Tuesday, December 2, 2014

Little Ihtifal 2014 - Show Case

Alhamdulillah..

Hari Sabtu yang lepas majlis Little Ihtifal 2014 untu Genius Aulad Bandar Sri Damansara telah selesai. Tahniah kepada anak-anak yang dah convo hari tu dan good luck untuk sesi persekolahan yang baru nanti.

Disebabkan Jumaat tu ada lagi preparation kat sekolah diorang, adik aku tolong tanyakan pukul berapa sepatutnya ada kat sana. 8.30 pagi katanya. 

Kami pun awal pagi sudah bersiap. By 8.00 am kami dah ada dalam kereta stand by nak gerak dah. Kami ke Muzium Negara ikut Tol Penchala dan Lebuhraya Sprint, terkejut sebab 10 minit tak sampai kot kami dah terpacak kat tempat parking.

Rizal ni ada sedikit penyakit sengal kalau petak parking banyak kosong. Dari satu petak ke satu petak dia masuk park kereta. Bila tak puas hati, keluar cari yang lain pulak. Boleh cenggitu??? 

Paling dia hot bila aku kata aku tertinggal tiket masuk. Hahaha..nasib baik la bila telefon teacher Aisy, dia kata just masuk je sebab kat dalam tu pun free sitting je.

Sebenarnya 9.30 pagi baru pendaftaran pelajar, tak ke kematu punggung kami duduk dalam kereta. Tapi tak pe la, Amsyar tidur. Aisy pun baru nak breakfast.

Bila kami rasa awal lagi, kami jalan-jalan luar Muzium Negara tu. Kan cantik sebab ada macam-macam kenderaan zaman sejarah tapi anak-anak aku tak nak bergambar kenangan. Sejak badan dah tak cantik ni, sejak asyik berdukung budak kecik yang menyebabkan tudung senget benget ni, aku pun dah malas nak ambik gambar sendiri. Rasa macam tak cantik. Tak tahu lah pulak bila masa aku cantik pun masa dulu elok je ambik gambar.

Kami lepak je dalam dewan. Ada jugak parents yang sampai awal macam kami sampai. Tapi tak ramai pun. Kami boleh pilih tempat mana nak duduk.

Mula-mula duduk kat seat tengah-tengah sebab macam boleh nampak semua kan. Tapi bila Amsyar dah tak nak dipegang-pegang, Amni dah mula panjat sana-sini, aku duduk seat yang paling atas dekat bilik controller tu. Lantak bergasaklah wahai dua anak ku yang ingin bebas merangkak, menonggeng, meniarap, memanjat bagai. Aku dah tak koser.



Majlis start dalam pukul 10.00 lebih macam tu. Dimulakan dengan ucapan founder, majlis convocation, then baru la show budak-budak ni.

Sementara nak start show tu, diorang ni pasang lagu semut yang pakai baju soldier tu. Gigih aku cari semula lagu ni kat youtube untuk Amsyar tau. Nah aku bagi korang dengar. tajuk lagu ni "The Ants Go Marching"



Amsyar bukan main terlompat lompat lagi bila dengar lagu ni. Sebelum tu dia dah bosan giler kot. Semua tak kena walaupun dilepas bebas.





  
video
Untuk show Aisy, aku tak ambik gambar pun sebab tak de kamera yang canggih kan, kita ada compact digital camera je. Sebab dewan pun gelap je, kita rakam video je untuk Aisy tengok. Nak tunjuk la yang kami ni tengok show dia sebab dia kata dia tak nampak mama pun. Ini pun nasib lah Rizal sporting nak gi ambik gambar, kalau tak mana lah dia nak layan semua ni. Tapi anak dia kan, mestilah excited. 

video

No comments:

Post a Comment