Thursday, December 27, 2012

Aku Ibu Yang Gagal

Buat pertama kalinya aku menangis sebab aku rasa aku telah gagal menjadi seorang ibu. Atau aku tak layak sebenarnya untuk menjadi ibu. Aku tak ada bakat untuk untuk mengasuh anak-anak kecil. Dan semua tu telah menggagalkan aku sebagai ibu. Huhuhu...

Sejak dua menjak ni, Aisy bertambah nakal. Mudah menangis, kuat bergaduh dengan adik dia, dengan kawan-kawan dia. Dan aku rasa dia tak boleh dikawal langsung. Tiada satu arahan pun dia nak dengar.

Rumah akan senyap kalau dia tidur lena. Kalau dia tak tidur lena, dia akan menganggu satu rumah dengan igauan dia yang melampau-lampau.

Sebab perangai nakal di rumah, dia terbawa-bawa ke nursery atau dari nursery bawa ke rumah aku pun tak tahu. Yang aku tahu Aisy dari kecik memang sangat susah nak mendengar kata.

Minggu lepas satu cubitan hinggap di peha kirinya ketika makan di nursery. Memang tabiat dia kalau dia terasa sesuatu makanan selain nasi atau ikan / ayam masuk ke mulut, dia akan meluahnya walaupun hanya sedikit sebisan bawang.

Yang menjadi kemarahan penjaga dia mungkin sebab dia telah meluahkan makanan tersebut ke dalam pinggan kawan dia. Aku bertanya sama ada itu cubitan sebenar atau buat-buat cubit. Penjaga tersebut kata dia buat-buat cubit.

Yang menjadi masalahnya, Aisy sudah mula bersuara tak nak ke nursery. Kalau sebelum ni pujuk-pujuk pun dia akan pergi tapi tidak kali ni.

Setelah dua hari untuk minggu ni tinggal dengan mak aku, pagi ni mak aku telah pulang ke kampung dan aku juga tak benarkan mereka bawa balik Aisy. Dia anak aku, biar susah macamana nak jaga, aku tak nak susahkan orang lain.

Tapi pagi tadi dia meronta-ronta tak nak ke nursery dengan alasan sakit kena cubit. Pujuk punya pujuk, dia nak ikut C.Su dia ke office. Salam dengan aku pun tak nak coz takut aku dukung dia bawa ke nursery. Sedih betul...dah lah banyak malam dah dia tak nak tidur dengan aku...

Tak sampai setengah hari, dia telefon kata nak balik duduk dengan mak. Sudahnya adik aku buat keputusan nak hantar dia balik kampung je tengah hari tadi coz dia dah menangis-nangis kat office. Aku pujuk nak bawa ke office aku pun dia tak nak.

Sedih rasanya...aku rasa aku telah gagal untuk kesekian kalinya untuk menjadi insan yang bergelar ibu. Aku tak berjaya nak jaga dia dengan sebaik-baiknya. Jika aku tahu aku tak berjaya seperti hari ini, dan masa itu boleh diputarkan kembali, aku akan kembali ke zaman aku belum berkahwin. Dan aku akan buat keputusan untuk tidak berkahwin supaya aku tidak berdosa kerana gagal menjaga amanah Alllah ini dengan sebaiknya.

Aisy, Amni..dua-dua anak mama yang paling mama sayang. Mama berjanji akan perbaiki segala kelemahan yang ada sebelum terlambat. Berilah peluang pada mama untuk menjadi ibu kalian berdua.

Thursday, December 20, 2012

LEGO

Semua orang pun tahu kan sekarang ni kat stesyen minyak Shell ada jual Lego untuk pelbagai model kenderaan. Dan yang terbaru ada orang pulak.

Aku dah lama tak guna minyak Shell coz macam tak boleh pergi je kereta aku tu bila pakai ROn 95 Shell. So, aku telah bertukar kepada Petronas sejak adanya Ron95.

Tapi sebab teruja dengan model-model Lego, aku telah membazirkan duit aku dengan membeli kesemuanya. Terpaksa jugak guna minyak Shell untuk minggu ni coz dah isi full tank.

Sesiapa nak dapatkan model Lego yang cute mute ni secara semuanya sekali gus boleh pergi ke Shell Gombak arah ke Lebuhraya Karak yang ada Seven Eleven & Mc Donald tu, bersebelahan dengan Petronas tu.

Cepat, dapatkan sekali set tempat nak letak model-model Lego tu.

Wednesday, December 19, 2012

Dua Budak Nakal

Kalau korang dok sehari je kat rumah aku and tengok betapa nakal nye anak-anak perempuan aku, confirm korang dah tak nak anak lagi. Macam aku sekarang ni.

Kali ni nak cerita perangai buruk budak dua orang dalam rumah ni. Mula dengan Aisy.

Budak ni sebab dia dah besar dan dah lama pandai nak buang cabut diapers dia sendiri. So, bila dia dah kencing sekali, dia akan cabut kat mana-mana aje diapers tu dan biarkan saje di situ. Lepas tu dia telanjang bulat tak nak pakai diapers lagi / seluar dalam.

Bila time makan, lima minit yang pertama makan dengan baik. 5 minit kemudian dia dah mula campur aduk nasi dengan air. 5 minit lagi ko boleh tengok dia tepuk-tepuk air yang bercampur ngan nasik tu. Tanda perut dah kenyang tapi saje je nak bagi orang marah.

Pantang tengok Amni berjalan, mesti nak tolak. Tak kira lah dalam bilik air ke, dapur ke, atas tangga ke, atas tanah ke. Pokoknya, dia tak boleh tengok Amni senang-senang berdiri tak sakit. Kadang-kadang geram punya pasal kena jugak sedas Aisy ni.

Bila malam tak sah kalau dia tak melalak dalam pukul 2.00 am - 5.00 am. Kena gigit serangga je pun. Kadang rasa gatal-gatal je tapi dia punya menjerit satu blok pun dengar cakap sakit. Paling tak tahan ko hadaplah kaki dia yang akan terajang ko. Aku dah tak tahu nak buat macamana la dengan dia ni bab yang satu ni. Ada cadangan tak?

Itu perangai buruk Aisy, ni perangai buruk Amni lak. Mula dengan bab makan. Budak ni semua nak makan sampai batu kayu pun masuk je mulut. Kalau tak bagi dia makan, dia boleh merajuk sambil guling-guling atau hantuk kepala kat lantai.

Budak kecik ni sama je ngan kakak dia. Tak boleh tengok Aisy senang. Elok kakak dia tak kacau dia, dia lak datang kat kakak dia buat dajal. Kadang dia cubit, kadang dia lepuk kakak dia. Kalau situasi ni biasanya Aisy akan menangis je lah.

Bab bergaduh lak, budak dua ni memang pandai berbalas-balas. Kadang rasa nak cubit je dua-dua ni coz kecik-kecik lagi dah pandai nak bergaduh. Besar nanti aku tak tahu lah kalau asyik bergaduh je.

Budak kecik ni pantang tengok kakak nak susu, dia pun nak jugak. Bila buat untuk dia, dia boleh bazirkan susu tu pulak. Dia suka tuang je susu dan basah atas lantai. pastu main lah tepuk-tepuk air.

Dua orang ni kalau tak de seorang je dah jadi macam serba tak kena. Walaupun diorang suka bergaduh, tapi bergaduh tu lah yang buat rumah aku rasa macam ada orang. Kalau tak, mesti sunyi je.

Tuesday, December 18, 2012

Disumbat Kekabu

Korang pernah kena sumbat kekabu dalam mulut tak? Macam kena dera je kan bunyi nya kan. Biasa kalau maam ni mesti ingat aku dera anak la kan. Maklumlah, anak aku kan nakal-nakal kan.

