Monday, February 27, 2017

Dokumen Penting Pendaftaran Tahun 1

Bukan main lama lagi nak boleh aku update blog ni. Tahun ni awal-awal dah sibuk ke hulu ke hilir. Sampai kerja offoce pun aku banyak tertangguh.
 
Walaupun cerita dah basi, aku tetap nak tulis apa yang perlu anda sebagai parents standby hari orientasi anak-anak tahun 1.

First kita cerita pasal dokumen je dulu. Kalau korang dapat surat dari sekolah suruh hadir tarikh bila dan dokumen kena bawa tu, kalau tulis setakat salinan surat beranak dan gambar, jangan la percaya. Ni aku senaraikan dokumen sebenar kena bawa:-
 
1. Salinan surat beranak.
Korang copy la sebanyak mungkin maybe dalam 5 salinan sebab sek anak aku nak 3 copy. Jgn lupa buat depan belakang ye.
 
2. Gambar pasport
 
Ni memang nak 4 keping. Banyak sgt nak tampal kat buku rekod diorang. Aku prepare siap2 buat kat kedai yg harga rm8 utk 4 keping. Rupanya sekolah sediakan khidmat buat gambar ni dalam harga rm6 je utk 4 keping. Rugi kan. Lebih baik buat kat sekolah je. Ye la, sah-sah kita buat lebih gambar tu utk standby yang sek agama jugak. Rugi RM4.00 di situ.

3. Buku rekod kesihatan
Buku klinik anak yang ada rekod imunisasi  tu copy siap2 sebab nanti nak bagi utk buku rekod kesihatan sekolah pulak.

Tu je dokumen yang penting kena bawa yang lain dari segi persediaan je.

1. Ujian saringan
Anak-anak tahun 1 ni kena ambik exam saringan untuk tentukan kelas diorang.

Mana mak pak yang tak biasa anak jawab exam mcm aku ni, aku cari soalan lama2 buat rujukan dia. Nak tengok dia boleh tak baca dan jawab soalan.

Jangan lenggang kangkung lak ke sekolah. Janji bawa pencil case yang ada pencil 2 btg, pemadam, dan ruler pendek pun tak pe. Jangan lupa pencil warna sekali. Nanti diorang nak jawab exam tu tak la kelam kabut sgt semua tak de

2. Yuran
Yuran pulak just prepare yuran PIBG dan yuran library je. Nanti aku update semua kos yuran untuk anak aku ye

Yuran adalah bahagi dua puluh kali jumlah bayaran waktu kindy dia dulu la. Boleh nangis bayar yuran kindy dah macam nak bayar yuran satu semster waktu kat U dulu. Huhuhu...