Monday, July 30, 2012

Cerita Tentang Aisy

Banyak nak update tentang budak yang makin membesar ni. Bukan sahaja menginjak dari segi usia tapi juga fizikal dia.

Bila Ramadhan ni menjengah, maknanya Aisy dah sempat sambut Ramadhan untuk kali ketiga. Tiap-tiap tahun karekter dia di bulan Ramadhan juga berlainan.

Waktu pertama kali dia sambut ramadhan dia baru je berusia 6 bulan. Masih belum tahu apa-apa kecuali mengekek ketawa dan juga merangkak.

1st Ramadhan & Syawal 1431 Untuk Aisy

Kali kedua Ramadhan sudah pandai makan murtabak tiap-tiap hari. Dan bila tiba masa untuk berbuka dia dah pun stand by kat meja makan.


2nd Ramadhan Aisy : 6 Ramadhan 1432, KLIA hantar mak & adik2 pergi Umrah

Dan untuk tahun ni, dia makin bijak. Macam tau je kalau orang tak puasa tak boleh makan sama-sama. Tak pernah larang dia makan malah ajak lagi dia makan sama tapi dia tak nak.

 3rd Ramadhan Aisy : 1 Ramadhan 1433, on the ke Bazaar Ramadhan Raub

Sama ada dia mintak susu dan minum agak tersorok dari kami yang akan berbuka atau pun berkurung dalam bilik layan permainan yang ada.

Tapi dia akan mintak pergi pasar Ramadhan tiap-tiap hari nak beli murtabak. Makan tak pun. Cuma dia seronok agaknya.

Kalau tengok dia rasa macam tak percaya je dia akan menghampiri dua tahun 5 bulan 19 aug ni. Cepat betul masa berlalu. Mulut pun bukan main lagi.

Hobi dia sekarang adalah menyanyi. Cepat betul dia hafal lirik-lirik lagu ni. Tapi bila kita nak ajar dia mengaji, dia tak nak. Kalau tak mesti Aisy dah boleh jadi macam budak tahfiz tu kan.

Dari kecik dia ni macam susah sikit la nak jaga. Bukan apa, dia dari dia lahir tak suka tidur awal, pastu tengah malam pun terjaga lah. Sampai hari ni pun dia terbawa-bawa.

Aku tak tahu dari mana datangnya energy dia nak main sampai kul 1.00 pagi (kalau tak paksa tiidur aku rasa lebih lagi dari kul 1.00 am). Pastu bila tidur pun tak pasti aman lagi coz selang dua jam dia akan berbunyi hek..hek..hek. Pastu sepak-sepak apa sahaja yang ada kat kaki dia.

Lebih kepada macam mengigau tu. Macam-macam dia mintak terutama apa yang dia tak dapat sebelum tidur. Kalau paksa-paksa dia tidur lagi la tengah malam tu dia akan mengigau yang kaw-kaw punya mengigau. Sampai tahap darah boleh naik coz tension sangat-sangat. Last sekali apa dia mintak, nak susu...Tension tak korang. Sejam menangis-nangis, sepak-sepak semua orang tapi sebenarnya nak susu je.

Ada sape-sape yang tahu nak elakkan dia berperangai macam ni tak sebelum tidur? Surah-surah ke nak baca. Tiap-tiap malam mesti dah bacakan dia doa tidur, ayat kursi, fatihah, 3 kul, selawat, bercakap dengan dia bila dia dah lena tapi macam tak jadi la. Tolonglah bantu saya......

Aisy masih lagi seorang kakak yang 'kejam". Hehehe..bukan apa, dia memang suka buat adik dia sakit. Apa sahaja yang ada kat tangan dia, dia akan gunakan sebagai senjata untuk pukul kepala Amni.

Kalau tak ada barang, tarik rambut Amni sampai terangkat budak kecik tu. Ganas kan budak Aisy ni? Aku lak tiap-tiap hari asyik nak menjerit kat dia. Nanti dia mesti label aku sebagai ibu yang tau marah je.