Sekarang ni, aku yang kena dera dengan Aisy. Malam tadi megantuk sangat-sangat (eleh, tiap-tiap malam pun kau ngantuk nak tidur). Sebab budak kecik lagi seorang tu (Amni) nak tidur, aku pun tidurkan dia.

Bila dia tidur, datanglah pulak si kakak ni yang tak jadi nak tidur ngan C. Su dia. Nak tidur ngan aku lak. Bila dia nak tidur, macam macam dia mintak. Mintak ambikkan "bantal buruk" (bantal busuk dia yang dalam dia kekabu dan sarung bantal tu dan kepam baunya disertakan dengan pelbagai peta negara), buatkan susu dia la.

Bila kita gi buat tu semua, dia akan guna kesempatan ni untuk kacau Amni tidur. Baik je aku masuk bawa susu dia, dia kata dia cubit Amni. Kan aku dah kata, dia ni tak boleh tengok Amni senang. Ada je dia nak buat adik dia. Terpaksa angkat dia letak tepi sekali dan aku kat tengah-tengah diorang.

Ntah macamana layan-layan dia lepas susu habis, aku leh pulak tertidur. Aku rasa tak la lama coz aku terlelap je. Tiba-tiba dia kejutkan aku.

Aisy : Mama, mama..mama..apa dalam mulut mama tu?

Kelam kabut bangun coz terkejut.

Aku : Apa dia?

Aisy : Dalam mulut mama.

Baru aku rasa macam ada sesuatu dalam mulut. Aku sembur je keluar sebab dalam otak fikir cicak berak masuk mulut aku je. Biasa lah kalau tidur mulut ternganga ni kan

Aku : Apa dia ni Aisy ? (Sambil tunjuk kekabu yang keluar dari mulut aku)

Aisy : Ni...(sambil tunjuk bantal dia yang dah tercabut jahitan kat bucu dan ada sedikit kekabu keluar dari situ.

Aku : Kenapa letak dalam mulut mama?

Aisy sengih-sengih buat muka tak bersalah. Terus tak jadi tidur sampai dia tertidur. Ntah apa pulak dia nak letak dalam  mulut aku nanti kalau aku tidur dulu dari dia.

Wednesday, December 12, 2012

Aisya Sofea

Sekarang aku gila maraton baca novel-novel Aisya Sofea. Baca online je tak larat nak buka novel-novel yang dah tersimpan kemas dalam almari.

Baca online ni tau je lah, bukannya habis satu novel boleh baca. Banyak page dia yang skip-skip tak bagi baca.

Pastu page boleh baca pun setakat 100 pages je. Untuk review je sebenarnya pastu ko pandai-pandai lah pergi kedai beli buku tu.

Selama ni aku bukan kesah sangat nak baca novel tak macam zaman remaja-remaja dulu. Kat u dulu lagi gila baca novel. Sekarang nak pegang novel pun malas.

Tapi sebab penangan adam dan hawa versi drama tu, aku dengan tak de kerja nya google novel Aisya Sofea ni. Sudahnya semua novel dia aku dah review.


 AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.

Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah… Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu.

Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi…

Novel ni dah lama aku habis baca, jalan cerita and ending dia masih ingat pun. Sekarang baca semula sebab tengah adaptasikan ke drama lak. Boleh tonton kat Mustika HD pukul 10.00 malam Isnin - Khamis. Ada balance 18 episod je lagi.

Adam Mukhriz dilakonkan oleh Aaron Aziz & Ain Hawani oleh Nadia Nissa. Suka dua orang ni berlakon, hidup je watak Ain.




Pertama kali bertemu Nurul Umairah, hati Ahmad Fuad sudah terpaut. Biarpun gadis itu sudah dimiliki, namun perasaannya tidak pernah berubah walaupun terpaksa menyembunyikan rahsia hatinya dalam-dalam.

Bila Jefri, tunang Nurul terkorban dalam kemalangan, Fuad menawarkan kasihnya. Nurul menolak kerana tidak mungkin dia mengalih perasaan pada lelaki lain dalam sekelip mata sahaja. Kebijaksanaan Fuad akhirnya meruntun tembok yang dibina Nurul. Dia akhirnya menerima Fuad tanpa mengetahui rupa-rupanya ada gadis lain sedang menagih kasih lelaki itu semula.

Apakah Fuad akan menyambung semula kasihnya bersama gadis yang tiba-tiba muncul kembali di antara mereka? Mampukah Nurul Umairah sekali lagi kecewa biarpun lelaki itulah yang memulakan percintaan mereka.

Dulu dah baca tapi tak ingat tengah-tengah dia. Macam best bila dah baca online so kena cari balik novel ni. Tapi dah layan drama ni kat you tube. Ahmad Fuad dilakonkan oleh Remy IShak & Nurul Umairah oleh Dira Abu Zahar. Macam tak kena sikit gandingan hero & heroin ni. Ada cerita petang aku tengok kat TV1 tu macam ok je diorang berlakon, yang ni mungkin terlalu pendek untuk sudahkan satu novel.



Kamilia Najwa & Zainal Arief. Pandang pertama mereka memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga. Namun, badai asmara mereka sentiasa membakar di sebuah bilik kecil di Oxford dengan janji sehidup semati.
Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti! Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji akan kembali lagi. Sejak itu hingga menginjak sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara.

Tanpa diduga, Zainal muncul kembali. Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini ‘disembunyikan’ oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya, ‘dendam rindunya’ terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya.
Benarkah dia membenci lelaki itu? Dan hipokritkah Zainal bila menyatakan hanya Kamilia seorang di hatinya….

Cerita ni best. Aku masih ingat tiap jalan cerita dia dan tak sabar nak tengok drama dia lak. Mungkin ditayangkan di TV3 kot Januari 2013 ni. Hero dia mestilah Mr. Hot, Adi Putra and heroin dia mestilah Rita Rudaini. Tak sabara nak tengok dua orang ni berlakon.



PERTEMUAN tanpa dirancang telah membuka pintu hati Arianni untuk mengenal erti cinta. Apatah lagi, lelaki itu berjanji menjadikan dia sebahagian hidupnya, berjanji bahawa segalanya mampu ditangani dan berjanji akan mempertahankan cinta mereka.

Namun, kasih yang disulam, janji yang dimaterai terlerai akhirnya bila terbongkar satu rahsia yang tidak terduga. Sebagai wanita bermaruah, Arianni nekad menoktahkan segala impian. Cinta pertamanya harus dibuang jauh daripada kotak ingatan. Lelaki itu bukan untuknya.

Tahun berlalu… hadirlah lelaki baru dalam hidupnya. Sayangnya, pintu hati dia masih tertutup rapat. Rasa terluka itu masih ada. Baginya, cinta kedua tidak membawa sebarang makna; tiada keikhlasan, tiada kejujuran. Lalu bagaimana? Selama manakah lagi harus dia tunggu untuk mengecap nikmat kebahagiaan? Terlalu memilihkah dia

Aku dah review dan rasanya kena cari novel ni. Aku dah try google ending dia tapi nak tau gak jalan tengah cerita ni.


Harga kesetiaan seorang lelaki bernama suami begitu mahal nilainya pada insan bernama Lukman Hafizi ini. Setelah pemergian isteri tercintanya, Sarah, hari-hari yang dilaluinya tidak lagi seindah semalam. Dia terus hanyut dalam lamunan khayalannya.

Kepulangan Farah, kembar seiras arwah isterinya tidak mampu menggugah selaut kenangan bersama arwah isterinya. Farah pula tersepit dengan wasiat terakhir kakaknya serta dilema perasaannya sendiri. Dia pasrah akhirnya.

