Showing posts with label Friends. Show all posts
Showing posts with label Friends. Show all posts

Monday, May 23, 2011

Cerita Tentang Insan Baru & Insan Yang Pergi

Negara sekali lagi digemparkan dengan kejadian tanah runtuh. Yang terakhir berlaku kat Bukit Antarabangsa tempat orang kaya-kaya tu, tapi kali ni kat Hulu Langat lak. Mangsanya pulak adalah asrama anak-anak yatim.

Hujung minggu ni tidak pulang ke kampung. Sementara minum petang Sabtu tu, layan cerita Hindustan. Tiba-tiba aku tengok kat bawah tu ada macam berita terkini tentang kejadian tanah runtuh. Terus nak follow je berita tu. Sampai setiap setengah jam aku alih channel nak cari siaran tv yang ada berita je.

Tragis sungguh kan!!!!Mula-mula berita 24 je mangsa tapi bertukar jadi 25 lak. Yang pasti hanya 9 orang terselamat dan 16 terkorban. Sedih sungguh.

Tapi itu dah janji kita sebagai manusia dengan Allah sejak loh mahfuz lagi. Sampai mana usia kita boleh menikmati keindahan dunia, dan tiba masanya kita perlu balik semula kepadaNya. Macam husband aku kata, mungkin telah dijanjikan syurga untuk mereka, sebab tu mereka pergi di awal usia.

Di pagi ahad dalam perjalanan ke rumah officemate aku yang baru je deliver baby boy tu, sempatlah bersesak di Batu 14, Pekan Hulu Langat. Masjid tempat sembahyangkan kenazah tujuh orang tu kan betul-betul berada di simpang tiga pekan tu.

Hiba sungguh bila terlihat berderet kereta jenazah di perkarangan masjid. Waktu aku lalu tu dalam 11.00 am lebih. Mungkin masih menanti jenazah-jenazah yang lain. Orang ramai pun tak lah begitu ramai sangat.

On the way balik dari rumah kawan aku tu baru aku tengok para Jamaah masjid sedang solat jenazah. Waktu tu van jenazah dah banyak dari pagi tadi. Mungkin cukup 7 orang baru diorang sembahyangkan jenazah-jenazah tersebut.

Semoga roh anak-anak tersebut ditempatkan bersama golongan yang beriman. Al-fatihah untuk mereka.
-
-
-
-
-

Bila ada yang pergi, mesti ada yang baru. Kehidupan manusia ni kan umpama daun-daun kat pokok tu. Setiap hari pasti ada daun gugur dan juga ada pucuk daun baru yang tumbuh.

Sebelum cerita pasal baby baru, nak puji En. By by la sikit. Thanx ye, dengan senang je dia boleh cari rumah mak mertua kawan aku ni. Kalau ikutkan aku, confirm tak sampai.

Kawan aku ni selamat lahirkan baby dia pada 15.05.2011 hari tu. Lupa nak tanya pukul berapa tapi pagi la. Sebenarnya dia nak gi rumah aku Ahad tu tapi tiba2 Sabtu malam tu air ketuban dah pecah lak.

Waktu gi hospital baru buka 1 cm, dia mintak balik coz dari pengalaman 2 anak dia mesti lambat jugak lagi nak bersalin. Tapi pihak hospital tak bagi coz takut air ketuban kering nanti baby lak effect.

Tapi sebab dalam 6 jam kot baru buka sampai 3cm, diorang terus decide nak induce kawan aku ni. 1st time dia kena induce, 2x sampai lah waktu nak bersalin tu. Dia cerita sakitnya lah induce..sampai rasa dah nak stop...hahaha...aku ni, langsung 4x kali induce. Induce yang keempat tu separuh je coz tiba-tiba Aisy nak kuar.

Walaupun selamat melahirkan seorang baby boy yang aku ingat-ingat lupa namanya..rasanya Mohammad Ariq Hafiq ke Mohammad Ariq Rafiq, tapi baby tu kekurangan oksigen. Tinggallah baby tu dalam inkubator sehingga hari Rabu hari tu baru leh discharge.

Waktu aku melawat baby tu, ada sedikit kuning dan mukanya juga terkena ruam. Mungkin disebabkan cuaca yang sangat panas di siang hari. Badannya juga habis menggelupas kulit. Mungkin salin kulit baru coz baby tu kan lahir tak cukup 40 minggu.

Bila tengok baby kawan aku ni, aku rasa macam lain je dengan Aisy. Aku rasa Aisy dulu macam besar je walaupun baby Ariq ni lebih berat dari Aisy waktu lahir. Kulit Aisy juga tak menggelupas mungkin sebab dia betul2 cukup 40minggu bila dia lahir.

Aku ni macam tak pernah tengok baby. Hahaha..padah hal dah anak sendiri apa. Ada je rasa pelik bila tengok baby. Yang pasti sampai sekarang aku tak berani nak dukung baby yang newborn ni. Kalau nak dukung kena tunggu ada adik Aisy lah...

Sunday, December 19, 2010

Sabtu bertemu dengan baby Khayla & Bila Ada Tetamu Datang Ke RUmah....

Hujung minggu kali ni hanya akan dihabiskan dengan berada di Kuala Lumpur sahaja. Tidak seperti biasa yang mana aku akan pulang ke kampung. Sebabnya macam biasa la..bila husband kena kerja dan juga C.Husna bertugas..so,terlalu sukar untuk aku pulang berdua sahaja dengan Aisy.

Disebabkan Sabtu tak de buat apa, semalam pun aku dah call Karni dan janji dengan dia nak tengok baby dia, perkara ni aku ajukan kepada en.husband yang terpaksa jadi pilot ke Prince Court. Dia kata ok tapi dia kena ambik MIL aku di kampung. Selepas membuat segala perhitungan dengan suamiku yang tercinta, keputusan dibuat adalah dia perlu settlekan semua perkara yang mak dia nak buat bila datang KL baru kita gi hospital (ikut perancangan : Hubby ambik MIL-bawa mai KL-jalan2 kata nak shopping baju sek adik bongsu dia-pergi beli tiket bas balik esok-bermalam di rumah adik MIL kat Cheras).

Maknanya kami hanya akan ke hospital mungkin di sebelah petang atau pun di sebelah malam...Tak kisah la..janji pergi hari ni coz hari ahad Karni dah discharge,lagi susah nak ke rumah dia coz 1st,tak tau kat mana rumah dia dan aku tak suka bila husband aku akan membebel coz tak tau lokasi kat mana. Sebab yg ke-2, dia baru je nak pindah masuk rumah baru yang tak siap pun lagi renovation nye..so, tak nak la menyusahkan lagi dia dan husbandnya..lebih senang ke hospital...

Perancangan ditukar bila husband aku tiba di KL yang mana dia tak jumpa dan buntu kat mana nak cari tiket bas dan mak dia nak bermalam di rumah kami. So, macamana? Husband aku kata, tak pe,plan macam tadi jugak, nanti bila lepas Zohor kita kuar, MIL aku akan keluar dengan adik ipar aku (Duwan) yang akan bawa pergi jalan2 shopping dan beli tiket bas terus coz selama ni pun dia yang beli.

Aku bukan tak suka MIL aku bermalam di rumah aku,semua orang pun boleh tidur rumah aku tapi rumah aku tak begitu selesa la...cuma selesa untuk kami tinggal bertiga...dan yang paling penting aku tak suka orang komen2 rumah aku...Tambah lak Aisy sekarang tengah melasak dan barang mainan dia bersepah-sepah....Rumah ku cuma sebesar sangkar burung,5 langkah je dah sampai dapur, 5 langkah lagi dah sampai bilik...maklum la, rumah kos rendah yang luasnya hanya 660sqf... lagi pun rumah aku tinggi di puncak awan dan tak de lif.

Kesian gak nak naik tangga..macam aku kesian kat mak aku nak naik tangga la...lagi satu,aku bukan la kaki borak dan MIL aku juga bukan pernah berbual pun ngan aku...macam aku dok ngan mak aku pun aku tak borak2...husband aku jugak bukan lah kaki borak ngan mak dia...dan laki aku jugak bukan kaki borak pun ngan aku...hidup kami bukan ada banyak perkataan pun kuar.....boleh kira la sangat berapa patah perkataan kuar sehari....dan yang pasti, MIL aku akan bosan yang teramat sangat bila dok rumah aku....

Tapi tak kisah la bila dia nak bermalam di rumah aku..kena la terima seadanya rumah aku ni...bila MIl aku bermalam, at least aku boleh tengok gak macamana dia layan Aisy..hehehe..saje nak tengok layanan seorang nenek dia yang belah husband aku ni..kalau belah aku, Aisy ditatang bagai minyak yang penuh..dimanja yang teramat sangat....

Lepas je solat Zohor aku bersiap untuk kuar...(waktu ni la baru nak start basuh pinggan dalam sinki, iron baju, solat, prepare beg aisy...tetamu2?layan diri la kat rumah coz aku sendiri pun tak sempat nak minum air walau segelas sejak Aisy bangun..sambil aku buat semua tu diorang makan bekalan yang dibawa dari kampung,burung puyuh goreng...oh no nono...thanx coz pelawa makan..sebelum terkeluar isi perut aku makan burung tu, lebih baik aku tak makan)

Hahaha...teruk kan aku..MIL & SIL datang pun aku tak masak...maklum la,rumah aku bukan ada lauk stand by dalam peti..ada pun untuk Aisy, ikan tenggiri yang aku akan masak seketul kecik tu untuk dia makan....beli dua keping cukup seminggu dia makan..aku & husband tak makan malam, hujung minggu lak tak de kat rumah.

Akhirnya kami keluar rumah tepat jam 2.30 pm meninggalkan MIL & SIL berehat di rumah menanti BIL aku sampai untuk bawa diorang jalan2..Tinggalkan juga sebakul kain yang tak berjemur...

Jalan KL ni jam betul la..tu yang aku tak suka kuar hari minggu kat KL ni..pusing sana, pusing sini dan terpaksa la bayar tol supaya cepat sampai..kami sampai di Prince Court dah pukul 4.00 pm..perut aku memang dah berkeroncong, Aisy pun sama..sempat beli roti untuk Aisy kat kedai News.Com kat bawah tu..

Bilik Karni? 6H-08, lady kat bawah tu dah tunjuk kat aku macamana nak pergi..naik lif tingkat enam then ke kanan...bila dah sampai setengah jalan, husband aku tanya bila dia tengok ada directory board kat situ...aku cakap la,6H-08.."tengok ni, H kat sana la", husband aku tunjuk kat board tu arah ke kiri..kami pun berpatah balik ke kiri sehingga ke penghujung jalan...cuma ada sampai 6D sahaja..so betul la lady bawah tu bagi direction..apa punya directory ntah...mengelirukan habis..sudahnya memang jumpa di hujung sebelah kanan...

Tapi malangnya BFF aku si KArni ni dah tak de kat bilik..dia ke nursery coz anak dia dah kena jaundice..pagi tadi masuk untuk fototerapi,dia gi sana utk BF baby Khayla..lama gak aku tunggu then dia tepon suruh ikut adik dia ke nursery..aku pun gi seorg je, Aisy tinggal ngan babah dia...

Hampir 1/2 jam aku kat dalam nursery tu tengok baby Khayla BF..tapi biasa la..baru2 ni baby bukan rajin sgt nak hisap pun..hisap sikit dah tak nak, nak tdr je..tak biasa lagi, lagi satu baby ni nak yang terus masuk dalam mulut dia tanpa perlu dia usaha menghisap..ni macam Aisy la dulu..sama je..susu botol lebih cepat..


Prince Court Medical Centre

Ruang lobi macam hotel

Siap ada penyambut tetamu cam hotel yang akan give direction kat korang bila datang. Yang aku suka, yang lelaki pakai baju Melayu atau pun perempuan Baju Kurung Kedah

Tempat parking yang ada 3 basement yg mana kitorang tak ingat park kat basement mana..hahaha

Bilik pesakit yang sebijik cam hotel...kalau masuk,confirm boleh baik terus coz terlalu selesa

Aku tak berani mendukung baby Khayla kerana dah lama sangat aku tak dukung baby..aku tak biasa dukung baby, Aisy hari tu pun aku tak pandai sangat..ini bila tengok baby Khayla yang kecik lagi pada Aisy, lagi aku takut nak dukung..tunggu baby besar sikit baru aunty dukung ye...takut baby tak selesa...

Bila baby dah tak nak hisap, kami ke bilik KArni lak..borak2 ngan dia..Aisy aku bawa ke dalam..husband aku tinggal di luar kerana husband KArni jugak tak de...Aisy melasak je dalam bilik tu, lagi seronok bila ada 2 orang boleh panggil aunty je coz sebaya ngan adik aku tapi aku panggil kakak je untuk Aisy layan dia melasak...betul2 lasak dan tak takut orang sungguh anak aku ni...

Jam mencecah 5.30 pm kami keluar dari Prince Court..kasihan by by, terlena sampai mata merah2..pada hal tidur malam tadi bukan main awal lagi...tak kerja pun hari ni...dia kata penat dan ngantuk, boleh ubat dengan main bole je..hampeh tul jawapan dia...drop adik karni & her friend kat stesen putra kat Ampang PArk, kami bertolak pulang..husband aku call adik dia tanya kat mana...bermula la drama BIL aku ni...

