Wednesday, December 3, 2014

Kuala Lumpur : Muzium Negara & Planetarium Negara

Cerita ni sambung cerita jalan-jalan lepas show Aisy Sabtu lepas. Kita cerita 'baling belakang' je kekdah nya dalam blog ni.

Plan sebenar adalah ke MAHA 2014 tetapi cuaca agak panas nak bercampur hujan, so decide jalan-jalan kat KL je. 

Kebetulan habis je show GA, kami keluar auditorium tu dah nak start show sempena Pameran Evolusi Senjata dan Kemanusiaan Sedunia. 

Ingat nak duduk tunggu kat situ tapi anak-anak aku tak berminat nak tengok. Diorang takut lagi ada la.

Apa yang ada di pameran tu? Dari mata rambang aku tanpa melihat info2 yang ada...

1. Ada 3 biji machine gun jenis dan model apa tak tahu yang diletakkan atas ruang pameran. Orang ramai boleh pegang, angkat, acu senjata nak action menembak pun boleh.

2. Aku ternampak macam ada sumpit tapi tak pasti dengan mata kasar sebab sekilas pandang je.

3. Ada helikopter selepas gerbang pintu masuk betul2 di hadapan pintu masuk Muzium.

4. Ada kereta kebal luar pintu gerbang kat area park kereta.

5. Ada pasukan khas polis / tentera aku tak pasti tapi aku rasa dua-dua sebab berdasarkan baju. Diorang ni pakai topeng hitam, baju kalis peluru macam korang tengok dalam cerita2 action tu. Badan masing2 memang sador la kan. Pegang pulak machine gun ke hulu ke hilir. Mau anak aku tak takut. Terus aje balik.

Gambar ada tapi dalam kamera so lambat sikit upload picture ok. Ni layan dulu gambar aku kredit dari fb muzium negara je dulu.







Destinasi seterusnya adalah Masjid Negara untuk solat Zohor dulu dan isi perut yang lapar. Review Masjid Negara tak de sebab tak jalan-jalan pun kat sana. Hanya husband saje yang bersembahyang kat sana, itu pun sebab dia kata dah umur 36 tahun tapi tak pernah masuk pun Masjid Negara tu. Pergilah cik abang ooii..malu kalau orang tanya cakap tak pernah pergi sana.

Memang hajat nak bawa budak-budak ni masuk ke sana, tapi cuaca agak panas, aku pun dah malas nak keluar bawa mereka ke air pancut dan Tugu Negara tu.

Area bukit tu kan macam-macam tempat menarik ada. Ada Taman Burung, Taman Rama-Rama, Taman Orkid tapi kami pergi ke Planetarium Negara.

Planetarium Negara ni kalau nak pergi banyak sangat arah jalan nak masuk. Tapi kami masuk ikut jalan Taman Burung (kiri), terus lagi sampai jumpa Memorial Tun Abdul Razak (kanan), jalan terus lagi sebelah kanan ada pintu masuk ke Planetarium Negara.



Parking free dan boleh pilih mana yang kosong. Ada yang dekat, ada yang jauh. Tapi kami bernasib baik ada parking betul2 di hadapan lobby/ pintu masuk. Alhamdulillah.

Masuk ke dalam ruang pameran adalah free tetapi untuk show adalah berbayar. Sila rujuk laman web Planetarium Negara ok. www2.angkasa.gov.my/planetarium/ 

Apa yang ada di ruang pameran? Aku mulakan dengan apa yang aku tengok je ye sebab bawa anak kecik kan. Bukan boleh sangat baca info yang ada kan. Alasan je kau jah..dasar pemalas membaca cakap je lah.. Hehehe

Pertama aku ajak budak-budak ni tengok 'The Red Planet". Dari apa yang aku tahu la, "Planet Merah"/Mars ni dinamakan planet merah sebab dari jauh planet ni nampak seakan-akan kemerah-merahan. Ini disebabkan oleh kandungan besi(III) oksida di permukaan planet. Info selanjutnya minta google sendiri ye. Itu je takat pengetahuan aku yang cetek sains ni.




Pastu aku ke section "Anti Gravity Room". Kat sini anak2 aku memang suka sangat la. Boleh merasa berdiri dalam keadaan yang tiada graviti tapi tak de la sampai terapung-apung dan yang penting ada slide kat situ.



Aku try masuk bilik anti graviti ni, dan dari apa yang aku rasa la kan, bila kita berdiri tu macam tak stabil. Macam tak boleh nak berdiri tegak. Kebetulan pulak bilik tu dibentuk dalam keadaan yang senget, mungkin juga disebabkan itu kita tak boleh nak berdiri dengan stabil. Betul2 free graviti dari pemikiran aku yang cetek sains adalah boleh terapung. Hahaha..betul2 cetek sains kah aku????

Kalau layan anak sampai tempat tu tutup pun diorang nak main slide tu je. Tapi kami ke section apa yang angkasawan guna di angkasa lepas.



1st, kita tengok tandas dia. Dari info dia kata kat angkasa lepas lebih kepada pam pembersih dari tandas. Nak guna macamana, kita tanya Syed Muzaffar ok?



2nd, kita tengok rak eksperimen aktif. Ni dia eksperimen rumput untuk tumbuh kot. So, nampak aktif, boleh hidup la tu kot. Ciptaan Allah kan, Subhanallah, kita tak tahu. Tanya lah pada yang buat eksperimen.



3rd, ni lah Soyuz Capsule. Ada la gambar dia tunjuk cara nak duduk dalam soyuz capsule tu. Aku teringat waktu Syed Muzaffar nak balik ke bumi tu kan, tak tahu kat mana soyuz tu akan jatuh. Diorang ni dah bersedia dalam apa jua bentuk mukabumi yang mereka akan landing.






Ok, itu saje info yang aku dapat. Banyak yang tak dapat sebab anak-anak tak puas hati lagi nak main slide dalam anti gravity room. Kita layankan je.



 

 
 
  

No comments:

Post a Comment