak-anak ni, aku tak paksa apa2 pun kat rumah. Nak belajar ke, nak main ke, nak sepah ke, buat lah suka hati, kata rumah ku syurga ku kan..tapi kalau sepah tak kemas memang aku hangin. 

Bila semua tak paksa, termasuklah bab belajar pun aku tak paksa. Tak paksa nak pegang pen ke, nak pegang color ke, cuma bila pegang aku ajar pegang dengan betul. Cuma nak dengar dengan tak nak dengar je. Sebab diorang ni keras kepala, degil tak nak dengar kata, diorang je yang betul. SO..ikut suka lah wahai anak...nanti korang dah besar korang mesti pandai punya.

Bab nak membaca pun aku tak paksa. Sebab aku takut diorang ni boring. Kat kindy, umur 4-6 tahun belajar yang sama. Nanti naik darjah satu pun nak strt balik dengan basic. Aku takut diorang sangat bosan nak ke sekolah.

Walau tak memaksa, tapi aku tengok Aisy ni jenis suka nak belajar sesuatu. Terutama bahasa Inggeris. Dia suka bertanya makna kalau dia tak faham. Tak kisah la bahasa melayu atau bahasa Inggeris. Secara keseluruhan, dia tak ada masalah dalam dua bahasa ni.

Yang ada masalah sekarang adalah dari segi agama. Walaupun hantar ke kindy yang Islamic, tetapi dia tak berminat nak solat di rumah walaupun bacaan sudah hafal di sekolah. Tak berminat amalkan doa walaupun semua doa harian sudah hafal di sekolah. Tak berminat nak mengaji di rumah walaupun disekolah sudah boleh membaca Iqra'. Tak pernah langsung nak practice tulisan jawi.

Hari tu dah cakap dengan dia, tahun depan kena start mengaji Muqaddam. Aku nak dia belajar macam aku belajar waktu kecik2 dulu. Dulu mana ada Iqra' tapi aku umur 7 tahun dah habis baca Muqaddam. Umur 10 tahun aku dah habis Al-Quran. Dia 5 tahun pun tak start apa-apa lagi. Ilmu dunia ni kenalah seiring dengan ilmu akhirat ye dak. Kurang2 bila aku dah tak de, rajin dia sedekahkan ayat2 suci al-Quran untuk aku.