Showing posts with label Pahang. Show all posts
Showing posts with label Pahang. Show all posts

Thursday, April 6, 2017

Frazer Hill, The Little England

Salam...

Lama tak update gi jalan-jalan. Sempena cuti sekolah yang lepas, kami gi jalan-jalan gak tapi tak pergi jauh pun. Maklum la, kesihatan emak tak berapa mengizinkan. Itu pun, trip kali ni tak pasti kenapa dia tak nak ikut. Selalunya pantang nak jalan ke mana, cepat je dia bersiap naik kereta. Kadang nak pergi beli breakfast pun dia ikut sama naik kereta.

Frazer Hill ni tak plan langsung nak pergi. Lepas breakfast masih bersantai atas kerusi sambil borak-borak sehinggalah adik aku ajak naik ke Frazer Hill pada hal jam dah pukul 10.00 pagi. Siap jugak la walaupun mak tak nak ikut tetapi sebab Aisy dah mengamuk nak pergi pulak.

Walau berat hati tinggalkan mak seorang diri, tapi sebab kami pergi sekejap je, mak pun kata dia ok, kami pergi sahaja la.

Perjalanan dari bandar Raub ke Frazer Hill dalam 45 minit je. Itupun memang sangat slow je bawa kereta sebab jalan memang tak berapa ok. Bukan sahaja bengkang bengkok, jalan juga banyak rosak. Ramai yang kata lebih baik ikut Kuala Kubu Bharu, jalan lebih elok.

Kalau dulu waktu zaman aku sekolah, ramai kawan-kawan yang sama tinggal kat hostel memang budak Frazer Hill ni. Diorang memang pandai berbahasa Mandarin sebab bersekolah di SJKC. Pernah rasa nak ikut diorang balik time boleh balik, tapi sampai aku form 5 pun aku tak pernah ikut diorang. 

Dulu Frazer Hill ada time nak naik dan turun. Bas dari Raub pun just sampai gate je, nak naik sampai atas sama ada parents yang ambil atau naik la pengangkutan yang ada kot.

Dari perhatian aku la, bas macam tak naik sampai atas sebab jalan sangat curam. Waktu aku pergi tu, bas banyak yang park kat gate bawah je. Nak naik ke atas ada dalam 8km dan bila sampai kat atas..terus je nampak mercu / arca / jam tanda Frazer Hill ni. Ni memang port wajib ambik gambar sebagai bukti dah sampai The Little England ni.

1st tempat kami pergi Horse Riding. Kenderaan dilarang masuk rupanya tapi sebab waktu kami sampai tu, gate buka seluas-luasnya dan signboard larangan tu tak nampak. Bila dah park lama la jugak sibuk bergambar bagai, baru sibuk nak tanya macamana nak naik kuda tu. Waktu tu la baru penjaga kaunter cakap tak boleh park dalam. Hehehe..bertuahnya la budak tu...

Untuk Horse Riding ni pakej kalau untuk kanak-kanak dengan parents RM 11.00. Ye la, kaki budak kan tak sampai nak kena letakkan kaki kat tempat pemijak kaki tu. Maka aku terpaksa la naik 3 round bawa budak 3 orang sebab adik aku tak nak naik pulak dengan salah seorang budak-budak ni. Sakit peha aku terkangkang atas kuda tu, aku kan bukan tinggi mana.

Kat area horse riding ni ada juga memanah tapi kami tak cuba pun. Maklum la, waktu tu hujan dah turun renyai-renyai. Kami berpusing je area situ tak tahu nak ke mana lagi.

Tapi memang super natural la kalau pergi sini. Dengan flora fauna yang tak ada gangguan, sangat menyegarkan..nyaman..dan syok je. Macam kalau tarik nafas tu rasa dapat bernafas dengan lega je..memang cuaca tak la sejuk sangat, tapi nyaman je.

Yang paling best, kami terjumpa dengan seekor monyet yang sangat lain spesisnya dan rasa macam tak pernah tengok walau di Zoo Negara. Sangat comel tau monyet ni dengan warna dia kelabu seakan-akan beruang kaola. Walaupun Frazer Hill glamour dengan Bird Race tapi tak jumpa pulak burung-burungnya.

Kami berhenti di masjid untuk solat dan berhenti makan. Untuk makan, ada je kedai-kedai makan yang ada kat sini. Kalau Sabtu Ahad, ramai la yang menjual bawah payung area bulatan jam tu.

Niat hati nak pergi ke arah tasik nak tengok / naik beca air kan..tak pun ke kebun strawberry tapi Aisy dah mengamuk nak balik. Dia bosan la t sebab tak de apa-apa.

Macam pergi Cameron jugak, bukan ada apa, tapi dia excited sebab boleh tidur hotel sambil mandi dalam bathtub tu. Yang ni dia dah bosan terus ajak balik.

Sebelum balik tu, jom kita singgah beli fridge magnet sebagai tanda jejak dah sampai. Kat sini ada dua souvenir shop boleh pergi area bulatan jam tu. Kami pergi dua-dua tempat tapi kalau nak banyak pilihan, better pergi yang dalam hotel Puncak Inn tu. Walaupun dah beli kat kedai yang 1st, beli lagi kat kedai yang lagi satu tu sebab jumpa yang lagi cantik.

Jalan turun ke Raub, Aisy muntah tengah jalan. Waaa..bertabah lah hati dengan bau muntah dia sebab takde tempat nak buang muntah dia sebab jalan kecik sangat, tak de tempat boleh berhenti kejap.

Itu je pengalaman aku kat Frazer Hill, rasanya akan pergi lagi ni..macam seronok jugak.

Wednesday, September 21, 2016

Empangan Klau, Raub, Pahang

Empangan Klau ni kalau kami ni penduduk Lembah Klau dah dengar cerita dari kami kecik-kecik lagi tau. 

Datang lah dari satu kumpulan ke satu kumpulan juruukur tanah, jurunilai harta tanah dari tahun 1990an sampai la ke tahun 2000.

Rupanya company tempat husband aku kerja ukur tu memang last batch yang final ukur tanah rupanya. Last diorang buat kerja-kerja kat situ dalam tahun 2006 kot..

Ingat dah tak jadi..rupanya jadi. Menurut husband aku, pelan asal memang hampir keseluruhan termasuk kampung kami tu tenggelam. Lepas tu diorang rendahkan lagi sehingga kampung kami tu jadi sebuah pulau. Last adjust...tak kena pun. Cuma kawasan sekitar sungai dan kebun kelapa sawit je yang ditenggelamkan.

Arwah abah aku dan orang kampung aku semuanya mengusahakan tanah rizab di tebing-tebing sungai dengan menanam pokok buah-buahan terutama koko dan durian. Kebun arwah aku sendiri berada di tepi jalan besar berhampiran jambatan di kampung aku tu.

Kalau dulu sungai tu kecik je tapi sentiasa mengalir. Sungai tu tempat kami mandi dari kecik sampai la besar kalau air paip tak de atau pun bila ikut abah ke kebun.

Dari setahun ke setahun kami tengok pihak kerajaan buat jalan sini, tutup jalan sana. Tutup jalan sana, buka jalan sini. Dalam hati dok fikir macamana la nak jadi empangan ni. Bukannya besar mana pun sungai tu nak alirkan ke empangan.

Kalau tak silap tahun lepas ke awal tahun ni, hujan lebat malam tu. Bila siang tu nak ke bandar Raub, nampak kebun abah dah tenggelam dgn air tapi kali ni tak bergerak air tu. Itu biasa kalau kebun abah tenggelam kalau hujan lebat.

Sudahnya minggu berganti minggu, walaupun dah tak hujan, air tak mengalir dah. Malah air sungai dah jadi hitam dan busuk. Waktu tu bukan sahaja sungai kat kampung kami, tapi kampung di Felda Lembah Klau pun sama.

Orang mula bertenggek di jambatan merenung nasib sungai yang dah tak cantik. Hilang kenangan kami dan tempat nak mandi sungai dah lepas ni. Air rupanya dah mengalir ke empangan.

Bila dah jadi empangan, maka wujudlah satu hobi baru penduduk Lembah Klau iaitu memancing dan menjala ikan. Bukan setakat tu, ada jugak yang beli bot dan menjual hasil tangkapan. Tapi memang rare la ikan-ikan kat sini. Lubuk ikan bagi orang yang kaki pancing. Setakat nak jumpa Baung, Lampan yang besar-besar tu memang boleh dapat la. Tak tahu datang dari mana ikan ni.



Sekarang ni, empangan Klau ni dah start jadi tempat rekreasi la..boleh dah tambah dalam list bagi kaki pancing tempat nak memancing hujung minggu. Mana kaki pancing kaki pancing sekalian, meh la berkunjung ke kampung saya ni. Mesti puas hati bila dapat hasil nanti. 


Gambar kredit dari fb : Empangan Klau. Boleh search sendiri untuk tengok lebih banyak gambar

Monday, September 5, 2016

Musim Buah

Salam....

Sekarang ni kalau buka je fb hari-hari orang update gambar durian musang king kan? Dah dekat sebulan lebih jugak aku rasa durian musang king ni glamour. Sampai masuk Majalah 3 dan berita TV9 la kawasan kampung aku tu ...glamer jap Raub..



Cousin , founder Jelu Agro Farm


Disebabkan durian ni macam sedap je, kami adik beradik pun terjebak nak makan buah mahal ni. Tengok TV memang la harga sampai RM 50 / 60 sekilo, tapi sebab harga sedara-sedara dapat la harga RM 15.00 sekilo utk durian musang king dan 101 dapat la harga RM 10.00 sebiji je.

Musang King
Durian 101

Which one yang sedap? Ikut anak tekak aku 101 lagi sedap dari musang king. Ini anak tekak aku dan juga kami satu family la. Mungkin sebab 101 tu isi dia macam kuning lagi sikit dari musang king dan dia rasa lemak berkrim kan..memang terbaik la..tapi lagi sodap durian kampung dekat rumah arwah nenek aku tu.

Pulut durian

Dah lama sebenarnya tak ke rumah arwah nenek aku tu, rumah arwah pun tinggal sepi je atas bukit tu. Semua pokok buah pun kadang terbiar je tapi kali ni kebetulan durian hanya menjadi di sebelah Raub je, memang harga agak mahal walaupun durian kampung. Syok pulak bila secara kebetulan terjumpa dgn sedara mara yang mencari durian kat kebun ni. dapat la merasa durian fresh jatuh dari pokok dan dapt jugak merasa kena gigitan cinta dari nyamuk aedes ni.

Sekarang ni bukan setakat musim durian, tapi semua buah-buahan tempatan memang menjadi. Alhamdulillah, dulu arwah abah tanam pokok buah sekeliling rumah. Dapat la anak menantu makan buah ni. Tapi cucu tak makan pulak kecuali Amni seorang. Cuma diorang dapat enjoy memetik buah dari pokok walaupun tak makan.

Bekal bawa balik KL
Dulu nak ke kebun buah walaupun belakang rumah mak je, tapi agak semak sebab daun pokok koko penuh atas tanah. Macam bahaya jugak la takut ada cik ular yang jalan-jalan atas daun tu kurang nampak kan. Sekarang ni sejak menantu seorang Hajah Mekyah tu menjaga kebun, habisnya ditebang pokok koko sebab hasil dah tak ada sangat. Lagi pun tak ada orang nak kutip dan proses koko tu dah. Dulu aku rajin, sekarang aku dok dang..banyak kije..aku dang makang je..

Buah dokong - duku langsat
Bila dah terang benderang kebun buah, 3A tu tak boleh tengok langsung abah dia tukar uniform pakai seluar. Kalau pakai kain pelikat je tau la tak ke mana. Tapi kalau tukar pakai seluar tak kisah apa jenis seluar, panjang ke pendek, pakat dok berbelit kat kaki abah. Sama ada dapat round-round naik motor pi tengok air empangan, pergi tengok lembu, kambing, kera, dan bagi ikan makan kat sungai. 

Rambutan anak sekolah
Dua minggu ni terlalu excited dapat petik buah manggis sendiri dari pokok dan tolong pegang tali bakul sebab abah dia dok panjat pokok. Rambutan yang banyak-banyak tu pulak saje la Hajah tu ikat jual. Jual murah-murah je..satu ikat dalam RM 3.00 tak pun dua ikat RM 5.00. Daripada buruk je kat pokok, kita jual. Nak sedekah semua orang pun ada buah yang sama. Sama la jugak dengan buah dokong tu..terlalu banyak kita jual je murah-murah. Kalau rasa nak makan buah ni, jemput dan silalah datang ke rumah mak aku ya hujung minggu ni. Ye la..buah ni bukan boleh tahan lama sangat pun. Dah dua minggu masak kan, mungkin ni la minggu akhir boleh merasa lagi sebelum semua buah tu rosak.

Rambutan kuning

Sape-sape yang nak otw kelik kelate hujung minggu ni yang lalu ikut jalan alternatif mempaga lembah klau tu, jemput la singgah berehat makan-makan dulu ye. Tapi self services la panjat pokok ye. Sebelum tu roger-roger dulu aku ye...Kalau lalu ikut jalan besar dari bandar Raub ke Lipis ikut Gali tu boleh singgah di gerai cousin aku berhadapan dengan SMK Gali di Gali Tengah. Ada macam-macam jenis buah-buah tempatan di jual kat sana. Boleh dapat dengan harga kasih sayang je tak macam kat dalam TV tu.



Tuesday, April 26, 2016

Mencari Kesejukan Di Tanah Tinggi

Hangatnya bahang El Neno ni menyebabkan ramai orang suka ke tanah tinggi mencari kesejukan agaknya.

Minggu lepas sekali lagi tumpang sekaki naik ke Cameron Highlands ikut adik aku yang ada khidmat untuk negara di sana.

Last minit nak booking hotel sebab last minit arahan keluar, rupanya kebanyakan hotel semuanya fully book. Nasib baik tiba-tiba ada yang cancel maka kami menginap lagi sekali di Hotel Rossa Passadena.

Adik aku ni book hotel ni sebab ada breakfast sekali, tu yang senang agaknya. Tambah seronok budak ni sebab bath tub. Itu yang buat diorang tak sabar nak ikut ke sana.

Tak de apa nak cerita sebab selalu sangat ke sana. Cuma nak cerita sepanjang jalan dari Pos Betau ke Tanah Rata, boleh nampak banyak pokok kering dan juga kesan kebakaran.

Lama jugak rasanya tak datang, kali ni tengok projek janakuasa Telekom / TNB tu pun dah siap. Subhanallah, cantik sungguh tempat takungan air dia tu. Boleh tengok view dari atas.

Kami sampai di Tanah Rata dalam pukul 11.00 macam tu, so decide nak pergi minum teh di Bharat Tea dulu tapi tak berhenti pun. Sudahnya si Amsyar ni mengamuk nak teh, nak teh. Eh eh eh..budak kecik boleh faham pulak kita plan apa.

Sebab tak berhenti di Bharat Tea, kami ke Taman Sedia untuk menikmati aiskrim strawberri. Alamak, penuh giler parking area depan surau tu, dan kami singgah di KHM. Kat sana je ada free space nak park kereta dan kereta pun ada empat je.

Kali ni makan aiskrim sambil minum teh Bharat tea dan menikmati scone yang sedap tu. Kalau rasa nak makan scone ni, dah boleh buat sendiri. Bukan susah mana pun sebab banyak sangat resepi di blog2 masakan ni. Bahan pun mudah je.

Sumber gambar : Google
         


Friday, September 18, 2015

Genting Highland

Lama betul tak naik ke Genting Highland ni. Last sekali tahun 2008 kitaorang pergi 4 orang. Tak de anak lagi waktu tu, adik lak dapat tiket free untuk outdoor theme park.

Disebabkan ada gelombang baju merah pada 16 September tu di bandaraya, kami tak de hala tuju dan secara tak sengaja jugak kereta menuju ke puncak Genting.

Aku lak just sarung jeans and tshirt lengan pendek yang biasa jalan ke taman-taman permainan je. Bukan aku je, Rizal pun sama..pakai sempoi giler je..budak kecik Amsyar pun aku pakaikan dia seluar pendek sahaja.


 Langsung la lengan masing-masih diratah cuaca sejuk Genting. Cuaca sangat ok hari tu..jerebu kurang tapi kabus sangat tebal. Memang sejuk tapi kami ni kulit biawak yang tahan cuaca sejuk kot. Hehehe




Genting sekarang dalam construction. So, memang banyak sangat foreign workers yang bertaburan kat sana. Bukan kat KLCC je, Genting pun ramai..hehehe...

First time naik kereta ke puncak, empat kali pusing tak tahu nak masuk park kereta kat mana. Untuk info orang yang pertama kali pergi dan bukan nak stay kat sana..boleh ikut signboard 'taman tema luar, nampak hotel resort world belah kanan, kanan ada kawasan lapang parking kereta tapi tulis jockey..jalan depan sikit ada satu lorong masuk ke kanan sebelum turun bukit tu. Masuk situ then boleh cari parking kat luar sahaja atau masuk dalam bangunan bertingkat untuk parking sahaja. Parking sini free sahaja..


Outdoor theme park tutup atau aku yang tak jumpa cari jalan..aku pun tak sempat nak cari info..bertanya pun malas..so kami jalan-jalan dalam indoor theme park je.