Van rosak la, kena masuk bengkel. Tadi kata kerja sekarang van lak rosak..akal betul..semua nak lepas kat husband aku..pada hal dia bujang lagi...tak de tanggungan apa2..ni yg aku tak berapa suka...aku ingat nak bawa Aisy pergi KLCC coz Aisy dah umur 9 bulan tapi kami tak pernah bawa dia jalan2 sekitar KL ni..kasihan anak aku...terpaksa la pulang dengan hati yang sangat kecewa..sangat2...

Sampai di rumah jam sudah menunjukkan pukul 6.20 pm..husband aku tak fikir apa kecuali dapat bermain bola...Aku? Banyak benda nak buat...nak sidai kain yang masih di dalam bakul, nak mandikan Aisy dan banyak lagi la...(beza betul mak aku & MIL ni: kalau mak aku, apa sahaja dia tengok berkenaan dengan Aisy terutama baju,lipat ke, jemur ke..basuh je tak lepas aku dah habis pantang..pasti dia akan tolong..tapi bukan MIL aku..kurang concern dengan cucu agaknya..tak mengharap,cuma kat sini boleh nampak perbezaan antara mak aku & MIL aku..sebab tu juga beza aku & adik beradik ngan husband & adik beradik dia...) Moral of the story, aku akan pastikan Aisy diberi pendidikan dan diasuh seperti mana acuan aku dan bukan acuan husband aku...

Kat sini gak dapat dibuat kesimpulan, Aisy tak kenal nenek dia dan sentiasa merengek..semua tak nak kecuali ingin berada di dalam dukungan aku...sudahnya, bila aku siap mandikan dia, aku hanya menemani Aisy di dalam bilik kerana aku tak tahan dengar dia merengek..kerana aku pasti kalau rengekan dia lebih lama, dia pasti akan selesema..Dalam bilik apa dia buat? Melasak dan bermain dengan lap top aku...hampir dimusnahkan lap top aku dibuatnya...Bila dia merengek nak susu aku keluar tengok MIL & SIL aku tak de,dalam bilik kot coz dah masuk waktu Maghrib,baru lah aku tengok Aisy dengan beraninya berjalan ke hulu ke hilir dengan walkernya....Bermain buka tutup almari..itulah kerja dia sejak pandai dan tau apa itu buka dan tutup...

Malam ni kami berdua berdua-duaan lagi kerana husband aku kuar dengan MIL, SIL & BIL aku...suka hati la..tak kisah pun..kami makan dan bermain berdua je..yang syok, dapat tengok bola semi final yang kedua-- vietnam vs malaysia...kekal agg 2-0..malaysia mara ke final..alhamdulillah....

Pulangnya mereka jam dah kul 11.00 pm..aku baru je nak mandi coz tak sempat pun nak mandi petang tadi...aku serahkan Aisy pada husbnad aku..biar lah dia merengek ke, menangis ke..aku dah tak larat....aku perlu solat dan mandi...

Dalam bilik kedengaran Aisy mengekek ketawa, tadi sempat aku tengok dia bergelak ketawa dengan BIL aku..Aisy ni pilih orang jugak..bukan semua orang dia nak..tapi aku tak suka bila dia banyak sangat ketawa coz pasti dia akan mengigau dalam tidur..menangis tak berhenti, itu yang pasti..sudahnya, memang betul malam tu Aisy mengigau, menangis tak berhenti2..mata celik tapi sebenarnya dia tidur...hahaha..ubatnya, basuh muka dengan selawat sebanyak 3x...alhamdulillah..tidur semula si kecik ni....

Note : Lain kali, jgn ketawa banyak sangat ye Aisy..yang susah hati, mama jugak....

Friday, December 17, 2010

Welcome To Khayla Binti Junaidi....

Kawan baik aku baru sahaja selamat melahirkan 1st baby pada 15 Dec 2010..baby girl, CS..alhamdulillah..hadiah paling besar di hari anniversary mereka yang keempat...Tahniah buat my best friend, Karni Ibrahim & Junaidi. Selamat menjalankan tugas sebagai ibu & bapa setelah empat tahun korang berhoneymoon...

Baby Khayla Junaidi

Happy Anniversary Karni & Junaidi. Hadiah paling besar ye dapat...

