Showing posts with label Homestay. Show all posts
Showing posts with label Homestay. Show all posts

Wednesday, September 21, 2016

Empangan Klau, Raub, Pahang

Empangan Klau ni kalau kami ni penduduk Lembah Klau dah dengar cerita dari kami kecik-kecik lagi tau. 

Datang lah dari satu kumpulan ke satu kumpulan juruukur tanah, jurunilai harta tanah dari tahun 1990an sampai la ke tahun 2000.

Rupanya company tempat husband aku kerja ukur tu memang last batch yang final ukur tanah rupanya. Last diorang buat kerja-kerja kat situ dalam tahun 2006 kot..

Ingat dah tak jadi..rupanya jadi. Menurut husband aku, pelan asal memang hampir keseluruhan termasuk kampung kami tu tenggelam. Lepas tu diorang rendahkan lagi sehingga kampung kami tu jadi sebuah pulau. Last adjust...tak kena pun. Cuma kawasan sekitar sungai dan kebun kelapa sawit je yang ditenggelamkan.

Arwah abah aku dan orang kampung aku semuanya mengusahakan tanah rizab di tebing-tebing sungai dengan menanam pokok buah-buahan terutama koko dan durian. Kebun arwah aku sendiri berada di tepi jalan besar berhampiran jambatan di kampung aku tu.

Kalau dulu sungai tu kecik je tapi sentiasa mengalir. Sungai tu tempat kami mandi dari kecik sampai la besar kalau air paip tak de atau pun bila ikut abah ke kebun.

Dari setahun ke setahun kami tengok pihak kerajaan buat jalan sini, tutup jalan sana. Tutup jalan sana, buka jalan sini. Dalam hati dok fikir macamana la nak jadi empangan ni. Bukannya besar mana pun sungai tu nak alirkan ke empangan.

Kalau tak silap tahun lepas ke awal tahun ni, hujan lebat malam tu. Bila siang tu nak ke bandar Raub, nampak kebun abah dah tenggelam dgn air tapi kali ni tak bergerak air tu. Itu biasa kalau kebun abah tenggelam kalau hujan lebat.

Sudahnya minggu berganti minggu, walaupun dah tak hujan, air tak mengalir dah. Malah air sungai dah jadi hitam dan busuk. Waktu tu bukan sahaja sungai kat kampung kami, tapi kampung di Felda Lembah Klau pun sama.

Orang mula bertenggek di jambatan merenung nasib sungai yang dah tak cantik. Hilang kenangan kami dan tempat nak mandi sungai dah lepas ni. Air rupanya dah mengalir ke empangan.

Bila dah jadi empangan, maka wujudlah satu hobi baru penduduk Lembah Klau iaitu memancing dan menjala ikan. Bukan setakat tu, ada jugak yang beli bot dan menjual hasil tangkapan. Tapi memang rare la ikan-ikan kat sini. Lubuk ikan bagi orang yang kaki pancing. Setakat nak jumpa Baung, Lampan yang besar-besar tu memang boleh dapat la. Tak tahu datang dari mana ikan ni.



Sekarang ni, empangan Klau ni dah start jadi tempat rekreasi la..boleh dah tambah dalam list bagi kaki pancing tempat nak memancing hujung minggu. Mana kaki pancing kaki pancing sekalian, meh la berkunjung ke kampung saya ni. Mesti puas hati bila dapat hasil nanti. 


Gambar kredit dari fb : Empangan Klau. Boleh search sendiri untuk tengok lebih banyak gambar

Monday, September 5, 2016

Musim Buah

Salam....

Sekarang ni kalau buka je fb hari-hari orang update gambar durian musang king kan? Dah dekat sebulan lebih jugak aku rasa durian musang king ni glamour. Sampai masuk Majalah 3 dan berita TV9 la kawasan kampung aku tu ...glamer jap Raub..



Cousin , founder Jelu Agro Farm


Disebabkan durian ni macam sedap je, kami adik beradik pun terjebak nak makan buah mahal ni. Tengok TV memang la harga sampai RM 50 / 60 sekilo, tapi sebab harga sedara-sedara dapat la harga RM 15.00 sekilo utk durian musang king dan 101 dapat la harga RM 10.00 sebiji je.

Musang King
Durian 101

Which one yang sedap? Ikut anak tekak aku 101 lagi sedap dari musang king. Ini anak tekak aku dan juga kami satu family la. Mungkin sebab 101 tu isi dia macam kuning lagi sikit dari musang king dan dia rasa lemak berkrim kan..memang terbaik la..tapi lagi sodap durian kampung dekat rumah arwah nenek aku tu.

Pulut durian

Dah lama sebenarnya tak ke rumah arwah nenek aku tu, rumah arwah pun tinggal sepi je atas bukit tu. Semua pokok buah pun kadang terbiar je tapi kali ni kebetulan durian hanya menjadi di sebelah Raub je, memang harga agak mahal walaupun durian kampung. Syok pulak bila secara kebetulan terjumpa dgn sedara mara yang mencari durian kat kebun ni. dapat la merasa durian fresh jatuh dari pokok dan dapt jugak merasa kena gigitan cinta dari nyamuk aedes ni.

Sekarang ni bukan setakat musim durian, tapi semua buah-buahan tempatan memang menjadi. Alhamdulillah, dulu arwah abah tanam pokok buah sekeliling rumah. Dapat la anak menantu makan buah ni. Tapi cucu tak makan pulak kecuali Amni seorang. Cuma diorang dapat enjoy memetik buah dari pokok walaupun tak makan.

Bekal bawa balik KL
Dulu nak ke kebun buah walaupun belakang rumah mak je, tapi agak semak sebab daun pokok koko penuh atas tanah. Macam bahaya jugak la takut ada cik ular yang jalan-jalan atas daun tu kurang nampak kan. Sekarang ni sejak menantu seorang Hajah Mekyah tu menjaga kebun, habisnya ditebang pokok koko sebab hasil dah tak ada sangat. Lagi pun tak ada orang nak kutip dan proses koko tu dah. Dulu aku rajin, sekarang aku dok dang..banyak kije..aku dang makang je..

Buah dokong - duku langsat
Bila dah terang benderang kebun buah, 3A tu tak boleh tengok langsung abah dia tukar uniform pakai seluar. Kalau pakai kain pelikat je tau la tak ke mana. Tapi kalau tukar pakai seluar tak kisah apa jenis seluar, panjang ke pendek, pakat dok berbelit kat kaki abah. Sama ada dapat round-round naik motor pi tengok air empangan, pergi tengok lembu, kambing, kera, dan bagi ikan makan kat sungai. 

Rambutan anak sekolah
Dua minggu ni terlalu excited dapat petik buah manggis sendiri dari pokok dan tolong pegang tali bakul sebab abah dia dok panjat pokok. Rambutan yang banyak-banyak tu pulak saje la Hajah tu ikat jual. Jual murah-murah je..satu ikat dalam RM 3.00 tak pun dua ikat RM 5.00. Daripada buruk je kat pokok, kita jual. Nak sedekah semua orang pun ada buah yang sama. Sama la jugak dengan buah dokong tu..terlalu banyak kita jual je murah-murah. Kalau rasa nak makan buah ni, jemput dan silalah datang ke rumah mak aku ya hujung minggu ni. Ye la..buah ni bukan boleh tahan lama sangat pun. Dah dua minggu masak kan, mungkin ni la minggu akhir boleh merasa lagi sebelum semua buah tu rosak.

Rambutan kuning

Sape-sape yang nak otw kelik kelate hujung minggu ni yang lalu ikut jalan alternatif mempaga lembah klau tu, jemput la singgah berehat makan-makan dulu ye. Tapi self services la panjat pokok ye. Sebelum tu roger-roger dulu aku ye...Kalau lalu ikut jalan besar dari bandar Raub ke Lipis ikut Gali tu boleh singgah di gerai cousin aku berhadapan dengan SMK Gali di Gali Tengah. Ada macam-macam jenis buah-buah tempatan di jual kat sana. Boleh dapat dengan harga kasih sayang je tak macam kat dalam TV tu.



Thursday, September 25, 2014

Bukit Gambang Resort City : Water Park

Hari ke-43 dalam pantang tu, aku ikut jugak mak aku berjalan ke Gambang gara-gara adik aku yang kerja gomen tu dah sewa homestay. Lagi pun dia nak bawa anak-anak aku gi main air kat sana la.

Kalau orang tua-tua yang banyak sangat dan kuat sangat pantang larang dia, mana ada boleh berjalan-jalan, keluar rumah jejak tanah pun tak boleh kan.

Tapi sebab Aisy dah sekolah tahun ni, lepas dua minggu pun aku dah balik KL. Naik pulak tangga tingkat 4, so aku rasa kali ni punya pantang tak pantang sangat la.

Balik semula cerita Bukit Gambang ni....

Adik aku sewa homestay ni bukan homestay macam kat kampung tu. Aku kalau sebut je homestay aku pun terbayang rumah kat kampung je. Kihkihkih..

Depan Bukit Gambang Resort City tu ada satu taman perumahan, rumah teres single storey. Kat sana memang ramai yang beli rumah tu untuk dijadikan homestay. Sewa pun tak mahal, semalaman cuma RM 150 ke atas la. Depends pada owner.

Rumah yang kami stay tu, ada tiga bilik, fully furnished, dapur masak pun siap ada minyak, gula bagai. Tinggal ko nak beli makanan basah je untuk dimasak sebab area sana kedai makan tak banyak choice. Tapi yang stay kat hotel tu tak kisah la kan. Ni pada sape yang nak percutian budget la...macam kami satu family...

Lagi pun kami memang tak boleh nak sewa hotel...anak-anak aku kejap kang dia keluar masuk bilik sebab dia kira nak dok skali dengan mak sedara dia. Tapi nak mama dia jugak. Pastu bab makan, anak-anak aku tak makan apa yang hotel sediakan, dia kalau makan nasi putih nak lauk ikan singgang/ telur dadar/bayam masak air..nasi lain macam nasi ayam, nasi lemak, nasi minyak kari daging tu makan la..tu je diorang makan, mee/mee hon, spagheti dan semacam lagi makanan lain tak makan. Macamana tu?

Disebabkan itu jugaklah aku jarang makan kat luar. Anak aku tak suka makan kat luar, dia suka makan dalam rumah / bilik je kalau stay hotel. Susahkan????

Balik cerita asal semula...kami bertolak awal pagi...tak la awal sangat sebab bawa budak kan...Lepas Subuh kami iaitu pukul 8.00 pagi...

Tapi Bukit Gambang tu tak jauh mana pun, kat Gambang je pun. Tiga jam dah sampai..lepas ambik kunci rumah, mandikan Amsyar, makan bekal dulu sebab tak breakfast lagi..terus pergi Water Park.

Untuk pengetahuan korang, kat sini tak boleh bawa makanan dari luar. Aku dah tahu tapi saje je isi sandwich letak dalam tupperware letak dalam baju2 dalam beg sandang tu tapi sampai sana dia suruh buka beg lak. Dia tak la keluarkan semua isi beg tapi tupperware kan keras, so dapat rasa.

Terpaksa keluarkan sandwich tu and tinggalkan kat pintu masuk. Apa yang boleh bawa masuk cuma semua makanan untuk baby je. Macam air panas, air masak, susu formula, nasi bubur baby. Itu je ye...



Tapi aku nak bagi tips la..tips jahat ni...kalau nak bawa jugak makanan yang tak merosakkan baju la kan...korang letak la makanan tu dalam plastik je. Balut dalam baju. Confirm diorang tak tahu...hehehehe



Makanan kat sana mungkin agak mahal la jugak..tapi sebab bawa anak-anak dan kita pun dah kerja, bukan student macam dulu2, belikan ajelah apa yang nak makan dan minum. Ayat berlagak sekejap...



Lagipun sangat lapar ok bila asyik main air je...



Aku tak berjalan keliling water park tu sebab masih dalam kepantangan yang tak pantang tu. Aku, mak n Amsyar rest kat pondok yang dinamakan wooden cabana yang disewa. Mahal tau pondok bodoh tu, tapi sewa dia sangat mahal dan tak berpatutan.



Pondok yang kami duduk tu dekat dengan bahagian Coco Beach. Aisy & Cheq Su dia usung double tubes tu ke hulu ke hilir sebab diorang mula2 main kat wave pool tu. Pastu pergi kat kiddi slide & Aqua Play lak.







Diorang ni main air start pukul 12.00 pm kami masuk sampai 3.30 pm. Baru keluar. Sebelum balik,, harus beli fridge magnet sebagai kenangan.

Balik lepak rumah sewa sampai penat tak leh bangun diorang ni. Bukan diorang je, dengan aku2 sekali rasa tak boleh nak bangun. Rasa macam penat lak, macamkan aku je yang mandi manda.

Adik aku yang kerja gomen tu dari sepatutnya pergi seminar tu petang, tak larat punya hal, malam baru pergi. Itu pun Amni sibuk je nak pergi main lagi.

Asyik2 cakap nak pergi main kat penguin sampai la hari ni. Insyaallah, next time datang dengan husband lak sebab Rizal jeles tu. Dia tak pergi lagi n hope Amsyar dah boleh main air sebab sekarang kalau letak dia dalam besen suka bebenar dia menepuk air.

Bab gambar aku upload ni kurang cantik la sebab pakai hp je kan. Boleh tu, tahu nak pergi tempat macam ni tapi satu kamera pun tak bawa.

Sekian, laporan saya tentang Bukit Gambang Water Park, lain-lain aktiviti dan tempat menarik sila lawati laman web Bukit Gambang sendiri ye. Sekian, cerita saya. Terima Kasih.....

Thursday, December 19, 2013

Sikap Manusia

Banyak benda boleh cerita kalau nak sentuh pasal sikap dan jugak adab ni..atau pun ketatasusilaan ni..tapi tak mau sentuh banyak-banyak la..kali ni just nak sentuh bab sikap/ adab / tatasusila kita sebagai penyewa bilik/rumah/hotel/homestay.

Lebih spesifik kali ni nak cerita orang yang nak sewa homestay mak aku...
Sebelum ni dah ada yang datang dan sewa homestay mak aku tapi tak de la yang macam k****g a**r pada tuan rumah. Kan kampung, kenapa nak bersikap macam tu...

Aku nak tanya korang la...
Kalau korang pergi mana2 hotel, korang mesti ada minta extra bed sebab nak sumbat dalam bilik tu ramai-ramai kan..pastu confirm la kurang2 kena charge Rm 10.00 - Rm 50.00 untuk extra bed je kan.

Tapi ni kan kampung, mak aku pun tak berkira sangat la..lagi pun last week dah ada stay kat bilik yang sama, dia tak mintak pun extra bed tapi mak aku bagi je sebab budi bahasa dia baik je. Dan tak de pun extra chargers untuk tu...

Tapi kali ni, dah la nak jimat, sewa satu bilik je..tapi nak sumbat ramai-ramai. Pastu nak selesa, nak extra tilam untuk setiap orang. Bilik untuk dua orang tapi masuk lima enam orang pastu 'mintak' lagi extra tilam kan. Ok, fine...tak pe, tapi boleh tak kalau mintak tu cara berhemah sikit. Macam ni...

"Dik, tilam extra ada tak? Kalau ada boleh tak letak dalam bilik ni"

"Dik, boleh tak tolong hantarkan tilam extra untuk kami?"

"Dik, kami nak tilam extra. Boleh?

Macam-macam gaya boleh cakap kan...

Tapi kalau dah cakapnya bunyi macam ni,

" Bagi lagi dua tilam, "

Mesti macam panas je kan telinga bila dengar.....

Kita kan orang Melayu..
Bukan ke orang Melayu kaya dengan budi bahasa ke
Kalau kita tak kenal orang tu ada ke kita panggil 'eh eh eh' je ke
Bukan ke banyak ganti nama
Abang, Kakak, Adik, Makcik, Pakcik...
Tuan, Puan...

Pernah tak tengok iklan yang ada seorang budak melayu dan seorang budak anak mat saleh pergi pasar malam...
Anak mat saleh tu bukan main pelik lagi bila budak melayu tu macam panggil kakak dengan abang kat pasar malam tu dan siap tanya lagi, orang tu bukan adik beradik tapi kenapa panggil abang kan...
Lebih kurang macam tu lah iklannnya...

Itu namanya iklan..
Sekarang ni orang Melayu kita dah macam hilang adab...
Orang Melayu, mesti agama Islam kan...
Tapi sekarang ni orang melayu dah tak menggambarkan keperibadian Islam...
Mungkin terpesong ikut Syiah kot..

Itu isu pertama...
Masuk pulak isu kedua...
PDP...
Hari-hari aku dengar iklan kat Hot FM tentang PDP....
Pam Dan Periksa....

Aku nak tanya ni...
Kalau korang tidur hotel, lepas pergi "bank" dan nak check out,
korang PDP tak?
Ke memang tak PDP sebab korang rasa korang dah bayar dan tanggungjawab hotel la cucikan sisa kumbahan korang...
Tak boleh la macam tu...
Memang la ada orang bersihkan tandas dan bilik air,
Tapi sampai kena bersihkan sisa yang tinggal tu memang melampau la beb...
Lagipun mestilah kita basuh buntot jugak kan..
Apa salahnya ko tekan flush sekali...
Kalau tak de air tu cerita lain la...

Aku la kan...kalau pergi hotel/ homestay ke...
Perkara yang aku tak buat cuma kemas katil...
Itu pun kalau dah nak check out la...
Selagi belum check out dan nak balik tidur lagi, aku mesti kemas...
Serabut la kalau tak kemas...
Tambah bukan main lagi letak "Don't disturb" gantung kat pintu bilik..
Kemas la aku sendiri..
Tambah lagi penat kalau kita jalan2, bila balik bilik, tengok bilik macam tongkang pecah kan...

Isu tiga, sampah sisa makanan...
Kan ada tong sampah...
Boleh je kan kita kumpul sampah tu dalam tong sampah...
Kalau tak muat tong sampah,
Ikat kemas-kemas letak luar tong sampah pun tak pe...
Jangan lah disepah-sepah kan...
Nanti semut datang, kena gigit lebam dua puluh empat hari baru tau...
Jangan salahkan tuan punya bilik pulak...
Salahkan diri sendiri sebab tak jaga kebersihan..
Tak ada nya nak suruh sapu sampah ke, mop lantai ke, basuh bilik air ke...
Sampah makanan tu yang penting jangan lah disepah-sepahkan...

Aku bawa anak dua kecik lagi..
Makan sentiasa bungkus makan dalam bilik...
Sebab makan kat kedai tak boleh aman..
Lebih baik makan dalam bilik...
Mana ada nasi tak tumpah, mana ada air yang tak tumpah...
Tapi tak de la aku nak biarkan je sisa nasik tu bersepah atas lantai..
Air yang tumpah pun aku lap..

Tapi ada satu family yang sewa bilik tu,
Siap tolong sapu sampah lagi pakcik tu...
Aku pun tak la serajin tu kalau menyewa bilik kan...
Agaknya kalau ada mop, lantai pun dia mop kan sebelum check out...
Hahaha...salute kat pakcik yang dari Baling Kedah tu...
Lain orang, lain ragamnya ye dak!!!!

Isu empat, barang-barang tuan rumah...
(Iron board, Iron, Kettle, TV and etc....)
Bila dah siap guna tak de la nak buat macam harta sendiri kan...
Jangan lah guna sampai merosakkan barang tu...
Kalau tak pandai guna, tanyalah dulu kan...
Jangan nak buat pandai sendiri je...
Orang kata, kalau tak nak bertanya sesat jalan...
Itulah padahnya kalau rasa pandai tapi tak pandai kan...

Ok la..setakat ni  je aku nak membebel pasal sewa-sewa bilik ke/ homestay ke/ hotel ke/ rumah ke..sama je..yang penting kena ada kesedaran civic. Kalau ttak de, pergi sekolah belajar civic dulu. Aku rasa level tadika la yang ajar semua ni. Adios amigos...

Thursday, November 28, 2013

Kelantan Lagi

Seminggu lepas pergi Kuantan, kami ke Kelantan pulak.. Kebetulan cuti Deepavali dan Awal Muharram..

Kami balik Kelantan macam kan Kelantan tu ada kampung kami je pada hal tak de pun. Walaupun dua2 orang tua aku asal Kelantan, tapi dua2 atuk aku tak de lah meninggalkan rumah pusaka untuk kami tinggal. Yang ada rumah adik beradik mak dan abah aku.

Dulu kecik2 kami balik Kelantan, tidur je rumah adik abah aku..tapi sejak dah pandai duduk hotel ni tak kisah la hotel ke, homestay ke..motel ke..janji dah tak nak tidur rumah orang lain. Lagipun nak selesa. Dulu kecik mana ada kesah nak tidur depan tv pun tak pe. Tak de bilik pun tak pe...

Tapi sekarang nak ada bilik la..tambah ada anak kecik. Anak kecik lak macam anak aku. Tak suka masuk rumah orang...

Kali ni husband aku ikut, so kami pergi dua kereta. Kalau ikut penumpang, muat je kami pergi naik Alza..tapi pengalaman lepas buat kami sedar kami pergi Kelantan bukan untuk penumpang naik je...barang pun nak isi gak. Tambah anak2 yang kalau nak tidur, nak tidur selesa...

Kalau pergi dua kereta, macam2 ragam anak aku tu. Kejap nak naik sana, kejap nak naik sini. Jadinya kejap2 berhenti, kejap2 berhenti. Naik bosan lak aku rasa lama sangat perjalanan.

Balik kali ni dihidangkan dengan permandangan TRW sepanjang jalan. Kan final Piala Malaysia hari Ahad, so hari Sabtu tu memang bersusun la kereta menuju ke Kuala Lumpur. Jadi seronok tengok diorang ni...Tapi kami menyesal lak tak letak bendera negeri pahang kat kereta.

