Thursday, October 9, 2014

Aidiladha : Open House, Birthday, Kebakaran

Aidiladha 2014 ni mengundang banyak cerita dan banyak peristiwa. Ada yang sangat best arasa macam nak senyum sampai ke telinga, tapi yang menakutkan sampai rasa fobia tu sampai ke hari ni.

Rasanya setiap kali Aidiladha entry aku mesti tak lari dari acara korban kan! Tapi tahun ni kami berehat dari buat korban. Saje berehat sebab rasanya dah setiap tahun buat. Tapi mak tetap buat korban satu bahagian, korban di Kemboja.

Acara kami tahun adalah nak buat open house di hari raya. Acara ni pun hampir tak jadi lepas mak jatuh waktu nak gi sidai kain dan tak boleh bangun. Siapa nak masak?

Boleh je kami masak, tapi mak masak mana boleh challenge. Alhamdulillah, mak sembuh walau tak 100% recover dia punya lutut. Still sakit bila nak duduk ke, bangun ke, nak naik kereta ke.

Open house mak ni aku tumpang sekali untuk buat birthday Amni. Dia punya birthday 03 Oktober, kat taska aku dah hantarkan kek & goodies bag, tapi tak de la nak celebrate dengan kami semua sebab aku pun tak de cuti kan.



Kualiti gambar semua kurang memuaskan sebab semua pun pakai kamera hp je. Semua jenis makera tnggl kat KL. Bagus tak????

Menu makan kat rumah mak pagi tu macam biasa lah. Nasi minyak, kari daging, ayam kurma, nasi impit, kuah kacang, acar timun. Tapi kali ni aku extrakan dengan fruit salad macam kat Pizza Hut tu. Sebenarnya lebih kepada nak makan sendiri, tapi alangkan nak makan sendiri, kita bagi lah orang kampung makan sekali.

Tak sangka pulak fruit salad yang aku sediakan tu sold out. Lain kali boleh buat lagi, banyak la sikit dari yang aku prepare untuk kali ni.

Untuk birthday Amni, aku 1st nak buat theme teddy bear color pink coklat, tapi kedai tak de acuan kek teddy bear lak. Kedai tu lak tak boleh kot nak buat kek drawing je macam aku tempah hello kitty tahun lepas tu.

So, theme tukar ke minnie mouse color black pink. 1 minggu je prepare semua ni sebab yang dah prepare teddy bear tu tak leh pakai. Nasib buat sendiri, kalau tempah ngan orang dan dah siap print, rugi lah i..

Ni pun banyak yang aku rasa nak letak kat candy buffet tak de sebab apa yang aku designkan aku tak sempat nak prepare dan tak jumpa pun ye.





Kesian Amni, tapi dia tetap mengalah


Ok, jangan keliru ye..ni memang birthday Amni tapi Aisy tu memang tak boleh ada birthday. Semua birthday adalah birthday dia. So terpaksa letak jugak nama dia lepas dia asyik tanya je mana nama dia. Waktu nyanyi pun dia nyanyi sebut nama dia dan dia jugak yang potong kek ok.











Budak debab sibuk nak belajar duduk



3 orang yang menggayakan baju ala-ala princess giteww



Angkat punggung tinggi-tinggi



Alamak..sudah jatuh tergolek pulak


Meme.meme.meme..meme..tu je yang dia tahu

Badan penat dari semalam prepare semua ni, tetamu lak datang rumah beraya. Tapi petang tu pergi jugak ke kampung arwah abah sebab nak lawat new baby born anak cousin aku. Itu pun pergi dengan mak je dan bawa triple A tu je. Husband tak pergi lepas penat melapah lembu korban.

Bila malam, mata dah letih, badan dah penat tapi anak-anak aku tak reti nak tidur2. Pukul 1.00 nak tidur tu pun nak susu lagi untuk round ke 3.

Lalu terjadilah peristiwa hitam yang mendatangkan trauma kat aku sampai sekarang ni. Pukul berapa aku tak tahu dan aku tak ingat sama ada aku bangun tu rumah mak aku gelap atau cerah. Yang pasti aku sedar sebab aku terdengar macam bunyi meletup-letup.

Aku pergi ke arah rumah dapur dan terlihat api sedang marak. Dapur mak aku dah terbakar dan api tengah naik. Aku betul2 panik sebab asap dah penuh dalam rumah. Aku cuma terfikir nak buka pintu keluar.

