Thursday, August 29, 2013

Filem Tanda Putera

Last week tak ingat hari Sabtu or Ahad ada tengok preview filem ni kat RTM tapi tak ingat TV1 ke TV2. Macam best je cerita ni. Walaupun preview, aku sampai mengalir air mata gak la tengok part2 yang sadis tu.


Tengoklah..sepatutnya tayang 13 September 2012 tapi kontroversi punya pasal tunda sampai setahun. Alhamdulillah, sempena kemerdekaan ni kita boleh tengok cerita ni

Sinopsis ni aku ambik dari wikipedia.

TANDA PUTERA merupakan sebuah filem yang menceritakan kisah menurut pendapat pengarah Suhaimi Baba mengenai persahabatan di antara TUN ABDUL RAZAK dan TUN DR. ISMAIL sejak tercetusnya peristiwa 13 Mei. Datin Paduka Shuhaimi Baba juga telah bertindak sebagai penerbit, pengarah dan penulis bagi filem ini. Filem ini juga membariskan pelakon seperti Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai dan Linda Hashim.

Filem ini mengisahkan tentang persahabatan yang akrab di antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak (lakonan Rusdi Ramli) dan Timbalannya, Tun Dr. Ismail (lakonan Zizan Nin) yang terpaksa berahsia serta mengetepikan masalah kesihatan yang dihadapi masing-masing bagi memulihkan keadaan negara ekoran daripada tercetusnya peristiwa hitam pada 13 Mei 1969. Tun Abdul Razak terpaksa menyimpan rahsia tentang penyakit leukimia yang dihidapinya kerana tidak mahu keluarganya tertekan. Beliau juga bimbangkan keselamatan negara pada ketika itu. Mereka berdua juga telah berkongsi doktor melalui Dr. Macpherson (lakonan Ali Steven Shorthose). Bilik bacaan di rumah Tun Dr. Ismail telah dijadikan klinik rahsia untuk rawatan mereka tanpa pengetahuan sesiapa termasuk kaum keluarga Tun Dr. Ismail sendiri.

Mereka memiliki aura yang kuat serta kecekalan dan keazaman mereka telah menangkap imaginasi pelajar seperti Zarah (lakonan Ika Nabila), tenaga pengajar Kara (lakonan Kavita Sidhu), dan seorang anak muda Zaman (lakonan Ahya U). Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail telah mencorakkan warna hidup warga muda seperti pelajar dan tenaga pengajar di institusi pendidikan tinggi ketika itu serta mereka yang bertugas di pejabat.

Apabila mengetahui penyakitnya akan membawa maut dalam masa dua tahun, Tun Abdul Razak bersyukur kerana rakan baiknya iaitu Tun Dr. Ismail yang juga dianggap sebagai orang kepercayaannya, bersifat jujur dan berintegriti akan dapat meneruskan rancangan mereka bagi pembangunan negara. Tun Abdul Razak juga yakin Tun Dr. Ismail akan dapat menunaikan janji untuk menjaga keluarganya nanti. Tetapi, apabila terjadinya perkara yang tidak disangka-sangka olehnya, Tun Abdul Razak mendapat kejutan besar yang hampir memudaratkan lagi kesihatannya. (Aku rasa part ni waktu Tun Dr. Ismail meninggal dunia akibat sakit jantung yang kronik kot. Tun mesti tak sangka sahabat dia pergi dulu dari dia sedangkan dia berharap sahabat dia ni yang akan jaga family dia nanti bila dia dah tak de.)

Beliau telah mula mengejar masa untuk melaksanakan pelbagai perancangan bagi menjamin kestabilan serta masa depan negara. Beliau terpaksa menghadapi pelbagai ancaman daripada pihak komunis yang menyasarkan pembunuhan pemimpin tertinggi daripada jabatan polis. Krisis ini telah menjadi teruk apabila berlakunya pembunuhan Ketua Polis Negara (lakonan Norman Hakim) diikuti pembunuhan Ketua Polis Perak, keadaan menjadi semakin meruncing.

Tun Abdul Razak telah mengambil langkah yang lebih berani dengan membina hubungan diplomatik dengan Republik China bagi melemahkan pengaruh komunis tempatan walaupun dia dikecam oleh kuasa barat dan negara sekutu. Dalam masa yang singkat, Tun Abdul Razak telah membawa rakyat yang miskin seperti keluarga Zarah dan Zaman untuk keluar dari tahap kemiskinan tegar. Tun Abdul Razak juga telah menanam semangat baru di dalam diri Zaman, Zarah serta rakan-rakan mereka.

Namun, perjuangan Tun Abdul Razak berakhir di sebuah klinik di London ketika rakan-rakannya di Malaysia sedang berusaha memenuhi permintaannya untuk berjumpa anak bongsunya, Nazir buat kali terakhir. Selepas itu, semua rakyat di Malaysia telah mengejar masa untuk menyediakan klinik udara bagi membawanya pulang ke tanah air.

Sebelum pengumuman filem ini, telah tercetus kontroversi tentang ketepatan kandungannya selepas penayangan perdana berhubung dengan rusuhan 13 Mei. Ahli parlimen pembangkang mendakwa bahawa filem ini menggambarkan kaum Cina dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) dalam konteks yang negatif.

Selain itu, timbul lagi kontroversi selepas halaman rasmi facebook filem ini memaparkan satu gambar ahli parlimen, Lim Kit Siang sedang dibawa jauh oleh sekumpulan pegawai beruniform dengan kapsyen dibawahnya yang mendakwa bahawa beliau telah membuang air kecil pada bendera Selangor yang terletak di rumah bekas Menteri Besar Selangor, Harun bin Idris. Lim Kit Siang menafikan dakwaan itu dan berkata bahawa gambar tersebut sebenarnya diambil di Sabah pada tahun 1984, manakala pengarah Shuhaimi Baba menafikan bahawa Lim Kit Siang dipaparkan dalam filem itu. Shuhaimi Baba mempertahankan filem itu dengan mengatakan bahawa ia adalah berdasarkan kepada fakta-fakta sejarah yang benar serta bukan berunsur propaganda. Shuhaimi Baba juga menegaskan bahawa filem itu berkisar tentang persahabatan antara Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail, manakala insiden 13 Mei adalah peristiwa atau garis masa yang berlaku sepanjang perkenalan mereka

Aku dah tengok facebook Tanda Putera ni..ramai lah yang comment kereta Merc yang dipakai untuk scene pembunuhan Ketua Polis Perak tu tak ada waktu zaman tu la..pembunuhan kat panggung wayang tu ada nampak cctv la..peka betul kan orang yang suka comment ni.

Tapi kan waktu aku tengok preview filem ni, waktu diorang shoot memang la rasa macam kelakar je sebab situasi sekarang kan dengan color2 tapi sebab dia nak kembali ke zaman 70-an tu, lepas edit nampak macam real lak. Hope apa yang orang komen2 kat fb tu tak nampak la waktu dalam filem nanti.

Eh..bukan nanti la..hari ni dah start tayang. Hati memberontak nak pergi ni..tapi macamana nak pergi aku pun tak tahu. Nak tinggalkan dua budak kecik tu. Pastu takkan nak pergi seorang diri lak..husband aku non patriotik punya orang lo..tambah dia tahu aku akan sadis2 dalam panggung tu..tak kuasa dia nak melayan...oh..tolong lah aku..aku nak tengok cerita ni..

No comments:

Post a Comment