Benarkah ‘ganti tikar’ yang berlandaskan ‘keterpaksaan’ bagaikan embun di hujung rumput; memakan diri sendiri akhirnya. Apakah ini harga yang perlu dibayar untuk sebuah pengorbanan? Hayatilah falsafah yang tersirat di sebalik mesej yang tersurat ini.

Novel ni dah baca tapi tak ingat ending. Tapi rasanya Farah ngan Lukman jugak coz dia dah syok kat abang ipar dia. Belum diadaptasikan ke drama lagi.

Banyak lagi novel aisya sofea aku lum baca. Nanti mungkin ada Aisya Sofea Versi 02 lak bila dah marathon habis baca novel dia.

Tuesday, December 11, 2012

Maninjau Chalet, Janda Baik

Sabtu lepas berkesempatan untuk mengikuti family day company adik aku ke Janda Baik, Pahang.

Nama je orang Pahang, tiap-tiap minggu balik Raub tapi aku tak pernah jejak kaki ke Janda Baik. Sebab teruja untuk ke sana, buat muka tak malu je ikut adik.

Bukan tak pernah melalui jalan lama dari Bentong ke KL tapi tidak berkesempatan untuk masuk ke dalam Kg,. Janda Baik tu.

Apa yang aku imagine sebelum sampai ke sana?
1. Sangat sejuk coz kawasan tu kan berhampiran dengan Bukit Tinggi & Genting Sempah
2. Air sungai yang sangat cantik untuk berkelah

Bila sampai kat sana, dua perkara tu tak ada pun kat sana. Suasana lebih kurang macam kampung aku (rumah mak aku). Best lagi rumah mak aku kot coz banyak pokok buah-buahan yang boleh dipetik & dimakan.


Maninjau Chalet

Sejuk tak ada. Macam kampung aku je. Air sungai yang macam Pulau Chekas , Ulu Dong pun tak de. Ada air sungai yang biasa. Boleh lah nak mandi tapi kena pakai selipar. Batu banyak sangat and kalau macam anak aku nak mandi terpaksa lah mandi kat tepi-tepi je coz kat situ je ada pasir. Yang best, air dia boleh tahan sejuk, kalau lama-lama berendam pun boleh menggigil sejuk.


Boleh la nak mandi-manda

Sepanjang hari kami di sana. Company adik aku dengan aktiviti family day diorang lah. Ada barbeque and games. Adik berjaya gak bawa balik satu hamper. Waktu nak prepare barbeque tu pun ada gak tolong sikit-sikit diorang. Selebihnya aku lepak dalam bilik je. Sebelum & selepas mandi sungai.


Tempat barbeque dan pintu tu bilik tau

Ada la sikit-sikit macam kawasan air terjun

Kalau sape-sape nak rasa jauh nyamannya udara semulajadi, aku suggest la korang pergi sana. Banyak chalet-chalet atau homestay yang boleh korang sewa.

Untuk rating tempat percutian kali ni aku bagi 3 bintang dari 5 bintang.

Saturday, December 1, 2012

Selamat Berjuang Harimau Ku....

Wah...malam ni malam penentuan sama ada Harimau kita layak atau tidak ke semi final Suzuki Cup 2012...

Selamat berjuang wahai pejuang sukan bola sekalian. Anda harapan kami. Semoga berjaya membawa kemenangan malam ni.

Jom ramai-ramai doakan pasukan Harimau Malaya kita bangkit lagi malam ni. Harimau vs Garuda.

Note : Pagi semalam aku nampak bas FAM kat area rumah aku. Husband aku kelentong aku kata diorang training kat padang diorang selalu main petang-petang tu. Ingat aku nak percaya?

Friday, November 30, 2012

Adam & Hawa Versi Drama

Kalau boss aku nak tau, aku telah mengular kat office dengan melayan drama Adam & Hawa dari jam 9.00 - 9.30 pagi.. Lepas layan drama, aku baca komen lak. Pastu tak puas hati, aku pun masuk komen jugak. 10.00 am - 12.00 pm. Best tak aku?????

Ni la novel yang diadaptasikan ke drama


Statement maut. Ngaku buat benda lain kat office. Korang berani? Aku berani ngaku dalam blog je. Tapi kalau dia check cctv mesti dia nampak aku buat apa. Ntah ke dia nonton skali ngan aku. Kahkakah...

Rumah aku mana la ada Astro, kalau tak de astro mana la nak ada astro mustika hd kan. Husband aku dah pujuk aku banyak kali nak masuk astro tapi aku kan menteri kewangan rumah, aku telah menyekat kemasukan astro ke rumah. Dengan alasan, membazir je kalau tv tu yang tengok tuan rumah.

So, layan cerita ni dari blog. Layan ni tak de iklan. Tapi sekejap sangat. Dalam 20minit je boleh tengok. Aku layan kat blog ezany-kun.com. Korang yang belum tengok boleh layan tengok. Free je, tak kena bayar.


Mungkin ini dah jadi cover cetakan terbaru novel Adam & Hawa.
Cik Bib, ada ulasan tak?

Bab hero & heroin, aku tak nak complain coz dua-dua aku rasa berjaya watak tu ikut novel. Cuma ada scene yang sangat romantis dalam novel tapi dalam drama sangat tak romantik. Hawa macam malu-malu je nak romantik-romantik ngan Adam. Adam lak banyak buat muka nakal je.

Tapi aku rasa sangat ok kot...tak payahlah nak beria-ria tunjuk romantik kan..lain lah kalau berlakon suami isteri, so boleh buat adegan yang sangat loving gitu.

Ow ow ow..suka dua orang ni. Aaron Aziz (Adam Mukhriz) & Nadia Nissa (Ain Hawani)


Jalan cerita dalam drama ni pun dah diolah sikit oleh penulis skrip dari cerita asal dalam novel. Watak Johan dipanjangkan sampai rasa sangat sengal mamat rambut rebonding tu. Kesian Dazrin..

Lagi yang buat tak best, editor cerita ni suka sangat campur aduk scene. Sepatutnya settlekan satu scene, baru tunjuk scene yang lain lak. Ini baru je nak rasa feeling, dia dah masukkan watak Johan yang sengal.

Sebelum ni Global Station Sdn Bhd ok je dalam buat editing drama macam Dejavu Kinabalu tu. Yang Adam & Hawa ni  mungkin saje je nak spoil feeling penonton kot. Yang paling bengang bila tiba-tiba keluar tulisan "bersambung"....

Anyway, korang layan je lah cerita tu key? Thumbs up untuk Aaron Aziz & Nadia Nissa. Good job.

Note: Waktu pregnant dulu dah terfikir nak namakan anak perempuan mesti ada hawa & lelaki mesti ada adam. Tapi sampai dah lahir anak dua pun aku tak boleh fikir nak gabungkan nama hawa tu dengan nama lain. Akhirnya aku jumpa satu nama hawa yang best " Hawa Insyirah".




Nilai Murni

Nak post sikit tentang nilai murni yang Aisy ada tapi tak tahu sape yang ajar dia. Bangga jap ada anak yang bijak cam ni tapi aku musykil sape ajar dia.

Ni situasi dalam kereta on the way balik ke KL dalam jam (Bentong - Genting Sempah)

Aisy : Kenapa abah buka tingkap tu?

Rizal : Nak buang kulit buah ni. (sambil buang kulit buah duku keluar dari tingkap kereta)

Aisy : Tak payah lah. Letak sini je (sambil tunjuk satu ruang bahagian belakang handbrake).
          Nanti dah sampai kita buang la dalam tong sampah.

