Tuesday, May 31, 2016

Royal Floria Putrajaya 2016

Ahad lepas berkesempatan untuk berkunjung ke Royal Floria Putrajaya ni. Bukan berkesempatan sangat la, memang merancang tapi takut tak jadi pergi je sebab kita kena ikut boss kita (Rizal) dia nak pergi ke tak.


Cadangan kepada sesiapa yang berminat nak pergi :
1. Beli la tiket online sebab kena beratur (huhuhu panas dan lama)
2. Pergi la pagi / petang (10.00 am pintu buka tu dah boleh masuk sebab kawasan sangat luas, besar dan panas kalau dah tengahari)
3. Magical Gardens tu ada timing masuk rupanya (Jangan harap boleh masuk je terus, kena tunggu turn sebab show)


27 May 2016 - 04 June 2016
10.00 am - 11.00pm
Adult : RM  7.50
Kids : RM 3.50

Magical Gardens (Malaysian & Non Malaysian)
Adult : RM 10.50
Kids : RM 5.50 


Sangat-sangat cantik bila tengok banyaknya nyer bunga tambah lak tahun ni Bunga Chrysanthemum ni dijadikan tema. So kebanyakkan dekorasi adalah berdasarkan bunga dan bunga-bunga ni semuanya didatangkan dari Cameron Highland.



Tak tahu berapa kontena la bunga ni di tanam untuk hasilkan taman-taman ni. Macam -macam idea dekorasi laman dan yang jadi fokus tahun ni dari Royal Garden Johor.





Mula-mula entrance tu memang taman-taman satu badan organisasi / negeri tu besar-besar. Siap ada yang bina rumah la..Bila dah pergi yang belakang-belakang tu, kat sana ada idea dekorasi dari sekolah-sekolah dan juga universiti. Taman-taman dia kecik sikit la tapi masih lagi cantik.



Kalau terasa panas, boleh la masuk dalam satu tempat yang berhawa dingin ni. Dalam ni boleh tengok idea-idea dekorasi perkahwinan dan juga arca daripada bunga-bunga ni. Memang sangat cantik.




Untuk yang berminat dengan Magical Gardens tu, nama macam best kan???? Itu yang buat aku nak pergi sebenarnya sebab apa yang ada dalam minda aku ni adalah jauh dari realitinya. 



Dalam tu tak silap aku macam ada 4 atau 5 part 3D visual la tapi tak la 3D mana sangat. Cuma aku rasa yang kedua tu macam menakutkan kot sebab bunyi kilat tu kuat sangat sampai anak aku menangis terkejut. Secara kesimpulannya, persembahan 3D dia bukanlah Magical sangat mana pun. Kalau tak masuk pun tak pe...Kalau nak masuk dipersilakan..akak dah payung apa yang ada dalam tu ye..kalau rasa nak tengok in real, dipersilakan..cuma kena ambil tips kat atas tu..ada timing nak masuk. Akak dah penat round satu taman ingat nak masuk, tapi petugas mintak datang lagi satu jam tau sebab ada batch baru je masuk. Aku bodek-bodek mintak masuk jugak, giler nak tunggu lagi satu jam..tak pe la terlepas satu show yang first tu pasal Raflesia je pun..Ke yang tu yang magical????Rugi la I sebab terlepas. Ada yang boleh share dengan saya tak show yang first ni???


Kalau ikut tips aku bagi di atas, kalau pergi petang lepas Asar macam tu, cuaca dah tak panas dan harap-harap tak hujan la kan..boleh jalan dengan selesa dan boleh tunggu sampai malam pulak untuk show "Magic Of The Night" lak. Boleh la tengok lampu-lampu kat cruise yang akan melintasi tasik-tasik tu.

Anak-anak aku enjoy pergi Floria Putrajaya 2016 ni dan asyik ulang tayang video yang ada. Siap request nak pergi lagi minggu ni. Aku cakap kita pergi tahun depan pulak. Semoga kita berjumpa lagi ye Floria Putrajaya 2017 pulak.

No comments:

Post a Comment