Friday, March 20, 2015

Bunga Dari Cameron Highland

Sejak akhir-akhir ni minat lebih kepada benda-benda yang berwarna-warni, menjadikan aku pencinta kepada bunga-bunga yang ada.

Kebetulan ke Cameron Highland bulan lepas dan berpeluang ke pasar malam di Brinchang, aku 'terbeli' pokok bunga pulak kali ni.

Ada peniaga berbangsa Cina tu la offer lebih2 kat aku, aku cuma nak tengok je tapi sebab termakan pujukan peniaga tu, maka aku pun terbeli pokok Bunga Kembang 3 Bulan atau Bunga Siti Zubaidah, Bunga Lavender (Cameron Highland) dan bunga yang satu ni aku tak tahu nama dia.

Kenapa aku boleh terbeli? Sebab tauke gerai tu tawar aku harga 3 pokok RM30. Sebenarnya aku nak pokok bunga Ros tapi dia tak bagi pulak. Bunga2 lain boleh, tapi kalau nak ambik pokok Ros dia tak bagi. Tu yang terambil bunga yang tak tahu nama ni.

Bunga Kembang 3 Bulan ni dulu2 waktu aku kecik memang mak aku ada tanam dalam pasu. Tapi tak tahu la sebab apa dah tak ada, mungkin dah mati kot.



Aku banyak juga baca info berkenaan bunga 3 kembang bulan ni. Ada yang kata color bunga dia bergantung kepada ph tanah. Aku pun dah google jugak tentang warna bunga ni, warna dia memang ada pelbagai variasi antara purple-biru-pink. Ada jugak aku baca tu kata bunga ni kalau dari Cameron tak akan hidup lama kalau tanam kat tempat kita yang suhunya tak sama dengan tempat asal dia. Tak pe la, lepas ni kita tengok bunga yang aku beli ni boleh hidup berapa lama.

Terpedaya dengan cakap tauke tu, aku terbeli jugak pokok bunga Lavender ni. Aku ingat betul2 Lavender sebab sama macam kat Lavender Farm tu kan, rupanya hampeh. Yang ni bukan Lavender kot cuma color je sama tapi spesis ni tak de bau. Lavender kan sangat wangi baunya. Tak pe la, janji bunga ni cantik, cuma aku tak tahu la dia boleh hidup ke tak kat rumah mak.



Husband aku kata dia jumpa bunga ni banyak kat Bukit Antarabangsa, hidup je walaupun letak atas tanah. So, aku harap bunga ni akan bertahan sampai bila-bila. Aku ada masa nanti nak try ambik sikit anak2 pokok dia tanam atas tanah je. Buat macam pokok pagar tu. Tanam sepanjang jalan..kalau berbunga penuh mesti cantik.

Spesis bunga tak tahu ni tak tahu la jenis dan namanya apa. Tapi daun dia macam kan plastik je tau. Bunga ni satu je aku bawa balik dengan niat nak pindah kan dia ke pasu yang besar sikit tapi niat tinggal niat je. Macam ibarat janji tinggal janji la ni. Sudahnya bunga dia yang mekar dah pun habis luruh dan tengok lepas ni dia berbunga lagi ke tak. Aku akan berusaha juga mencari nama sebenar dia supaya aku boleh melabelkan nama dia di pasunya.

Gambar ni aku search dari google tapi sebiji la macam ni

Ok, setakat ini dulu update pasal 3 pokok bunga ni. Nanti akan menyusul update yang berseries-series untuk pokok-pokok ni sehingga lah tamat riwayatnya. 

2 comments: