Friday, September 26, 2014

DaripadaNya Kita Datang, KepadaNya Jua Kita Kembali

Macam tak percaya je..sedang kami bergembira di Gambang waktu siangnya, Maghrib tu kami terima perkhabaran mengatakan pak cik aku yang berada di Kelantan tu meninggal dunia.

Selama ni yang kami ulang alik balik Kelantan tu memang sentiasa ke rumah dia. Ziarah dia sebab dia dah tak berapa sihat akibat diabetes yang kronik. Fizikal nampak sihat tapi mata dia dah banyak kali buat operation tak silap aku. Latest aku balik hujung tahun lepas tu pun selepas kami dapat tahu dia dah start buat hemodialisis.

Tu la last aku jumpa dia sebab sebelum aku bersalin tu, dia ada masuk hospital. Kaki dia dah kena jangkitan kuman dan nak kena potong, mak n adik2 aku je yg balik tengok dia.

Tu la dah takdir perjalanan dia macam tu. Waktu aku balik tahun lepas tu, dia ok je boleh jalan, boleh makan dan akan sihat macam biasa lepas buat hemodialisis. Lepas pada tu, puncanya kaca je masuk dalam kaki dia, tapi kaki dia memang dah kebas dan tak boleh rasa, so dia tak rasa sakit. Lama-lama kaca tu dah rosakkan kaki dia dan terkena jangkitan kuman.

Masuk hospital pun masih sedar lagi waktu mak aku pergi lawat dia walaupun tak la macam dulu. Tapi bila kaki dia dah kena potong, dia dah tak sedarkan diri.

Waktu kami ke Gambang tu, dalam perjalanan tu kami ada juga cakap2 kalau ditakdirkan dia pergi, kami terpaksa la bertolak balik ke Kelantan ikut Terengganu.

Mak n adik2 aku dah plan nak balik bila Labour Day je sebab keadaan dia dah tak sedarkan diri. Tapi umur dia lebih pendek dari yang kami jangka, dia pergi mengadap ilahi  26 April.

Nak bertolak dari Gambang terus tak boleh pulak. Adik aku tak habis kerja lagi. Kitorang plan bertolak 3.00 pagi. Assume pukul 8.30 atau 9.00 boleh sampai.

Tapi kami tak tahu jalan highway tu boleh rupanya terus ke KT. Kami exit bila jalan sampai Jabor kot dan terus ikut jalan dalam yang jauh sikit tu. Pukul 10.00 am pun kami baru je masuk sempadan Kelantan. Pasir Putih ke Bachok, aku pun tak tahu.

Bila sampai Chabang 4, arwah sedang dikebumikan kat tanah perkuburan. So, aku tak sempat jumpa untuk yang terakhir kali. Kubur pun tak turun sebab aku dalam pantang lagi kan. Duduk dalam kereta je.

Teringat waktu kecik2 dulu. Kami bukan orang senang, dalam adik beradik abah, abah je tak de kereta. Adik beradik abah yang lain semua ada kereta.

Bila time raya atau cuti sekolah, sebab arwah ni cikgu..diorang akan balik ke Pahang rumah nenek aku. Diorang akan datang ambik kitaorang kat kampung. Kalau niat tak nak balik tu tak jadi la, sebab tak sampai hati diorang dah sampai rumah kami nak ambik kami bawa balik kampung.

Aku ingat lagi, 1st time aku pergi Genting pun arwah yang bawa. Arwah sangat baik sebab tu kami adik beradik sangat2 sedih bila tak sempat jumpa untuk kali terakhir.

Anak arwah ni (sepupu aku), memang sangat rapat dengan kami sebelum masing2 berumahtangga ni. Kami 4 orang ni lagi rapat sebab aku dan sepupu aku tu sama2 belajar kat UTM johor. Abang aku pun ada kat sana. So, selalu la jumpa dan keluar.

Bila arwah tak ada, kami terasa seperti kehilangan lagi seorang ayah pada kami. Sebab dia adalah adik kepada arwah abah. Al fatihah untuk arwah Ayah Mud, semoga rohnya ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman.

(Dalam pantang2 tu pun, aku boleh berjalan sampai ke Kelantan, so nak highlight kat sini Amsyar dah sampai key kat Kelantan. Lepas ni kuranglah aktiviti kami ke Kelantan lagi sebab dah tak de siapa kat sana)

No comments:

Post a Comment