Aku ajak Rizal masuk Snowworld tapi dia tak nak sebab dia kata perut dia lapar. Nanti masuk lagi sejuk lagi lapar. Alasan betul! Nampak gayanya terpaksa la aku datang lagi ke sini sebab dah janji dengan Aisy nak bawa dia main salji kat sana.

Satu jam sahaja kami di puncak dengan kos belanja RM 0.00 sebab tak buat apa-apa pun. Kami cuma tanggung kos petrol pergi balik dan tol pergi balik RM 10.00. Sungguh hebat aku rasa perjalanan kali ni...

Syabas untuk anak-anak yang tak teruja dengan indoor game tu. Hehehe...Mak kau je yang nak masuk Snow world tak kesampaian.

Sekarang kalau ke Genting Highland, perjalanan balik juga ada kebun strawberry tapi Rizal tak nak singgah. Dia kata strawberry Cameron minngu lepas masih ada dalam peti ais. Kalau habis, kita baru datang sini..Ellehh..ayat berlagak betul...
 
Kepada yang nak cuba cari angin baru untuk anak-anak, boleh la datang ke sini ye seperti mana kos yang kami tanggung. Selamat mencuba...

Monday, September 14, 2015

Cameron Highland : Parkland Express

Knock. knock..knock...
Ada orang tak?

Salam uolls...
Lama aku tak update blog...tapi sebab ada masa sikit..kita update laju-laju..banyak cerita tapi kita cerita yang latest dulu.

Last Friday lepas cucuk Amsyar untuk 1 tahun 6 bulan, terus kami satu family ikut adik aku yang kena bertugas di Cameron Highland. Orang kerja gomen ni kena berkhidmat untuk negara tapi kami ni penyokong di belakang yang tumpang jalan-jalan. Bukan takat aku je yang cuti dengan anak-anak pun ponteng sekolah. Hehehe...

Sebab dah banyak kali pergi Cameron Highland, kami pun tak de la nak berjalan ke mana sangat selain menikmati makan aiskrim strawberry dan makan goreng pisang panas.

Kali ni kami stay kat hotel Parkland Express yang betul-betul berada di tengah-tengah bandar Brincang. Sangat strategik sebab hanya berdepan dengan KFC dan stesen minyak Shell. 

Di hadapan hotel juga ada food court so boleh cari makan dengan senang. Kat sebelah pintu hotel pun ada dobi layan diri. Kalau nak stay lama memang syok duduk sini. 

Boleh layan pasar malam bila hari Jumaat dan Sabtu dengan berjalan kaki sejauh 100 atau 150 meter sahaja. Pilihan makanan pun banyak sebab banyak kedai dan juga stall. Ada kedai cenderahati jugak so anak-anak asyik la nak beli tu..nak beli ni. (anak aku la tu..dua hari duduk sana sampai lima biji belon strawberry yang pelbagai color dan saiz diorang beli)

Jom kita review hotel ni untuk reference korang.










Bilik yang kami stay bilik yang ada attach room. Bilik yang attach room tu ada dua katil double so aku dengan anak-anak dan mak tidur dalam bilik tu. Sangat luas untuk bergolek-golek bila katil dirapatkan. 

Dalam bilik attach room tu tak ada la bilik air atau dressing table. Yang ada just tv lcd 32 inch dan kipas dinding je. So nak guna semua tu kena pergi bilik sebelah.

Dalam setiap bilik pulak diorang tak provide heater tapi boleh ke tingkat 2. Ada dua Coway water filter kat sana. So dalam hotel tak ada la jugak provide sebarang minuman cuma ada gelas je. Nak minum yang segera-segera sila bawa sendiri ok.

Untuk iron baju jugak diorang dah provide satu bilik iron kat tingkat 2 jugak. Macam susah jugak la kalau tak bawa iron sendiri sebab kalau ramai kena beratur. Macam situasi aku pagi tu, tengah aku iron, datang one lady nak iron juga. Kesian lak aku tengok dia nak tunggu aku iron baju dan tudung sedangkan dia just nak iron tudung je dan suami dia pun tengah tunggu dia. Mungkin nak breakfast atau mungkin diorang ada program ke kan...so aku bagi dia dulu..

Kepada yang ada masalah nak naik tangga, jangan bimbang...hotel ni ada menyediakan lif untuk kegunaan pengunjung. Lif persendirian yang di pasang dalam unit hotel diorang sahaja. Mula-mula naik rasa seram gak, tapi bila dah banyak kali naik tak la seram sangat. Macam naik lif kat construction site je rasanya bila first time naik..

Hotel ni lantai dia tak berpermaidani, so tak de la bau yang menusuk kalbu dan bersih jugak. Walaupun sejuk, tapi lantai jubin dia tak la sejuk sangat untuk dipijak.

So far, hotel ni sangat ok dan selesa. Tempat sangat strategik tapi biasa la..kalau stay kat pekan Brincang ni, tambah pulak dekat dengan pasar malam dan kedai, masalah parking la yang jadi masalah paling besar. Kena pusing dua tiga kali baru dapat parking.

Kami ke Cameron Highland kali ni memang tak berjalan ke mana-mana pun sebab dah terlalu kerap ke sana sampai tak tahu nak pergi mana. Lagi pun jalan sangat jam walaupun bukan lah cuti sekolah.

Last sebelum balik, awal pagi selepas breakfast kami ke Taman Sedia untuk borong aiskrim. Kat sini je tempat Melayu dan terasa halal nak makan aiskrim.

Kat sini pun terlalu banyak kedai yang jual aiskrim so kalau nak dapatkan harga aiskrim batang tu dengan harga RM1.00 dan aiskrim mangkuk tu RM 2.00, korang boleh pergi kedai makcik yang menuju jalan mati di sebelah kiri, rumah/homestay/kedai no.2. Kedai lain dulu aku pergi bagi jugak RM1.00 kalau beli banyak, tapi pergi kali ni diorang tak bagi. So aku promote kedai makcik ni untuk korang beli aiskrim sebab dia masih jual dengan harga murah.

