Tuesday, June 21, 2016

Pengalaman Bertarawikh di Masjid

Salam Ramadhan....

Sabtu lepas berkesempatan untuk ke masjid setelah Ramadhan dah hampir separuh habis. Kali ni pergi pun atas desakan Aisy yang nak sangat ke masjid seperti minggu sebelumnya.

Tapi kali ni aku angkut sekali dengan Amni dan Amsyar. Nak tengok apa jadi kalau bawa anak buas macam Amsyar ke masjid.

Parking je kereta kat perkarangan masjid, Amsyar dah tak sabar nak keluar dari kereta. Lagaknya macam nak terjun je dari seat tu ke tanah. Aku dukung dia letak dalam ruang solat wanita.

Mak ai..terus berpancak silat dia dalam masjid tu. Eh, dia bukan berpancak silat, dia bertukar menjadi Ultraman menentang raksasa khayalan dia.

Tapi satu la aku suka bab Amsyar ni, Ultraman ultraman jugak, tapi bila kawan2 mak aku panggil ajak salam, pergi tu. Salam cium tangan lagi. 

Tak sangka lak malam tu bukan aku je yang bawa anak, tapi ramai kawan-kawan mak aku yang bawa cucu masing-masing. Yang kanak-kanak 'solat' pun ramai. Yang tak solat macam Amsyar pun ada. Tapi Amsyar yang paling tak boleh blah.

Aku sempat solat Isyak penuh empat rakaat ikut imam dan tarawikh cuma 4 rakaat je. Yang lain masih memerhatikan si budak kecik tu. Budak Amsyar tu boleh faham la dia tak tahu nak hormat orang sembahyang macamana lagi, tapi si budak besar dua orang tu sama naik je.

Budak berdua tu solat Isyak je, tarawikh tak pun. Minggu lepas bawa Aisy seorang je dia duduk baik je kat belakang orang solat. Kali ni ada kawan, bantai dia bermain dengan Amni pulak. Ada masa berkejaran dengan Amsyar. Ada masa aku dah terdengar Aisy memanggil Amsyar, mungkin budak tu dah termasuk ruang solat lelaki.

Bila habis je tarawikh, aku ajak budak2 ni duduk luar je. Bukan tak nak duduk luar dari mula, tapi Amsyar ni suka sangat letak kepala di celah-celah tiang botol kat masjid tu. Aku risau kepala dia tersangkut je tak boleh tarikh keluar. Dah satu hal. Ni budak ni budak Ramadhan, bila masuk je Ramadhan mesti ada je peristiwa.

Lepas je habis doa witir, semua pakat lari kat Rizal dan memang Rizal  ni jenis tak jamah moreh pun, terus je balik. Bukan main suka lagi la diorang malam-malam buta dapat naik motor.

Dari pemerhatian aku, patutnya aku sediakan buku atau kertas untuk Aisy & Amni ni menconteng, menulis dan melukis. Baru lah diorang ni duduk diam. 

Untuk si budak kecik Amsyar ni aku tak de idea lagi nak buat macamana. Aku dah bawa handphone nak bagi dia ralit main game atau tengok upin ipin je, tapi takut bising pulak. Tu yang tak keluarkan pun. 

Aku tengok ada seorang budak lelaki tu sebaya Amsyar, baik giler. Dia berdiri je sebelah ibu dia. Cuma yang last-last tu baru dia panjat-panjat ibu dia. Kenapa lah Amsyar ni tak boleh duduk diam.

Ada tips nak share, sila tinggalkan komen anda ye? Terima kasih...

2 comments:

  1. Aku dah try.. tak berjaya! Aku bawak iPad, siap lecture kat budak2 dua org tu apa etika kat dlm masjid lepas tu smp2 dieorg duduk elok2 layan Youtube. Baru nak rasa lega lepas Isya', masuk solat Terawih 2 rakaat, Khadeeja dh bosan start la kacau aku solat. Masuk celah saf, lalu-lalang depan org solat, masuk bawah curtain nak pegi ke ruang solat lelaki sbb tgk budak2 lelaki lari2 kat ruang sana so dia pun nak join lari2 gak. Khayla je baik layan Youtube wpun lepas rakaat ke-6 aku tgk dia dh termenung, bosan. Hmm... Tunggu smp dieorg dh betul2 boleh control diri baru leh bawak masjid kot. Klu tak mmg xleh concentrate Terawih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Karni sbb share experience kau dgn Ipad tu. maknanya gajet ni pun tak boleh jalan jugak la.
      Em..nampaknya memang kita kena solat kat rumah je la. Kalau baca yang cara solat tarawikh kat rumah tu memudahkan bagi kita yang ibu2 ni, aku rasa memang betul. Aku kat rumah kalau tak ada halangan memang boleh siapkan terus dengan witir. Kalau ada halangan, memang buat dua/empat dulu, pastu diorang dah tidur baru sambung balik. Tak pun terbabas sekali tertidur sama, aku sambung pulak bila dah tersedar tengah malam tu.
      Mungkin belum rezeki kita lagi nak bawa diorang ni ke masjid kan! Tunggu dah sekolah rendah kot baru boleh bawa diorang ni.

      Delete