Showing posts with label Filem. Show all posts
Showing posts with label Filem. Show all posts

Friday, May 22, 2015

Filem "Aftershock"

Dah lama sebenarnya tak layan cerita cina sejak wujudnya pengaruh korea dalam industri hiburan ni. Tapi malam tadi tiba-tiba tertengok pulak filem 'Aftershock' ni.



Korang pernah tengok tak? Siapa belum tengok aku sarankan sangat2 korang cari lah cerita ni dan tonton la wei. Sedih dari mula sampai akhir. Aku rasa habis baju aku basah buat lap air mata je malam tadi. Ke aku je yang emo?



Filem ni mengisahkan tentang sebalik kejadian gempa bumi yang berlaku di daerah Tangshan, China pada tahun 1976 yang memusnahkan hampir keseluruhan bandar dan meragut nyawa hampir 240,000 orang. Kalau salah sila betulkan fakta aku ye.

Filem ni mengisahkan sebuah keluarga yang mempunyai sepasang anak kembar tapi ibu dia nampak lebih sayangkan anak lelaki.

Ketika kejadian gempa bumi tu aku rasa malam kot sebab filem tu hitam putih je, cuma aku agak malam sebab anak-anak dia ditinggalkan kat rumah dan tidur. Diorang suami isteri keluar bekerja mungkin sebagai buruh.

Bila gempa bumi tu berlaku, diorang suami isteri memang berlari ke rumah nak selamatkan anak mereka, tapi gempa bumi tu terlalu dahsyat dan terlalu cepat. 

Bangunan rumah diorang runtuh dan dua anak dia ni sebenarnya selamat bawah runtuhan cuma kalau nak selamatkan kena pilih salah seorang je. 


Waktu ni suami dia dah meninggal sebab tanah bumi dah merekah, so dia nak anak dia dua2. Dia menangis nak dua2 anak dia tapi sebab dah lama sangat dia tak buat keputusan, orang yang nak tolong angkat runtuhan tu nak pergi tempat lain pulak. 

Terus dia pilih anak lelaki dia sedangkan waktu tu anak perempuan dia masih sedar dan mampu menggerakkan tangan lagi sambil mengetuk batu. Yang lelaki tu macam dah tak sedar.



Bila dah keluarkan yang lelaki, diorang ambik jugak yang perempuan tu. Tapi semua orang ingat dia dah mati dan ditempatkan di sebelah mayat ayah dia. 


Ibu dia pulak terpaksa berjalan sambil mengendong Fang Da ni untuk dapatkan bantuan. Fang Da ni macam dah nyawa2 ikan dah pun. Dia selamat tapi kehilangan sebelah tangan.


Dengan kuasa Tuhan, Fang Deng tu sedar dari pengsan dan berjalan tanpa arah sehingga seorang tentera yang selamatkan dia dan diletakkan di kem.


Sepasang suami isteri yang berkhidmat sebagai tentera tu sangat sukakan Fang Deng sebab dia comel. Diorang ambik budak ni jadi anak angkat.

Dalam masa yang sama berlaku perebutan antara mak Fang Da dan keluarga belah suami (mak mertua) untuk menjaga Fang Da. Cucu lelaki kan, diorang mesti nak. Oh..sedih sungguh bab ni. Bukan bab ni je, sepanjang cerita lah sedih.

Fang Deng ni besar penuh dengan kebencian terhadap ibu dia, sebab tu dia tak pernah cakap pada keluarga angkat tentang family dia, nama dia sebenar, dan segalanya tentang masa lampau dia. Walaupun dia dah dewasa, dia tak pernah nak cari mak dia atau jejak kaki ke Tangshan. Sedangkan mak dia tunggu roh dia balik pun tak balik2. 



Dia terjumpa dengan adik dia dalam satu kejadian gempa bumi. Diorang berdua ni jadi sukarelawan. 

Akhirnya adik dia bawa balik dia ke Tangshan jumpa dengan ibu dia. Mak ai..sedih gila lagi waktu ni. Kalau part diorang pergi kubur dia tu, lagi sedih. Tapi akhirnya diorang bersatu juga dalam satu family.

Moral of the story, mana ada mak yang tak sayang anak. Tapi bila dalam keadaan terpaksa, bila terpaksa membuat pilihan satu je dari dua, mungkin la keputusan tu dipengaruhi sedikit dengan rasa sayang lebih. Sedangkan nabi pun ada anak yang dia paling sayang, apatah lagi kita ni.

Tapi aku minta sangat jangan lah Allah tu uji aku dengan bagi pilihan kat aku untuk pilih satu aje dari tiga harta aku tu. Aku biar hilang segala, janji aku nak 3 orang anak aku tu ada dengan aku. Sudahnya semalaman aku menitis air mata sampai bengkak mata aku pagi ni.

Thursday, August 29, 2013

Filem Tanda Putera

Last week tak ingat hari Sabtu or Ahad ada tengok preview filem ni kat RTM tapi tak ingat TV1 ke TV2. Macam best je cerita ni. Walaupun preview, aku sampai mengalir air mata gak la tengok part2 yang sadis tu.


Tengoklah..sepatutnya tayang 13 September 2012 tapi kontroversi punya pasal tunda sampai setahun. Alhamdulillah, sempena kemerdekaan ni kita boleh tengok cerita ni

Sinopsis ni aku ambik dari wikipedia.

TANDA PUTERA merupakan sebuah filem yang menceritakan kisah menurut pendapat pengarah Suhaimi Baba mengenai persahabatan di antara TUN ABDUL RAZAK dan TUN DR. ISMAIL sejak tercetusnya peristiwa 13 Mei. Datin Paduka Shuhaimi Baba juga telah bertindak sebagai penerbit, pengarah dan penulis bagi filem ini. Filem ini juga membariskan pelakon seperti Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai dan Linda Hashim.

Filem ini mengisahkan tentang persahabatan yang akrab di antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak (lakonan Rusdi Ramli) dan Timbalannya, Tun Dr. Ismail (lakonan Zizan Nin) yang terpaksa berahsia serta mengetepikan masalah kesihatan yang dihadapi masing-masing bagi memulihkan keadaan negara ekoran daripada tercetusnya peristiwa hitam pada 13 Mei 1969. Tun Abdul Razak terpaksa menyimpan rahsia tentang penyakit leukimia yang dihidapinya kerana tidak mahu keluarganya tertekan. Beliau juga bimbangkan keselamatan negara pada ketika itu. Mereka berdua juga telah berkongsi doktor melalui Dr. Macpherson (lakonan Ali Steven Shorthose). Bilik bacaan di rumah Tun Dr. Ismail telah dijadikan klinik rahsia untuk rawatan mereka tanpa pengetahuan sesiapa termasuk kaum keluarga Tun Dr. Ismail sendiri.

Mereka memiliki aura yang kuat serta kecekalan dan keazaman mereka telah menangkap imaginasi pelajar seperti Zarah (lakonan Ika Nabila), tenaga pengajar Kara (lakonan Kavita Sidhu), dan seorang anak muda Zaman (lakonan Ahya U). Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail telah mencorakkan warna hidup warga muda seperti pelajar dan tenaga pengajar di institusi pendidikan tinggi ketika itu serta mereka yang bertugas di pejabat.

Apabila mengetahui penyakitnya akan membawa maut dalam masa dua tahun, Tun Abdul Razak bersyukur kerana rakan baiknya iaitu Tun Dr. Ismail yang juga dianggap sebagai orang kepercayaannya, bersifat jujur dan berintegriti akan dapat meneruskan rancangan mereka bagi pembangunan negara. Tun Abdul Razak juga yakin Tun Dr. Ismail akan dapat menunaikan janji untuk menjaga keluarganya nanti. Tetapi, apabila terjadinya perkara yang tidak disangka-sangka olehnya, Tun Abdul Razak mendapat kejutan besar yang hampir memudaratkan lagi kesihatannya. (Aku rasa part ni waktu Tun Dr. Ismail meninggal dunia akibat sakit jantung yang kronik kot. Tun mesti tak sangka sahabat dia pergi dulu dari dia sedangkan dia berharap sahabat dia ni yang akan jaga family dia nanti bila dia dah tak de.)

Beliau telah mula mengejar masa untuk melaksanakan pelbagai perancangan bagi menjamin kestabilan serta masa depan negara. Beliau terpaksa menghadapi pelbagai ancaman daripada pihak komunis yang menyasarkan pembunuhan pemimpin tertinggi daripada jabatan polis. Krisis ini telah menjadi teruk apabila berlakunya pembunuhan Ketua Polis Negara (lakonan Norman Hakim) diikuti pembunuhan Ketua Polis Perak, keadaan menjadi semakin meruncing.

Tun Abdul Razak telah mengambil langkah yang lebih berani dengan membina hubungan diplomatik dengan Republik China bagi melemahkan pengaruh komunis tempatan walaupun dia dikecam oleh kuasa barat dan negara sekutu. Dalam masa yang singkat, Tun Abdul Razak telah membawa rakyat yang miskin seperti keluarga Zarah dan Zaman untuk keluar dari tahap kemiskinan tegar. Tun Abdul Razak juga telah menanam semangat baru di dalam diri Zaman, Zarah serta rakan-rakan mereka.

Namun, perjuangan Tun Abdul Razak berakhir di sebuah klinik di London ketika rakan-rakannya di Malaysia sedang berusaha memenuhi permintaannya untuk berjumpa anak bongsunya, Nazir buat kali terakhir. Selepas itu, semua rakyat di Malaysia telah mengejar masa untuk menyediakan klinik udara bagi membawanya pulang ke tanah air.