Actually, ini anak yang ke-dua..di usia 2 tahun perkahwinan mereka tak silap aku, kawan aku ni pernah pregnant tapi may be baby tak strong, baby meninggal masuk usia 5 bulan...

Aku ingat lagi waktu dia melawat aku kat HUKM hari tu, waktu tu dia belum pregnant lagi tapi dia macam betul2 dah bersedia semula untuk pregnant bila dia dukung Aisy..alhamdulillah..pregnant gak dia akhirnya coz kitorang ada 3 orang bf...


Ni lak Hayfa Rania Binti Tajuddin

Habibah, mummy pada hayfa

Habibah Abd Rahim selamat juga melahirkan baby girl pada bulan July hari tu..akhirnya kami bertiga melahirkan baby girl untuk anak yang 1st tahun 2010 ni..anak kedua? aku plan nak tahun depan dapat lagi seorang coz Aisy pun dah besar..aku pun tuoooo...hehehe...tapi tidak untuk 2 sahabat aku ini coz diorang ber2 ni CS...

Monday, October 18, 2010

Rahadatul Aisy V2

Apa ada pada nama?Mesti la ada..nama tu kan doa..sebab tu la bila kita nak namakan anak kita, kita namakan dia dengan nama-nama yang baik dan mulia..penuh dengan makna...nama panggilan juga perlu dengan nama-nama yang baik..sebab itu merupakan doa...

"Rahadatul 'Aisy" bermaksud kemakmuran hidup...Ini lah nama yang aku berikan pada puteriku..dengan satu harapan nanti kehidupan dia penuh dengan kemakmuran dan kesejahteraan..agar dia menjadi anak yang soleh yang tinggi ilmunya..

Semalam aku berkesempatan mengunjungi sahabatku yang juga sekampung denganku yang telah selamat melahirkan puteri yang kedua dengan kaedah CS juga buat kali kedua..Rezeki untuk melahirkan anak secara normal tetap dihalang meskipun peluang sudah terbuka..tetapi apa yang berlaku mestilah ada hikmahnya...Dengan CS, bukan sahaja puteri dapat dikeluarkan dengan selamat, malah ketumbuhan yang berada di ovarinya juga dibuang...alhamdulillah,semuanya selamat..hanya melalui satu kesakitan sahaja...itulah hikmahnya...

Puteri itu dinamakan Nur Rahadatul 'Aisy..sama macam puteriku...hehehhe...Aisy puteriku mempunyai sahabat yang namanya sama...kelakar betul la...tak kisah la..nama je sama..hanya sesekali saje berjumpa..tapi mana la tau ditakdirkan mereka berdua berjumpa di kelas yang sama di universiti nanti..mesti wujud kekeliruan di situ...


My friends ; Normashanum & her daughter; Rahadatul Aisy
Pic : FB Normashanum

Apa yang akan berlaku di masa hadapan kita semua tak tahu..cuma menjadi satu harapan kepada kami sebagai ibu bapa untuk melihat anak-anak berjaya dalam pelajaran..ilmu itulah yang menentukan kedudukannya nanti...Semoga anak mama dan anak sahabatku menjadi insan yang berguna di duania dan di akhirat...sepertimana nama kalian berdua "Rahadatul 'Aisy"........

P/s :  Anak mama dah pandai merangkak 2 3 tapak..seronok tengok dia meneroka kehidupan dia..

Monday, October 11, 2010

Perkahwinan 10.10.10

Tarikh yang sangat cantik kan...10.10.10..kalau baby lahir hari ni confirm no depan IC dia 101010-10(yang selangor lagi best)...

Tahniah buat Dr. Syed Muzafar & Dr. Halina..best kan..aku suka cara Dr. Syed Muzafar cerita tentang love story diorang..pas tu waktu diorang buat outdoor shoot kat atas bukit mana ntah...fuhh..romantik gila..cantik lak tu..semoga perkahwinan mereka kekal hingga ke syurga..(comel lak aku tengok Dr. Halina tu...harap2 Aisy pun jd mcm doc mcm Dr.Halina...)





Gambar-gambar Dr. Syed Muzaffar ni sweet sangat kan...

Aku juga berkesempatan menghadiri satu majlis perkahwinan yang diadakan di kampung aku..anak kepada jiran aku..tahniah pada Dewi dan pasangannya..jagalah rumahtangga sebaiknya..jika alam bercinta itu indah, alam perkahwinan adalah sejuta kali indah lebih dari alam bercinta..lebih banyak dugaan..lebih banyak tanggungjawab..lebih banyak ujian...dan yang paling best..lebih banyak juga dalam hati ada taman..sungguh..tak tipu..kepada yang dah kahwin,aku sure korang semua tau kan...


