Tuesday, October 14, 2014

Trauma

Hampir seminggu kejadian kebakaran rumah mak berlalu tapi aku masih berada dalam ketakutan.

Isnin lepas, beberapa jam selepas kebakaran aku pulang ke Kl sebab dah kerja kan. Dah takda annual leave, terpaksa la kerja.

Aku sangka pulangnya aku ke KL, aku boleh hidup macam biasa. Macam sebelum-sebelum ni. Tapi tidak.

Bila malam je secara tiba-tiba dada aku rasa macam nak pecah sebab degupan jantung aku rasa sangat laju. Kaki lagi rasa menggigil. Tambah lak tiba-tiba aku diserang batuk dan hilang suara dengan tiba-tiba.

Bila balik dari kerja je, semua kerja-kerja membasuh, melipat kain aku settle kan sebelum jam 11.00 malam. Termasuk jugak mengemas beg nursery dan iron baju. Kerja yang tak pernah aku buat sebelum ni kalau anak-anak masih lagi tidur.

Kebetulan Isyak juga di awal waktu, so aku tunaikan dengan segera sebelum tidur. Kalau sebelum ni botol susu anak-anak aku akan basuh selepas mereka tidur, sekarang tidak lagi. Aku biarkan sahaja.

Aku akan pastikan aku tidur dulu sebelum Rizal tidur. Kalau tak kaki aku jadi menggigil sampai tak boleh nak pijak lantai.

Sebelum tidur, tak ada lagi aktiviti charge handphone walaupun battery dah tak de. Semua suis dan plug aku letakkan dalam mood off (istilah off bagi bomba adalah cabut ye..bukan takat ko off suis tapi tak cabut plug tu).

Aku jadi sangat2 trauma sekarang ni. Selagi tak pukul 6.00 pagi jangan harap aku akan bangun dari tempat tidur.

Apa yang aku tak boleh tengok sekarang adalah kepekatan malam. Aku jadi takut dengan gelap. Bukan aku nampak apa2 pun, tapi sebab gelap tu pun aku jadi takut.

Hujung minggu hari tu aku kembali ke kampung sebab aku memang ambik suntikan vaksin anak-anak aku semuanya kat klinik kesihatan sana je.

Kami masih menginap di homestay mak sebab bekalan elektrik masih belum dibaikpulih sepenuhnya. So, kitaorang just on untuk peti ais je. Yang lain semua off.

Mak pun dah upah orang pasang table top baru memang untuk letak dapur je sebab sebelum ni mak pakai meja kayu yang beli kat kedai je. Table top yang ada kat dapur tu memang tak sesuai letak dapur memasak sebab tinggi kan. So, kena buat yang baru dan rendah sikit.

Kami masih memasak untuk makan tengahari dan malam tapi kami masak sekali je. Makan tengahari dan malam lauk yang sama. Dapur yang baru beli tu pun mak letak kat luar je. Kat tempat park kereta. Masak kat luar je.

Setiap awal pagi, aku lah orang pertama yang ambil kunci rumah sebab nak basuh baju anak-anak dan jemur kain. Bila nak buka pintu rumah tu dada aku macam nak pecah je tau. Naik seriau macam tu. Bukan apa, bila buka pintu tu, terus nampak dapur. Kesan2 terbakar tu kan masih ada.

Kebetulan kayu2 yang hangus terbakar dan atap tu memang dah ganti. Tapi tak la semua sebab ada kayu yang memang tak boleh ganti. Ada atap yanng tak berganti sebab masih elok. Dinding memang masih hitam.

Bila masuk semula minggu ni, aku sempat lihat semua tempat, setiap bahagian dan ceruk rumah tu.

Rupanya setiap kayu bumbung dapur dan bilik air memang dah hangus terbakar. Wayar elektrik untuk tiga lampu, bilik air, dapur dan tempat makan hangus terbakar termasuk lampu sekali. Ruang depan rumah ada kesan asap lekat di dinding dan juga kipas. Bomba cakap itulah lidah api.

Sebab tu sangat bahaya dalam kebakaran adalah lidah api. Dia mencari udara untuk keluar. Kalau tengok tips bila berlaku kebakaran pun dia suruh kita merangkak keluar. Memang betul, kalau tengok keadaan rumah tu, nampak sangat asap dan bahang api memang berada di sebelah atas.

Bila petang je, aku dah tak berani untuk masuk rumah tu apatah lagi malam. Sebab tu kami berada di homestay je.

Bukan setakat gelap malam buat aku takut, bila hujan turun dengan lebat pun aku jadi takut. Rasa macam nak bergulung dalam selimut dan lari ke penjuru bilik.

Sampai macam tu sekali tahap trauma aku. Bukan aku je, dengan adik aku pun skali. Rasa benda yang sama. Dengan tidur malam yang tak lena. Sekejap terjaga, sekejap terjaga. Kalau malam nak sampai pagi tu rasa macam lama sangat. Tak macam dulu yang rasa alahai kejap je malam. Nak tidur pun tak puas lagi.

Sekarang ni bukan tidur tak puas, tapi rela cepatlah siang sebab malam tu rasa sangat menakutkan.

Itulah, ingat nak la jugak mintak air tawar ke dari orang2 yang pandai baca-baca ayat Al-Quran ni kan. Supaya boleh pulih balik semangat ni. Tak bagi takut sangat. Sampai bila nak hidup dalam ketakutan macam ni. Ni ok lagi sebab tak de orang nak sewa homestay. Bulan depan dah start orang nak sewa ni, nak tak nak, terpaksa balik tidur rumah mak. Semoga Allah permudahkan segala urusan kami bila kami balik ke sana semula. Amin.

2 comments: