Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Thursday, June 8, 2017

13 Ramadhan

Salam Ramadhan..

Menu apa petang ni berbuka? Aku tak pasti lagi sebab ada dua tekak yang nak kena ikut selera diorang.

Alhamdulillah, dah dua hari Aisy belajar puasa penuh. Minggu awal Ramadhan, macam-macam alasan dan dicampur sekali dengan demam tiga beradik tu sampai tak puasa seminggu.

Mana tak demam, pukul 6.50 pagi dah turun mandi kat "swimming pool" tokma buatkan untuk cucu-cucunya. Pastu dah penat main air mula la lapar. Dah tak puasa.

Minggu kedua hari Isnin baru start puasa, itu pun bertahan sampai pukul 5.00 je. Hari kedua 10 minit nak berbuka mengepek kata tak tahan tapi boleh je tahan sebenarnya.

Hari ketiga dah ok sikit walaupun asyik la dengar dia tanya lagi pukul berapa lagi pukul berapa.

Sekarang ni kalau dengar Faizal Tahir tu maknanya dah nak berbuka la maklum la aku masih lagi di dapur sibuk memasak utk juadah berbuka.

Minggu pertama aku masak lepas solat Subuh tu siap-siap, so bila sampai rumah pukul 7.00 pun masih wat lek wat peace lagi sebab semua dah siap.

Minggu ni sebab dua orang tu tak decide nak makan apa, sudahnya bersilat kat dapur walaupun pukul 7.00 baru sampai rumah.

Beli kat Bazar Ramadhan? Beli juga itu pun setakat murtabak sebiji dengan roti john satu. Itu je yang anak-anak semua makan. Amni sekarang jadi penggemar roti john sejak tiap jumaat cik de dia belikan roti john kalau balik kampung.

Amni ni tiap-tiap malam pesan kejut sahur tapi tak sehari pun lagi bangun sahur dan puasa. Hihihi..niat je dah ada.

Cerita bab tarawikh, kebetulan kan puasa start Sabtu minggu lepas, Jumaat dan Sabtu sempatlah tarawikh kat masjid. Walaupun berperang dengan budak tiga orang tu kat masjid tapi settle gak sampai witir.

Tapi hujung minggu baru ni, Jumaat je boleh dengan tenang solat tarawikh kat masjid sebab tiba-tiba Amsyar tak nak pergi. Maka kita tinggalkan dia kat adik aku. 

Sabtu dia nak ikut tapi sebab dia tak de kawan agaknya nak main, dia pergi main teng teng lak atas sejadah orang nak sembahyang. Dari kiri ke kanan, kanan ke kiri. Sudahnya balik la aku dengan dia ke rumah. Tak makan saman anak teruna ni seorang.

Korang punya cerita macamana pulak?

Friday, May 26, 2017

Selamat Datang Ramadhan 1438H

Syukur Alhamdulillah,

Masih dipanjang umur hari ini untuk merasai debaran menanti Ramadhan datang esok. Insyaallah, malam ni kita semua akan start bertarawikh.

Sempena Ramadhan yang akan tiba ni, aku mohon maaf pada semua yang membaca blog aku ni andainya ada masanya aku terlepas kata sehingga menyakitkan hati kalian.

Selamat menjalani ibadah puasa pada semua umat Islam. Semoga Ramadhan tahun ini adalah Ramadhan yang terbaik buat kita semua.

Jangan lupa, setiap kali menunggu waktu berbuka puasa, marilah kita mengangkat tangan dan berdoa kepada Allah SWT mohon diberikan keampunan dan kebaikan kepada kedua orang tua kita. Amin..

Selamat berpuasa semua....

***Bila Ramadhan je mesti sedih sebab teringat arwah abah dan mak yang sekarang ni dah tak boleh berpuasa sebab dah start dialisis. Semoga setiap pengorbanan mak dan abah membesarkan kami adaik beradik menjadi amal buat mereka. Amin.

Thursday, June 23, 2016

Salam Nuzul Al-Quran

Salam...

Lewat sehari ucap salam Nuzul Al-Quran ni. Maklum la..kalau cuti malas tahap gaban nak update blog. Lagi pun 'busy' bebenor..

Sempena cuti Nuzul Al-Quran semalam, aku dengan adik pergi ke Jalan TAR. Lama giler tak jejak kaki ke sini rasanya membeli dan membelah. Tapi tak membeli dan membelah sangat. 

Orang Nuzul Al-Quran bacalah Quran tu banyak-banyak, ni pergi merayap pulak kan???Harus ubah tahun depan kalau dipanjangkan umur untuk bertemu kembali Ramadhan. Kalau tak panjang umur, kem salam kat diri sendiri sebab pentingkan duniawi ni..ingatan untuk diri sendiri.

Rasa macam lama giler mengukur Jalan TAR tu tapi rupanya hanya tiga jam. Dulu-dulu kalau tak tengah malam baru balik, itu bukan mengukur namanya. Sekarang tiga jam pun dah cukup penat mengukur setiap kedai.

Tapi bazar kat Jalan TAR tak la semeriah macam dulu-dulu. Dulu bersepah orang jual kuih-kuih raya, sekarang tak banyak pun. Yang banyak jual baju-baju dan tudung. Gerai serunding, telekung dah kurang. Telekung lak tak de yang latest design sebab biasanya nak raya macam ni la suka beli telekung baru.

Lepas ukur Jalan TAR, masuk SOGO pulak. Mak ai..lautan manusia yang sangat-sangat ramai kau. Kalau bahagian pakaian budak memang terlalu ramai. Sampai nak bayar pun kena beratur lama.

Balik menngukur Bandaraya, bersilat kat dapur pulak. Budak-budak ni tinggal dengan abah diorang sebab aku keluar seawal 8.30 pagi cuma beritahu Aisy mama nak pergi kerja. Kalau tak dia nak ikut. Bukan tak nak bawa dia, nanti sekejap je dia nak balik.

Menu berbuka hari cuti semalam terlebih rajin. Aku masak nasi minyak, ayam masak merah, acar timun dan udang goreng butter. Hantar sebekas untuk adik yang tinggal kat blok sebelah. Rizal makan sampai dua kali trip dan bertambah. Kenapa dua kali? Kali kedua lepas terawikh ke? Bukan...lepas balik hospital...

Hospital lagi? Budak ramadhan ke yang sakit lagi?

Bukan..kali ni budak Zulkaedah (Amni) pulak yang sakit.  

Lepas je berbuka kita nak Maghrib, dia mengadu sakit perut. Pada halnya petang tadi elok je ke Bazar Ramadhan dan mandi sejam kat bilik air. Keluar bilik air terus menangis-nangis sakit perut.

Budak Amni ni jenis tak suka makan nasi kalau tak bersuap. Umur dah nak masuk lima tahun tapi masih manja sangat-sangat. Sehari dia kat rumah memang dia tak suka makan pun, dia makan la biskut dengan susu je tapi tak la pernah sakit pun.

Nak jadi cerita, semalam dia sakit. Telefon klinik swasta semua dah tutup. Rizal bawa dia ke hospital je. Dia ajak aku pergi sekali, aku tak nak ikut. Alasan, lambat nanti nak aku siap dan nak siapkan Amsyar jugak. Kena bawa susu bagai. Malas...

Samap pukul 10.00 malam Rizal tak telefon apa, aku dah risau. Ye la, pergi buta-buta tak bawa sehelai dua baju. Buatnya kena tahan kat ward, macamana aku nak pergi hantar barang-barang tu semua.

Alhamdulillah. Dia tak apa-apa. Mungkin perut ksong dan angin je. Sampai hospital dia muntah kat kaunter pendaftaran. Lepas muntah dah ok. Tapi doktor kata mungkin berpunca dari aiskrim. Memang budak tu makan aiskrim pun. Doc ni boleh guess ye punca apa walau tak cerita makan apa...

Balik rumah, terus makan nasi. Takut kena marah dan takut kena pergi hospital lagi. Sudahnya, tiga-tiga anak aku ni dah ada rekod nama kat Hospital Selayang la pulak. Em..tak kisah la..janji setakat ni aku puas hati atas service diorang cuma yang waktu Amsyar admit tu je kurang puas hati.

Ramadhan ada lagi 12 hari ni...harap-harap tak ada kejadian lain la...Amin...

Tuesday, June 21, 2016

Pengalaman Bertarawikh di Masjid

Salam Ramadhan....

Sabtu lepas berkesempatan untuk ke masjid setelah Ramadhan dah hampir separuh habis. Kali ni pergi pun atas desakan Aisy yang nak sangat ke masjid seperti minggu sebelumnya.

Tapi kali ni aku angkut sekali dengan Amni dan Amsyar. Nak tengok apa jadi kalau bawa anak buas macam Amsyar ke masjid.

Parking je kereta kat perkarangan masjid, Amsyar dah tak sabar nak keluar dari kereta. Lagaknya macam nak terjun je dari seat tu ke tanah. Aku dukung dia letak dalam ruang solat wanita.

Mak ai..terus berpancak silat dia dalam masjid tu. Eh, dia bukan berpancak silat, dia bertukar menjadi Ultraman menentang raksasa khayalan dia.

Tapi satu la aku suka bab Amsyar ni, Ultraman ultraman jugak, tapi bila kawan2 mak aku panggil ajak salam, pergi tu. Salam cium tangan lagi. 

Tak sangka lak malam tu bukan aku je yang bawa anak, tapi ramai kawan-kawan mak aku yang bawa cucu masing-masing. Yang kanak-kanak 'solat' pun ramai. Yang tak solat macam Amsyar pun ada. Tapi Amsyar yang paling tak boleh blah.

Aku sempat solat Isyak penuh empat rakaat ikut imam dan tarawikh cuma 4 rakaat je. Yang lain masih memerhatikan si budak kecik tu. Budak Amsyar tu boleh faham la dia tak tahu nak hormat orang sembahyang macamana lagi, tapi si budak besar dua orang tu sama naik je.

Budak berdua tu solat Isyak je, tarawikh tak pun. Minggu lepas bawa Aisy seorang je dia duduk baik je kat belakang orang solat. Kali ni ada kawan, bantai dia bermain dengan Amni pulak. Ada masa berkejaran dengan Amsyar. Ada masa aku dah terdengar Aisy memanggil Amsyar, mungkin budak tu dah termasuk ruang solat lelaki.

Bila habis je tarawikh, aku ajak budak2 ni duduk luar je. Bukan tak nak duduk luar dari mula, tapi Amsyar ni suka sangat letak kepala di celah-celah tiang botol kat masjid tu. Aku risau kepala dia tersangkut je tak boleh tarikh keluar. Dah satu hal. Ni budak ni budak Ramadhan, bila masuk je Ramadhan mesti ada je peristiwa.

Lepas je habis doa witir, semua pakat lari kat Rizal dan memang Rizal  ni jenis tak jamah moreh pun, terus je balik. Bukan main suka lagi la diorang malam-malam buta dapat naik motor.

Dari pemerhatian aku, patutnya aku sediakan buku atau kertas untuk Aisy & Amni ni menconteng, menulis dan melukis. Baru lah diorang ni duduk diam. 

Untuk si budak kecik Amsyar ni aku tak de idea lagi nak buat macamana. Aku dah bawa handphone nak bagi dia ralit main game atau tengok upin ipin je, tapi takut bising pulak. Tu yang tak keluarkan pun. 

Aku tengok ada seorang budak lelaki tu sebaya Amsyar, baik giler. Dia berdiri je sebelah ibu dia. Cuma yang last-last tu baru dia panjat-panjat ibu dia. Kenapa lah Amsyar ni tak boleh duduk diam.

Ada tips nak share, sila tinggalkan komen anda ye? Terima kasih...

Friday, June 17, 2016

Menu Berbuka

Salam...

Alahmdulillah, hari ini genap kita semua masuk hari yang ke dua belas berpuasa. Sudah hampir separuh daripada Ramadhan dah kita ni.

Apa khabar ye jemaah di masjid, makin bertambah, sama atau makin kurang? Kalau ikut trend, sekarang dah fasa menyusut. Hihihi...

Mula-mula masuk Ramadhgan kita memang bersemangat, nak masak tu, nak makan ni, nak gi terawikh, ngaji satu juzuk satu hari, tapi bila dah masuk lebih 10 hari ni, badan dah lemau. Bukan orang lain, aku la tu...

Bab terawikh dan mengaji masih ada dalam target, tapi bab berbuka dan bersahur ni. Dah makin blur nak makan apa. Macam tak nak makan pun ada. Tekak tak tahu nak makan apa.

Kalau duduk bujang, memang senang giler. Masak nasi dengan goreng telur mata kerbau letak kicap pun dah sedap. Tak pun makan la murtabak tu tiap-tiap hari. Tapi sebab ada keluarga, terutama sekali kena tanya tekak suami dulu nak makan apa. Lepas tu tanya anak pulak nak makan apa.

Selalunya mesti kena ikut tekak anak sebab kalau ikut tekak kita, nanti anak lapar pulak tak makan. Kita ni makan je apa yang walaupun tekak tak lalu ye tak?

Oh lupa nak share sini. Anakanda putri tu dah tak pose...tu yang abah dia malas je melayan tekak si anak. Tak tahu kenapa dia tak nak puasa sejak sekolah ni, tapi bila tanya, dia kata dia kecik lagi. Tak pe tak puasa. 

Memang la kecik lagi tapi dah boleh puasa tu kan boleh puasa je sebenarnya. Tapi malas nak paksa, biarlah dia enjoy life kanak-kanak dia. Mungkin tak syok bila kawan2 makan di sekolah, dia tak makan. Macam sebelum ni pun, dia puasa sampai pukul 6.00 je sebab tak tahan adik2 makan aiskrim depan dia. Dapatlah dua hari tu yang dia berpuasa penuh.

Balik cerita tentang menu berbuka. Sekarang ni aku dgn Rizal fasa jemu tengok nasi tapi kena jugak ada nasi. Nanti Rizal tu lapar. I is ok jer...

So, dalam dua tiga hari ni, menu kami mee / kuey teow dan buah-buahan je. Tetap banyak jugak la nak kena masak. Masak mee/kuey teow dulu, pastu kena masak jugak lauk untuk berbuka dan sahur.

Sempat ke memasak? Utk satu jenis masakan sempat la masak untuk makan berbuka. Aku sampai rumah pun dah pukul 7.00 malam (aku balik pukul lima tapi aku sangakut kat MRR2 dari Tesco Ampang tu sampai Bukit Antarabangsa samapi pukul 6.30 petang kot), kadang pergi kedai beli barang nak masak lagi sampai tauke kedai pun tegur sempat lagi ke nak masak? Kita masak yang mana sempat je dulu.

Minggu depan tak tahu apa pulak tekak kami nak makan. Jemu nasi, jemu mee/ kuey teow, makan batu dgn kayu je la jawabnya. Tak pun minum je la air ye dak?

Eh, dah prepare nak raya? Aku belum lagi dan I tak beli kain nak baju raya tahun ni. Kikiki..

Monday, June 13, 2016

Peristiwa Ramadhan Lagi

Macam menjadi satu kewajiban pulak bila masuk je Ramadhan mesti budak kecik hitam ni nak check in kat Hospital Selayang..aku ni dah tahap trauma bila nampak perkataan TRAUMA & KECEMASAN kat hospital tu.

Kisahnya semalam waktu Isyak, abah dia dah pergi ke masjid dan hajat si budak kecik ni nak keluar jalan2 terbantut sebab petang tu hujan. Dah tak pergi bazar Ramadhan, nak ikut abah pergi masjid, lagi lah tak boleh bawa.

Duduk la dia bermain seorang diri, segala permainan yang ada yang dipunggah dari bilik mainan. Mama dia ni sibuk la nak prepare cili kering yang siap blender untuk stok seminggu ni. Anak gadis kan makan nasi goreng berbuka dan bersahur.

Mula-mula aku tengok elok je dia main set permainan sabun mandi Carrie Junior yang latest edition pirate tu. Rupa-rupanya dia dah gigit kain atas kepala yang warna kuning atas kepala turtle tu dan masukkan ke dalam lubang hidung.

Sumber gambar : Carriemalaysia

Tiba-tiba panggil mama, mama, mama tunjuk hidung dia. Aku pun ambik power bank on lampu dia suluh dalam lubang hidung dia tu. Mak ai, besar macam tu pun boleh masuk tapi tersangkut kat lubang yang tengah-tengah tu.

