Wednesday, June 8, 2016

Salam Ramadhan

Alhamdulillah, masih diberi nafas untuk bertemu lagi Ramadhan tahun ni. Nikmat yang terucap.

Ramadhan ni kalau tak punya tugas dan tanggungjawab sebagai ibu kepada anak-anak kecil betapa seronoknya dapat bertarawikh di masjid-masjid. 

Kurang-kurang solat isyak tu dapat lah berimam kan? 

Sejak dah ada anak ni, aku dah tak punya kesempatan nak bersolat di masjid secara berjemaah ni. Bukan tak nak bawa dan biasakan mereka di masjid, tapi sebab tempat tu bukanlah tempat yang selesa untuk anak-anak aku berlepas bebas.

Kalau kat rumah pun nak tengok tv pun tak dengar apa yang orang dalam tv tu cakap, ini kan pula nak bawa diorang ke masjid. Suara diorang lebih kuat dari semua orang.

Pernah anak-anak solat jemaah dengan abahnya tapi anak-anak aku ni bacaan solat diorang lebih kuat dari imam. Kalau nak betulkan bacaan dalam solat, boleh la solat dengan diorang ni.

Tak pe la, biar sahaja kami bersolat di rumah. Tak menganggu orang lain, kalau ada kesempatan mungkin di kampung nanti la di akhir-akhir Ramadhan. Jemaah pun dah tak ramai, boleh la tak menganggu sangat dan ruang pun sedikit selesa.

Tahun ni Aisy dah mula belajar berpuasa. Alhamdulillah puasa pertama dia berpuasa penuh satu hari tanpa paksaan.

Ustaz kan cakap, kalau nak ajar anak-anak ni berpuasa, jangan paksa. Latih bukan paksa. Kalau darjah satu puasa sampai pukul 1 dulu, kalau darjah dua puasa sampai pukul 2 dulu. 

Tanpa paksaan, Aisy sendiri nak puasa. Senang je nak kejut dia bangun sahur sebab malam tu dah tanya betul2 dia nak puasa ke tak.

Dia nak puasa dan sahur dengan nasi goreng je. Ok, mama bangun macam biasa pukul 5.00 am pun sempat lagi goreng nasi. Dalam 5.20 pagi baru kejut dia. Dia cuma makan nasi goreng satu senduk dan milo segelas je. Suruh minum air masak dia tak nak, kurma pun tak nak.

Walaupun sambung tidur semula, tapi pukul 6.30 pagi kejutkan dia semula untuk mandi dan suruh solat Subuh. Alhamdulillah, dia ikut je. Aku cakap ngan dia, kalau nak puasa kena solat, baru puasa tu Allah terima.

Maka satu hari dia di taska pun dia puasa dan solat. Pengasuh dia ada cakap, dia mengadu tak tahan, tapi bila suruh berbuka dia tak nak pulak. Tiba-tiba melompat-lompat main dengan gembira.

Aku tahu, Aisy ni puasa dan solat sebab sangat terpengaruh dengan seorang kakak yang bernama Qis ni. Qis ni dah darjah enam, so Aisy memang sangat2 terikut dengan cara Qis. Sampaikan kadang2 janji nak bawa baju apa nak pakai petang nanti, pagi nak pakai baju apa. Kawan baik tapi seorang budak darjah enam, yang seorang lagi enam tahun. Boleh percaya tak?

Petang aku sampai kat rumah dah pukul 6.40 petang dan dia cuma request nak buka puasa makan nasi goreng je. Senang kan? Aku sampai tu dia memang melepek sangat-sangat dah kata tak tahan tapi sayang pulak nak bagi dia berbuka. So, abah dia ajak keluar round2 naik motor. Ok jer tu boleh turun naik tangga, langsung balik lagi 10 minit nak berbuka merengek lagi sekali nak berbuka. Pujuk-pujuk bagi abah dia settle kan, mama dia nak masak.

Menu berbuka kami tahun ni paling simple. Biasanya mesti ada juadah dari bazar Ramadhan, murtabak, kuih muih semua tak ada. 

Yang ada cuma buah tembikai dan rendang daging yang mak kirimkan kat adik, nasi goreng, nasi putih, kari ketam dgn nanas dan ikan kembung goreng. Air tebu pun tak beli cuma minum air topicana twister orange tu je.

Aisy buka puasa makan nasi goreng je dengan minum air. Memang sekali round je tapi bila abah dia balik dari masjid, dia pulak moreh dengan nasi goreng yang masih berbaki tu. 

Malam tu Aisy dah cakap awal-awal esok dia nak cuti puasa. Pujuk2 suruh puasa pun dia tak nak. Dia nak cuti jugak satu hari. Ok, kita bagi cuti kat dia. Tapi pengasuh dia cakap, dia tak makan sangat pun kat taska semalam. Dia sendiri cakap lebih baik dia puasa. So, hari ni dia puasa semula dengan menu sahur macam biasa, nasi goreng.

Hope dia akan bertahan sampai habis. Kalau dia tak larat pun tak paksa la dia puasa sampai habis. Kesian dia, aku dulu darjah 4 baru la penuh puasa sebulan. Darjah satu puasa pun tak tau.

1 comment:

  1. Bagus, Aisy. Teruskan usaha utk puasa penuh :) Anak aku tak puasa lagi. Tak pe lah, next year aku start latih dia puasa.

    Sama la kita Fiza. Skrg terawih kat rumah je. First day tu, bapak dieorg bawak la gi masjid. Tak smp 20minit, dieorg dh balik dgn muka husband aku masam semasam2nya! rupa2nya si adik dh panjat2 sana sini so org2 lain tak leh concentrate solat sbb takut dia jatuh, yg kakak pulak tak nak pegi saf perempuan. Aku pulak cuti hari tu. Kesian bapak dieog terawih kat rumah je. Kihkihkih!

    ReplyDelete