Selamat pengantin baru buat dewi & pasangan

Setelah hampir sepuluh tahun tak berjumpa, kenduri perkahwinan ini juga menemukan aku kembali dengan rakan sekelas aku sewaktu di SMKTK yang kini telah pun mempunyai anak 3...yang ke 3 sebaya dengan Aisy..aku? baru anak seorang...betapa bezanya aku dan dia kan...nak buat macamana..jodoh aku lambat...

Baju gold coklat:Haniza...ni la classmate aku waktu kt SMKTK


Hari ni gak aku sedikit cemas coz Aisy tiba2 demam..dia tak pernah demam sebenarnya..dah 6 bulan lebih..lagi 9 hari cukup 7 bulan..mesti Aisy nak dapat sesuatu ni..tu yang dia demam..anak mama nak merangkak ye...

Sebab ni kali pertama Aisy demam, aku sedikit cemas..bimbang jika demam panas...terus aku ajak husband aku ke klinik..malangnya klinik di sg.ruan tutup lak..pusing bandar raub pun sama..semua tutup..hanya hospital raub je bukak...tak kisah la..janji dia mendapat rawatan daripada pegawai perubatan yang lebih arif...

Agak lama menunggu coz terlalu ramai yang menunggu giliran..aku dan hospital raub ni dah jadi macam biasa lak..dulu waktu pregnant, ke sini la aku pergi setiap kali hari ahad kerana aku mempunyai tekanan darah yang tinggi di akhir2 kandungan...pernah juga di masuk ke wad bersalin dan berada di sana lebih kurang 3 jam untuk periksa pergerakan baby aku...

Aisy demam la pulak..harap2 dia ok.aku tak larat nak tinggalkan Aisy kat ma..nanti aku lak kena ulang alik..tapi kalau letak dia kat baby sitter, lagi la..apa ntah jadi kat Aisy ni...

Sunday, October 3, 2010

Open House & Sambutan Hari Lahir Aqif

Open house di mana2 je time raya ni..tapi aku tak de lak dapat banyak sangat jemputan open house..maklum la..aku bukannya glamor pun..dan bukan ramai kawan sangat..(ni la padahnya kalau suka sangat buat hal sendiri..tak suka bergaul)

Tapi hari ni aku ada jemputan open house rumah officemate aku, Gee kat Hulu Langat..tahun lepas aku gi berdua je ngan husband..tahun ni bertiga lak ngan bam bam mama ni..

Kononnya nak kuar rumah kul 10.00 tapi akhirnya kitorang kuar rumah kul 11.00 jugak..biasa la..banyak benda aku nak uruskan..hubby mesti la marah coz dia dah buat appointment service kereta kul 3.00 pm kat perodua service raub..hehehe..biasa la..bila ada anak ni macam2 nak buat..lagi satu, nak la kemas rumah sebelum kuar, nanti bila balik mata tak la sakit sangat...

Bam Bam mama : Rahadatul Aisy yang kepanasan

My love...&..My Life

Singgah sebentar di petronas MRR2 Kepong sementara si by by isi minyak..aku ngan aisy masuk la kedai mesra tu..nak cari sikit barang makan sebagai buah tangan ke rumah orang..mana boleh gi tangan kosong..tak sopan..walaupun dh beli hadiah, tapi tak sedap la pi lenggang lenggok nak makan kat rumah orang..

Kat dalam kedai tu aku sibuk mencari, aisy pun sibuk mencari apa yang berkenan di hati..sudahnya aku belikan dia chocolate Cadbury (lebih kepada untuk hubby sebenarnya) & wafer Cadbury and biskut Julies untuk buah tangan ke rumah Gee..

Haqif & ibu Gee

Soo Wai Kuan


Aku sampai awal and yang buat surprise nya Gee tak baca sms aku pada dia cakap nak datang awal...so tak ada apa yang siap lagi..dok lama gak la kat sana..husband aku kata kul 1.00 mesti gerak coz nak service kereta lagi kul 3.00...tapi kul 1.00 baru kitorang makan..aku makan nasi impit je..itu pun kongsi ngan aisy..makan sikit je coz tak sempat dah..nanti lambat lak sampai raub...



Birthday Boy (Haqif) with his cake

Jalan agak jam kat MRR2..yang paling aku geramnya kat by by ni dia kononnya nak elak traffic light..last2 entah mana dia pergi..kitorang ni dah sampai ke jalan kuari sana..baru masuk MRR2..aku cakap la ngan dia, kalau kita ikut ampang, dah lama sampai...dia diam je coz ni smua pun salah dia..so dia la call balik perodua tukar kul 4.00 lak untuk service appointment...

Sampai raub dalam kul 3.30 tapi coz dah book kul 4.00 terpaksa la menunggu lagi..aisy dah jemu menunggu..macam2 ragam dah dia...nak buat macamana..ni semua abahnya pasal..siap service kereta singgah jap kat Thong Fatt nak beli susu untuk aisy...kalau dah masuk mesti la lama..pukul 6.00 baru kuar dari TF...

Husband aku ni ada satu sikap yang nak tunjuk dia lebih tau dari kita dan tak suka apa yang kita bagi cadangan coz dia rasa dia ada pilihan yang lebih baik..dah banyak kali terjadi terutamanya bila nak cari jalan gi mana2 and nak beli barang...sakit hati ooo..tapi diam je la..nanti gaduh lak..

Aku cerita ni bukan apa, hangin betul aku, dah la lewat petang, tak solat asar lagi..nak lagi patah balik coz semata2 nak beli racum rumpai round up..tu yang aku geram semacam, apa lagi..membebel la aku..tadi tak nak beli kat kedai yg biasa beli, nak jugak try kat kedai hardware tu..tengok, dah tak de..nanti by kuar la sendiri pas solat asar... akak dah tak larat dah ni...penat la..

Sampai je rumah, aisy pun bangun..si tembam ni tak boleh kereta berhenti, confirm terus bangun dari tidur..tau sangat la dia kereta jalan ke tak jalan..pandai ni anak mama ye...biasa la, bila dah sampai dia la jadi tumpuan...cucu sulung la katakan..mesti la jadi kesayangan semua..jeles akak...

P/s : By, sorry la, tak terniat pun nak membebel tapi akak ni penat sangat...dah tak berdaya..

Thursday, September 30, 2010

Pagi Yang Dilimpahi Hujan Rahmat

Agak terlewat sampai ke office..nasib baik boss tak masuk lagi..hujan2 pagi ni insyaallah ada rahmatNya yang diturunkun untuk semua umatnya..

Berat hati nak pergi kerja dan tinggalkan aisy pagi tadi..bila dia nampak aku buka pintu dia berusaha menegejar aku sedangkan dia hanya boleh meniarap dan berguling2 sahaja..mesti aisy ingat mama nak bawa aisy gi jalan2 kan...huhuhu..hari sabtu nanti ye mama bawa aisy jalan2...

Dalam hujan yang lebat juga husband aku berusaha meredahnya dengan hanya menaiki motosikal ke tempat kerjanya..kalau masuk site terus tak payah masuk office, tapi coz hujan dia kena masuk office..kesian kat by by..basah kuyup..semoga Allah murahkan rezeki by ye...

Pagi yang dilimpahi rahmat ini juga mengingatkan aku pada Rayyan Ian Ariff, Nabila, Alisya(Sarra) dan ramai lagi yang masih berjuang untuk teruskan kehidupan. Anak kecil yang terlalu hebat pada aku..Semoga Allah permudahkan segala urusan untuk anak2 ini...

Al-fatihah juga untuk adik Alanna Qish..terasa ingin menjengah teratak bidadari kecil ini di Kota Damansara tapi masa tak mengizinkan...sesungguhnya dia mesti bahagia di sana dan tidak perlu lagi menanggung kesakitan yang amat sangat....Sepertimana tiap saat aku merindui Rahadatul Aisy, aku juga merindui Alanna Qish...aku jatuh cinta pada anak kecil yang tabah ini..semoga mummy ayu tabah menghadapi segala dugaanNya..

Hujan2 pagi ni juga buat aku merindui abah..al-fatihah untuk arwah abah...sejak abah meninggal, aku tak pernah pun jumpa abah dalam mimpi..terlalu rindu kat abah....abah pergi untuk tidak berdepan dengan kesakitan yang terlalu lama..Allah permudahkan urusan abah untuk berjumpa denganNya...

