Friday, November 14, 2014

Ini bukan kerepek tapi aku yang merepek

Sudah 32 tahun aku hidup, dan hidup aku ni adalah terlalu simple aku rasa. Memangla...aku bukanlah orang golongan bangsawan yang mempunyai harta berbillion-billion.

Dan juga bukanlah golongan orang mewah yang berpendapatan 10K sebulan...Yang boleh tayang-tayang duit masuk Rm 1000 satu hari tu ke...kita kerja tau, dapat gaji dengan duit gaji tu la kita nak bayar installment kereta, rumah, taska, kindy, belanja mak kat kampung yang lebihnya untk simpanan dan jugak belanja kita la...

Kita tak kaya tapi bukanlah kategori miskin bandar...tapi aku masih miskin iman. Jangan ditanya bila nak kaya iman sebab kita sedang berusaha. 

Kita tak kaya tapi aku tak layak nak dapat BR1M tu, kalau layak aku pun nak. Orang nak bagi, kita ambik saje lah. Boleh buat tambah duit shopping, ye dak. Pada hakikatnya dalam hati aku sangat tak setuju dengan pemberian BR1M tu, macam bagi gula-gula je. Manis waktu sedang syok makan, tapi bila habis melopong je la. Nak melalak mintak lagi tak de sape nak layan dah.

I tak kaya, tapi dengan bangganya I dah lama settle kan pinjaman PTPTN kita tu. Hutang yang agak membebankan tapi hutang kan tetap hutang. Kita kan tak de duit nak belajar, kena lah hutang sebab tak de rezeki nak dapat biasiswa JPA. Kalau hutang bank pun, sama la kena tetap bayar. Nak bayar rumah dan kereta boleh, mestilah kita boleh bayar PTPTN jugak kan.

Tapi untung orang yang nak settle kan PTPTN sekarang dan jugak dua tahun lepas kot. Macam-macam discount yang PTPTN offer. Waktu aku settle kan tu tak de lak discount. Geram nyer...tapi kalau tak bayar dulu, lagi banyak kos pentadbiran yang terpaksa I bayar macam sekarang kena bayar interest loan rumah tu.

CIMB ni memang teruk kan, dalam setahun mesti dia naikkan interest dia. Kalau bank lain ada offer yang lagi bagus untuk aku reinstall balik loan rumah tu pun aku nak tukar je. Sakit pulak hati kita wak...tetiba rindu kat Dr.R sebab hari ni dia tak de kat Hot FM

PTPTN, boleh tak kita nak pinjam duit tabung awak nak install rumah coz kos pentadbiran awak tak naik-naik la. Kita suka la sebab boleh install amount sama je sepanjang loan...(soalan bodoh).

Tahun depan GST dah start, dari pemahaman aku sepatutnya barang akan lebih murah sebab sekarang kebanyakan pengeluar dikenakan tax 10% bagi setiap cukai jualan berbanding 6% bagi service (restoran, hotel). 

Bila GST start, diorang cuma bayar GST 6%. Bukan buta-buta bayar 6%, tapi boleh deduct lagi dari GST yang sudah dibayar. Cthnya; syarikat A adalah kilang buat baju, so sebelum ni dia bayar 10% untuk cukai jualan (10% x RM150,000 = RM15,000) tapi lepas ni just bayar 6% (6% x RM150,000 = Rm9000)

Dari 6% yang kena bayar tu, boleh pulak ditolak dari tax yang sudah dibayar kepada syarikat B & C yang merupakan pembekal bahan mentah untuk buat baju tu. 

Cth lagi, A bayar B RM300 (6% x RM5000), bayar C RM120 (6% x RM2000). So, RM 9000 - Rm 300 - Rm 120 = RM8580 je bayar tax pada kastam lepas ni. Tak ke kos pengeluaran sesuatu barang tu akan lebih murah.

Ya, memang sepatutnya akan lebih murah tapi ada kau hengat pengeluar ni nak turunkan harga dari harga pasaran sekarang. Diorang akan naikkan dengan alasan GST. Yang untung adalah syarikat-syarikat yang berdaftar dengan kastam untuk GST. Sape nak bonus boleh pilih company yang daftar GST ni.

Yang tersepit adalah golongan individu macam kita ni la. Semua tempat nak charge GST tapi berdaftar ke tak dengan kastam kita pun tak tahu. So, kalau korang pergi kedai runcit yang stall kecik je tu, dia kata charge GST korang better check no pendaftaran GST dia. Jangan sampai kena tipu.

Lagi satu yang rasa terbeban, kita bayar GST tapi kita tak boleh pulak tolak dari cukai tahunan yang kita bayar tu. Sedangkan company kan boleh tolak dari GST yang telah dibayar. Sedih-sedih..paling kesian orang yang berada di bawah pendapatan paras miskin. Orang yang kurang mampu untuk berbelanja lebih. 

Petrol baru ni dikurangkan subsidi sebanyak 20 sen, aku terus pakai Ron 97 semula sebab kereta aku tu dah lama macam tak best je sejak pakai Ron 95. Memang bila isi petrol tu tengok liter dia, alahai sikit je naik tapi yang penting kilometer pergi lebih dari Ron 95. Enjin pun tak kesat sangat, dah tak main minyak sangat sebab bila gear auto tu berada di D, automatik je dia gerak sendiri.

Yang penting aku masih isi petrol berharga RM50 untuk seminggu ulang alik pergi kerja. Jauh ooo aku drive, 75km sehari. Bila la nak dapat kerja baru ni. Office depan rumah je tak pun dalam rumah je. Rasa macam boring dah kerja kat sini sebab tak de stress. Hidup yang sangat cool di tempat kerja adalah sangat tidak mencabar minda ok. Dan otak aku juga sudah jadi cold gitew.

Nak berhenti tapi sayang gak nak berhenti dari sini. Office mana yang bos dia cuma masuk 2 / 3 kali je seminggu lepas tu masuk paling lama dua jam, pastu dia balik tinggalkan staff buat kerja sendiri. Office mana yang ada internet boleh main suka hati kau nak main janji kerja siap? Office mana yang kerjanya adalah hanya lebih kurang 5 hari je dari 25 hari kerja? Maknanya pergi kerja untuk masuk office je tapi sebenarnya kerja tak de. Lepas tu 25hb je dapat gaji, bonus 2bulan gaji. Tak seronok lagi ke...bersyukur je la. Mungkin ni rezeki yang terbaik untuk aku kot. Think positive.

Yang penting kena cari sesuatu yang baru untuk dimulakan. Aku tak suka apa yang aku kerja sekarang. Apa yang ko suka sangat?

Aku suka kerja-kerja yang ada kaitan dengan kertas ke, gunting ke, cantum-cantum ke, tampal-tampal ke, draw ke, color ke...boring la mende-mende yang tak berwarna-warni ni. Asyik tengok hitam putih dan sedikit merah. Naik menyampah aku. 

Rasa menyesal pulak dulu tak ambik grafik kat Uitm je. Boleh bergelumang dengan design-design ni. Atau kalau apply kat company yang buat graphic designer ni kita ada peluang nak jadi designer kalau ada orang ajar dari 1st step. Nak pergi ambik course design semula kena ambik kat private. Ke Uitm ada course part time. Atau kita buat suka-suka pastu kita jual online je...

Rasa menyesal jugak tak ambik course untuk jadi chef / culinary ke. Boleh masak-masak, boleh masak apa sahaja yang rasa nak makan. Boleh masak jugak untuk orang makan. Bila orang makan sedap, kita pun rasa seronok.

Tak pun ambik course landscape ke. Seonoknya boleh susun atur rumput-rumput, bunga-bunga...oh cantiknya..

Oh..aku sudah gila agaknya. Marilah kita tutup cerita angan yang tak sudah ni dengan salam, Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment