Tuesday, September 24, 2013

Saranghae la sangat....

Lately ni setelah memiliki tab untuk kali ketiga (rajin bebenor la abah dia membeli tab ye)...anak aku dah bertukar jadi k-pop.

Anak yang mana ni? Yang mana lagi? Aisy la..Amni tu tak pandai lagi nak k-pop k-pop ni..dia joget litle land litle land dia je..

Masuk balik cerita Aisy ni..ada satu video lagu Saranghae kumpulan Princess dari Korea yang anak aku ni hari2 dok hafal step tarian dia ngan lagu dia. Lagu tak berapa hafal lagi tapi step menari dah ada.

Siapa yang tunjuk ajar? Siapa lagi kalau bukan C. Su & C.De dia. Dua tu lah guru tari dia sampai dia dah dapat sikit2 step. Jom layan Aisy menari ala2 k-pop.

(Sila abaikan segala backdrop yang bersepah tu sebab itu lah rumah aku. Sorry kualiti gambar kurang memuaskan)

Friday, September 6, 2013

Mimpi Mainan Tidur Sampai Lambat Bangun Tidur

Aku jarang tidur boleh termimpi-mimpi. Mimpi yang tak masuk akal lagi lah jarang..boleh dikira dengan jari la bila aku bermimpi dalam setahun.

Tapi ntah apa yang membuatkan aku termimpi pagi tadi ak pun tak tahu lah. Pada hal malam tadi tidur macam tak tidur sebab anak kecik merengek dan menangis tak tentu pasal. Kalau tak menangis, nak susu..so bangun buatkan susu...

Boleh pulak last sekali tahap aku dah letih sangat dah sebab rasanya aku tak dan nak tidur lena, aku terlena waktu jam menghampiri waktu Subuh. Niat nak pejam mata kejap je sebab dah nak subuh..lagipun semua benda pun tak settle (jemur kain, pack baju anak untuk nursery, iron baju)..dan dan boleh tertidur terus. Langsung lena sampai termimpi-mimpi.

Panjang betul mukadimah aku pasal bermimpi ni ye. Mesti ternanti-nanti je kan aku mimpikan sape..Ehem ehem ehem..aku mimpi jumpa Fahrin Ahmad. hahahaha..

Tapi dalam mimpi ni memang kelakar la..sebenarnya rumah jiran aku kat kampung ada kenduri tapi aku boleh gak pergi cari Fahrin kat rumah dia sebab nak pulangkan handphone. Nak tahu Fahrin tinggal kat mana dalam mimpi aku tu? Dia tinggal kat rumah panjang macam kat Sarawak tu tapi lebih kurang macam rumah orang -orang tua kat Sg. Ruan tu. Aku siap naik lagi rumah tu sebab nak cari dia.

Tau la kan rumah panjang yang dihuni oleh orang2 tua ni macamana kan. hehehe..semua orang yang tidur aku tengok seorang2 takut Fahrin yang tidur kan. Cari2 sampai tak jumpa. Apa ke de hal nya Fahrin nak duduk rumah panjang tu pun aku tak tahulah...

Bila tak jumpa, aku turun dah naik kereta tiba2 Fahrin  sampai park sebelah aku. Turun je kereta dia terus senyum kat aku macam kami dah lama kenal. Ni dialog kami berbual kat kereta je ni...

FA : Buat apa kat sini?
Aku: Nak pulangkan hp ni...(sambil tunjuk phone dia). Cari awak kat atas tapi tak de
FA : Oo..baru balik dari gym..Dah ada hp baru ke? Kalau tak, ambik je la guna. Saya tak guna pun
Aku: Belum tapi hp lama boleh guna semula. Kenapa tinggal kat sini?
FA : Saje..rumah saya bina sebelah sana tak siap lagi (sambil tunjuk ke arah bukit atau banjaran)

Dia berlalu tapi dia tak ambik pun telefon dia dan terus naik tangga rumah panjang tu
Aku: Fahrin, awak tak pergi kenduri ke?
FA : Segan lah..tuan rumah tak ajak saya pun..
Aku : Tak pe la..saya balik dulu. Kalau nak makan datang rumah saya pun tak pe (motif apa aku pun tak tahu. Mungkin sebab lauk kenduri banyak kat rumah)
FA : Ok. Nanti saya telefon. (Tersenyum terus naik tangga and buka pintu masuk rumah panjang tu. Tapi pintu lain bukan tempat yang aku masuk tu)

Tiba2 tersedar dah terlambat bangun lak pagi tadi. Terus Subuh gajah je pagi ni...apa punya sebab la FA masuk dalam mimpi aku pagi2 buta. Padahal tak de pun aku tengok muka dia baru2 ni sebab RBDAD dah lama habis. Sekarang tengah dok layan Nelydia Senrose ngan Ariel Zafril je..Cinta Jannah. Ni lagi seorang hero yang swwweeeeeeetttttt sangat pada aku. Ariel tu kalau bercakap romantik giler kot...dengan suara dia...ish ish ish...