Tuesday, January 25, 2011

Chinese New Year Notice..........

"Apa lagi la Jenab ni nak membebel..."...ini blog aku, suka hati aku la nak membebel apa pun...lately ni, husband aku suka sangat panggil aku Jenab bila aku start buka mulut nak tegur dia..kadang2 rasa kelakar, kadang2 geram gak...

Kali ni nak luahkan perasaan geram yang amat sangat...biasanya bila nak CNY, office aku akan half day je..itu pun datang untuk kemas-kemas office dan pergi makan-makan....tapi tahun ni, bermula dengan bonus yang menghampakan, bos aku sudah mula menunjukkan untuk pressure kan kami..

Setiap hari ada sahaja perkataan yang dikeluarkan seolah-olah memerli dan menyakitkan hati...dan baru sahaja sebentar tadi bos aku mengeluarkan notis CNY..tiada half day seperti biasa coz ada closing untuk payroll workers kat Flextronics kena buat dan mesti siapkan..mesti juga hantar on 02nd February tu..selagi tak siap, jangan balik dan make sure claim tu courier that day gak....

Apa ni? Dia tak fikir ke...notis dari Flextronics sendiri mereka akan close start 03rd Feb - 07th Feb..so kalau courier pun still diorang akan receive after 8th Feb..lantak la..rasa macam geram sangat-sangat..aku dah siapkan semua resume dan application letter. Address company area Bandar Sri Damansara semua dah ada dalam list...sekarang dalam proses memasukkan semua dalam envelope untuk di pos kan sahaja....

Gaji kurang sikit dari sekarang pun tak apa..janji tiap-tiap pagi aku tak payah menempuh jam yang teramat sangat dan terpaksa mengeluarkan duit tol yang sepatutnya tak perlu dikeluarkan. Company tu semua pun cuma 5 minit dari rumah..semua dah survey...mintak-mintak ada rezeki..yang penting kena usaha dan tawakal aje lah...

Nampaknya perjalanan ke KB terpaksa ditunda ke hari Khamis..huhuhu..harap-harap tak jam la jalan..kalau tak, tak tau kul berapa sampai KB...tak sempat la nak jalan-jalan...cuti pun tak lama..Sabtu pagi harus pulang semula ke kampung kerana ada majlis perkahwinan sedara belah mak...

No comments:

Post a Comment