Kat sini jugak aku terjumpa kawan sama belajar kat UTM dulu. Dalam ramai-ramai orang kat sana, boleh terjumpa pulak dengan kawan yang lama sangat tak jumpa. 

Hehehe..aku ada masalah ingatan sikit nak ingat nama penuh orang tambah lak kalau yang bukanlah rapat dengan aku..aku tau nama dia Ana, tapi nama dia Zanariah/Zahanariah..aku pun tak ingat..Kepada kawan-kawan yang pernah bersekolah, student UTM dan rakan praktikal, saya mintak maaf sangat sebab masalah ingatan ni ye....mohon jangan terasa...

Saturday, February 28, 2015

Hotel Rosa Passadena , Cameron Highland

Kebiasaannya kami naik ke Cameron Highland tidak bermalam sebab jarak yang dekat untuk turun semula untuk kembali ke rumah mak dan juga Cameron Highland bukanlah tempat yang sangat luas sehinggakan perlu bermalam untuk melawati kesemua tempat di sana. Di tambah pula dengan dengan faktor acapkali ke sana.

Namun tidak untuk kali ini, disebabkan adik aku yang kerja gov tu ada seminar di sana dan aktiviti dia bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir malam, dia terpaksa menginap di sana bagi memudahkan pergerakan ke seminar.

Dengan kos peruntukan yang disediakan oleh pihak kerajaan mengikut gred pekerjaan dia plus duit dia sendiri, dia booking satu family suite di Rossa Passadena untuk dua malam. Merasa la kami semua bermalam di Cameron Highland untuk percutian tak ada dalam perancangan tahun ni.

Kali ni entry review hotel je sebab Cameron Highland tu dah banyak kali pergi. Anak dara aku yang dua orang tu pun dah 3 kali jejak Cameron walaupun umur baru 5 tahun kalau nak banding dengan aku yang umur dah 33 tahun tapi baru 4 kali jejak. Boleh dibandingkan di situ anak-anak zaman sekarang dengan zaman aku kecik2 dulu.

Hotel ni aku rasa kalau korang google image bilik dia memang nampak macam lama dengan cadar yang bunga2 tu kan. Tapi sekarang dah tukar baru semua bagi nampak moden sesuai dengan three star dia kan.



TV dia pun flat skrin yang baru dan besar dalam 40 inc. Bab channel yang ada aku tak pasti sebab kami tak tengok tv sangat pun. Setakat layan TV3 je sebab kat rumah pun tu je tv yang sentiasa terpasang. Yang lain punya channel jarang tengok.


Bilik dia full carpet tapi tak de la bau yang kurang menyenangkan menusuk ke hidung dan keseluruhan bilik bersih je. Sebab hotel ni kat Cameron, bilik memang tak ada aircond langsung, kipas pun nan ado. Tapi ko memang akan rasa sejuk je macam dok dalam aircond suhu 16C. 


Boleh juga suhu lebih sejuk dari tu bila dah start masuk waktu Maghrib dan menyebabkan kegigilan yang melampau. Tapi anak aku rilek je tidur tanpa selimut macam tidur kat rumah. Mak dia pun sama tapi tak kisah la sebab lemak mak dia banyak, yang peliknya budak kenit Amsyar pun boleh rilek je tidur sejuk2.

Family suite ni ada tiga katil, dua katil single dan satu katil double. Memang selesa untuk 4 dewasa, tapi kami pergi 5 dewasa. 4 tidur atas katil, aku dengan anak-anak tidur bawah sebab anak2 memang tidur lasak. Aisy & Amni boleh je tidur atas katil, tapi diorang memang akan tidur kat mana aku tidur. Kalau aku tidur dalam bilik air pun, Amni & Amsyar tu boleh je pergi tidur dalam bilik air sama kalau tersedar tengah malam tengok aku tak ada sebelah diorang. Kes nak berkepit celah ketiak mak anak2 aku ni.

Bilik air pulak lengkap dengan sinki, toilet bowl yang ada water hose, bath tub & shower. Rasa tak cuak kalau nak melepaskan hajat besar atau kecik sebab kita kan orang Islam yang sentiasa menjaga kesucian dalam berhadas ye dak. Buatnya tak de hose, dah satu hal nak mencuci dengan apa tak tahu. Takkan dengan tisu je kan. 


Itu pun kesian kat mak sebab shower dia kan dalam bath tub, mak aku takkan nak panjat bath tub tu untuk mandi, licin pulak tu. Hari 1st tu dia tadah je la air sinki buat mandi, 2nd day baru berani masuk dalam bath tub tu guna shower. Air tak payah cakap la, memang sangat2 sejuk you all. Memang sentiasa kena guna air panas tapi untuk toilet tu tak ada air panas. Merasa la kau basuh buntot guna air sejuk je. Air kat Cameron ni memang sangat sejuk, kalau pergi masjid dia pun sama. Nak ambik air sembahyang kena tenangkan fikiran dulu sebab air dia sangat2 sejuk.

Budak2 memang suka sangat kalau hotel ada bath tub ni. Kerja diorang mandi je tanpa henti tak kira la sejuk atau panas cuaca kat luar sana. Kalau yang dua anak dara tu tak kisah sangat lagi, ni tambah dengan budak kecik Amsyar joint kakak dia mandi.

Wifi memang ada disediakan tapi sangat2 not working. Terlalu ramai yang guna atau sebab apa aku pun tak tahu. Langsung tak boleh layan wifi kat hotel ni, kalau nak layan jugak pergi la kedai mamak. Sebab tu anak2 lebih layan bath tub dari wifi. Kalau refer list aku attach tu, wifi bukan free tapi tak de la pulak kena charge bila pakai. Mungkin kalau nak speed laju kena bayar la kan, yang free itu adalah slow dan kemungkinan juga hanya munggunakan internet yang hotlink sediakan secara percuma tu.