Aku panik  tengok jam baru pukul 9.10 malam, abah dia pukul 10.30 malam baru balik dari masjid. Dia pun dah nangis-nangis sakit agaknya. Nak try tarik pun tak de alat, takut pun ye jugak. 

Langsung suruh kakak2 dia makan siap-siap nanti stand by nak pergi hospital bila abah dia balik. Amsyar nangis-nangis sampai tertidur. Aku pun kelam kabut siapkan stok cili kering, masukkan baju dalam washing machine tapi lupa pulak nak solat Isyak.

Bila dah siap-siap beg baju stand by kot kena check in kan, tudung pun dah pakai baru teringat tak solat Isyak. Sudahnya pukul 11.00 baru la bertolak ke Hospital Selayang.

Sampai je hospital dan nampak signboard Trauma & Kecemasan, aku pun terus trauma. Suruh Rizal yang bawa Amsyar masuk. Aku tunggu budak berdua tu dalam kereta sebab Aisy tak siapkan lagi homework dia.

Dah setengah jam Rizal tak balik lagi ke kereta, aku decide pergi sana. Kebetulan sampai tu dia dah keluar bilik doktor & kena tunggu sama ada pakar ENT tu nak buat malam ni atau pagi esok.

Alhamdulillah, doktor tu sanggup buat malam tu jugak. Aku tak pergi pun, aku kan trauma. Abah dia je yang bawa.

Kalau tengok Amsyar tu, orang pun tak tahu ada benda tersangkut dalam hidung dia. Dia seronok je sebab hajat nak keluar jalan-jalan tercapai.

Lepas 10 minit masuk dalam bilik rawatan kecemasan, tapi untuk kes Amsyar ni doktor proceed kat wad 6B, Rizal cakap wad je tapi bilik dia lengkap untuk operation, budak kecik tu keluar dengan hidung berdarah sebelah. Hidung kena korek sebab topi turtle tu tersangkut rupanya. Rizal cakap alat dia pun dah macam scoop aiskrim tapi tak de la sebesar scoop aiskrim tu.

Alhamdulillah dipermudahkan urusan sepanjang kat sana. Service kat Hospital Selayang ni memang bagus tak pernah la rasa mcm kena tunggu lama-lama, mungkin sebab bawa kanak-kanak kan. Tu yang apa-apa, mesti refer kat unit ni dan sebab tu jugak aku jadi trauma. Trauma duduk hospital lama-lama. Huhuhu..

P/S : Kalau anak-anak ni tertelan lego ke, termasuk dalam hidung ke macam Amsyar ni, cepat-cepat la bawa gi hospital ye. Bahaya ye, kalau masuk ke paru-paru.

Wednesday, June 8, 2016

Salam Ramadhan

Alhamdulillah, masih diberi nafas untuk bertemu lagi Ramadhan tahun ni. Nikmat yang terucap.

Ramadhan ni kalau tak punya tugas dan tanggungjawab sebagai ibu kepada anak-anak kecil betapa seronoknya dapat bertarawikh di masjid-masjid. 

Kurang-kurang solat isyak tu dapat lah berimam kan? 

Sejak dah ada anak ni, aku dah tak punya kesempatan nak bersolat di masjid secara berjemaah ni. Bukan tak nak bawa dan biasakan mereka di masjid, tapi sebab tempat tu bukanlah tempat yang selesa untuk anak-anak aku berlepas bebas.

Kalau kat rumah pun nak tengok tv pun tak dengar apa yang orang dalam tv tu cakap, ini kan pula nak bawa diorang ke masjid. Suara diorang lebih kuat dari semua orang.

Pernah anak-anak solat jemaah dengan abahnya tapi anak-anak aku ni bacaan solat diorang lebih kuat dari imam. Kalau nak betulkan bacaan dalam solat, boleh la solat dengan diorang ni.

Tak pe la, biar sahaja kami bersolat di rumah. Tak menganggu orang lain, kalau ada kesempatan mungkin di kampung nanti la di akhir-akhir Ramadhan. Jemaah pun dah tak ramai, boleh la tak menganggu sangat dan ruang pun sedikit selesa.

Tahun ni Aisy dah mula belajar berpuasa. Alhamdulillah puasa pertama dia berpuasa penuh satu hari tanpa paksaan.

Ustaz kan cakap, kalau nak ajar anak-anak ni berpuasa, jangan paksa. Latih bukan paksa. Kalau darjah satu puasa sampai pukul 1 dulu, kalau darjah dua puasa sampai pukul 2 dulu. 

Tanpa paksaan, Aisy sendiri nak puasa. Senang je nak kejut dia bangun sahur sebab malam tu dah tanya betul2 dia nak puasa ke tak.

Dia nak puasa dan sahur dengan nasi goreng je. Ok, mama bangun macam biasa pukul 5.00 am pun sempat lagi goreng nasi. Dalam 5.20 pagi baru kejut dia. Dia cuma makan nasi goreng satu senduk dan milo segelas je. Suruh minum air masak dia tak nak, kurma pun tak nak.

Walaupun sambung tidur semula, tapi pukul 6.30 pagi kejutkan dia semula untuk mandi dan suruh solat Subuh. Alhamdulillah, dia ikut je. Aku cakap ngan dia, kalau nak puasa kena solat, baru puasa tu Allah terima.

Maka satu hari dia di taska pun dia puasa dan solat. Pengasuh dia ada cakap, dia mengadu tak tahan, tapi bila suruh berbuka dia tak nak pulak. Tiba-tiba melompat-lompat main dengan gembira.

Aku tahu, Aisy ni puasa dan solat sebab sangat terpengaruh dengan seorang kakak yang bernama Qis ni. Qis ni dah darjah enam, so Aisy memang sangat2 terikut dengan cara Qis. Sampaikan kadang2 janji nak bawa baju apa nak pakai petang nanti, pagi nak pakai baju apa. Kawan baik tapi seorang budak darjah enam, yang seorang lagi enam tahun. Boleh percaya tak?

Petang aku sampai kat rumah dah pukul 6.40 petang dan dia cuma request nak buka puasa makan nasi goreng je. Senang kan? Aku sampai tu dia memang melepek sangat-sangat dah kata tak tahan tapi sayang pulak nak bagi dia berbuka. So, abah dia ajak keluar round2 naik motor. Ok jer tu boleh turun naik tangga, langsung balik lagi 10 minit nak berbuka merengek lagi sekali nak berbuka. Pujuk-pujuk bagi abah dia settle kan, mama dia nak masak.

Menu berbuka kami tahun ni paling simple. Biasanya mesti ada juadah dari bazar Ramadhan, murtabak, kuih muih semua tak ada. 

Yang ada cuma buah tembikai dan rendang daging yang mak kirimkan kat adik, nasi goreng, nasi putih, kari ketam dgn nanas dan ikan kembung goreng. Air tebu pun tak beli cuma minum air topicana twister orange tu je.

Aisy buka puasa makan nasi goreng je dengan minum air. Memang sekali round je tapi bila abah dia balik dari masjid, dia pulak moreh dengan nasi goreng yang masih berbaki tu. 

Malam tu Aisy dah cakap awal-awal esok dia nak cuti puasa. Pujuk2 suruh puasa pun dia tak nak. Dia nak cuti jugak satu hari. Ok, kita bagi cuti kat dia. Tapi pengasuh dia cakap, dia tak makan sangat pun kat taska semalam. Dia sendiri cakap lebih baik dia puasa. So, hari ni dia puasa semula dengan menu sahur macam biasa, nasi goreng.

Hope dia akan bertahan sampai habis. Kalau dia tak larat pun tak paksa la dia puasa sampai habis. Kesian dia, aku dulu darjah 4 baru la penuh puasa sebulan. Darjah satu puasa pun tak tau.

Monday, June 22, 2015

Sebab Berbuka Puasa Di Rumah


Salam Ramadhan...

Aku saje je tertengok status kat blog aku ni apa hal lah tinggi semacam jumlah pengunjung blog aku ni kan. Maklum la..blog tak de readers ni pelik juga bila tiba2 traffic tu naik je.

Rupanya penangan mencari buffet Ranadhan dan destinasinya adalah Restoran Nelayan.

Ramai orang rupanya suka makan kat luar bila berbuka berbanding masak sendiri. Memang syok makan buffet ni. Macam-macam ada boleh makan. Rabun mata tengok aneka warna makanan yang terhidang.

Disebabkan aku ni gemuk tak kurus-kurus, maka aku memilih rumah untuk berbuka sebab;

1. Jimat
Kos beli bahan mentah untuk sejenis atau dua jenis lauk tak habis RM20.00. Boleh masak sekali tapi makan dua kali. Boleh juga makan lebih kurang dua hingga empat orang dewasa. Jimat duit, jimat masa. Sahur nanti tak payah masak dah just panaskan sahaja.

Lagi pun bulan puasa ni bukan boleh makan banyak-banyak pun. Bila buka puasa sunat la kita makan kurma. Tapi bila dah telan kurma tiga biji, air dua gelas, bila nasi masuk dua mulut je dah sendawa. Perut kenyang kot...

2. Selesa
Berbuka di rumah lebih selesa pada aku berbanding berbuka di luar. Tambah pula bila dah ada anak-anak kecik yang ramai ni kan. Susah nak makan bila kita ni terpaksa bergilir-gilir dengan husband. Walaupun husband pergi solat dulu, tapi kita ni bukan boleh makan dengan bahagia. 

Kalau kat rumah, kami memang makan sama-sama dengan anak-anak sebab aku siap masak pun bila azan tu berkumandang. Boleh makan ramai-ramai. Air tumpah, gelas terbalik, nasi tumpah..tak kisah la. Janji makan dulu. Lepas solat nanti baru kemas. Janji boleh makan atau nak solat dulu pun boleh. Anak nak berlari keluar masuk bilik pun tak pe, janji pintu bilik air je tutup.

3. Kawal Kalori Makanan
Hehehe..ini cakap orang diet macam aku la. Setiap kali beli kuih muih nak makan sekarang ni, aku siap kira lagi berapa kcal bagi setiap biji kuih. Kalau makan nasi lak dengan lauk ni berapa kcal. Janji tak boleh lebih yang sepatutnya. Kata nak kurus kan...haruslah jaga diet.

4. Mantap Skill Memasak
Aku bukanlah orang yang rajin memasak sebab aku rasa memasak tu leceh. Tambah pulak bila dah penat drive dua jam dalam 'jam' nak sampai rumah, tiba-tiba kita ni nak bersilat pulak kat dapur kan.

Tapi sebab malas nak makan kat luar, hadap je la periuk belanga tu kan. Bersilat la kat dapur tu nak siapkan juadah berbuka. Macam husband aku pun dia memang suka makan kat rumah. Masak simple setakat bakar ayam je pun tak pe. Itu pun dah buat dia makan dengan selera.

Bila memasak  bulan puasa ni, kita kenalah mencuba 30 resepi untuk 30 hari. Hehehe..boleh pening kepala nak buat jadual masakan ni. Tapi banyak blog masakan untuk dapatkan resepi masakan yang sedap-sedap. Usaha tangga kejayaan.

Sebab utama aku memilih buka puasa kat rumah sebab anak-anak. Anak-anak aku sangat susah nak makan kat luar. Ada yang tak nak turun dari kereta (Aisy), ada yang suka hisap jari je bila nampak ramai sangat orang (Amni) dan yang ada yang suka berlari-lari (Amsyar). Apa pilihan yang aku ada? Makan di rumah jawapannya..

 

Wednesday, June 17, 2015

Salam Ramadhan

Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua yang akan berpuasa esok. Puasa memang esok, tapi malam ni jangan lupa kita ramai-ramai ke masjid untuk bertarawikh.

Indahnya rasa bila nak masuk Ramadhan ni. Hati sentiasa je berdebar macam kan aku nak berdepan dengan panel-panel penemuduga je. Hehehe..

Harap Ramadhan kali ni aku lebih beristiqomah dalam melakukan ibadat. Puasa of course tak dapat penuh melainkan pregnant je. Cukuplah tiga tahun je aku dapat puasa penuh tanpa perlu menggantikan puasa. 

Dapat cuti itu biasa. Best apa, itulah kelebihan Allah bagi kat kita yang perempuan ni. Tapi bukan bagi free, kena ganti juga. Kalau tak puasa tu, janganlah pulak makan terang-terangan ye.

Harapan untuk bertarawikh ke masjid memang harapan tinggal harapan saje la. Sejak ada anak, bertarawikh di masjid macam kan dah tak de tertulis untuk aku. Tunggulah mereka besar sikit, harap boleh dah bawa mereka ke masjid. Dua anak dara dah ok, tapi ada pulak anak teruna yang nakal. 

Kalau tak ke masjid, di rumah pun boleh bertarawikh. Tetapi, disebabkan ada anak kecil yang kadang nak sembahyang wajib pun terganggu, ini kan pula nak solat sunat.

Ntah apa peel anak2 aku ni, semuanya sama je waktu kecik. Kalau aku sembahyang, waktu tu la diorang datang berbelit kat kaki kita la, baring atas sejadah la, tepuk-tepuk sambil panggil kita, berdiri belakang kita bila sujud...ish ish ish..anak-anak korang pun sama ke? Ada tips tak nak elak berlaku macam ni?

Bukan setakat tarawikh je bulan puasa ni..banyak lagi amal boleh buat. Bertadarus antara lainnya. Tapi aku memang takkan boleh habis 30 juzuk tu untuk bulan puasa. Sedangkan hari biasa nak dapat habiskan dua muka surat pun dah macam-macam ragam anak nak hadap. Ini kan pula nak habiskan satu juzuk...

Yang penting bulan Ramadhan ni jangan lupa bayar zakat fitrah. Itu wajib tau..sekarang ni dah senang. Banyak tempat ada kaunter pungutan zakat. Bukan drive thru pun dah ada ke? So, jangan jadi alasan pulak untuk membayar zakat ok?

Bulan puasa ni juga sinonim dengan 'sedekah'. Kalau tak banyak duit, boleh sedekah dalam bentuk lain juga. Bagi makan kat orang pun dikira sedekah juga. 

Macam last year, kan aku berkampung kat wad seminggu. Ada hamba Allah baik hati ni dia sedekahkan nasi tomato untuk semua nurse dan penghuni wad yang beragama Islam yang aku stay tu untuk berbuka puasa. Terharu rasanya dan ada juga terdetik hati ini nak buat yang sama tahun ni. Insyaallah kalau ada kelapangan dan rezeki lebih aku pun nak buat juga macam orang tu.

Cakap pasal ramadhan ni, aku teringat juga kat MH17. Sebab waktu Ramadhan la kapal terbang kita ni ditembak jatuh. Dah setahun tapi sampai hari ni masih belum tahu siapa yang tembak. Sedih...semoga semua anak kapal & penumpang yang beragama Islam yang terkorban tu ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh dan beriman. Amin..

Di kesempatan ni juga, aku nak mohon maaf kalau bahasa yang aku gunakan dalam blog ni ada yang terguris hati dan rasa. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang buruk itu adalah kelemahan aku sendiri. 

Selamat berpuasa dan selamat menyambut ramadhan.

#30hari30masjid 

Saturday, August 16, 2014

Ujian Di Bulan Ramadhan

Aku rasa aku tak pernah diuji dengan perkara-perkara berat sampaikan ada masanya aku bertanya pada diri sendiri, tak sayangkah Allah padaku sebab tak pernah mengujiku dalam bentuk kesakitan dan kejatuhan.

Tapi pada 16 Ramadhan hari tu aku diuji. Amsyar diserang demam dengan suhu 38C dan 39C yang membuatkan aku rasa dah cukup panik.

Budak gemuk yang tak sihat
Bermula pada pukul 11.00 malam, masih lagi mengharap demam dia akan kebah bila dijerlun dengan air asam jawa. Sepanjang malam jerlun dengan air asam jawa, tapi demam tak kebah langsung.

Memandangkan cuti Nuzul Al-Quran, aku tak berani nak tanggung risiko menunggu klinik Swasta dibuka. Kurang-kurang kena tunggu pukul 10.00 pagi, sedangkan anak aku dah demam dari malam tadi lagi.

Selesai solat Subuh, aku paksa jugak Rizal hantarkan aku ke Hospital Selayang. Sekurang-kurangnya boleh dapatkan ubat demam utk dia.

Bukan tak de ubat demam, tapi tak tahu banyak mana nak bagi dia. Doc kan lebih arif banyak mana dos yang boleh bagi pada budak umur 4 bulan.

Budak dua orang angkut sekali bawa pergi hospital sebab tak ada orang boleh kami mintak tolong jagakan. Lagipun anak-anak aku bukannya nak pun tinggal dengan orang lain.

Sampai wad kecemasan hospital, aku je turun ke ruang kecemasan. Walaupun awal pagi, tapi terlalu ramai orang kat wad sana. Kebanyakan kanak-kanak dan orang tua. Orang muda lak ramai kat kaunter saringan demam. Kes denggi terlalu banyak.

Masuk wad kecemasan, Amsyar dimasukkan ubat melalui punggung dia. Terus tak demam tapi doc terus suruh proceed untuk buat semua sekali (blood test, x-ray, urine).

Aku ikut je. Dengarlah budak demuk tu menangis waktu nak ambil darah dia. Dukung dia ke bilik X-ray dan pegang dia waktu buat x-ray. Pengalaman pertama dalam hidup aku dan harap ianya adalah yang terakhir.


Disebabkan line telefon yang tak ada, aku pun gatal sangat asyik nak call husband, batery phone pun ada 20% je, akhirnya mampus terus hp aku.

Tak tahu macamana nak contact husband aku yang kat luar tu, aku mintak keluar dengan guard tu untuk guna public phone. Sampai public phone no hp Rizal pulak lupa sebab dia pakai nombor baru.


Aku tak tahu apa status aku waktu tu, kena admit ke, boleh balik ke, doctor pun tak tahu sebab dah menjelang petang tapi pakar kanak-kanak tak turun lagi ke wad kecemasan. Aku ingat nak suruh husband aku balik je dulu, kesian budak dua orang tu mandi tak, makan tak tunggu aku dalam kereta.


3.30 petang baru doctor decide admit ward sebab tak ada paed yang turun ke wad kecemasan untuk benarkan kami balik. Lalu menghinaplah kami berdua di Wad 8B, Hospital Selayang.

Terima kasih aku ucapkan pada seorang perempuan yang pinjamkan hp dia kat wad kecemasan tu. Aku call adik suruh call husband aku cakap kena admit. Nanti bila dah sampai wad baru aku call semula.

Bila masuk wad, nurse explain apa yang patut. Doctor lak datang cakap apa yang perlu diorang buat, itu ini itu ini, last-last dah sampai waktu Asar.

Buat kali kedua pulak aku dengar raungan Amsyar ketika doctor berusaha nak pasangkan line kat tangan/kaki dia untuk masukkan ubat. Hampir 1 jam dalam bilik rawatan doctor, baru Amsyar keluar dengan line di tangan.

Alhamdulillah juga sebab husband dah sampai bawa semua bekalan untuk check in kat hospital. Sedih woooo..bulanbulan puasa diuji macam ni pulak...

Amsyar demam tak kebah untuk 3 hari. Walaupun makan ubat, tapi dia still demam. Aku curi-curi baca report dari wad kecemasan anak aku. Rupanya doctor kat sana tersalah buat ramalan, diorang suspect anak aku ada jangkitan kuman dalam paru-paru walaupun lung dia sangat clear.

Disebabkan ada sedikit tonsil Amsyar bengkak, dan juga suspect ada jangkitan dalam paru-paru, diorang masukkan antibiotik. Sebodoh-bodoh aku dalam bidang perubatan, setakat demam aku rasa antibiotik tak boleh ambil. tapi diorang masukkan jugak. 8 jam sekali.

Bila hari ketiga, aku beranikan diri cakap dengan doctor kenapa masukkan antibiotik untuk Amsyar. Diorang mengaku salah, tersalah suspect penyakit. Bila paed masuk hari Jumaat tu, dia suruh cabut semua line dan habiskan antibiotik guna syringe je.

Alhamdulillah, Amsyar sihat macam biasa. Tiada demam lagi tapi aku kena stay lagi kat sana. Ahad baru boleh discharge.

Tapi berita yang sangat tak baik, sebelum discharge tu doctor cakap, saringan awal urine test, ada kuman dalam urine dia. So, mungkin kencing kotor. Dia benarkan aku balik tapi 22hb ni ada appointment dengan paed tu. Mungkin last result boleh tahu Amsyar ok ke tak.

Hope Amsyar ok, tak mo sakit-sakit dah ye sayang. Sikit-sikit tak pe, tapi tak mo check in ward lagi ok.

Tuesday, August 6, 2013

Ramadhan Sampai Penghujungnya

Alhamdulillah, hampir selesai ibadah puasa kita kan. Ramadhan mungkin ada satu atau dua hari je lagi sebelum Syawal menjelang tiba. Aku tak nak tanya persiapan raya coz semua orang pun dah siap sedia dengan kasut dan baju baru tapi aku nak tanya korang dah tunaikan zakat fitrah ke belum?

Bagi warga kota lebih baik bayar zakat fitrah dulu sebelum  pulang ke kampung. Kan di kota ni kita mencari rezeki. Tapi kalau tak sempat kat kota, kat kampung pun boleh. Jaji bayar...ye tak?

Bila Ramadhan sampai penghujung ni sebenarnya sedih tau. Tahun ni punya Ramadhan amal ibadat terutama solat terawikh banyak ke laut je. Asyik berperang dengan anak-anak dan keadaan badan yang sangat-sangat penat.

Tinggal bertiga tanpa suami ketika berbuka puasa sehingga lewat malam, bukan senang nak bersolat. Sedangkan solat yang wajib juga (Isyak) kadang aku terpaksa postpone sampai Sahur sebab kalau sembahyang tapi tak kusyuk buat apa kan!!!!

Dua puteri yang ada ni adalah sangat nakal. Mereka sangat2 suka bergaduh sampai rasa malas nak layan kalau ada yang menangis. Geram tau. Tambah nakal bila kita nak bersolat. Kalau aku tengah sembahyang, mula-mula Amni akan masuk dalam telekung aku. Konon nak sembahyang sekali. Tapi apa ke jadahnya nak sembahyang sekali kalau berdiri betul2 sama tegak dengan aku dalam telekung kan!

Bila kita nak rukuk, dia lari la sebab dah penyek dalam telekung kan..tapi dia buat kuak lentang lentang lak atas sejadah. Terpaksa berganjak dari tempat sujud dan aku tak tahulah solat aku diterima ke tak sebab kenakalan anak aku ni. Solat bergerak-gerak tau...tengah-tengah sujud tu, buukk..dia duduk atas kepala kita pulak...terpaksa la sujud lama-lama kalau dia tak bangun. Tapi kalau aku angkat kepala nak bangun, dia lari la....

Yang tu perangai yang kecik..yang besar pun lebih kurang. Bila dia tengok adik dia masuk dalam telekung, dia pun buat sama. Tapi sekejap-sekejap je. Lagi satu habit Aisy kalau aku tengah sembahyang, suka sangat menari-nari depan mata aku atas sejadah pastu bila kita nak sujud baru blah..

Itu bab kacau sembahyang masuk dalam telekung..banyak lagi cara budak-budak ni kacau aku solat. Amni paling suka punggah mainan letak atas sejadah tempat aku betul2 nak sujud. Tak de nye nak ketepi sikit ke. Tau je aku berdiri tepi sikit, tepi sikit tu la dia selerakkan mainan. Pastu dia sibuk la main sambil panggil mama..mama..mama..

Bila adik main, kakak pun nak main. So, bergaduh rebut mainan yang sama. Adegan cubit mencubit berlaku dan menangis. Itu je lah kerjanya dua anak aku yang nakal ni. Korang rasa macamana nak solat terawikh? Nak bawa gi masjid, huhuhu...dua beradik ni akan kacau orang lain sembahyang lak. Bukan aku tak pernah pergi masjid bawa dua budak ni..tapi tak boleh langsng nak solat. Rakaat pertama ok lagi, masuk kedua dah ada bunyi macam-macam dah.

Hope tahun depan aku berkesempatan dan dipanjangkan umur untuk merasai nikmat Ramadhan. Teringat zaman duduk bujang duduk rumah sewa dulu, siap sanggup mengharung jalan besar kat Pandan tu sebab nak ke masjid kat Pandan tu dengan pakai telekung je.

Seronok Ramadhan ni pada aku nak tahu kenapa..kita mesti target nak raya kan bila habis puasa. Waktu 15 Ramadhan excited gila bila dah dengar lagu Raya kan...tapi bila kita dah masuk bulan Syawal, lagu raya tu pun makin hari makin tak de dah berkumandang..so dah habis dia punya best kan..

Lagipun raya ni yang paling best adalah malam raya dan hari raya pertama je. Yang lain semua dah tak de apa dah. Sekarang ni memang dah jadi trend keluarga aku semua buat raya pertama, so dah tak de apa nak buat raya kedua ketiga dan seterusnya.

Raya pertama tu lah raya paling sibuk,,,dengan pergi kubur abah, jemput orang datang makan kat rumah, pergi rumah jiran2, perg rumah sedara-mara pun sama pada raya pertama. Tu yang tak de aktiviti nak buat raya kedua dan seterusnya. Sebab tu lah tak ada istilah cuti raya lama-lama dah pada aku. Tahun ni 4 hari yang ada pun dah kira sangat-sangat cukup. Bukan nak buat apa pun.

Hehehehe..cakap macam raya kat rumah sendiri je lima tahun kahwin ni kan!!!! Betul..tapi bukan lima kali empat kali je...1st year je rumah husband, 2nd year memang rumah aku. 3rd year rumah aku jugak waktu tu sebab Aisy ada. 4th year rumah aku gak coz aku tak larat coz pregnant kan Amni. Tahun ke lima, tahun lepas pun rumah aku gak. Untuk raya kali keenam ni nampak gayanya raya rumah aku jugak la coz family husband tak jadi beraya di Perak.

Nampak macam kejam je kan tiap2 tahun raya rumah aku. Bukan aku yang buat keputusan, husband aku tau. Lagipun memang tak termasuk dalam perjanjian kami untuk giliran raya ni. AKu memang bagi peluang kat husband aku beraya 1st kat rumah family dia. Tapi sebab family dia beraya rumah nenek dia, so tak ada lah nak sibuk-sibuk giliran raya. Rumah nenek dia pun seberang kampung aku je. Lepas solat raya pun memang pergi sana. Malam raya pun husband aku ada kat kampung dia...

Sebab kampung dekat dekat dan sebelah-sebelah macam ni lah kitorang husband and wife raya berpisah tau. Husband aku akan habiskan masa dan cuti dia tak tahu lah ke mana. Ada je tempat dia nak merayap sama ada dengan family dia atau pun kawan-kawan dia.

Kalau bawa kitaorang, orang lain dah tak leh tumpang kereta kami. Anak-anak aku pun tak suka lah berjalan-jalan rumah orang ni. Anak-anak aku suka pergi pasaraya je untuk habiskan duit. Collect duit raya tak suka. Tu yang dia tinggalkan aku kat rumah mak aku dengan dua anak ni. Dia pun joli katak berjalan raya entah ke mana. Aku pun bagi je peluang kat dia. Reason yang dia bagi kat aku 'raya ni setahun sekali je.'

Nampak macam tak sayang laki je kan aku ni...ke laki yang tak sayang bini? Sebab sayang lah aku tak pernah kongkong dia. Apa yang dia nak buat, dia buat lah. Janji tanggungjawab sebagai ketua keluarga tu jalan sudah lah...setakat nak beraya empat lima hari dengan family & kawan2 kampung dia..apa lah sangat kan..jangankan seminggu, sebulan pun aku bagi...layankan aje.

Biar dia merasa bujang sekejap sebab kalau dia rindu kat bini ngan anak dia, mesti dia terpacul je kat rumah mak aku dengan tiba-tiba. Macam tu lah raya kami tiap-tiap tahun nampak gayanya. Aku pun tak kisah coz raya pada aku pun bukan best mana pun selain menghabiskan duit je. Tapi kalau tak de raya, tak de la bonus ye dak?

Ok la..kepada yang memandu, memandu lah dengan selamat. Kampung tu tak lari ke mana pun, jangan la mak ayah kita tunggu orang yang balik tapi yang sampai mayat lak ye. Hati-hati...

Selamat hari Aidilfitri untuk semua. Maaf Zahir Batin. Jemputlah datang rumah mana yang beraya kat Raub tu.




Wednesday, July 31, 2013

Berkat Bulan Ramadhan

Alhamdulillah..bulan Ramadhan ni aku telah berjaya mendidik atau lebih spesifik mengekang kesukaan anak-anak aku berlibur dengan mainan di Jusco mahupun di mana-mana tempat permainan.

Aku pulak telah menjadi seorang ibu yang menceritakan perkara tidak benar..harap-harap tidak berdosa. Harap masuk bohong sunat je. Nak tahu apa yang aku bohongkan?

Hehehe..aku tipu Aisy, aku cakap bulan puasa ni semua pun tak buka. Jusco, KLCC, Mc Donald semua pun tutup. So dia tanya apa yang ada. Aku cakap masjid je buka sebab tu kita kena sembahyang je. Bertambah yakin bila ada masa aku berterawih kat rumah so dia perasan aku solat banyak kali dan lama.

Anak-anak aku ni pun sangat dimanjakan kat nursery. Seminggu sekali pengasuh diorang akan orderkan Mc Donald untuk lunch. Biasanya bubur la. Bila lama tak makan ni, dia pun request nak makan. Pengasuh dia pun sama cakap macam aku. Bulan puasa ni Mc Domald tak buka. hahaha....

Kadang-kadang kesian gak kat diorang kan tapi bulan-bulan puasa ni malasnya nak keluar. Shopping raya pun belum lagi ni tapi masih bermalasan untuk keluar. Mata ngantuk je bila pukul 11.00 malam..petang lak bila dah letih ni malas je nak teman diorang main kat taman permainan.

Bersabarlah sayang..tak lama je lagi nak raya. Lepas raya nanti kita main semula kat taman ye...sekarang penatlah..

Tuesday, July 30, 2013

Buffet Ramadhan : Restoran Nelayan Titiwangsa @ Gombak

Semalam berkesempatan berbuka puasa kat luar selain dalam rumah bila dah masuk hari ke 20 Ramadhan. Kalau bayar sendiri tak kuasa aku nak pergi tapi sebab company En. Husband yang belanja, kita pergi je la. Siap angkut adik aku lagi coz dia seorang je kan berbuka kat rumah tu.

Location restoran ni dulu kat Tasik Titiwangsa so senang nak cari. Location baru ni address dia kat Batu 8 3/4 Jalan Gombak, try google tak de tau address macam tu so husband aku cakap ni jalan lama nak ke Bentong. Kitorang pun gamble je ikut jalan lama dari gombak tu sampai Batu 8 kami slow kan sikit sampai nampak restoran tu. Betul-betul tepi jalan je, landmark lain tak de. Tapi sape2 biasa makan area jalan lama tu kan banyak kedai masakan thailand, confirm tau kot.

Sampai awal sangat, belum pukul 7.00 pm lagi. So, makanan dah ambik siap-siap la. Nama pun buffet kan, aku malas nak ambik nasi dulu so ambik desert yang tak berapa nak ada desert tu. Kat sini bole aku senaraikan menu apa je yang ada kat sana okay.

Buffet Ramadhan RM 37.00 untuk dewasa.
Air : Sirap atau air kosong je. Kalau nak yang lain sila order dan bayar ye
Buah : Buah tembikai merah & honey dew je
Kuih : Kuih Lopis, puding jagung, roti jala, lompat tikam
Nasi : Nasi Putih + nasi minyak + nasi dagang
Lauk : Kerutub ayam, pajeri nanas, daging kicap, fish fillet masak sweet sour, tauhu lembut masak sos, sayur kobis goreng, aku rasa ada lagi tapi tak menarik pun nak makan.
Untuk nasi dagang tu ada gulai telur dan gulai ayam.
Sate : ni dia hidang dah dekat pukul 8.00 kot itupun dapat lima cucuk seorang je tau.
Steambot : macam-macam ada, yang ni banyak boleh makan sampai muntah okay..
BBq Chicken : sikit je dia buat. aku tak sempat rasa pun.

Biasa aku makan buffet kalau habis diorang akan refill lagi kan terutama bab lauk-lauk untuk makan nasi. Tapi kat sini tak, bila habis-habis la..aku lak ingat nak makan nasi lepas solat, ambik kau dah takde lauk. Yang tinggal waktu tu cuma daging masak kicap, kerutub ayam, kari nanas, tauhu sos dan kobis goreng. Makan la jugak coz buka puasa tadi just makan lompat tikam je.

Yang tak best pergi sini bukan apa, meja yang kami duduk tu atas tak de kipas tau. Panas....anak-anak aku pun bila sampai makan terus, bila kita nak buka puasa, waktu tu diorang dah mengamuk nak balik. Aisy la..macam-macam perangai dia..mengantuk la..nak tidur la..Amni maintain je terlompat-lompat atas pentas kat tengah-tengah tu.

Langsung tunggu abah dia dalam kereta je. Nasib baik bawa adik, so boleh gilir-gilir jagakan budak-budak tu dalam kereta. Husband aku memang melantak steambot udang & ketam tu tak hengat. Sampai sangat-sangat kekenyangan baru nampak bayang dia keluar.

Kami balik dalam pukul 8.30 malam..orang pun dah ramai tinggalkan tempat tu masa yang sama gak. Ye la, nak makan apa lagi kan. Orang suka makan steambot boleh la lepak sampai pukul 10.30 malam kan. Balik tu husband aku singgah kat kedai runcit rupanya dia belikan aiskrim Magnum yang mavellesss tu. Dia kata tak puas hati coz tak de aiskrim. Hahaha...aku rasa tak pernah lagi jumpa buffet yang sediakan aiskrim kecuali waktu aku tinggal kat hotel Sri Lanka dulu.

Wednesday, July 24, 2013

15 Ramadhan

Pejam celik pejam celik dah masuk hari ke lima belas Ramadhan..

Alhamdulillah..masih berpuasa cuma bab terawikh..banyak yang skip..

Masih tak berpeluang ke masjid / surau walaupun berhujung minggu di kampung. Ini kerana susah sangat nak tinggalkan dua budak kecik tu. Kita nak pergi dia nak ikut, tapi bila ikut, bukan boleh beribadat pun

Sudahnya ada masa buat sendiri kat rumah je tapi banyak malam yang tak buat. Bila dah berperang dengan dua askar gugirl tu..kita yang sakit kepala...

15 Ramadhan jugak barulah menyaksikan untuk dua hari ni husband aku berbuka puasa kat rumah..kira start Isnin la..kalau tak, aku cuma jumpa dia waktu sahur je..dia balik pukul berapa aku pun tak tahu..

Masuk 15 Ramadhan jugak, boleh dikira berapa hari bangun untuk bersahur yang betul2 sahur...aku rasa ada la dalam 5 atau 6 hari je..yang lain...terbarai..tak sedar langsung ataupun bila sedar sudah 5.30 pagi..sempatlah telan kurma & air kosong je.

Masuk 15 Ramadhan juga boleh dikira hanya enam hari je makan masakan kat rumah. Yang lain semuanya beli je...dua hari masak kat rumah sendiri...4 hari di kampung...hari lain semuanya beli di bazar sahaja. Bulan ni lah nak bantu sesama kita berniaga ye dak?

Apa kejadahnya aku nak membantu kalau tiap2 hari aku beli yang sama je. Menu aku beli kat bazar..
1. Murtabak Ayam / Daging (1 je tau) = RM 3.00
2. Kuih Akok (2 ketul kalau sorg (RM1.00) / 4 ketul kalau ada husband aku (RM2.00)
3. Sate Ayam & Daging (10 cucuk ) = RM 3.00 ni beli selang dua hari je
4. Air tebu = RM 2.50 pun selang sehari atau dua hari
5. Nasi Ayam / Nasi dagang = RM 4.50
6. Laksam / Lompat tikam = RM 2.50 ni beli kalau rasa tak nak makan nasi

Berdasarkan menu2 yang ada kat atas, aku hanya pergi dua atau tiga gerai je..1st confirm gerai yang jual masakan Kelantan tu la...semua ada..dari kuih sampailah ke nasi dia..semua sedap2 tapi tak lah pernah beli semua yang dia jual. Kuih akok dia, tiga tray tu..tiap2 hari habis. Tapi kuih akok tu memang sangat2 sedap..paling sedap pernah aku makan.

Gerai murtabak tu pulak berdepan je gerai masakan kelantan tu...dari dulu memang beli murtabak dia..sedap pada anak tekak aku..dalam dia kalau beli ayam memang rasa ayam la...jumpa daging ayam seketul2 tau...kalau daging ada la dagingnya..tebal dan sangat mengeyangkan walaupun beli satu je

Gerai sate ni adalah sate yang paling murah dijual di abad ni..korang pernah jumpa tak sate harga RM 0.30 secucuk? Paling murah pun RM 0.50 kan...memang sate dia kecik sikit...tapi pada aku  kira ok la..sedap jugak terutama kuah dia...

Kat KL ni mana ada orang jual air tebu RM 2.50 kan? Semua jual RM 5.00 atau RM 4.00..kalau letak dalam botol pun RM 3.00...kecuali kita beli yang cup ada air batu tu ada la RM 1.00 kan. Tapi satu gerai ni jual RM 2.50 je...macam kat kampung aje rasanya...kat kampung aku pun jual rm 2.00 je seplastik tu..jimat kan

Gerai nasi ayam ni memang jadi hala tuju aku la kalau aku tak masak. Bukan apa, aku memikirkan tentang anak2 aku jugak. Aku makan apa yang anak aku makan. Kalau diorang tak makan, buat apa nak beli. So, beli apa yang diorang makan. Boleh share2 je makan...gerai ni kalau bukan bulan puasa dia berniaga kat tepi2 jalan kat persiaran meranti ni..bulan puasa dia berniaga kat bazar lak..patutlah dia tutup kedai tu.

Kalau tengok apa aku beli sah2 hanya untuk berbuka je kan...memang pun...kalau berlebih pun mungkin murtabak & kuih akok yang saje simpan nak makan sahur. Nasi tu ada masa makan, ada masa simpan sahur gak. Kalau terbangun pagi awal sikit, makan lah roti dengan susu pekat F&N tu. Ada la jugak merasa Teh O suam. Kalau tak, makanlah kurma dengan air kosong je

Ramadhan kali ni macam tak nampak bayang nak keluar membeli-beli persiapan raya pun. Baju kurung memang dah siap, tapi baju anak2 aku ada sepasang tu je la. Ingat nak beli dress, pants, jeans, shirt ke untuk diorang dan jugak untuk seorang anak buah yang bam bam tu tapi tak de masa lagi nak keluar. Baju Melayu husband pun tak beli lagi...

Tahun ni macam sangat malas nak raya..boleh? Kuih pun dengan adik2 aku yang suka menempah kuih pun tak menempah kuih tahun ni. Kuih tart nanas gulung yang peberet kitorang pun boleh tak tempah lagi. Ada yang sudi nak menerima tempahan lagi tak?

Friday, August 10, 2012

Touching betul...Huhuhu...

Dah tengok iklan raya Bernas? Semalam 1st time tengok. Huhuhu...touching sungguh....

Budak dua orang tu raya kali ni kat mana yek? Kalau tak de tempat nak beraya rasa macam nak jemput raya bersama lah. Tak pun lepas solat raya baru hantar Ahmad pi lawat kubur ibu dia.

Sedih betul tengok budak dua orang ni, dalam keadaan serba kekurangan tapi masih lagi berusaha nak lawat pusara ibu Ahmad tu.

Kalau kita yang sempurna ni tak ingat kat mak ayah, tambah lak mak ayah yang masih ada ni...tak tahulah nak cakap apa. Baik tukar je la kesempurnaan sifat yang ada tu bagi pada dua budak tu.

Yang tak nampak tu nama dia Fizi kan? Teringat kat arwah pak usu aku. Dia pun tak nampak dan meninggal pun masih lagi dalam perkhidmatan.