Aku sampai tak boleh control tau Aisy ni. Kalau dia tak tidur, aku mesti kena duduk  je sebelah Amni stand by apa dia nak buat. Kadang kita berpaling untuk dua saat pun Amni dah kena. Ada masa rasa geram tu macam nak balas je balik apa dia buat kat adik dia supaya dia tau apa itu sakit. Tapi tak sampai hati, takut dia sakit lak.

Apa lagi ye nak cerita tentang dia? Banyak tapi tak ingat lak bila nak update kat sini. Nanti bila ingat baru update.

Aisy, nakal-nakal pun mama tetap sayangkan Aisy sepenuh hati tau. Mama mintak maaf sebab selalu marahkan Aisy. Jangan nakal-nakal lagi tau.

Saturday, July 28, 2012

Amni 10 Bulan

Belum cukup 10 bulan lagi tapi akan menghampiri lagi 6 hari...

Lama betul tak cerita perkembangan budak-budak ni. Bukan saje sudah berkembang dari usia tapi berkembang juga dari segi akalnya.

Mula dengan apa yang dia dah buat sekarang ni. Dia adalah budak kecik yang sangat ganas. Boleh ke aku cakap macam tu yek?

Bukan apa, Aisy dulu tak pernah panjat walker nak keluar tau, tapi Amni boleh panjat walker nak keluar. Bukankah itu hebat?

Sekarang ni dia sibuk nak berjalan sebab nak kejar kakak dia. Sebab tak boleh berlari macam kakak, dia merangkak laju-laju.

Bila jumpa dinding, kabinet, kerusi, kaki meja, dia akan bangun dan cuba berjalan. Jumpa sofa, katil, dia akan panjat.

Sekarang ni pagi-pagi kena dengar dia menangis lak bila kita hantar gi nursery. Lebih teruk dari kakak dia lak budak kecik ni.

Dah pandai nak ikut orang, kalau tengok kita pakai tudung je terus angkat tangan nak ikut.

Kuat jugak merajuk. Terutama ngan aku. Dia suka mengutip benda atas lantai, bila kita ambik, dia terus hempas kepala ke lantai, tak pun meniarap cium lantai sambil nangis-nangis.



Amni paling suka menyanyi sekarang ni. Bila pegang bendera Malaysia, tangan kibar bendera mulut bising je menyanyi. Kadang-kadang tepuk tangan sambil menyanyi. Ni semua sebab tiru kakak dia yang asyik menyanyi bila pasang MP3 kat hp mama.

Amni aku rasa tak macam Aisy la bab bercakap ni. Sampai hari ni pun dia cuma sebut mama ngan papa je. Pastu wawa..tu je dia nak sebut. Banyak senyum sampai ke telinga dari berkata-kata. Nampak gayanya adik mesti lambat bercakap ni.

Budak Amni ni kalau kaka dia tarik rambut ke, ketuk kepala ke tak nangis pun. Cuba dia jatuh sendiri, sikit je pun tapi meraung dia macam kita ni pukul dia.

Kakak tarik-tarik rambut pun masih nak kejar kakak. Masih ada hati nak main mainan kakak. Masih ada hati nak ketawa kekek-kekek bila kakak panggil nama dia.


video

Ini namanya kasih. Tak kisah lah seburuk mana pun perangai kakak, adik tetap sayang.

Friday, July 27, 2012

Puasa Itu Ibadah

Tajuk entry macam lah orang tak tahu yang puasa itu ibadah wajib. Dah sah-sah masuk dalam rukun islam.

Belum terlambat aku rasa nak ucapkan selamat berpuasa kat semua readers blog ni. Maaf lah kalau ada yang terasa ngan kata-kata aku ni.

Nak cerita cabaran bulan puasa kali ni. Dulu tak ada anak kecik nak breastfeed, sekarang ada lak budak kecik tu nak nenen. Dulu pun bukan tak ada budak kecik tapi budak kecik tu suka hisap susu formula.

So macamana nak kekalkan bekalan susu ni? Aku tak ambik mana-mana supplement pun. Bukan tak nak ambik tapi aku paling tak suka apa saje jenis yang dinamakan "ubat dan pil". Memang tak leh nak telan dan yang paling tak boleh blah aku tak leh jadikan benda tu rutin.

Terpaksalah sekarang ni bersahur tu minum banyak-banyak air. Makan pun kena buka selera. Tapi aku bukanlah orang yang hilang selera pulak kali ni. Perut asyik lapar je, asyik nak makan nasi je.
Apa lagi cabaran kali ni? Sudah tentulah kesesakan traffic yang teramat ketika nak balik..Tapi nasib baik dah tiga hari aku balik 4.30 so boleh sampai rumah 5.30 petang.

Sepatutnya balik kul 5.00 tapi bos bagi balik awal lak 3 hari ni. Hari ni tak tahu lagi..hope dapat balik awal tapi awal pun sangkut gak jam kat area MRR2 depan Flamingo tu.

Hehehe,..setelah hampir 4 tahun lebih tak bonceng motor gi kerja, hari Selasa lepas merempit lak ngan my by by. Kecut perut aku bila dia rileks je ciluk kat tengah-tengah lori ngan kereta tu. Pastu sakit belakang la naik motor jauh-jauh ni.

Cabaran paling tak tahan adalah anak-anak. Huhuhu..hari-hari aku bising je kat rumah tu bebelkan dua budak kecik tu.

Mesti diorang dah lebel aku ni nenek kebayan agaknya. Asyik membebel tak berhenti-henti.

Bukan saje nak bising-bising tapi korang tahan tak kalau budak kecik dua orang ni tidur lambat (paling cepat 12.00 malam) pastu bangun awal (5.00 pagi). Aku rasa macam nak berhenti kerja la. Tak cukup tidur.

Bila diorang tidur baru boleh aku nak kemas rumah yang bersepah ngan mainan, duit dalam wallet aku dan semua kad-kad. Kalau ngantuk sangat aku tidur je dulu.

Tapi bila kita tidur dulu pastu nak buat lepas makan sahur, diorang berdua ni dah bangun. Dah jadi satu hal lak nak buat kerja apa pun tak boleh.

Sudahnya nak tahu apa jadi, bakul laundry penuh baju dua budak ni tak berlipat. Mujur rajin basuh baju kalau tak berkepam la bau baju-baju tu.

Pastu terkocoh-kocoh nak kemas beg dua budak ni nak bawa ke nursery. Dengan kita nak iron baju lagi, cari wallet, cari handphone, cari duit yang bersepah, cari kad pengenalan dan lesen. Finally, tiap-tiap hari lambat masuk kerja

Nasib baik ada adik yang tinggal sekali yang banyak tolong kemas bahagian dapur. Kalau tak mesti penuh lipas rumah aku. Tak sempat nak basuh pinggan.

Ada lagi cabaran ni. Cabaran nak tunaikan solat terawikh. Huhuhu...Sudah masuk 7 hari berpuasa tapi aku baru je sempat bertarawikh itu pun sendiri cuma 4 malam.

Itu pun solat dengan penuh dugaan. Ada budak besar bila kita solat je dia landing atas badan aku waktu sujud. Tau la mama dia ni selalu jadi unta dia tapi bagilah mama peluang nak solat dulu.


Melaram pulak budak besar ni di hari pertama puasa

Ada budak kecik yang baru nak belajar bertatih lak, bila kita berdiri dia pun paut lutut kita nak berdiri. Paling tak tahan dua beradik sedang elok je punggah mainan main atas sejadah tempat aku sembahyang. Macam ni nak bertarawikh? Nampaknya tak beribadat la bulan puasa ni.


Budak kecik ni pun dah pandai melaram jugak

Ada lagi ke cabaran nak cerita ni? Rasa macam tak de tapi nanti buat entry usaha menjadikan Ramadhan ni lebih baik dari dulu.