Aku cuba pergi ke pintu rumah dan cari kunci grill tapi tak jumpa tempat yang biasa kami simpan kunci grill. Sambil cari kunci aku menjerit sekuat hati suruh semua bangun, rumah terbakar.

Nasib baik semua dapat dengar dan bangun dengan cepat. Sampai diorang bangun pun aku tak jumpa lagi kunci grill. Nasib baik rumah mak ada lagi satu pintu utama yang aku lupa. Nasib baik baik gak adik aku ingat. Kebetulan grill tak kunci sebab kami lupa. Kalau tak, kunci grill pintu tu la paling kami tak tahu kat mana letak. Selalu je tercari-cari bila ada orang datang dan kami nak buka pintu.

Bila dah boleh buka pintu depan, aku terus angkat anak2 aku yang tengah tidur tu keluar. Anak2 aku paling terdedah dengan asap sebab kami anak beranak memang tidur kat hall je. Bilik tu jadi tempat simpan baju je.

Aku tengok api tak merebak ke tengah lagi, aku pun beranikan diri masuk cari kunci kereta adik sebab kereta dia parking dekat garaj sebelah rumah dapur. Larikan kereta dulu, fikir mana boleh selamat, kita selamatkan dulu.

Anak2 aku tinggalkan kat mak dan adik aku kat pondok. Adik aku call bomba. Husband aku try tarik getah paip nak simbah air dari paip belakang. Sementara selamat aku masuk semula rumah ambik beg aku yang ada semua dokumen pengenalan aku dengan anak2.

Alhamdulillah, atas keberanian abang dan husband aku...diorang telah selamatkan rumah mak dari hangus dijilat api. Diorang masuk jugak dan simbah guna air kolah.

Dapur rumah tu mestilah ada paip air kan. Paip air yang kitaorang sambung untuk mesin basuh tu dah pecah, so air dia dah mengalir. Kebetulan hujan turun renya-renyai, so atap rumah agak basah. Diorang berdua ni simbah lak guna air kolah. Kebetulan jugak air kolah penuh.

Alhamdulillah. Kami selamat, rumah mak selamat. Cuma dapur mak 80% hangus terbakar. Mujur rumah mak bukan rumah kayu. Mujur dapur mak semua tiles termasuklah table top.

Cuma yang musnah satu kabinet dapur dengan rak tempat letak dapur. Kami bernasib baik...syukur alhamdulllah. Kebakaran awal dan banyak faktor yang menyebabkan api sedikit terbantut untuk merebak. Syukur, alhamdulillah.

Betul kata orang, kalau ada lelaki ni kuat semangat sikit sebenarnya. Kalau kami je, kami takkan masuk dan hanya tunggu bomba datang je. Mungkin waktu tu rumah mak pun dah hangus kot.

Paling takut, mak tiba2 menggigil kesejukan. Mula mak ok, siap tolong pegangkan Amsyar lagi waktu aku nak masuk cari kunci kereta tu. Tapi bila aku siap alih kereta, Amsyar anak jiran aku tolong pegangkan. Mak dah menggigil sambil mengucap. Aku takut mak terlalu terkejut sehingga menyebabkan heart attack.

Waktu tu api tak padam lagi. Tapi sebab tengok mak menggigil, aku masuk ambil selimut. Kebetulan tempat kami tidur tu ruang depan rumah, dekat pintu utama. So semua pun ada kat situ. Air masak pun ada jugak atas meja makan kat situ. Bila mak dah ok sikit, kami pindah ke homestay.

Mujur mak ada homestay, ada tempat kami nak bermalam. Kalau tak, tidur dalam kereta je la kami ni.

Bomba datang api dah padam. Dua jentera lagi. Itu pun sesat sebab kami kan kawasan kampung yang tak ada dalam peta google. Hehehehe

Bomba matikan semua bekalan elektrik untuk sementara waktu. Esok baru pegawai penyiasat akan datang. Sementara tu diorang mintak kami tak usik apa2.

Habis botol susu & susu anak2 aku sebab aku memang letak kat dapur. Kebetulan pulak botol diorang aku dah siap basuh semua sebelum tidur. Yang spare pun aku simpan dalam almari dapur. Bagus tak?