Sebelum pengumuman filem ini, telah tercetus kontroversi tentang ketepatan kandungannya selepas penayangan perdana berhubung dengan rusuhan 13 Mei. Ahli parlimen pembangkang mendakwa bahawa filem ini menggambarkan kaum Cina dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) dalam konteks yang negatif.

Selain itu, timbul lagi kontroversi selepas halaman rasmi facebook filem ini memaparkan satu gambar ahli parlimen, Lim Kit Siang sedang dibawa jauh oleh sekumpulan pegawai beruniform dengan kapsyen dibawahnya yang mendakwa bahawa beliau telah membuang air kecil pada bendera Selangor yang terletak di rumah bekas Menteri Besar Selangor, Harun bin Idris. Lim Kit Siang menafikan dakwaan itu dan berkata bahawa gambar tersebut sebenarnya diambil di Sabah pada tahun 1984, manakala pengarah Shuhaimi Baba menafikan bahawa Lim Kit Siang dipaparkan dalam filem itu. Shuhaimi Baba mempertahankan filem itu dengan mengatakan bahawa ia adalah berdasarkan kepada fakta-fakta sejarah yang benar serta bukan berunsur propaganda. Shuhaimi Baba juga menegaskan bahawa filem itu berkisar tentang persahabatan antara Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail, manakala insiden 13 Mei adalah peristiwa atau garis masa yang berlaku sepanjang perkenalan mereka

Aku dah tengok facebook Tanda Putera ni..ramai lah yang comment kereta Merc yang dipakai untuk scene pembunuhan Ketua Polis Perak tu tak ada waktu zaman tu la..pembunuhan kat panggung wayang tu ada nampak cctv la..peka betul kan orang yang suka comment ni.

Tapi kan waktu aku tengok preview filem ni, waktu diorang shoot memang la rasa macam kelakar je sebab situasi sekarang kan dengan color2 tapi sebab dia nak kembali ke zaman 70-an tu, lepas edit nampak macam real lak. Hope apa yang orang komen2 kat fb tu tak nampak la waktu dalam filem nanti.

Eh..bukan nanti la..hari ni dah start tayang. Hati memberontak nak pergi ni..tapi macamana nak pergi aku pun tak tahu. Nak tinggalkan dua budak kecik tu. Pastu takkan nak pergi seorang diri lak..husband aku non patriotik punya orang lo..tambah dia tahu aku akan sadis2 dalam panggung tu..tak kuasa dia nak melayan...oh..tolong lah aku..aku nak tengok cerita ni..

Wednesday, December 22, 2010

Lagenda Budak Setan............

Emmm...thumbs up untuk penulis cerita ni..Ahadiat Akashah..I love so much this storey...since aku budak2 sekolah lagi aku dah baca buku ni...

Dulu buku dia kuar dalam banyak version..1st, budak setan,cerita zaman sekolah..yg 2nd, budak setan II..cerita kat Universiti  tak silap aku...dah tak ingat sangat novel dia tapi aku masih lagi ingat part2 yang sedih..

Bila Budak Setan dibukukan menjadi Lagenda Budak Setan, aku teringin sangat memiliki novel yang teramat tebal tu..aku ingat lagi, waktu tu ada pameran buku kat DSI, UTM waktu aku study kat sana..baru 1st year kat U waktu tu..teringin memilikinya tapi aku berbelah bahagi untuk memiliki buku 50 Wasiat Untuk Wanita Daripada Rasulullah SAW...sudahnya, aku tolak novel Lagenda Budak Setan. Lepas pada tu, aku dah tak jumpa pun novel tu sampai sekarang...

Bila Lagenda BUdak SEtan difilemkan, teringin nak tengok tapi takut perasaan hampa bila hasil filem tersebut tak seindah dalam novel...pelakon? Aku rasa sangat sesuai Farid Kamil - Kashah & Lisa Surihani - Ayu..walaupun skrip dan cerita asal masih lagi Ahadiat Akshah yang buat, tapi aku tak yakin..tunggu CD je la....

Dan akhirnya, aku berkesempatan menonton DVD Lagenda BUdak SEtan...sedih betul cerita tu kan..cuma kurang menarik coz LIsa Surihani dah tak de bila dia dah ubah muka...huhuhu...tapi bila dah sampai situ, mula la rasa sedih je..bercucuran lah air mata aku..terlalu emosi kah aku atau cerita tu memang sedih? Aku pun tak tahu..husband aku rileks je tengok....

Kenapa aku buat entry ni? bila sekarang ni aku kat office aku terdengar lagu Gio- BIla Cinta....huhuhu..rasa macam nak nangis....jom layan lagu ni....

Lirik Lagu – Gio – Bila Cinta

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu
Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Ternyata memilih
Cinta yang fana
Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu…
Dalam harapan