Pergi Kelantan kali ni Aisy lagi besar setahun dari yang kitaorang bawa dia naik bot ke seberang sungai tu. Apa nama dia..Thaba kan!!!!! So, dia berulangkali cakap nak naik bot, tapi abah dia buat tak tahu je.

Sudahnya dia menuntut sampai kami balik ke Pahang. Boleh hari kedua kami ke Pangkalan Kubor, kami tanya dia, Aisy nak apa kan. Punyalah lama dia fikir tapi tak cakap2. Kat Pangkalan Kubor lak macam2 dia nak, tapi bila balik dia mengamuk. Rupanya dia nak naik bot.

Aku bukan berani sangat nak bawa dia ke seberang tu. Dulu kami pergi pun sebab kawan adik aku yang bawa. Baru2 ni lak kan ada kes bom meletup kat situ, sampai Pangkalan Kubor tu pun terasa gegarnya...ni nak pergi ke sana macam nak menyerah diri lak...tidak lah aku...

Hari kedua kami ke Pantai Irama Bachok dalam cuaca yang hujan renyai2. Tapi dah sampai sana, Aisy nak mandi jugak. So, pergilah mandikan anak2 kat sana. Walaupun hujan, tapi air laut dia tak la macam nak telan orang berbanding kat Kuantan tu. Cuma hujan dah lebat, kami cepat2 balik. Lepak kat Tesco pulak sebab Aisy tak nak pergi Mydin. Macam2 kan budak tu.


Dalam hujan renyai, see awan hitam pekat tapi gigih nak mandi jugak budak Aisy tu

Sejak ada anak dan pernah bawa sekali Aisy ke pasar Siti Khadijah..dia buat perangai...aku dengan rela hati menolak pelawaan adik2 aku ke sana. tak de lagi pilih2 tudung ke, baju ke, kain batik ke..just kirim je...bila kirim ni sebenarnya tak puas hati la...

Tiada lagi agenda ke KB bila ada anak ni. Pergi KB pun waktu malam ke Parkson..Budak2 ni tak pe la kalau pergi Parkson tu..diorang suka. Aisy siap cakap, "best la mama shopping kat sini. Nanti nak datang lagi ye!"...pengsan...niat hati cuma nak beli puting botol Avent tu coz kat sini sangat murah hokey...tapi tak de stock lak..sudahnya dapat kasut sepasang seorang budak2 tu.

Malam last kami kat sana tu, tak keluar mana2 pun coz biasalah husband aku nak melayan bola. Lagipun bawah motel kami duduk tu dah renovate kedai makan dia, so 24 jam ada tempat makan. Motel tu pun dah ada bilik kat bawah. Semakin maju nampaknya Tuan Haji Yunos pemilik YY Motel dan adik beradik dia - Restoran Warisan rasa, Wakaf Bharu.

Kami decide makan malam kat sana je..start lepas Maghrib tu, meja semua dah penuh. Penuh debaran gila melayan bola malam tu. Dah la malam tu penuh dengan penyokong TRW, kami je penyokong Tok Gajah. Husband aku siap je makan terus naik bilik layan guna tv kecik je. Aku lak ngan mak sampai baki masa lebih kurang 20 minit nak habis, aku naik. Sbb rasa macam Pahang nak kalah.

Bila naik atas, Pahang sumbat gol lak. Menyesal tak tunggu kat bawah tadi, boleh brsorak seorg2.

Akhirnya penantian hampir 20 tahun berakhir jugak. Rasa nak prg beli bendera ngr Pahang dan kibarkan kat KB je. Hahaha...

Tahniah player2 Pahang yang memang main malam tu super best. Kepada TRW, tahun depan jumpa lagi. Kih kih kih...kita berjiran, takkan bergaduh.

Pagi isnin kami siap2 nak balik ke Pahang. Sekali lagi perjalanan sangat meriah sebab selisih dengan penyokong TRW. Tapi kali ni siap main lampu tu. Kami sampai rumahvpun dah masuk waktu Asar. Kalau balik dari Kelantan, mesti lambat sampai. Tak macam bertolak ke Kelantan.

Ini lah je cerita bagi penutup tahun 1434 Hijrah. Selamat datang tahun 1435 Hijrah.

Tuesday, July 30, 2013

Homestay : Kg RTP Lembah Klau, Raub.

Update : 11 September 2025

**********************************************************************
Untuk makluman semua yang mencari...maaf ye sebab saya dah tinggalkan blog ni lama sangat. Semua comment2 pun kita tak baca.

Homestay ni still ada lagi..kalau berminat boleh la try call adik saya kat nombor bawah ni:
      MAIZA : 017-907 8033

Tapi homestay ni tak ada aircond..masih menggunakan kipas... 

Ok..tu je nak update. Assalamualaikum...

*****************************************************************************
Ni saje tolong promote homestay yang diusahakan oleh adik dan mak aku yang terletak di sebelah je rumah mak aku.

Kalau sape-sape yang nak attend kenduri area Lembah Klau atau kawasan sekitarnya, nak cari tempat penginapan yang tak la bertaraf hotel lima bintang tapi agak selesa la sebab semuanya dalam kondisi yang baru, boleh rujuk iklan yang adik aku buat kat fb dia. - search nama dia (Norhusmaiza)

Homestay ni ada 4 pintu je maknanya empat buah bilik je. Bukan homestay yang ada semua kelengkapan memasak dan membasuh tu, cuma sekadar tempat tidur, tempat mandi dan beristirehat je. Buat masa ni juga televisyen pun tak dimasukkan lagi, masih kekurangan sumber modal. Nanti dah jalan bisnes ni, kita up la lagi service yang ada.

Ok..bab heater & iron tu, kalau nak boleh mintak waktu nak buat tempahan tu coz dalam bilik tu tak provide sebab tak de tempat nak letak barang-barang tu semua. Kalau nak service breakfast ke, lunch or dinner ke, bila nak tempah tanya terus ok. Oh..lupa nak inform..freezer pun tak de ye..bilik kosong je.

Jom..check out details bilik yang ada:-

Bilik Homestay untuk disewa

Bilik yang luas & selesa, sesuai untuk penginapan sekeluarga sekiranya datang bertandang ke RTP Lembah Klau untuk majlis-majlis tertentu

Terdapat 4 jenis bilik

1)Bilik AMSYAR- RM 80/malam (20 kaki x 12 kaki)
-mempunyai bilik air/shower/tandas
-kipas syiling
-katil bujang-2 unit
-ruang yang sangat luas, sesuai untuk 8-10 orang sekiranya bawa tilam/toto sendiri

2)Bilik AISY - RM 60/malam (15 kaki x 12 kaki)
-mempunyai bilik air/shower/tandas
-kipas syiling
-katil queen-1 unit
-ruang yang sangat luas, sesuai untuk 2-4 orang sekiranya bawa tilam/toto sendiri

3)Bilik AMNI - RM 60/malam (15 kaki x 12 kaki)
-mempunyai bilik air/shower/tandas
-kipas syiling
-katil bujang-2 unit
-ruang yang sangat luas, sesuai untuk 2-4 orang sekiranya bawa tilam/toto sendiri

4)Bilik AULIA'- RM 80/malam (20 kaki x 12 kaki)
-mempunyai bilik air/shower/tandas
-kipas syiling
-katil bujang-2 unit
-ruang yang sangat luas, sesuai untuk 8-10 orang sekiranya bawa tilam/toto sendiri


SILA HUBUNGI MAIZA UNTUK TEMPAHAN
017-9037842/013-3575901

TEMPAHAN DIBUKA DARI 29-07-2013

hehehe..nama Aisy & Amni pun ada tau..saje Che Su dia letak nama kesukaan dia..Naqib, jangan jeles tau sebab Che Su tak letak nama Naqib sebab daddy Naqib yang tak nak letak nama Amsyar hari tu. Nak jugak letak nama sama daddy.

Jom check gambar yang ada lak...


Ruang hadapan homestay



Gambar pintu hadapan bilik



Bilik yang ada katil single


Bilik yang ada katil queen


Sunday, June 16, 2013

Pantai Irama, Bachok

Cuti Wesak hari tu berkesempatan untuk balik Kelantan lagi. Kali ni penginapan di taja oleh abang aku.

Aku nak nasihat la kat sini pada dua pihak. Pertama pada pengusaha homestay dan keduanya pada pengguna perkhidmatan homestay ni.

1st, aku haraplah sangat2 pengusaha homestay ni please la bercakap dengan jujurnya. Kalau nak iklan tu, jangan iklan yang indah lebih baik dari rupa. Kalau pelanggan telefon tanya, jawablah dengan jujur ye supaya tidaklah tertipu.

2nd, pada pengguna homestay / pelanggan..please..check betul2 tempat nak menginap tu. Try jugak google tempat tu..tanya orang yang ada stay kat situ sebelum booking ye. Kami dah kena 3 kali tau....

Next entry aku cerita lagi pasal homestay ni. Entry kali ni nak cerita Pantai Irama, Bachok

Pergi kali ni memang dah masuk dalam agenda nak mandi pantai dan kalau boleh nak stay tapi jumpa penginapan.

Tapi sebab pergi sana, pergi sini, jalan lak dari KB ke Bachok tu berjarak jauh jugak la kan..sudahnya sampai kat pantai pukul 7.00 petang ke dah malam..ada la 20 minit lagi nak masuk waktu Maghrib.

Tapi ni dialog Aisy dalam kereta sebelum sampai kat pantai, "Ma, langit cerah lagi kan. Tak gelap lagi kan?" Mula-mula pelik gak, terfikir apa dia nak sampaikan. Maksudnya dia nak mandi boleh lagi kan? Boleh la sayang..sekejap pun kita mandi jugak ye.

Waktu kami sampai tu memang ramai orang lagi...budak2 yang mandi pantai pun ramai lagi. Tiga budak kecik ambik kesempatan mandi. Tapi paling seronok Aisy la. Amni takut2 lagi. Naqib lak kan kecik lagi. Bukan tau apa2 pun.

Aku yang tak bawa baju spare, adik aku pun telah terbasahkan baju & seluar.
 Budak2 bawa baju spare, tuala bagai..tapi mak dia tak bawa. Boleh? Sudahnya aku lapik tuala je dok dalam kereta nak balik tu. Mujur tak lencun...

Adik aku lak terpaksa tukar pakai baju kelawar yang baru shopping pagi tu. Nasib baik baju2 shopping ada dalam kereta.

Cuma aku bagi cadangan la...please...bangunkan tempat ni sebagai satu tempat pelancongan yang terbaik coz susah nak jumpa pantai yang boleh mandi. Kat sini sangat ok.

Kalau boleh, :
1. Perbanyakkan kemudahan hotel / resort / homestay kat kawasan ni
2. Tandas awam : air tu kasi ok sikit..., tempat mandi buat yang boleh air keluar terus je
3. Paip air : mudah nak basuh kaki ke, tangan ke..

Buat tempat ni masuk berbayar pun tak pe janji kemudahan air & tandas tu terbaik. So, mudah nak berkelah ke, nak mandi ke...

#best#pantaiiramabachok#

Tuesday, December 11, 2012

Maninjau Chalet, Janda Baik

Sabtu lepas berkesempatan untuk mengikuti family day company adik aku ke Janda Baik, Pahang.

Nama je orang Pahang, tiap-tiap minggu balik Raub tapi aku tak pernah jejak kaki ke Janda Baik. Sebab teruja untuk ke sana, buat muka tak malu je ikut adik.

Bukan tak pernah melalui jalan lama dari Bentong ke KL tapi tidak berkesempatan untuk masuk ke dalam Kg,. Janda Baik tu.

Apa yang aku imagine sebelum sampai ke sana?
1. Sangat sejuk coz kawasan tu kan berhampiran dengan Bukit Tinggi & Genting Sempah
2. Air sungai yang sangat cantik untuk berkelah

Bila sampai kat sana, dua perkara tu tak ada pun kat sana. Suasana lebih kurang macam kampung aku (rumah mak aku). Best lagi rumah mak aku kot coz banyak pokok buah-buahan yang boleh dipetik & dimakan.


Maninjau Chalet

Sejuk tak ada. Macam kampung aku je. Air sungai yang macam Pulau Chekas , Ulu Dong pun tak de. Ada air sungai yang biasa. Boleh lah nak mandi tapi kena pakai selipar. Batu banyak sangat and kalau macam anak aku nak mandi terpaksa lah mandi kat tepi-tepi je coz kat situ je ada pasir. Yang best, air dia boleh tahan sejuk, kalau lama-lama berendam pun boleh menggigil sejuk.


Boleh la nak mandi-manda

Sepanjang hari kami di sana. Company adik aku dengan aktiviti family day diorang lah. Ada barbeque and games. Adik berjaya gak bawa balik satu hamper. Waktu nak prepare barbeque tu pun ada gak tolong sikit-sikit diorang. Selebihnya aku lepak dalam bilik je. Sebelum & selepas mandi sungai.


Tempat barbeque dan pintu tu bilik tau

Ada la sikit-sikit macam kawasan air terjun

Kalau sape-sape nak rasa jauh nyamannya udara semulajadi, aku suggest la korang pergi sana. Banyak chalet-chalet atau homestay yang boleh korang sewa.

Untuk rating tempat percutian kali ni aku bagi 3 bintang dari 5 bintang.