Breakfast di cafe sudah termasuk dengan harga bilik, so kita pergi saje lah breakfast. Breakfast punya menu macam sama je la dengan mana-mana hotel. Tak ada yang istimewa dan tak ada yang kurang. Layankan aje la nak makan apa yang selera di tekak untuk awal pagi, janji perut tak kosong untuk mulakan hari. 

Itu aje la apa yang aku nak update pasal cerita di Cameron kali ni sebab tak ada apa sangat di cameron kecuali cerita kebun strawberi yang semua tempat kiri kanan depan belakang, pemilik kaum Melayu, Cina dan India. Mungkin kalau rajin aku update kisah apa yang di borong di Cameron untuk kunjungan kali ni.  


Thursday, November 20, 2014

Jerantut Hill Resort, Jerantut, Pahang

Ini entry back date jugak sebab terajin menggodek draft yang ada dan tengah ada mood nak update blog.

Actually kami tak pernah pun nak stay dan bermalam kalau setakat ke Jerantut tu kan, jaraknya bukanlah jauh pun dari rumah mak kat Raub tu. Tapi sebab adik yang gov servant tu kena kerja malam, kata Pegawai Perpaduan kan...kami pun temankan dia ke sana.

Last minit decide nak ke sana hari dah menjelang enam petang, so tak sempat nak book online untuk dapatkan harga murah sikit kan. Kalau nak dapat murah sikit, boleh booking kat agoda.com.

Jerantut Hill Resort ni tempat dia betul-betul tinggi di atas bukit yang menjunam tau. Sebab tu lah jugak nama dia Hill Resort agaknya.

Kami stay kat standard chalet yang ada dua buah katil queen size. Bilik agak luas coz masih ada ruang untuk anak-anak aku berlari dalam chalet tu. 



Bilik air agak besar dan selesa tapi tak de la separate tempat mandi dengan toilet tu. Semuanya macam toilet rumah kita jugak, yang penting water heater supaya senang nak mandikan anak kecil macam aku yang bawa Amsyar ni kan.



Facilities banyak tapi kami tak sempat pun nak gunakan swimming pool dia sebab awal pagi lepas breakfast je kami dah check out sebab mak ada appointment dengan doktor untuk cuci luka kaki dia. 

Lagi pun, macam kami yang stay kat chalet ni agak jauh jugak nak ke swimming pool sebab swimming pool terletak di bawah (tengah-tengah bukit), sedangkan chalet berada di puncak bukit.

Kepada yang berminat boleh ke website Jerantut Hill Resort ni direct ok. jhresort.com.my 

Thursday, September 25, 2014

Bukit Gambang Resort City : Water Park

Hari ke-43 dalam pantang tu, aku ikut jugak mak aku berjalan ke Gambang gara-gara adik aku yang kerja gomen tu dah sewa homestay. Lagi pun dia nak bawa anak-anak aku gi main air kat sana la.

Kalau orang tua-tua yang banyak sangat dan kuat sangat pantang larang dia, mana ada boleh berjalan-jalan, keluar rumah jejak tanah pun tak boleh kan.

Tapi sebab Aisy dah sekolah tahun ni, lepas dua minggu pun aku dah balik KL. Naik pulak tangga tingkat 4, so aku rasa kali ni punya pantang tak pantang sangat la.

Balik semula cerita Bukit Gambang ni....

Adik aku sewa homestay ni bukan homestay macam kat kampung tu. Aku kalau sebut je homestay aku pun terbayang rumah kat kampung je. Kihkihkih..

Depan Bukit Gambang Resort City tu ada satu taman perumahan, rumah teres single storey. Kat sana memang ramai yang beli rumah tu untuk dijadikan homestay. Sewa pun tak mahal, semalaman cuma RM 150 ke atas la. Depends pada owner.

Rumah yang kami stay tu, ada tiga bilik, fully furnished, dapur masak pun siap ada minyak, gula bagai. Tinggal ko nak beli makanan basah je untuk dimasak sebab area sana kedai makan tak banyak choice. Tapi yang stay kat hotel tu tak kisah la kan. Ni pada sape yang nak percutian budget la...macam kami satu family...

Lagi pun kami memang tak boleh nak sewa hotel...anak-anak aku kejap kang dia keluar masuk bilik sebab dia kira nak dok skali dengan mak sedara dia. Tapi nak mama dia jugak. Pastu bab makan, anak-anak aku tak makan apa yang hotel sediakan, dia kalau makan nasi putih nak lauk ikan singgang/ telur dadar/bayam masak air..nasi lain macam nasi ayam, nasi lemak, nasi minyak kari daging tu makan la..tu je diorang makan, mee/mee hon, spagheti dan semacam lagi makanan lain tak makan. Macamana tu?

Disebabkan itu jugaklah aku jarang makan kat luar. Anak aku tak suka makan kat luar, dia suka makan dalam rumah / bilik je kalau stay hotel. Susahkan????

Balik cerita asal semula...kami bertolak awal pagi...tak la awal sangat sebab bawa budak kan...Lepas Subuh kami iaitu pukul 8.00 pagi...

Tapi Bukit Gambang tu tak jauh mana pun, kat Gambang je pun. Tiga jam dah sampai..lepas ambik kunci rumah, mandikan Amsyar, makan bekal dulu sebab tak breakfast lagi..terus pergi Water Park.

Untuk pengetahuan korang, kat sini tak boleh bawa makanan dari luar. Aku dah tahu tapi saje je isi sandwich letak dalam tupperware letak dalam baju2 dalam beg sandang tu tapi sampai sana dia suruh buka beg lak. Dia tak la keluarkan semua isi beg tapi tupperware kan keras, so dapat rasa.