Tuesday, July 17, 2012

Sakit Itu Ujian

Baru saje kembali semula bekerja setelah satu minggu MC.

Tak pernah hayat hidup selama hampir 7 tahun bekerja kat sini aku MC selama ni. Eh, aku dah kerja sini 7 tahun rupanya. Lama betul. Perlu satu perubahan selepas raya ni.

Kami satu family di duga dengan kedatangan tuan batuk, puan selesema dan cik demam. Anak-anak pula ditambah dengan sakit mata. Tapi bukan sakit mata sebenarnya tapi effect dari panas dalam mereka sentiasa bertahi mata.

Sebenarnya penyakit ni dah menyerang family aku tiga minggu lepas. 1st yang kena husband tapi dah recover dalam dua hari.

Berjangkit kepada adik, mak dan anak-anak. Tapi anak-anak cepat je baik. Mak baru je baik minggu lepas dan adik sampai hari ni pun belum sembuh.

Anak-anak diserang selesema semula pada jumaat dua minggu lepas dan entah macamana kali ni berjangkit pulak kat aku.

Tapi sekejap je selesema dah kering tapi tiba-tiba aku sakit kepala dan mata berair sebelah kanan. Bila tekan di bahagian muka rasa sakit-sakit.

Bila jumpa doc, dia kata aku sinus so kena buang cepat coz kalau tak buang bahaya. Bagi ubat tapi aku tak leh makan coz ubat tu ngantuk.

Aku makan sekali je tapi bila yang kecik nak breasfeed kita dah sakit kepala menahan mata. Terpaksa ubat sendiri sakit tanpa makan ubat.

Macamana? Of course minum air suam yang banyak dan yang penting sebab sinus terpaksa la rajinkan diri menghembuskan segala mukus yang ada.

Sedut wap air panas dalam plastik yang diisi dengan Vicks sambil picit2 bahagian muka. Then try sedut dan hembus sebelah-sebelah dengan kuat.

Ini lah pengalaman pertama aku terkena sinus. So lepas ni kenahati-hati kalau kena selesema takut kena sinus lagi macam kali ni.

Wednesday, July 4, 2012

Buruh Binaan

Selama ni kerja kat office asyik buat renewal permit pekerja asing yang kerja jadi buruh binaan.

Pastu bila mak buat rumah kat kampung pun kita just tengok jadi "mem" gitu.

Tapi bila ko jadi buruh binaan tu baru kau tahu betapa beratnya kerja-kerja tu.

Sabtu yang lepas berpeluang menikmati pengalaman menjadi buruh binaan.

Kalau sebelum ni just jadi buruh di sektor perladangan yang tak de lah berat sangat kerjanya. Setakat nak punggah sawit dalam kereta tolak tu tak de lah penat sangat.

Tapi sebab nak jimat punya pasal, nak buat jalan masuk kebun, aku ngan suami tercinta bersama-sama jadi buruh terpaksa.

Kerja kami nampak senang bila orang lain buat iaitu memasang culvert saiz paling kecik je. Aku rasa diameter dia 12" je kot.

Tapi bila ko yang pasang sendiri, aku dan suami dah jadi buruh kasar. Punyalah payah nak cantumkan tiga culvert tu.

Bila dah cantum nak simen lagi. Penat gila nak bancuh simen coz kami just order batu kotor (batu-batu yang agak kasar bercampur tanah-tanah)

Simen tu pulak beratnya adalah 50kg. Tuhan je yang tahu penatnya nak buat kerja-kerja ni dengan panas terik lagi tu.


Dengan gigihnya suami tercinta berusaha

Nampak senang tapi bila buat aku dah surrender lepas ni tak nak buat lagi. Buat cincai-cincai je coz dah tak tahan lagi.

Balik je rumah terus sakit kepala satu hari sampai malam.

Moral of the story, janganlah berkira sangat dengan orang yang buat kerja binaan tu coz kerja dia memang berat. Berilah upah yang setimpal dengan kerja mereka.