Setiap tahun bulan Ramadhan kami akan pergi rumah dia berbuka puasa sama-sama. Kalau dia nak makan, mesti inform dia apa yang ada dalam pinggan dia. Sama je macam Ahmad buat pada Fizi tu.

Agaknya waktu kecik dulu Pak Usu aku pun macam tu, belajar seorang diri kat Johor sedangkan family mak semuanya kat Kelantan.

Mujurlah dia diberikan latihan trengkas dan dapat bekerja sendiri. Hasil usaha sendiri juga mampu miliki aset untuk kemudahan anak sendiri bila sudah tiada. Al-fatihah untuk arwah pak usu.

Jom layan iklan raya best nie........



Thursday, August 9, 2012

Dugaan Bulan Ramadhan

Awal-awal ramadhan hari tu pernah buat entry cabaran bulan Ramadhan ni terutama melayan karenah anak-anak yang tak nak tidur.

Akibatnya tuan punya badan sendiri yang tak cukup tidur.

Semalam disebabkan hanya dapat tidur 2 jam sahaja, aku jadi terlalu mengantuk.

Bermula dengan episod tersengguk-sengguk kat office tapi pagi tu sempat jugak layan tidur setengah jam kat atas meja.

Episod mengantuk terbawa-bawa ke petang hari. Jarak 3km sahaja nak sampai rumah tapi ntah apa nasib yang berlaku semalam, jam teruk sampai tak bergerak atas MRR2 menghala ke Sungai Buloh tu.

Beberapa kali tersengguk masih lagi dapat beringat agar gear kereta sentiasa diletakkan dalam keadaan neutral supaya tidaklah menghentam orang depan.

Tetapi ntah macamana nak jadi jugak, tengah bergerak sikit-sikit tu aku boleh pulak terlelap. Sedar je dah bunyi berdentum. Sama ada aku telah menekan pedal minyak atau membiarkan kereta berjalan dalam gear D.

Terus hilang mengantuk. Aku tengok kereta depan macam tak de apa-apa tapi dia bagi signal tepi, aku pun ikut je. Dia keluar aku pun keluar.

Bila dia keluar dalam keadaan yang sedikit marah tapi tak meninggi suara dia bertanya "Tak nampak ke?". Seorang pemandu lelaki India yang berusia agak 30 plus hampir 40 kot. Kereta Proton Saga edisi Dr. Mahathir dulu..

Keras sungguh kereta tu sama keras macam Myvi aku. Kereta aku pun aku tengok tak de apa-apa. Bila everything clear, kami masuk kereta masing-masing untuk teruskan perjalanan.

Tapi agak musykil kerana lampu dalam kereta aku masih menyala sedangkan semua pintu telah pun tertutup rapat. Sampai di rumah betul-betul azan untuk berbuka.

Kasihan anak-anak yang berada di dalam kereta bersama c.Su dia hampir dua jam setengah. Tak ada makanan dan masing-masing lapar serta penat sampai tertidur.

Apa jadi kat kereta itu? OMG...bonet depan adalah sedikit kemek sebenarnya. Tempat tutup bonet tu telah terperosok ke dalam dan menjadikan bonet tersebut tidak lagi rapat kerana sedikit terangkat di bahagian atas.

Nak lock kereta tak boleh, nak cabut wayar batery panas lak enjin kereta tu. Tak boleh nak sentuh apa-apa. Terpaksa lah tinggalkan kereta macam tu je. Hope lepas Maghrib akan bawa ke bengkel.

Mujurlah kawan-kawan husband adalah orang yang terror bab-bab mengetuk ni, so tak payah lah membawa kereta ke bengkel.

Tapi bila bawa pagi ni, rasa kurang best sikit seolah-olah macam balancing & alignment dia dah lari. Ooohhh..ada sajelah kereta ni buat hal bila ada duit lebih sikit. Huhuhu....

Friday, July 27, 2012

Puasa Itu Ibadah

Tajuk entry macam lah orang tak tahu yang puasa itu ibadah wajib. Dah sah-sah masuk dalam rukun islam.

Belum terlambat aku rasa nak ucapkan selamat berpuasa kat semua readers blog ni. Maaf lah kalau ada yang terasa ngan kata-kata aku ni.

Nak cerita cabaran bulan puasa kali ni. Dulu tak ada anak kecik nak breastfeed, sekarang ada lak budak kecik tu nak nenen. Dulu pun bukan tak ada budak kecik tapi budak kecik tu suka hisap susu formula.

So macamana nak kekalkan bekalan susu ni? Aku tak ambik mana-mana supplement pun. Bukan tak nak ambik tapi aku paling tak suka apa saje jenis yang dinamakan "ubat dan pil". Memang tak leh nak telan dan yang paling tak boleh blah aku tak leh jadikan benda tu rutin.

Terpaksalah sekarang ni bersahur tu minum banyak-banyak air. Makan pun kena buka selera. Tapi aku bukanlah orang yang hilang selera pulak kali ni. Perut asyik lapar je, asyik nak makan nasi je.
Apa lagi cabaran kali ni? Sudah tentulah kesesakan traffic yang teramat ketika nak balik..Tapi nasib baik dah tiga hari aku balik 4.30 so boleh sampai rumah 5.30 petang.

Sepatutnya balik kul 5.00 tapi bos bagi balik awal lak 3 hari ni. Hari ni tak tahu lagi..hope dapat balik awal tapi awal pun sangkut gak jam kat area MRR2 depan Flamingo tu.

Hehehe,..setelah hampir 4 tahun lebih tak bonceng motor gi kerja, hari Selasa lepas merempit lak ngan my by by. Kecut perut aku bila dia rileks je ciluk kat tengah-tengah lori ngan kereta tu. Pastu sakit belakang la naik motor jauh-jauh ni.

Cabaran paling tak tahan adalah anak-anak. Huhuhu..hari-hari aku bising je kat rumah tu bebelkan dua budak kecik tu.

Mesti diorang dah lebel aku ni nenek kebayan agaknya. Asyik membebel tak berhenti-henti.

Bukan saje nak bising-bising tapi korang tahan tak kalau budak kecik dua orang ni tidur lambat (paling cepat 12.00 malam) pastu bangun awal (5.00 pagi). Aku rasa macam nak berhenti kerja la. Tak cukup tidur.

Bila diorang tidur baru boleh aku nak kemas rumah yang bersepah ngan mainan, duit dalam wallet aku dan semua kad-kad. Kalau ngantuk sangat aku tidur je dulu.

Tapi bila kita tidur dulu pastu nak buat lepas makan sahur, diorang berdua ni dah bangun. Dah jadi satu hal lak nak buat kerja apa pun tak boleh.

Sudahnya nak tahu apa jadi, bakul laundry penuh baju dua budak ni tak berlipat. Mujur rajin basuh baju kalau tak berkepam la bau baju-baju tu.

Pastu terkocoh-kocoh nak kemas beg dua budak ni nak bawa ke nursery. Dengan kita nak iron baju lagi, cari wallet, cari handphone, cari duit yang bersepah, cari kad pengenalan dan lesen. Finally, tiap-tiap hari lambat masuk kerja

Nasib baik ada adik yang tinggal sekali yang banyak tolong kemas bahagian dapur. Kalau tak mesti penuh lipas rumah aku. Tak sempat nak basuh pinggan.

Ada lagi cabaran ni. Cabaran nak tunaikan solat terawikh. Huhuhu...Sudah masuk 7 hari berpuasa tapi aku baru je sempat bertarawikh itu pun sendiri cuma 4 malam.

Itu pun solat dengan penuh dugaan. Ada budak besar bila kita solat je dia landing atas badan aku waktu sujud. Tau la mama dia ni selalu jadi unta dia tapi bagilah mama peluang nak solat dulu.


Melaram pulak budak besar ni di hari pertama puasa

Ada budak kecik yang baru nak belajar bertatih lak, bila kita berdiri dia pun paut lutut kita nak berdiri. Paling tak tahan dua beradik sedang elok je punggah mainan main atas sejadah tempat aku sembahyang. Macam ni nak bertarawikh? Nampaknya tak beribadat la bulan puasa ni.


Budak kecik ni pun dah pandai melaram jugak

Ada lagi ke cabaran nak cerita ni? Rasa macam tak de tapi nanti buat entry usaha menjadikan Ramadhan ni lebih baik dari dulu.