Wednesday, September 21, 2016

Empangan Klau, Raub, Pahang

Empangan Klau ni kalau kami ni penduduk Lembah Klau dah dengar cerita dari kami kecik-kecik lagi tau. 

Datang lah dari satu kumpulan ke satu kumpulan juruukur tanah, jurunilai harta tanah dari tahun 1990an sampai la ke tahun 2000.

Rupanya company tempat husband aku kerja ukur tu memang last batch yang final ukur tanah rupanya. Last diorang buat kerja-kerja kat situ dalam tahun 2006 kot..

Ingat dah tak jadi..rupanya jadi. Menurut husband aku, pelan asal memang hampir keseluruhan termasuk kampung kami tu tenggelam. Lepas tu diorang rendahkan lagi sehingga kampung kami tu jadi sebuah pulau. Last adjust...tak kena pun. Cuma kawasan sekitar sungai dan kebun kelapa sawit je yang ditenggelamkan.

Arwah abah aku dan orang kampung aku semuanya mengusahakan tanah rizab di tebing-tebing sungai dengan menanam pokok buah-buahan terutama koko dan durian. Kebun arwah aku sendiri berada di tepi jalan besar berhampiran jambatan di kampung aku tu.

Kalau dulu sungai tu kecik je tapi sentiasa mengalir. Sungai tu tempat kami mandi dari kecik sampai la besar kalau air paip tak de atau pun bila ikut abah ke kebun.

Dari setahun ke setahun kami tengok pihak kerajaan buat jalan sini, tutup jalan sana. Tutup jalan sana, buka jalan sini. Dalam hati dok fikir macamana la nak jadi empangan ni. Bukannya besar mana pun sungai tu nak alirkan ke empangan.

Kalau tak silap tahun lepas ke awal tahun ni, hujan lebat malam tu. Bila siang tu nak ke bandar Raub, nampak kebun abah dah tenggelam dgn air tapi kali ni tak bergerak air tu. Itu biasa kalau kebun abah tenggelam kalau hujan lebat.

Sudahnya minggu berganti minggu, walaupun dah tak hujan, air tak mengalir dah. Malah air sungai dah jadi hitam dan busuk. Waktu tu bukan sahaja sungai kat kampung kami, tapi kampung di Felda Lembah Klau pun sama.

Orang mula bertenggek di jambatan merenung nasib sungai yang dah tak cantik. Hilang kenangan kami dan tempat nak mandi sungai dah lepas ni. Air rupanya dah mengalir ke empangan.

Bila dah jadi empangan, maka wujudlah satu hobi baru penduduk Lembah Klau iaitu memancing dan menjala ikan. Bukan setakat tu, ada jugak yang beli bot dan menjual hasil tangkapan. Tapi memang rare la ikan-ikan kat sini. Lubuk ikan bagi orang yang kaki pancing. Setakat nak jumpa Baung, Lampan yang besar-besar tu memang boleh dapat la. Tak tahu datang dari mana ikan ni.



Sekarang ni, empangan Klau ni dah start jadi tempat rekreasi la..boleh dah tambah dalam list bagi kaki pancing tempat nak memancing hujung minggu. Mana kaki pancing kaki pancing sekalian, meh la berkunjung ke kampung saya ni. Mesti puas hati bila dapat hasil nanti. 


Gambar kredit dari fb : Empangan Klau. Boleh search sendiri untuk tengok lebih banyak gambar

No comments:

Post a Comment