Rizal : Eh budak ni (sambil tutup cermin tingkap and letak kulit buah tempat Aisy tunjuk)

Ayat tu bukan rekaan aku tau tapi memang Aisy cakap macam tu. Tanpa olah sikit pun ayat dia. Aku pun pelik, dia budak yang umur 2 tahun 8 bulan ke budak umur 4 tahun ye????

Note : Siap tulis ngan color merah lagi dialog husband aku. kakakakaka.....

Thursday, November 29, 2012

Harimau Mengamuk

Semalam layan bola lagi untuk AFF Suzuki Cup 2012. Walaupun hari Ahad lepas aku telah terkecewa dengan Harimau Malaya, tapi kita sebagai rakayat Malaysia mesti tetap bagi sokongan. Mengharapkan ada satu titik perubahan. Akhirnya menang bergaya dengan Laos , 4-1

Pada aku bukan mengharapkan kejuaraan berturut-turut oleh pasukan kita, tapi lebih suka untuk tengok sukan bola sepak ni maju. Biar sukan bola sepak ni terkenal dan menjadi gerunan bukan lah nak mintak jauh sangat, setakat kawasan Asia pun dah cukup.

Kalau badminton & skuasy kita memang dah terkenal dengan jaguh-jaguhnya, sekarang harap sukan bola sepak dan hoki pun sama. Pukul 7.30 pm ni pasukan hockey kita akan menentang South Africa untuk Champian Challenge I bagi separuh akhir. Hope ada harapan untuk pasukan hoki kita dan ada siaran langsung. Chayo-chayo...

Balik pasal bola, setelah harimau kecewa dengan singa 3-0, semalam kita menang bergaya dengan Laos. Itu pun ntah apa-apa diorang ni main. Aku memang tak suka kesebelasan utama yang main 1st game Ahad tu. Main macam tak nak main.

Untuk game semalam pun yang 1st half tu kurang menarik la. Banyak peluang lepas macam tu je. Yang paling aku bengang gila bila Safee Sali depan gol pun tanduk tak masuk. Apahal?????

Tapi bila ada 4 tonggak ni bermain, aku suka..Wan Zack Haikal, Khairul Muhaimin, Zubir Azmi & Mahalli ni layan game atas padang, rasa macam nak suruh diorang ni selang-selang sumbat gol je.

Seronok gila. Lagi best bila tengok ada keeper baru yang ok jugak, not bad. Jangan harapkan Khairul Fahmi seorang je. Patut bagi peluang macam semalam. Bagus turunkan Farizal, at least dia dapat experience. Ini balik-balik "apek" je.

Hope sangat2 4 orang ni kekal dalam kesebelasan utama lawan ngan Indonesia. Kenapa Muslim tak main ye? BUkan dia ok ke jadi defend, sian Aidil sorang2.


Hero Baru Malaya : Wan Zack Haikal.

Note : Budak-budak Harimau Muda ni memang best la main. Aku rasa better serap diorang je untuk game Piala Suzuki ni

Friday, November 23, 2012

Cuti Lama

Tak lama mana pun, tapi 4 hari sudah cukup lama rasanya. Dua hari berkerja lak kerjanya sampai pukul 4.00 je. Tu yang best. Sekejap je masa dah nak balik.

Hari Deepavali hari tu tak buat apa pun. Plan nak bawa anak-anak gi KL Bird Park tapi tak jadi coz husband dah ambik tender nak cat rumah adik yang baru je siap renovate tu.

So, seharian aku ngan mak dok rumah masak-masak. Pagi masak utk breakfast, bila dah pukul 11.00 am macam tu dah prepare nak masak untuk lunch lak.

Kebetulan abang aku yang kat JB tu pun ada kat KL and lepak kat rumah aku, so kena prepare makan la.

Petang lak prepare minum petang kalau dok ramai2 ni. Malam tak payah masak2 sangat tapi sebab kerabu mangga, nasi, ikan & gulai telur itik dah habis, kena la prepare sekali lagi kecuali gulai telur tu la. Tak kuasa nak masak gulai lagi malam2 ni.

Itu dah habis satu hari, hari khamis lak cuti Maal Hijrah tu dah bertolak lak ke Kelantan. Selamat Tahun baru pada semua yang beragama islam. Apa azam tahun baru ni?

Biasalah, sebab ada anak-anak, perjalanan ke Kelantan bukan lagi 5 jam bagi kami. Sudah menjadi 7 jam ke sana. Bertolak pukul 8.00 am, pukul 3.00 pm sampai KB.


Dua beradik ni dalam kereta adalah sangat macam-macam.Kadang ok tapi banyak yang tak ok.

Kali ni masih lagi memilih YY Hotel atau lebih kepada homestay sebenarnya. Bukan homestay pun, bilik jugak tapi rumah kedai macam tu. Lokasi kat Wakaf Bharu, Sebelah dengan stesen minyak Shell & berhampiran ngan stesen keretapi.

Kenapa stay sini, accommodation quite good & nice. Harga sangat2 berpatutan dan yang paling best bawah dia ada kedai makan. Nama dia tak silap aku Warisan kot.

Sape2 orang sana mesti tahu kan, kedai tu glamor gila coz terkenal dengan nasi beratur. Sini makan semua sedap dan sangat 2 murah.

Pagi2 ko bangun celik mata, solat Subuh then turun bawah beli nasi yang pelbagai. Ada nasi berlauk, eh bukan berlauk pronounce dia dalam Kelantan macam belauk je kot. Boleh pilih lauk ayam ke ikan ke.

Budak ni dok kat Kelantan sungguh dilimpahi cahaya bulan mungkin sebab negeri Tok Guru. Solat tak tinggal siap pakai telekung baru lagi. Tapi masuk je sempadan Pahang, solat pun tak nak dah. Budak ni kena hantar ke Kelantan untuk mengaji ni

Ada nasi dagang, nasi kerabu, nasi minyak, mee, beehon. Lauk lak macam2 ada. Kat tepi ada meja bersusun dengan pelbagai jenis kuih. RM 1.00 dapat 4 ketul kuih. Ko pilih lah. Rabun mata, semua kuih ko nak makan.

Nak contoh kuih ke? Ambik ni..ada kuih Cek Mek, kuih Apam Sri Ayu, Roti Goreng Inti Kacang, Pan cake yang letak tepung kastard pastu lipat cam karipap tu, apam, kuih gulung & macam macam lagi (sebenarnya tak ingat. Hahaha...sebab yang lain di atas tu tak beli pun)

Bukan setakat kuih, ada jugak pulut kacang (pulut warna coklat, kelapa parut & kacang bungkus dalam daun pisang and dicucuk ngan lidi), pulut kelapa kot (dibungkus macam nasi lemak dalam daun pisang), nasi impit & sate (bungkus sekali), nasi impit yang makan ngan sambal kelapa gaul ikan tu, laksa..macam macam lagi lah ada.

Syurga makanan lah tempat ni. Best gila kalau kat KL ada macam ni. Lupa lak, kat meja sebelah  kuih tu ada meja jual roti lak. Kat sini dia punya roti pun murah je. Roti Telur dia baru RM1.20, besar, tebal dan lembut sampai ke petang. Sebelah lagi tempat bakar sate and ada nasi impit jugak.

Pastu kalau malam lak, kat simpang tiga nak gi hotel ada jual sate lak. Beratur siot nak beli. Dua kali balik pun tak beratur lagi nak makan sate ni. Sebab perut kenyang semacam.

Ada lagi tempat makanan best kat sini. Depan jalan besar menghala ke Chabang Empat ni lak, tapi still kat simpang keluar hotel ni ada lak restoran nasi ayam yang sangat2 sedap. Tapi memang hampeh lah. Kebetulan Jumaat tau, dia kata tak buka lagi walaupun dah pukul 3.00 petang waktu tu...balik dalam kul 7.30 malam, kedai tutup coz waktu sembahyang Maghrib. Pukul 8.00 baru bukak semula. Hampeh betoiiiii...

Sebenarnya kali ni balik Kelantan coz ada dua majlis perkahwinan. 1st kawan adik aku kat Tendong, Pasir Mas, pastu anak sepupu aku kat Gunong, Bachok.

Kenduri kat Tendong hari sabtu tapi yang kat Gunong tu hari Ahad. Sebab Ahad dah nak balik, kebetulan akad nikah anak sepupu aku ni Sabtu  malam..kami pergilah jugak.

Gila jauh kedalam rumah. Dah lah malam, habis tersesat 3 kali coz jauh sangat ke dalam rumah dia. pastu jalan dia tak leh selisih kenderaan. yang peliknya keluarga pengantin (sepupu aku) boleh tak tahu rumah lak. Tak ingat kot....Nasib baik family sepupu aku ni jenis yang memang baik, kalau tak baik aku dah lama blah. Tak tahan kot sesat2 dalam gelap pekat.

Sampai sini saje coretan aku tentang balik Kelantan kali ni. Aktivii tak sah kalau tak mengukur kawasan bebas cukai Pangkalan Kubor & Pasar Besar Siti Khadijah tu setiap hari. Kalau pergi 4 hari, 4 hari pergi mengukur. Bukan 1 jam, tapi 3 jam.. Nasib baik malam tak buka, kalau tak sampai malam pun kami mengukur jugak. Pastu balik ambik calculator asyik kira duit dah habis berapa, pakai duit sape...tak cukup duit nak bayar balik, hutang sampai hujung bulan. Hahaha...

Wednesday, November 21, 2012

Anak Tak Kenal Ayah

Anak mana yang tak kenal ayah dia tu? Pura -pura tak kenal atau memang tak kenal? Jawapannya ada di sini...Rauhillah Amni.

Lets story mory kenapa Amni tak kenal abah dia.

Kan last week cuti panjang sangat, bukan panjang mana pun tapi cuti berselang-selang. Bila ambik cuti 3 hari pun dah cukup boleh cuti 9 hari apa. Tapi aku ambik 1 day je coz AL aku dah tinggal 3 hari je lagi. Ni utk emergency case je

Last week aku & husband memang ambik cuti hari jumaat tu tapi kami menuju ke destinasi yang berlainan. Husband aku & family dia terbang ke Papar, Sabah coz BIL aku kahwin ngan orang sana.

Kenapa tak ikut? Terang2 aku cakap sebab kewangan. Ticket ke sana je sudah berapa. Dan kesemuanya perlu ditanggung sendiri. Better husband sajelah yang pergi coz ke sana bukan makan angin.

Kalau makan angin nak jugak pergi tapi tak jugak kot coz dah booking ticket, transport & homestay untuk percutian ke Sarawak next year. Duit dah habis kat situ, so ada budget sikit2 aku buat keputusan ikut family aku balik ke Kelantan.

Bermula petang Rabu meninggalkan my by by yang akan bercuti jauh tu. Ahad malam kami dah sampai KL, tapi my by by sampai KL Isnin malam. Sian dia, flight delay almost 4 hours coz sepatutnya pukul 3 dah departure dari KK tapi ribut petir lak.

Pukul 9.30 pm my by by tu sampai kat LCCT.  Tapi lepas settle ngan bagasi semua, kul 10.00 baru nampak batang hidung dia kat luar pintu airport tu.

Ni pun nasib baik adik aku nak pergi dan sudi drive ke LCCT. Kalau harap aku, ambik kat stesen komuter Kepong je.

Bukan senang nak drive kalau ada budak kecik Amni tu. Bukan senang jugak nak tinggal dia sekarang ni. Sungguh drama queen dia tu.

Bila abah dia masuk je kereta, boleh pulak si Amni melalak macam takut ngan orang lain2 selama ni. Bila dah stop nangis, langsung tak nak ngan abah dia waktu abah dia nak ambik.

Bila abah dia geletek dia macam biasa pun, dia tak de ketawa macam biasa. Lebih selesa duduk menyorok belakang aku sambil intai2 abah dia.Bila abah dia agah, dia cuma tersenyum. Pelik betul aku tengok budak Amni ni. Boleh pulak dia tak kenal abah dia.

Sampai ke rumah dan tidur pun, dia amsih lagi tak nak ngan abah dia. Bila abah dia landing atas katil je, dia sanggup dok kat hall ngan aku walaupun kakak dia ada dalam bilik.

Dan petang semalam, keadaan dah macam normal. Dah boleh gurau2 ngan abah dia macam biasa.

Tapi kelakar la budak tu, boleh pulak dia tak ingat abah dia. Macamana la nak pergi buat Umrah tahun depan kalau macam ni. Mampus menangis tak nak ngan aku sekali

Thursday, November 8, 2012

Kuih Talam

Tiba-tiba je tajuk entry macam nak memasak dan bagi resepi je kan. Tapi sebenarnya tak. Mana lah aku pandai buat-buat kuih muih ni. Yang aku pandai dan tau makan je. Memang favorite sangat kuih muih ni.

Balik semula pasal kuih talam ni. Sepanjang 30 tahun aku hidup...eh aku dah tua la...no wonder la adik aku cakap ada sekelompok uban waktu gunting rambut aku..nama je sekelompok tau, tapi cuma tiga urat je yang warna putih..yang lain maintain hitam lagi...

Eh sudah lah,,,, balik cerita pasal kuih talam...sepanjang hidup ni aku cuma tau ada dua jenis je kuih talam. Satu kuih talam tepung, satu lagi kuih talam ubi. Dua-dua pun aku suka.

Aku buat entry ni bukan nak cerita aku suka kuih talam yang mana satu, tapi sebab pagi tadi aku terjumpa orang jual kuih talam tepung. Waktu tengah makan tu, aku teringat la kat arwah abah aku...


Kuih talam tepung yang dah comot. Sedih2 sambil makan. Huhuhu

Abah aku memang sangat suka kuih-muih. Kuih talam paling suka...tapi sebab kuih talam ni dia ada dua lapisan, so kita akan buat pilihan lapisan mana paling sedap kan.

Aku dan abah aku paling2 suka lapisan santan yang kat atas tu. Tepung / ubi yang kat bawah tu kalau sikit / nipis je pun tak pe...janji lapisan santan kat atas tu mesti tebal dan lemak...emm..sedapnya..

Sebenarnya, aku tak tahu pun abah aku paling suka lapisan atas. Sama macam aku. Anak apakah aku ini sampai tak tahu apa kegemaran abah dia..huhuhu..sedih tau.

Macamana leh tau? Macam ni cerita dia...dengar tau...
Baru je arwah 'pergi' , kebetulan ada ubi. So, mak buatkan kuih talam ubi. Dua loyang tau tak silap aku..kalau rumah orang lain boleh sedekahkan kat jiran2 lagi tapi kalau buat kat rumah aku, cukup makan kami adik beradik je. Tak cukup pun ye gak. Sebab kami kuat makan

Kebetulan mak buat santan atas nipis je, so aku tak de mood sangat nak makan. Aku cakap lah sebab santan tu nipis je, lagi sedap kalau santan ni banyak.

Diorang semua berpandangan antara satu sama lain, pastu diorang cakap aku sama je macam arwah abah. Kalau nak makan kuih talam, nak santan tu banyak2.

Adakah ini petunjuk aku betul2 anak abah. Huhuhu..sesungguhnya aku rindukan abah aku bila makan kuih talam ni...huhuhu.........