Friday, September 17, 2010

Open House

Buat pertama kalinya aku buat open house coz ni pun sebab aku baru je dapat rumah February lalu..tak jemput kawan2 datang makan lagi kat rumah..hari tu pun just jemput orang surau buat solat hajat dan kenduri doa selamat je..maklum la..tengah tak larat bawa badan kerana waktu pregnant tu aku terlalu gemuk...hahaha

Aku tak jemput ramai pun cuma kawan2 office aku dan sepupu2 aku je..kawan2 rizal gak..rumah aku kecik je..kalau jemput terlalu ramai tak tau diorang nak dok kat mana nanti...


Menu open house


Aisy yang baik je..


Nak meniarap je Aisy ni



Menu biasa la..nasi impit kuah kacang, lontong, sate, lemang, nasi minyak, rendang ayam, & sambal udang..buah-buahan..tu je yang aku mampu hidangkan...

Malamnya pulak kami berkunjung ke rumah sepupuku di Shah Alam..punya la tak pernah pi sana, sampai sesat..pada hal dekat je rumah dia ngan rumah aku...kami dihidangkan dengan chicken chop..nyum nyum nyum..thanx Angah & Family...

Monday, September 13, 2010

Hari Raya Ketiga

Raya yang penuh dengan aktiviti kunjung mengunjung..pagi ni awal2 lagi dah kena bakar ikan dan ayam untuk sedara mara aku yang nak datang makan tengahari..penat betul....

Aku dah janji dengan Azziyah nak gi rumah dia kul 2.00 coz nak jalan2 raya dengan kawan2 lama..tapi kul 1.00 baru siap masak semua makanan...lagi satu kerja perlu aku buat..basuh kereta coz husband aku semalam tinggalkan kereta dalam keadaan kotor yang teramat sangat..selut dan lumpur yang dah kering penuh kat tayar dan juga bahagian bawah kereta..kalau tak pi beraya pun, aku kena cuci kereta ni..esok nak balik KL..takkan nak bawak kereta yang kotor...

Pukul 2.30 aku dah siap nak pergi..sempat lagi Azziyah telefon aku nak confirm dengan aku jadi datang ke tak..aku jadi serba salah..nak bawa aisy tapi sian lak dia..dia pun macam tau2 je aku nak gi jalan, dia terus bangun dari tidur..terpaksa la aku buat susu untuk dia dulu..bagi susu dan main2 jap dengan dia..Aisy dah pandai sekarang, kalau dia tengok orang pakai tudung, dia nak ikut la..dia tau boleh jalan2 naik kereta..sorry sayang, mama tak boleh bawa aisy la...

Bila aku sampai kat rumah Azziyah, dah kul 3.00 petang..janji melayu tul la aku ni..Ja, Niza, & Ichik dah menunggu..aku la yang lambat...makan bihun goreng kat rumah azziyah dan seterusnya ke rumah Ja lak..makan laksa lak....

Destinasi seterusnya adalah ke rumah Jannah...rumah ni hanya diserang coz Jannah kata nak ikut tapi tak nampak lak batang hidung dia..nasib baik ada kat rumah...ke rumah Niza lak..kali ni bihun soto lak jadi hidangan..makan lagi...nak ke rumah Ichik tapi ada sedara mara dia lak..tukar destinasi ke rumah Nora..alhamdulillah..sama2 sampai di depan pintu rumah Nora..Nora baru sampai dari Kedah..beraya kali pertama sebagai seorang isteri & mom to be..


Kiri Atas: Ashaliza aka Ichik, Norhasnizar aka ja, Noor Azziyah aka Azziyah, Shamsuniza aka Niza
Kiri Bawah: Nurul Jannah aka Jannah, Norhanafizah aka Hanafizah, Sharifah Nora aka Nora



Untuk kali terakhir, konvoi myvi kami menuju ke RTP lak..rumah Anura 1st coz maznin tak de lak...kat sini satu kejadian yang biasa akan berlaku kalau bawa budak kecik..Princess Rania (Azziyah punya daughter) pecahkan penutup balang kuih raya...huhuhu..nangis la apa lagi bila mummy dia jentik dia...biasa la budak2..nakal sikit bila nak membesar..Aisy jangan nakal2 kat rumah orang tau, kalau tak mama tak jentik tapi mama cubit drumstick Aisy yang besar tu..Nyum nyum nyum...

Last skali kat rumah aku la..jumpa gak diorang ngan anak aku..Aisy lak tak nak minum susu lepas aku gi..sian dia..anak mama ni dah pandai...nak mama je ye...orang lain dah tak jalan ye...

P/s : Masih menanti gambar2 raya dari seorang sahabat..aku? bawa kamera tapi tak ambik pun..teruk tak aku?