Terpaksa keluarkan sandwich tu and tinggalkan kat pintu masuk. Apa yang boleh bawa masuk cuma semua makanan untuk baby je. Macam air panas, air masak, susu formula, nasi bubur baby. Itu je ye...



Tapi aku nak bagi tips la..tips jahat ni...kalau nak bawa jugak makanan yang tak merosakkan baju la kan...korang letak la makanan tu dalam plastik je. Balut dalam baju. Confirm diorang tak tahu...hehehehe



Makanan kat sana mungkin agak mahal la jugak..tapi sebab bawa anak-anak dan kita pun dah kerja, bukan student macam dulu2, belikan ajelah apa yang nak makan dan minum. Ayat berlagak sekejap...



Lagipun sangat lapar ok bila asyik main air je...



Aku tak berjalan keliling water park tu sebab masih dalam kepantangan yang tak pantang tu. Aku, mak n Amsyar rest kat pondok yang dinamakan wooden cabana yang disewa. Mahal tau pondok bodoh tu, tapi sewa dia sangat mahal dan tak berpatutan.



Pondok yang kami duduk tu dekat dengan bahagian Coco Beach. Aisy & Cheq Su dia usung double tubes tu ke hulu ke hilir sebab diorang mula2 main kat wave pool tu. Pastu pergi kat kiddi slide & Aqua Play lak.







Diorang ni main air start pukul 12.00 pm kami masuk sampai 3.30 pm. Baru keluar. Sebelum balik,, harus beli fridge magnet sebagai kenangan.

Balik lepak rumah sewa sampai penat tak leh bangun diorang ni. Bukan diorang je, dengan aku2 sekali rasa tak boleh nak bangun. Rasa macam penat lak, macamkan aku je yang mandi manda.

Adik aku yang kerja gomen tu dari sepatutnya pergi seminar tu petang, tak larat punya hal, malam baru pergi. Itu pun Amni sibuk je nak pergi main lagi.

Asyik2 cakap nak pergi main kat penguin sampai la hari ni. Insyaallah, next time datang dengan husband lak sebab Rizal jeles tu. Dia tak pergi lagi n hope Amsyar dah boleh main air sebab sekarang kalau letak dia dalam besen suka bebenar dia menepuk air.

Bab gambar aku upload ni kurang cantik la sebab pakai hp je kan. Boleh tu, tahu nak pergi tempat macam ni tapi satu kamera pun tak bawa.

Sekian, laporan saya tentang Bukit Gambang Water Park, lain-lain aktiviti dan tempat menarik sila lawati laman web Bukit Gambang sendiri ye. Sekian, cerita saya. Terima Kasih.....

Friday, November 22, 2013

Kuantan : Le Village Beach Resort Day 2

Pagi-pagi lagi di sejukkan oleh cuaca hujan yang lebat dan kadang2 renyai. Macam tak bagi je kami mandi laut dan kami pun salah timing sebenarnya pergi musim2 hujan ni kan...

Mulakan dengan breakfast..tak tahu kenapa tak macam dulu. 5 tahun lepas kami nak makan malam ke, nak breakfast ke, minum petang ke..banyak je gerai2 kat sepanjang jalan depan hotel ni. Tapi sekarang, petang semalam nak cari orang jual keropok and goreng pisang pun susah.

Makan malam banyak la kalau nak makan seafood. Tapi nak makan pagi tu..ada la jumpa satu gerai tapi memang hampeh la. Menjual setakat menjual je la kan. Sedapnya non ado...mungkin sebab hari Ahad kot...

Lepas breakfast, hujan renyai2 lagi. Tapi budak2 ni nak juga mandi kolam ke..mandi laut ke..takkan nak tidur je kan...so, kitaorang pun bantai lah pergi ke laut..main gak tepi2 pantai tu dalam keadaan hujan renyai2.

Lima tahun lepas aku datang, nak mandi best jugak. Ombak tak besar..tapi bila nak mandi jadi takut bila obor2 tu banyak sangat. Sekarang ni obor2 tak de, tapi kalau tengok laut tu macam nak telan kita je. Menakutkan kan lah. So, budak2 ni memang dikawal selia dengan rapi sekali. Takut ditelan ombak kot...

Lagipun mungkin sebab hujan kan, laut pun bergelora kan. Kami tak mandi lama..takut pulak..so, kita mandi kat kolam je...tapi kali ni orang dah ramai la. Semalam tak de orang memang syok la..

Hampir dua jam gak kami lepak dalam kolam tu. Budak2 ni la yang seronok sampai kecut2 tangan mandi. Masing2 mandi kat kolam dewasa lak tu. Tak main dah kolam budak2 macam semalam. Yang sikecik lagi berani..sikit2 nak terjun dalam kolam dewasa tu.

Tapi budak2 ni tak pandai berenang lagi..Dulu Aisy dah pandai apung badan dalam air sebab kami selalu bawa dia mandi sungai kalau balik kampung. Bila dah lama tak bawa dia mandi sungai, dia pun dah takut2 dengan air yang dalam.

Paling kelakarnya, mulut Aisy la paling bising kat situ. Malu gak, tapi ada aku kesah. Dah mulut anak aku nak bising kan...biar je la..So, abah dia memulakan kembali mengajar anak2 dia berenang. Aisy mulut bising sebab takut..adik dia lak berani semacam. Siap tak nak pakai pelampung lagi...

Itu je la aktiviti kami kat sana. Niat utama nak mandi laut tapi jadi percutian mandi kolam je. Sudahnya Aisy asyik je la tanya bila mama nak gaji? Mama gaji nanti kita pergi Kuantan lagi ye..ketuk kepala sendiri sebab  kecik2 lagi dah ajar anak pergi lepak hotel...