Friday, November 2, 2012

Karenah Anak

Ada dua orang anak aku rasa sudah cukup kot kalau fikir letih melayan karenah budak. Penat sih dengan dua orang anak dara aku ni yang tak tahu penat.

Aku tak tahulah anak aku je atau anak orang lain pun sama macam aku. Diorang macam ada energy yang sentiasa bertambah tanpa ada pengurangan walau sedikit pun.

Kalau tak pukul 12.00 malam, lagi tu tak tidur. Kadang sampai aku naik hangin tau, kita dah mengantuk sangat2 tapi diorang masih lagi turun panjat katil. Kuar masuk bilik punggah mainan. Tidur sekali ngan mainan penuh atas katil.

Sekarang ni Aisy dah pandai mintak nak pergi JUsco atau Tesco. Hari -hari ajak keluar.

Apa yang dia syok sangat kat sana aku pun tak tahu lah. Sudahnya memang setiap minggu kami akan ke Tesco / Jusco. Kalau tak pergi, hari-hari dia tuntut nak pergi. Kalau datang mengamuk dia, menangis macam tahap gaban sampai muntah-muntah.

Bila dah pergi Tesco, macam-macam dia angkut. Sollivite tu dah macam kemestian lak. CD lagu nursery song tu dah berlambak-lambak kat rumah. Setiap kali pergi beli dua, kalau tiga kali pergi tak ke ada enam ke? Kalau 5 kali pergi tak ke 10?

Pastu dalam cd tu semua lagu2 dia cam sama je. Macam nak pecah telinga kau dengar lagu tu. Dua beradik tu bukan main lagi nyanyi2 sambil joget2. Tak kisah lah dalam kereta atau dalam rumah.

Yang kita ni, kat rumah dengar lagu tu, dalam kereta nak pergi hantar ke nursery dengar lagu tu, nak balik kampung dari KL ke rumah mak dengar lagu tu. Last-last muka kitorang ni dah macam "o mc'donald had a farm" dah.

Kalau ke Jusco lak, ini namanya perabih duit. Macam pergi fun fair tu.

Tiap kali pergi mesti habis RM 20.00 untuk semua binatang2 yang bergerak tu. Aku pun tak faham lah apa yang syok sangat budak-budak nak naik benda alah ni.



Setakat goyang-goyang je sambil dengar muzik dan berhenti. Tak pun dapat lah pulas stereng yang tak berfungsi tu. Sampai naik lunyai aku rasa stereng tu..Aisy tak nak jugak berhenti main.



Kalau tak bagi naik dah, mulalah mengamuk-ngamuk nak naik troli. Apa kejadahnya nak sorong troli kalau bukan nak beli barang.

Jusco ni tempat aku kalau nak beli puting botol Avent & baju2 dia nak ke nursery je. Yang lain memang tak belilah melainkan hari Jcard.

Barang agak mahal sikit kat sini tapi apa kejadahnya kalau setiap kali datang hangus RM 20.00 semata-mata alat binatang ni. Siapalah yang cipta alat mainan tak berguna ni.




Buatlah yang advance sikit..ni setakat goyang-goyang je. Tak berbaloi betul.

Pastu kalau masuk Kids Zone lak lagi tak berbaloi. Setakat main plastic ball banyak2, rumah aku pun banyak. Pastu masuk cam castle yang ada papan gelongsor tu, baik gi taman permainan kat rumah je.




Masuk je dah bayar RM 4.00 per kids. Setengah jam extra lagi RM 1.00. Dua budak tak ke RM 10.00 kalau satu jam. Ish-ish...membazir betul.

Moralnya, janganlah ajar anak-anak waktu dia tak pandai lagi main alah benda ni. Kalau boleh jangan ajar langsung.

Wednesday, October 31, 2012

Bukit Jalil Golf & Country Resort

Nama macam best je kan..sape yang nak pergi main glof ni? Percaya tak kalau aku yang pergi?

Sejak joint balik jadi agen ngan ACE Jerneh Insurance Bhd ni, terpaksalah meng'complete'kan 20 hours training untuk tahun ni.

Last time dah pergi untuk 4 hours  course kat Bukit Kiara Royal Selangor Golf Club. Kali ni tukar angin lak ke Bukit Jalil.

Syok jugak jadi agen ni, merasa lah pi club2 golf ni. Yang penting kita leh rasa makanan kat sana.

Kali ni pergi under meeting lak bukan course. Ni agent meeting untuk close year end 2012 and pastinya dia nak promote new product for year 2013.

Khusyuk gila orang dengar new product

Aku tak nak lah cerita pasal insurance ni coz aku tak buat duit ngan insurance ni. Setakat kerja je. Cuma nak cerita macamana pergi sana dan apa yang best sepanjang 4 hours kat sana.

Dari rumah aku ada dua choice nak pergi sama ada ikut LDP dekat je km dia tapi kalau jam sempatlah kau melalak sampai banjir dok dalam kereta tu. Lagi pun tak familiar jalan tu.

So, decide lalu ikut MRR2. First sebab dah familiar jalan ni, kau cuma jalan terus dari mula MRR2 sampai habis MRR2. Tak senang ke? Second, sebab tak de tol. Jimat apa tak payah bayar tol.

Familiar memang familiar tapi bila dah tamat MRR2, masuk LKSA aku tergagau nak pergi ke BJGCR ni. Confuse perlu masuk ke Kompleks Sukan Bukit Jalil or ke mana lagi coz google maps aku dah tak faham dah sebab dia tulis turn Jalan Jalil Perkasa. Aku tak nampak nama jalan tu kat sebelah kanan aku.

GPS ada kat rumah tapi punyalah bangang gadjet tu yang tak guna. Aku tengok husband aku pakai senang je, tapi aku bangang sikit bab gadjet2 ni. Slow nak mampus kalau pick up bab fucntion gadjet ni. Sudahnya aku tergagau2 dan termasuk Express Maju Highway.

Punyalah jauh baru leh u-turn. Tahu kat mana aku u-turn? Kat exit Putrajaya tu..,Nasib baik aku dah isi fuel tank minyak aku, pastu stand by duit dalam wallet. Biasanya aku jarang check wallet aku, yang penting isi minyak je penuh. Duit nak makan kalau tak de baru gi ATM. Patutnya tol kena buat mesin sentuh ATM lah..kot2 la ada orang tak bawa duit ke..duit tak cukup ke... Hampeh betul aku rasa hari ni. Habis duit aku bayar tol.

Aku telefon marketer company aku ni, dia pun tak pergi and tak tahu. Nasib baik ada agen lain call aku. Rupanya memang kena lah masuk Kompleks Sukan Bukit Jalil tu dulu, sampai 1st traffic light, turn left and terus je. Pastu jumpa traffic ligt turn right, pastu turn right lagi. Akhirnya aku sampai gak. Senang je rupanya. Hampeh je aku.

Kali ni datang dia tak bagi breakfast dulu, nasib baik aku dah breakfast awal2. Aku rasa aku lambat dan tersesat, rupanya ramai lagi yang sesat dan tak sampai-sampai. Kira aku ok lagi la kan.,sampai pun meeting tak start lagi.

Ni view waktu breakfast kawasan Bukit Jalil Golf & Country Resort
Paling aku sengalkan pergi meeting kali ni, ada lak seorang agen ni nak promote aku product mutual lak. Macam public mutual tu...tak kuasa aku nak melayan. Naik rimas aku..dah lah nak menempel2 lak kat aku. Naik menyampah betul.

Aku buat bolayan je..dengar macam malas..tapi sakit hati gak, waktu tengah break nak breakfast tu...siap datang kat aku nak dok skali. Aku malas nak bercakap and buat tak tahu je. Bila aku siap je makan, aku ambik air, aku terjumpa lak seorang agen yang aku jumpa waktu course hari tu.