Nasib baik aku banyak spare lagi kat mana2. Susu ada yang belum buka letak atas rak kedai mak. So boleh guna. Botol susu lak ada jugak spare dalam bilik tidur. Alhamdulillah.

Waktu kejadian tu, boleh kata jiran sebelah dan depan rumah aku tak sedar pun. Yang sedar jiran depan homestay mak. Dia yang datang. Kebetulan diorang tengah tengok tv, diorang kata pukul 2.00 lebih waktu dengar kami menjerit terbakar tu.

Malam tu tak boleh tidur langsung walaupun ada tempat tidur yang selesa. Bila aku pejam mata, aku nampak api, nampak asap. Rasa sangat takut. Sampai saat ni aku rasa takut. Untuk 2 malam berada di rumah sendiri di KL jugak aku jadi amat takut.

Awal Subuh, ketua kampung dan isteri dia datang ke homestay kami. Dia kata dia ternampak kereta bomba sebab bomba tu tersalah jalan waktu nak balik tu.

Budi baik dia sekeluarga kami tak mampu nak balas. Pagi2 lagi sediakan sarapan untuk kami makan dan tengahri juga hantar makanan untuk kami makan. Allahhuakbar..alhamdulillah sebab hantarkan kami jiran-jiran yang baik.

Lepas pegawai penyiasat datang, orang kampung gotong royong pasangkan atap untuk sementara waktu. Mereka clearkan semua barang yang terbakar kat dapur. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah kurniakan kami jiran seperti ini.

Apa laporan siasatan? Aku tak pasti apa yang pegawai cakap sebab bukan aku ada kat sana. Tapi dari yang aku tanyakan husband aku, punca plug kipas dinding. Sebab plug tu terbakar dan suisnya masih dalam keadaan on.

Mungkin tengahari tu kipas tu dah bagi warning sebab tempat bilah kipas dia tercabut. Pasang balik dan guna semula. Maybe sebelum tidur dan lepas pada kejadian tu, suis masih on, cuma off kat kipas je. Benda rosak kan, memang tak boleh guna lagi. Bahaya.

Mesin basuh kat suis tu dah dialihkan

Keadaan dapur yang terbakar. Bumbung semua dah diganti untuk sementara waktu elak hujan. Semua barang terbakar juga dah dibersihkan


Sebenarnya bila terbakar tu, puas aku ingat tentang dapur. Kami tak memasak apa dah sebab lauk ada lagi. Cuma mak ada panaskan kuah kurma dan goreng pisang. Itu pun Maghrib. Aku yang tutup dapur. Mesin basuh pun aku dah tutup sebab aku mesin baju Rizal dan dah siap letak dalam baldi dah pun. Cuma yang ada cerek elektrik je yang sentiasa on, tak pernah nak off walaupun air dah masak. Mungkin sebab tu. Tapi rupanya sebab kipas. Kipas tu pakai plug yang sama dengan mesin basuh. Memang on kipas tu kalau nak mengemas barang2. Tak sangka lupa tutup. Pada hal aku dengan abang aku dok kat dapur pukul 1.00 pagi basuh botol susu.

Aku terbayang jugak, kalau terbakar waktu aku ada kat dapur tu macamana? Rizal cakap mestilah tak melarat sebab aku boleh buka air then simbah api tu terus. Tapi aku confirm panik. Seram sejuk aku bila teringat kes ni.  

So, sebelum tidur aku pastikan semua suis alat elektrik aku off dan cabut plug. Botol susu anak dah siap minum pun aku tak berani nak basuh. Aku jadi takut nak jejak kaki ke dapur walaupun rumah kat KL. Biasa aku tersedar pukul 3.00 pagi, waktu tu lah aku baru nak solat Isyak, mesin kain, kemas beg anak2, kemas rumah, basuh botol, iron baju. Tapi tidak untuk sekarang. Aku jadi takut, takut dengan malam atau gelap aku pun tak pasti.

Aku berdoa semoga anak aku tak mintak susu tengah malam sebab aku takut nak ke dapur. Amsyar nak susu pun aku hadap je dia berapa lama dia nak breastfeed sebab takut nak buat susu untuk dia.

Aku tak tahu la macamana nak balik duduk rumah mak. Rasa macam takut je bila tengok dapur tu. Terbayang depan mata api tengah naik.

No comments:

Post a Comment