Monday, January 31, 2011

Pertunangan Sepupuku & Aisy yang baik.....

Alhamdulillah..selesai sudah majlis pertunangan sepupuku yang bernama Hazura Binti Md. Nafi..semoga ikatan ini berkekalan hingga ke jinjang pelamin...

Sepupu aku ni pelik sikit...dari da kecik mana dia nak pakai baju kurung walau pun hari raya. Hanya baju sekolah sahaja berbaju kurung dan bertudung...tapi setelah habis SPM dan bekerja, bertemu dengan tunangannya sekrang, dia sudah berubah..

Raya yang lepas juga sudah memakai baju kurung dan tidak lagi berseluar jeans seperti saban tahun. Sudah pandai juga mengenakan make-up..dan yang pasti, majlis pertunangan yang simple itu juga, dia telah memakai selendang...itu kah kuasa cinta?

Majlis pertunangan ini juga peluang kami sanak saudara berkumpul...Aisy juga agak senang dijaga..tak perlu mengawal dia selalu kerana dia pasti akan berperilaku baik sekali...dia boleh sahaja ditinggalkan dengan mana-mana abang sepupuku...tambahan pula, she's only the one baby girl...so memang suka kat dia...semua nak dukung dia...semua nak jaga dia...ringan sikit tugas aku...hehehe...yang paling aku hairan, dia boleh lak nak ngan  orang-orang lain sedangkan sebelum ni, dia tak nak langsung. teringat MIL aku datang hari tu..bukan main lagi menyoroknya dia....

Dalam banyak-banyak perkara, ada juga yang kelakarnya, dengan cuaca yang sgt-sangat  sejuk di kampungku membuatkan kami semua untuk menyentuh air kolah mahu pun air paip sukar sekali..terlalu sejuk..seolah-olah mengambil air di dalam peti ais gitu...sejuk betul...tapi Aisy mandi air panas..dari dia baby lagi..tapi boleh dia menggigil kesejukan..sudah pandai membuat mulut dan badan terketar-ketar..

Aisy juga sudah pandai menghentak-hentak kaki ketika menangis jika apa yang dikehendaki tidak dituruti...terlalu cepat masa berlalu, semua pun cakap, Aisy dan besar....tapi bila dah besar ni, lagi susah nak jaga dia..malam tadi saja aku dan husband hanya tidur pukul 3.00 am setelah hampir 1 jam Aisy menangis tak nak baring dan duduk..dia hanya tertidur dalam dukungan husband aku...

Puncanya cuma aku korekkan mulutnya setelah dia cuba memasukkan semut ke dalam mulut..mungkin jariku terkena gusinya dan sakit...so dia merengek sepanjang malam...bila dia terlalu manja, kadang-kadang timbul rasa geram ingin memarahinya...tapi dia seorang anak kecil yang hanya tahu untuk bermanja...apa yang aku buat, sabar.......

No comments:

Post a Comment