Dia Sarawakkian, Caroline nama dia. Aku lepak borak-borak ngan dia so agen yang nak promote mutual product kat aku tu blah ntah ke mana. Bila masuk meeting room, dia dah tak masuk. Lega rasanya.

Bla bla bla orang ACE cakap, aku dengar je lah...aku datang nak complete hour je. Tapi best gak, kalau agent dah sampai tahap crystal, tahun depan bulan May, ACE akan bawa ke Pulau Redang tu..Dengan aktiviti Scuba lak tu...bestnya...tapi aku tak sampai tahap crystal lagi, baru sampai tahap kaca je...hahaha
Pecah kaca, pecah gelas, sudah baca, harap balas...apa kena mengena? Fikir sendiri...


Kat luar Retoran Sri Bayu

Yang penting pukul 1.00 agenda lunch. Itu yang aku tunggu. Kalau makan kat Bukit Kiara hari tu lebih macam Chinese Food, sekarang macam Mamak Food lak. Nasi Briani lak..Layan je.makan kat Restoran Sri Bayu tu...

Makanan tak sedap mana pun...tapi dessert banyak. Nasi makan sikit je, tapi layan dessert memang banyak gila...sampai kenyang...Uurrppp..alhamdulillah...apa tunggu lagi..balik la...


Ni lah BJGCR. Yang penting dah sampai sini

Nak balik senang je...kejap je dah sampai office aku...ingat malas nak masuk office tapi sebab fikir esoknya nak cuti nak balik raya dah, masuk lah jugak. Lain kali aku tak nak masuk office lah...

Sekian saje cerita BJGCC saya kali ni. Jumpa lagi di lain destinasi golf club pada tahun hadapan lak.

Tuesday, October 30, 2012

Hari Raya Aidiladha

Masih lagi sebenarnya dalam mood raya. Orang raya korban ni seminggu tau. Kalau nak sembelih lembu ke, kambing ke, masih ada peluang. Cepat2 gi booking lembu / kambing.

Macam biasa, setiap tahun mesti ada acara korban mengorban kat rumah mak aku la. 4 tahun kahwin pun tiap-tiap tahun raya kat rumah aku coz belah husband memang tak sambut pun.

Mungkin sebab family aku adalah berat ke Kelantan gitu, so dari kecik memang Raya Qorban ni memang meriah je dengan acara makan-makan terutama makan daging.

1st nak cerita pasal perjalanan. Sebab ambik cuti 1 day before raya, so balik pas Subuh. Jalan agak jam lepas terowong Karak tu sampailah ke exit jalan nak pergi rumah aku.

Saje ambik cuti coz nak prepare makanan untuk pagi raya lah kononnya. Tapi lebih kepada mengemas coz seminggu sebelum raya tu rumah aku dimeriahkan dengan majlis cukur jambul Naqib.

So, rumah memang bersepah gila dengan pinggan mangkuk yang tak disimpan dalam almari.

Kenapa tak kemas? Kan dah seminggu?

Ceritanya sebab lepas je kenduri tu, petang tu dah tak de elektrik dengan ditambah hujan lak. So, bergelap lebih awal.

Sebab nak balik hari Khamis jugak, mak ikut kami balik ke KL. So, rumah memang tak kemas langsung.

Bila hari raya, tak berkesempatan lagi nak solat raya coz ada anak kecik yang banyak ragam. Macam tak sesuai je nak pergi masjid. Better tunggu kat rumah je lah.



Ni anak-anak angkat C.Su

Kali ni masih lagi korban seekor lembu dan kami adik beradik dapat satu bahagian termasuk husband lah. Satu lagi bahagian mak bagi kat seorang imam kampung aku.

Cerita di sebalik sembelih lembu adalah Aisy adalah sangat penangis orangnya. Mula-mula menangis sebab C.Su dia tak bawak dia balik rumah kejap coz kami sembelih kat rumah orang yang jual lembu tu.

Bila C.Su dia datang semula, dia nangis-nangis nak duduk dalam kereta coz takut lembu yang asyik terkinja-kinja waktu nak keluarkan dia dari kandang dan juga nak jatuhkan dia.





Masa untuk ditumbangkan

Bila dok dalam kereta, nangis-nangis coz takut kat seorang hero kampung aku yang diberi gelaran "Choy". Anak aku seorang ni aku pun tak tahulah. Dia takut dengan semua lelaki ko..tak kisah lah muka handsome ke macam Brad Pitt ke, kalau tak handsome lagi dia melalak.


Inilah orangnya yang Aisy sangat takutkan

Sudahnya kami balik je rumah lepas lembu tu menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dah balik rumah, sibuk menyiapkan segala masakan untuk jemput orang masjid makan lepas Jumaat.


Sebelum gi tempat sembelihan

Waktu ni anak-anak aku dah pun tukar uniform. Dah pakai baju biasa. Takde nya nak pakai baju kurung lagi dah, pakai kasual je pun bukan yang cantik2. Pakai baju harian je.


Budak yang kuat nangis-nangis

Selesai semua, lepas Asar bertolak ke Lanchang rumah nenek husband aku. Ni pun tak confirm ada ke tak nenek dia coz kalau tak de orang balik, biasanya dia akan ke Temerloh rumah mak sedara husband aku.

Ni lagi episod Aisy melalak dalam kereta. Bila dah sampai kat Bukit Damar tu, Aisy nangis-nangis tak nak pergi rumah nenek husband aku. Dia nak balik semula.

Malas nak layan dia, kami terus je perjalanan ke Lanchang. Sampai rumah nenek dia, memang tak de orang lain pun kat sana. Nenek dia je ada dengan anak dia seorang. Aisy dah melalak tak nak turun. Tinggalkan dia dalam kereta je.

Sebab Aisy ditinggalkan dalam kereta dan situasi tu agak bahaya gak coz kereta park jauh gak dari rumah. Park lak dekat tepi jalan utama, buatnya kena culik anak aku macamana?

Tetiba husband aku lak ikut aku. Ingat dia nak dok ngan nenek dia sekejap-kejap lagi baru balik, alih-alih ikut aku lak. Pastu hangin semacam kat Aisy. Ngan aku-aku skali dia nak hangin.

Anak-anak aku memang tak close ngan sebelah husband coz jarang jumpa. Itu boleh terima akal.

Yang tak boleh terima akal, yang sebelah aku lak, jumpa selalu pun dia tak nak jugak. Kalau dulu Aisy seorang, Amni ok je. Tapi bila dah besar budak Amni tu, ngan dia sekali gak tak nak ngan orang lain.

Yang budak dua orang ni nak ngan sape je ko tahu? Adik beradik aku, mak aku dan yang paling peliknya nak dengan mak kakak ipar aku. Kalau sebut nenek je excited nak pergi coz ingat nenek (mak kakak ipar) kat shah alam.

Maam hari raya hari tu, kami pergi shah alam duduk sehari pun tak pe, tak de la nak ajak balik. Cuba pergi rumah orang lain, bila angkat makanan, makan. Bila siap makan, terus ajak balik. Bagus betul anak aku seorang ni.

Sekian sahaja cerita raya kali ni. Balik malam hari Ahad tu sangkut jam lak dari tol bentong sampai exit berjaya hill resort. Gara-gara sikap tak sabar setengah pemandu yang lalu ikut lorong kecemasan termasuk husband aku!!!!!

jOM LAYAN Gambar Raya











Friday, October 19, 2012

Disney Princes Bed Sheet

Dah lama tak update blog. Sekarang kena rajin-rajin sikit update blog. Asyik ada virus M je aku ni. Blog walking rajin gila.