Ok..time to review hotel ok...hotel ni aku tak tahu la berapa bintang tapi dari segi keadaan dan kualiti barangan dalam bilik adalah sedikit uzur. Tapi setakat nak stay tu boleh la kot...mana nak dapat bilik dengan harga RM 120.00 semalaman kan...ni pun nasib baik ada ksong..selalunya penuh je...

Bilik : Aku booking hotel so dalam chalet aku tak pernah tahu keadaan dia macamana. Dulu stay kat tingkat 3 pun sama je macam kali ni pergi. Cuma katil dulu saiz queen dan kali ni katil double single. Boleh la aku tidur ngan anak aku dua orang atas katil single tu. Bapak dia syok tidur sorg2.



Bilik aku sama la macam ni tapi katil double single.
Ni gambar lama kot kat google tapi yang baru ni belakang katil tu macam pakai wallpaper



Pool kanak-kanak.

Cermin muka gedabak besar..memang puas nak belek muka tapi tv 14" je. Tengok bola macamkan tengok semut main je ...eksyen..dulu kat kampung pun tengok tv 14" jugak...Ada freezer mini..so boleh simpan air dalam tu..



Bilik air kat belakang gambar batik tu..sebelah kanan pintu masuk.
So, senang..lepas mandi pantai basah2 pun boleh masuk bilik hotel.

Aircond bilik aku ok..tapi bilik adik ok tak ok..macam angin je..tapi katil bilik adik aku ok sikit..bilik aku punya katil macam dah uzur sangat dah. Kalau tilam tu macam lunyai je sebenarnya..bak kata husband aku, sedap lagi la tidur kat katil rumah kitaorang tu..

Bilik Air : bilik air muat2 je la...nak besar mana la sangat..nak harap ada bath tub lagi la mimpi. Mujur ada heater pun dah ok..yang penting nak mandikan budak2 tu senang...

Pada aku, dengan bayaran RM 120.00 tak boleh la nak komplen lebih. Apa yang ada, dah cukup kot...yang penting anak2 suka sudah..aku? Kalau tanya aku, aku memang tak suka pun tidur tempat asing sebab tak boleh lena. Yang best tidur kat rumah sendiri atapun kat rumah mak. Atas toto pun tak pe..janji lena....

Update 20.11.2014 : Sebab ramai sangat yang cari tempat ni, korang try la ke website tempat ni ok

Thursday, November 21, 2013

Kuantan : Le Village Beach Resort (Day 1)

Dah lama tak lepak kat pantai batu hitam kat kuantan ni. Last pergi tahun 2008 sebelum ada anak lagi. Waktu tu stay kat Swiss Garden, sebelah je ngan Le Village ni.

Sebenarnya ni second time kami stay kat Le Village ni, dulu nama dia Duta Village. Waktu tu abah aku masih kerja dengan Felda and ada family day. Macam best je stay kat sana maybe 10 tahun lepas kot...


Ni 10 tahun dulu la. Sekarang dah tukar Le Village.
Pic Credit dari google

Tapi datang kali ni, nama pun dah tukar..bilik and chalet dia masih sama la. Kitaorang sampai sana dalam pukul 11.00 lebih je lepas tersesat barat. Kuantan pun boleh sesat. Aku pun tak faham lah..dulu nak pergi sana macam senang je bila exit dari tol kuantan tu kan...

Nak check in terus boleh tapi bilik yang ada cuma bilik tingkat atas coz kami booking hotel dan bukannya chalet. Sebab nak dua bilik yang sebelah2 dan bilik tingkat bawah je, kitaorang lepak sambil makan kat tepi pantai tu..Pantai awam la kot...

Baru je buka bekal, staff hotel telefon kata dah boleh check in..cepat2 makan terus check in. Tak banyak masa yang ada sebab musim hujan2 ni nanti tak sempat nak mandi laut kan.

Lepas check in, budak-budak ni bukan boleh duduk diam. Sekejap bilik aku, kejap bilik mak aku. Nasib sebelah je, kalau tak, letih den nak meneman diorang ni. Cuaca panas harap sampai ke petang tapi hujan pulak.

Dalam pukul 2.00 lebih lepas solat kitaorang decide mandi kolam dulu...kesian budak2 ni terperap kat dalam bilik je. Husband aku memang syok la kalau dah dapat katil, tilam, bantal, aircond yang sejuk (macam kan kat rumah tak de semua tu)...mula lah malas nak bergerak.

Aku paksa jugak dia temankan aku dengan budak2 mandi kat pool tu. Dengan alasan aku bukan pandai berenang, nanti anak buatnya terjun dalam kolam dewasa tu sape yang nak selamatkan. So, dia suruh kami pergi dulu...nanti dia datang.



Kebetulan kami mandi tak de orang pun kat pool ni

Dua budak tu mandi macam tak hingat dunia. Tiba-tiba langit gelap dan terus petir..tak sempat kitaorang nak terjun ke laut pulak sebab baru pukul 3.00 lebih macam tu..Amni tak nak naik sebab syok sangat tapi Aisy dia dah pandai dan tahu cuaca nak hujan..dia yang cakap kat adik dia..pujuk adik dia nanti mandi lagi...

Sudahnya kami lepak je kat bilik petang tu sampai ke malam. Makan malam pun tapaw je dari restoran mamak kat luar tu. Husband aku memang dok berbungkus dalam selimut atas katil dari petang tu sampai ke malam..

Ajak gi ronda-ronda bandar kuantan pun tak nak sebab kan malam tu ada game Pahang vs Sarawak Semi Final kan..Lagipun kami datang naik satu kereta adik je, tu yang dia malas kalau tak de kereta sendiri. Ok, takat ni je cerita day 1 kat sana.

Pada sape2 yang nak ke hotel ni, nanti aku review hotel ni kat entry day 2 ok.

Update 20.11.2014 : Sebab ramai sangat yang cari tempat ni, korang try la ke website tempat ni ok