Friday, January 14, 2011

Bonus Yang Menghampakan Untuk Year End 2010

Sungguh menghampakan aku bila kadar bonus diumumkan oleh boss aku tadi...sungguh memeranjatkan...tak pernah dalam sejarah aku bekerja di sini bonus sebegini sikit...

Untuk tahun 2010, bonus yang akan kami terima hanyalh 1.5 x gaji sahaja..bukan 2 x gaji sepertimana selalu...sungguh menghampakan aku dan kawan-kawan..kami semua dah plan nak buat apa dengan duit bonus tu kalau 2 bulan gaji.

Yang buat aku betul-betul hampa kecewa adalah, tiada kenaikan gaji untuk tahun 2011 ni dan juga bonus juga telah berkurang menjadi 1.5 gaji sahaja. Atas alasan apa? Boss aku cakap bisnes drop tahun ni...

Aku yang buat account company ni..semua pun aku tahu..bisnes macam biasa dan aku lebih berganda lagi dari tahun lepas...kalau dulu hanya angka bawah 300k, sekarang sudah mencapai angka 700k..bisnes apa yang drop...cash masuk untuk minggu ni je sudah lebih dari bonus yang mampu bayar untuk kami..kami bukanlah ramai, hanya tiga kerat je..yang bertahan dan sanggup bekerja dengan boss..betul-betul tak menjaga hati kami.......

Aku rasa dia kata bisnes drop bukan apa, coz banyak sangat duit kuar kepada orang-orang yang tak sepatutnya hanya bila orang tersebut memperkenalkan diri mereka sebaga 'Dato'...En...." pernah berkhidmat di............. sebagai................Boleh dapatkan approval untuk....................Bos aku pun dah buntang mata bila ada janji-janji manis yang tak tentu manisnya..kerana sehingga ke hari ini approval tu tak nampak pun....aku rasa aku juga nak berpakat dengan someone, guys yang ada talent berlakon jadi Dato la..tak pun Tan Sri ke...cakap lebih2 sikit kat bos aku, confirm buka cheque puluh2 K..pastu aku leh la share ngan guys tu...tul tak?ini cakap orang yang tak de agama je...aku masih beragama, tapi aku tak puas hati...

Aku geram sangat, 2 minggu lepas dia cakap ngan aku bonus 2 bulan gaji...minggu lepas lak dia suruh aku prepare untuk minggu ni..bila list dah siap, tiba2 tukar 1.5 gaji lak..tak ke sedih bila kami semua dah tau yang kami akan dapt bonus dua bulan gaji....ini betul-betul tak adil...

Betul-betul tak de hati dah nak kerja kat sini..boss aku tak fikir langsung...kami semua dah berkeluarga..punya tanggungjawab yang banyak..rumah lak masing-masing mencanak jauhnya..kos pengangkutan sahaja dah berapa...tak menghargai langsung...

Aku perlu mencari kerja yang berhampiran dengan rumah sahaja lah..gaji kurang sikit pun tak pe...senang untuk aku kuar dan balik rumah..tak payah 'jam' pagi-pagi buta, tak payah menekan pedal minyak kereta sehingga meluncur lebih 100kmj di pagi2 buta bagi mengejar jam 9.00 masuk ke office... waktu balik jugak untuk ambik Aisy...tak perlu membazir duit rm2.00 untuk tol Duke yang pada aku tak berfungsi langsung....perlu cari kerja lain.....huhuhuhu.......

3 comments:

  1. awak kerja kat mana n rumah kat ner? rasanya awk kira bertuah gak dpt gaji bonus tiap2 tahun .dpt double or 1.5 palk tu..saya ni kerja 4 thn kat company international yg sgt 'GAH' di mata dunia. tp baru this year dpt bonus ..tu pun x smpi sebulan gaji..max pun sebulan....dpt 1.5 pun x per janji every year ader bonus..sy rs thn dpn x kan dpt bonus..maybe tunggu 5 thn lagi kot..

    ReplyDelete
  2. krj kat compny kecik je..buat manpower busines(out-sourcing-pekerja asing). dh lima tahun krj, bns 2 x sthn..boss mmg janji plg krg 2bln bns, 1x wkt ry puasa, and 1x wkt CNY.bersyukur cuma bl dh jnj tapi tb2 tukar tak sakit ht namanya..

    ReplyDelete
  3. lp nk jwb, krj kt jalan peel, kt je ngan JJ maluri,jln cheras. Rmh lak kat Bandar Sri Damansara on the way ke tol sg. buloh

    ReplyDelete