Balik pada tajuk entry, sekarang ni tengah cari bed sheet gambar disney princess untuk Aisy.

Online memang banyak gila tapi aku confuse lah. Sebab apa?????Banyak songeh lah aku ni sebenarnya. Nak beli pun nak pilih pilih lak.

Ok, jom sama-sama fikir untuk aku key!

1. Bed sheet dalam Malaysia ni tak sama lah cam kat oversea. Cuba tengok pic ni.



Kalau korang tengok pun for sure pilih pic yang 2nd kan. Tapi yang tu kena order dalam amazon.com. Harga pun boleh tahan mahal la.

Kalau kita nak order kat amazon.com tu, leh caya tak dia hantar barang yang sama ngan kita order? Sape yang ada experienced, please share.

Habis duit lebih sikit tak pe, janji puas hati.

2. 100% cotton

Kalau dalam amazon tu memang cotton tapi yang local tu cotton ke polyster? Aku ada  baca kata yang cotton tapi macam kena pergi tengok baru beli lah

Mana pilihan yang baik ni. Aku dah tak tau lah nak pilih.


Atau kat Malaysia ada jual yang macam kat dalam amazon punya. Ada info, please inform aku ye.

Wednesday, October 10, 2012

Kau Pergi Jua

11 October 2012, hari ni hari sedih buat aku. Terkesan dengan pemergian seorang guru yang sangat2 aku ingat, sangat2 hargai jasa dia.

Baru je 16 Mei sempena Hari Guru aku ada buat entry pasal cikgu2 yang sangat aku ingati lah kan. Tak sangka sebenarnya waktu tu arwah sudah pun bertarung dengan pelbagai kesakitan namun masih cekal ke sekolah.

Bulan Ramadhan lepas dapat berita arwah telah hilang daya penglihatan akibat diabetes. Sangat tak sangka.

Minggu demi minggu berniat nak melawat arwah tapi ada saja buat aku sendiri macam endah tak endah. Tak bersungguh nak mencari arwah sama ada di hospital atau di rumah.

Tapi entah macamana tiga minggu lepas mendapat kata sepakat dengan adik untuk melawat dia dan akhirnya mendapat perkhabaran dia terlantar di hospital.

Nekad minggu tersebut ingin melawat dan bertemu dengan arwah. Tak kisah lah dia tak ingat pun, tak kisah lah dia tak nampak kami pun, sebab jasa dia pada kami sampai hari ni aku sanjung.

Dari hospital Raub kami ke rumah ibunya kerana arwah telah pun pulang ke rumah. Nekad nak berjumpa, sampai ke rumah kami cari arwah.

Bila bertemu, sedih, sayu, semua perasaan ada. Arwah baru sahaja di serang stroke seminggu dan terlantar. Badan yang sedikit gempal juga sudah sangat susut walaupun hanya beberapa hari tidak makan.

Mata yang dulu selalu memberi sinar harapan pada kami anak didik dia, sudah hilang sinarnya. Penglihatannya hilang akibat diabetes. Buah pinggangnya rosak kedua-duanya. Hemodialisis juga tidak boleh dilakukan dengan sempurna kerana tekanan darahnya tidak stabil.

Hanya terlantar dan memanggil nama isterinya sahaja sepanjang aku di rumah arwah. Namun aku tetap bercakap dengan dia dan memperkenalkan aku siapa padanya bila aku ingin pulang.

Bukan mengharapkan pemergiannya, namun sedih bila lihat arwah sangat sakit bertarung dengan kesakitan yang ada. "Pulang" adalah jalan yang terbaik.

Dua hari lepas, dapat perkhabaran lagi arwah diserang stroke kali kedua dan koma. Berdoa semoga Allah permudahkan jalan untuknya.

Dan hari ni, dia pergi....Pulang ke tempat asal..pulang ke tempat yang abadi..bersama kehidupan yang abadi.

"Sir, terima kasih atas segala ilmu yang sir berikan. Dari saya yang buta Math sampai saya sangat cintakan Math sekolah menengah. Sangat senang kan sir belajar Math. Terima kasih atas segala kenangan sepanjang sir jadi warden & guru. Sir memang best lah. Saya takkan lupakan sir sampai bila-bila".

Al-Fatihah buat Sir Halim Shah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan yang beriman.

Tuesday, October 9, 2012

Amni Sudah Setahun

Dua minggu lepas genap dah umur Amni setahun tapi aku rasa macam cepat sangat la masa tu berjalan.

Rasa macam baru je lagi dia diasingkan dalam baby coat coz takut kakak dia cepuk dia sekarang kakak dia masih lagi cepuk dia tapi tak boleh disingkan lagi.



Pada dia, dia boleh je mak ayah dia tinggalkan dia kat nursery, tapi tak boleh kakak dia tinggalkan dia sorang-sorang. Dia akan menangis kau....



Sebab mak aku ada di rumah, Aisy gatal-gatal tak nak pergi nursery pulak. Pagi-pagi kejut dia pejam2 mata salam ngan kita bila tanya betul nak dok ngan mak, dia angguk kepala sambung tidur balik.

Terpaksalah adik yang pergi nursery sorang-sorang. Zie, pengasuh kat taska tu kata pagi waktu hantar dia ok lagi. Lepas tidur tu baru dia perasan yang kakak dia tak de. Nak cakap tak pandai, sudahnya sepanjang hari berendam air mata kat nursery.



Adik dah setahun  tapi tak macam kakak umur setahun. Kakak dah banyak perkataan sebut tapi bukan adik.

Adik cuma boleh sebut cat. mama, abah je. Tapi dia dah faham apa yang kita cakap ngan dia. Cuma dia nak bercakap tu susah.

Kalau nak mintak tolong ngan kita, dia akan tarik tangan kita kat tempat tu pastu tunjuk apa dia nak. Yang best, kalau dia nak berak atau dah berak, dia menunggu kat pintu bilik air ajak kita masuk. Maksud dia suruh kita cuci berak dia la tu.



Budak tu dah berjalan semua pun dah tahu. Sekarang dia dah mula berlari sikit-sikit. Pastu kalau kakak nak cepuk dia tak pun dah dengar suara halilintar kakak dia, dah pandai lari.

Tak macam dulu menyerah kalah je. Sekarang pun dah pandai balas balik tapi dengan lebih kejam. Selalu cungkil mata kakak tak pun pukul guna hanger.

Makan pun nak makan sendiri sekarang ni. Pantang nampak sudu, tak nak dah kita suap dia. Tapi pegang  sudu tak pandai pun, mesti senget2 nak masuk mulut, sudahnya tumpah je nasi tu.

Kalau bab makan, jangan pelawa dia kalau makanan tu panas lagi. Dia punya marah sampai nangis guling-uling, tak pun dia tolak je tangan kau sampai tercampak makanan tu kalau kau nak tiup2 baru nak suap dia.

Budak ni lagi susah tau nak jaga dari kakak dia. Buas sangat. Tak de apa yang dia tak panjat tapi dia dah pandai turun sekarang ni. Mesti turunkan kaki dulu, tak kira lah nak turun dari katil ke, sofa ke. kalau tak, selalu je buat aksi terjun bebas dari atas.

Sebab dia ada kakak, mereka adalah sama macam kembar yang sangat suka bergaduh tapi mesti kena ada antara satu sama lain. Apa kakak dia buat, dia pun boleh buat cuma ada sesikit pincang dari apa kakak buat coz dia pun tak berapa nak balance dari segi umur.



Mama doakan adik dan kakak dapat membesar sama-sama dalam keadaan yang sihat dan sempurna. Semoga anak mama ni membesar sebagai anak yang solehah. Muah..sayang adik amni.