Saturday, February 28, 2015

Hotel Rosa Passadena , Cameron Highland

Kebiasaannya kami naik ke Cameron Highland tidak bermalam sebab jarak yang dekat untuk turun semula untuk kembali ke rumah mak dan juga Cameron Highland bukanlah tempat yang sangat luas sehinggakan perlu bermalam untuk melawati kesemua tempat di sana. Di tambah pula dengan dengan faktor acapkali ke sana.

Namun tidak untuk kali ini, disebabkan adik aku yang kerja gov tu ada seminar di sana dan aktiviti dia bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir malam, dia terpaksa menginap di sana bagi memudahkan pergerakan ke seminar.

Dengan kos peruntukan yang disediakan oleh pihak kerajaan mengikut gred pekerjaan dia plus duit dia sendiri, dia booking satu family suite di Rossa Passadena untuk dua malam. Merasa la kami semua bermalam di Cameron Highland untuk percutian tak ada dalam perancangan tahun ni.

Kali ni entry review hotel je sebab Cameron Highland tu dah banyak kali pergi. Anak dara aku yang dua orang tu pun dah 3 kali jejak Cameron walaupun umur baru 5 tahun kalau nak banding dengan aku yang umur dah 33 tahun tapi baru 4 kali jejak. Boleh dibandingkan di situ anak-anak zaman sekarang dengan zaman aku kecik2 dulu.

Hotel ni aku rasa kalau korang google image bilik dia memang nampak macam lama dengan cadar yang bunga2 tu kan. Tapi sekarang dah tukar baru semua bagi nampak moden sesuai dengan three star dia kan.



TV dia pun flat skrin yang baru dan besar dalam 40 inc. Bab channel yang ada aku tak pasti sebab kami tak tengok tv sangat pun. Setakat layan TV3 je sebab kat rumah pun tu je tv yang sentiasa terpasang. Yang lain punya channel jarang tengok.


Bilik dia full carpet tapi tak de la bau yang kurang menyenangkan menusuk ke hidung dan keseluruhan bilik bersih je. Sebab hotel ni kat Cameron, bilik memang tak ada aircond langsung, kipas pun nan ado. Tapi ko memang akan rasa sejuk je macam dok dalam aircond suhu 16C. 


Boleh juga suhu lebih sejuk dari tu bila dah start masuk waktu Maghrib dan menyebabkan kegigilan yang melampau. Tapi anak aku rilek je tidur tanpa selimut macam tidur kat rumah. Mak dia pun sama tapi tak kisah la sebab lemak mak dia banyak, yang peliknya budak kenit Amsyar pun boleh rilek je tidur sejuk2.

Family suite ni ada tiga katil, dua katil single dan satu katil double. Memang selesa untuk 4 dewasa, tapi kami pergi 5 dewasa. 4 tidur atas katil, aku dengan anak-anak tidur bawah sebab anak2 memang tidur lasak. Aisy & Amni boleh je tidur atas katil, tapi diorang memang akan tidur kat mana aku tidur. Kalau aku tidur dalam bilik air pun, Amni & Amsyar tu boleh je pergi tidur dalam bilik air sama kalau tersedar tengah malam tengok aku tak ada sebelah diorang. Kes nak berkepit celah ketiak mak anak2 aku ni.

Bilik air pulak lengkap dengan sinki, toilet bowl yang ada water hose, bath tub & shower. Rasa tak cuak kalau nak melepaskan hajat besar atau kecik sebab kita kan orang Islam yang sentiasa menjaga kesucian dalam berhadas ye dak. Buatnya tak de hose, dah satu hal nak mencuci dengan apa tak tahu. Takkan dengan tisu je kan. 


Itu pun kesian kat mak sebab shower dia kan dalam bath tub, mak aku takkan nak panjat bath tub tu untuk mandi, licin pulak tu. Hari 1st tu dia tadah je la air sinki buat mandi, 2nd day baru berani masuk dalam bath tub tu guna shower. Air tak payah cakap la, memang sangat2 sejuk you all. Memang sentiasa kena guna air panas tapi untuk toilet tu tak ada air panas. Merasa la kau basuh buntot guna air sejuk je. Air kat Cameron ni memang sangat sejuk, kalau pergi masjid dia pun sama. Nak ambik air sembahyang kena tenangkan fikiran dulu sebab air dia sangat2 sejuk.

Budak2 memang suka sangat kalau hotel ada bath tub ni. Kerja diorang mandi je tanpa henti tak kira la sejuk atau panas cuaca kat luar sana. Kalau yang dua anak dara tu tak kisah sangat lagi, ni tambah dengan budak kecik Amsyar joint kakak dia mandi.

Wifi memang ada disediakan tapi sangat2 not working. Terlalu ramai yang guna atau sebab apa aku pun tak tahu. Langsung tak boleh layan wifi kat hotel ni, kalau nak layan jugak pergi la kedai mamak. Sebab tu anak2 lebih layan bath tub dari wifi. Kalau refer list aku attach tu, wifi bukan free tapi tak de la pulak kena charge bila pakai. Mungkin kalau nak speed laju kena bayar la kan, yang free itu adalah slow dan kemungkinan juga hanya munggunakan internet yang hotlink sediakan secara percuma tu.

Breakfast di cafe sudah termasuk dengan harga bilik, so kita pergi saje lah breakfast. Breakfast punya menu macam sama je la dengan mana-mana hotel. Tak ada yang istimewa dan tak ada yang kurang. Layankan aje la nak makan apa yang selera di tekak untuk awal pagi, janji perut tak kosong untuk mulakan hari. 

Itu aje la apa yang aku nak update pasal cerita di Cameron kali ni sebab tak ada apa sangat di cameron kecuali cerita kebun strawberi yang semua tempat kiri kanan depan belakang, pemilik kaum Melayu, Cina dan India. Mungkin kalau rajin aku update kisah apa yang di borong di Cameron untuk kunjungan kali ni.  


4 comments:

  1. Salam. Hee seronoknya tidur hotel cameron highland yang sejuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..I biasa je, anak2 je seronok. Thanx sebab berkunjung ke blog saya

      Delete
  2. Lama dh x jengok blog hang.. Hero hang dh masuk setahun ye. Sekejap je rasa masa berlalu.. Last sekali jumpa hang masa hang pi melawat Khayla kat hospital kan. Skrg Khayla dh 4+yrs.

    Citer pasal hotel aku pun dh lama x update blog. Last month aku pegi Kundasang tak sempat lagi nak review hotel kat sana. Susah sket kerja makin bz, anak2 makin besar & sorang2 je melayan karenah dua org tu smp bila nak update blog je aku rasa penat xde idea nak mengarang ayat. Huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hang busy sangat kot. Aku sll stalk fb hang, tapi tak komen pun.

      Lama sangat kita tak jumpa. Tambah hang dah pindah sarawak, lagi tak tahu bila nak jumpa. Ada anak ni macam susah sikit nak keluar sana sini, nak bawa diorang aku malas sebab tak boleh dikawal. Tunggu diorang besar sikit.

      Hang punya blog tu dah tak de blog cerita anak2 hang dah ke? Khadeeja tu macam chubby ikut hang kan. Geram je kat pipi dia. Dan ada unsur2 nakal sikit kan!

      Delete