Tuesday, March 17, 2015

Happy 1st Birthday Boy

12 March hari tu genap umur Amsyar satu tahun. Tiada sebarang majlis sambutan sama ada di nursery mahu pun di rumah. Tiada juga acara makan2 di luar bersama keluarga.

Disebabkan desakan kakak Aisy yang asyik mengulang ayat tak ada kek ke untuk Amsyar, kami beli saje la yang kecil di kedai kek berhampiran rumah.

Bukan tak nak sambut atau buat majlis untuk dia, tapi kami dah plan buat majlis sambutan bersama keluarga di rumah mak pada hujung minggu lepas sekali dengan birthday kakak Aisy.

Birthday boy masih tak pandai nak tiup lilin tapi yang pandai nak pegang api lilin je. Adik boy dah boleh jalan macam anak ketam yang jalan senget-senget, pastu jatuh. Gigih bangun semula dan berjalan kembali. Tak ada lagi nak merangkak macam sebelum ni. 

Kurangnya aktiviti merangkak memberi kebaikan kepada kami sebab dia tidak lagi mengutip semua benda di atas lantai dan masukkan ke dalam mulut. Kalau jumpa makanan dia tak makan tau, dia suka makan sampah2 je. 

Usia satu tahun Amsyar masih belum boleh memanggil kami dengan 'mama' dan 'abah' tapi dia boleh panggil 'tak' = kakak, 'tek' = cat & ayam, 'nak' = hendak. Kalau dia makan, kita cakap 'nak', dia akan suapkan makanan tu ke mulut. ohh..so sweet my boyfriend seorang ni. 

Suka pulas telinga abah dan juga budak lelaki lain. Kalau jumpa hanger dia ketuk hanger dan marah siapa yang tak layan dia. Tapi kalau kita kata 'sayang', ooohhh..dia akan cium pipi kita tau. Paling suka adengan sayang dengan kak ngah Amni. Cukup manja dengan kakak-kakak dan suka berguling-guling atas badan kakak.

Umur sudah satu tahun tapi gigi baru sebatang. Suka menggigit bibir dan lidah mama supaya mama menjerit, 'aduh, sakitnya' dan dia boleh berulang perbuatan tu sampai bibir aku dah bengkak dek gigitan sebatang gigi dia tu.

Dari mula lahir sampai umurnya cukup satu tahun, tak pernah tak sakit. Tak pernah sihat betul2 sihat yang tak perlu kami bawa dia jumpa doctor. Dua kali terpaksa tangguh suntikan imunisasi sebab tak sihat. Bermula dengan kuning, demam, batuk, selesema, muntah, cirit birit, dan sakit mata melengkapkan dia ke umur satu tahun. Alhamdulillah kami tidak diuji dengan kesakitan yang lebih dari kemampuan kami untuk hadapinya.

Adik Amsyar,
Selamat ulangtahun yang pertama buat anak mama yang gelap seorang ni...
Semoga panjang umur Amsyar dan mama juga supaya mama boleh sambut birthday adik tiap2 tahun...
Semoga adik jadi anak yang soleh yang boleh mendoakan kami bila kami tiada nanti...
Semoga adik jadi seorang hero sebab adik seorang je anak lelaki mama dan abah yang boleh kami harapkan untuk lindungi kakak-kakak adik bila kami tak ada nanti...
Oh my sweet pumpkin, I love so much...

No comments:

Post a Comment