Friday, November 23, 2012

Cuti Lama

Tak lama mana pun, tapi 4 hari sudah cukup lama rasanya. Dua hari berkerja lak kerjanya sampai pukul 4.00 je. Tu yang best. Sekejap je masa dah nak balik.

Hari Deepavali hari tu tak buat apa pun. Plan nak bawa anak-anak gi KL Bird Park tapi tak jadi coz husband dah ambik tender nak cat rumah adik yang baru je siap renovate tu.

So, seharian aku ngan mak dok rumah masak-masak. Pagi masak utk breakfast, bila dah pukul 11.00 am macam tu dah prepare nak masak untuk lunch lak.

Kebetulan abang aku yang kat JB tu pun ada kat KL and lepak kat rumah aku, so kena prepare makan la.

Petang lak prepare minum petang kalau dok ramai2 ni. Malam tak payah masak2 sangat tapi sebab kerabu mangga, nasi, ikan & gulai telur itik dah habis, kena la prepare sekali lagi kecuali gulai telur tu la. Tak kuasa nak masak gulai lagi malam2 ni.

Itu dah habis satu hari, hari khamis lak cuti Maal Hijrah tu dah bertolak lak ke Kelantan. Selamat Tahun baru pada semua yang beragama islam. Apa azam tahun baru ni?

Biasalah, sebab ada anak-anak, perjalanan ke Kelantan bukan lagi 5 jam bagi kami. Sudah menjadi 7 jam ke sana. Bertolak pukul 8.00 am, pukul 3.00 pm sampai KB.


Dua beradik ni dalam kereta adalah sangat macam-macam.Kadang ok tapi banyak yang tak ok.

Kali ni masih lagi memilih YY Hotel atau lebih kepada homestay sebenarnya. Bukan homestay pun, bilik jugak tapi rumah kedai macam tu. Lokasi kat Wakaf Bharu, Sebelah dengan stesen minyak Shell & berhampiran ngan stesen keretapi.

Kenapa stay sini, accommodation quite good & nice. Harga sangat2 berpatutan dan yang paling best bawah dia ada kedai makan. Nama dia tak silap aku Warisan kot.

Sape2 orang sana mesti tahu kan, kedai tu glamor gila coz terkenal dengan nasi beratur. Sini makan semua sedap dan sangat 2 murah.

Pagi2 ko bangun celik mata, solat Subuh then turun bawah beli nasi yang pelbagai. Ada nasi berlauk, eh bukan berlauk pronounce dia dalam Kelantan macam belauk je kot. Boleh pilih lauk ayam ke ikan ke.

Budak ni dok kat Kelantan sungguh dilimpahi cahaya bulan mungkin sebab negeri Tok Guru. Solat tak tinggal siap pakai telekung baru lagi. Tapi masuk je sempadan Pahang, solat pun tak nak dah. Budak ni kena hantar ke Kelantan untuk mengaji ni

Ada nasi dagang, nasi kerabu, nasi minyak, mee, beehon. Lauk lak macam2 ada. Kat tepi ada meja bersusun dengan pelbagai jenis kuih. RM 1.00 dapat 4 ketul kuih. Ko pilih lah. Rabun mata, semua kuih ko nak makan.

Nak contoh kuih ke? Ambik ni..ada kuih Cek Mek, kuih Apam Sri Ayu, Roti Goreng Inti Kacang, Pan cake yang letak tepung kastard pastu lipat cam karipap tu, apam, kuih gulung & macam macam lagi (sebenarnya tak ingat. Hahaha...sebab yang lain di atas tu tak beli pun)

Bukan setakat kuih, ada jugak pulut kacang (pulut warna coklat, kelapa parut & kacang bungkus dalam daun pisang and dicucuk ngan lidi), pulut kelapa kot (dibungkus macam nasi lemak dalam daun pisang), nasi impit & sate (bungkus sekali), nasi impit yang makan ngan sambal kelapa gaul ikan tu, laksa..macam macam lagi lah ada.

Syurga makanan lah tempat ni. Best gila kalau kat KL ada macam ni. Lupa lak, kat meja sebelah  kuih tu ada meja jual roti lak. Kat sini dia punya roti pun murah je. Roti Telur dia baru RM1.20, besar, tebal dan lembut sampai ke petang. Sebelah lagi tempat bakar sate and ada nasi impit jugak.

Pastu kalau malam lak, kat simpang tiga nak gi hotel ada jual sate lak. Beratur siot nak beli. Dua kali balik pun tak beratur lagi nak makan sate ni. Sebab perut kenyang semacam.

Ada lagi tempat makanan best kat sini. Depan jalan besar menghala ke Chabang Empat ni lak, tapi still kat simpang keluar hotel ni ada lak restoran nasi ayam yang sangat2 sedap. Tapi memang hampeh lah. Kebetulan Jumaat tau, dia kata tak buka lagi walaupun dah pukul 3.00 petang waktu tu...balik dalam kul 7.30 malam, kedai tutup coz waktu sembahyang Maghrib. Pukul 8.00 baru bukak semula. Hampeh betoiiiii...

Sebenarnya kali ni balik Kelantan coz ada dua majlis perkahwinan. 1st kawan adik aku kat Tendong, Pasir Mas, pastu anak sepupu aku kat Gunong, Bachok.

Kenduri kat Tendong hari sabtu tapi yang kat Gunong tu hari Ahad. Sebab Ahad dah nak balik, kebetulan akad nikah anak sepupu aku ni Sabtu  malam..kami pergilah jugak.

Gila jauh kedalam rumah. Dah lah malam, habis tersesat 3 kali coz jauh sangat ke dalam rumah dia. pastu jalan dia tak leh selisih kenderaan. yang peliknya keluarga pengantin (sepupu aku) boleh tak tahu rumah lak. Tak ingat kot....Nasib baik family sepupu aku ni jenis yang memang baik, kalau tak baik aku dah lama blah. Tak tahan kot sesat2 dalam gelap pekat.

Sampai sini saje coretan aku tentang balik Kelantan kali ni. Aktivii tak sah kalau tak mengukur kawasan bebas cukai Pangkalan Kubor & Pasar Besar Siti Khadijah tu setiap hari. Kalau pergi 4 hari, 4 hari pergi mengukur. Bukan 1 jam, tapi 3 jam.. Nasib baik malam tak buka, kalau tak sampai malam pun kami mengukur jugak. Pastu balik ambik calculator asyik kira duit dah habis berapa, pakai duit sape...tak cukup duit nak bayar balik, hutang sampai hujung bulan. Hahaha...

No comments:

Post a Comment