Tuesday, January 18, 2011

Hati Sungguh Tak Tenang......

Sehingga entry ini ditulis, Aisy masih lagi demam tapi terpaksa di tinggalkan di nursery kerana semalam aku sudah bercuti untuk membawa Aisy ke klinik bagi pemeriksaan bulanan.

Semalam buat pertama kalinya juga aku membawa Aisy dan mak ke klinik hanya menaiki motosikal. Semua kereta-kereta yang ada di rumah semuanya ada di KL..Sekarang semua pun memandu kereta, kalau dulu semua pun naik kenderaan awam. Semua kereta pun tersadai kat kampung sampai mak buat garaj untuk 4 biji kereta la..sekarang garaj tu hanya jadi tumpangan kereta jiran (merujuk kepada persona jiran yang diparking sejak jumaat lalu kerana rumahnya mengadakan majlis perkahwinan anak lelaki mereka. Kalau sewa parking agak-agak berapa ye?)

Aisy bukan main seronok lagi naik motor macam naik kereta lak dia. Dia hanya hendak berdiri sepanjang jalan menyebabkan angin terus melampias mukanya. Dan yang pasti, itulah yang dia suka. Puas mak cuba untuk duduk kan dia mahupun menutup kepalanya dengan kain tapi tak mau nya dia....

Sampai-sampai je kat klinik apa yang melucukan bila dia menunjukkan ke arah dua pemndu ambulans dan berkata "abah, abah". Kesemua nurse dan pemandu tersebut ketawa geli hati dan kerana pelik agaknya kami ketawa, Aisy malu sendiri..comel sangat waktu ni...dan bermula lah episod dia memuncungkan mulutnya bila dipanggil masuk untuk mengukur ketinggian, menimbang berat dan mengukur lilitan kepala.

Bila diletakkan Aisy ke atas alat penimbang, aku rasa Aisy sudah tidak perlu naik ke atas penimbang tersebut kerana dia terlalu besar untuk dibaringkan atas penimbang tersebut. Aku rasa alat penimbang di luar  lebih sesuai, lagi pun Aisy dah boleh berdiri. Semuanya ok, ada peningkatan dan berada di dalam garisan putih. Sehingga semalam berat Aisy 8.4 kg, dan tingginya adalah 75cm. Anak mama dah tinggi lah...

Selesai membuat pemeriksaan di klinik kesihatan, kami pergi ke rumah makcik aku..saje2 buat lawatan...meninjau persiapan untuk pertunangan sepupu aku pada 29.01.2011 ni..ringkasnya, hanya membeli barang-barang yang sudah siap digubah untuk dijadikan hantaran. Kalau aku dulu, sebulan nak kahwin dah penat menggubah hantaran...huh..nak buat macamana kan...beza orang ada duit ngan tak de duit kan....

Sampai di rumah sahaja jam sudah menunjukkan pukul 11.30 pagi..Kasihan mak..tiba-tiba rasa pening kepala dan tak berdaya untuk bangun. Bila bangun seakan rasa ingin pitam dan jatuh. Aisy pula sudah menampkkan ciri-ciri akan demam. Batuk sudah menjengah bila aku berikan dia buah tembikai ketika kenduri perkahwinan anak jiranku hari Sabtu yang lalu. Hidungnya juga sudah berair dan menunjukkan rasanya yang rimas kerana sukar bernafas. Kasihan Aisy....

Bila malam menjengah tiba, air mata aku menitis...Pilu, Sedih..semua perasaan pun ada...Dua-dua pun nyawa aku, bila tengok mak terbaring, rasa ingin menangis..bila melihat Aisy muntah seolah-olah tercekik sesuatu dan kesemua makanan dan susunya keluar, aku rasa ingin meraung...terasa seperti ingin menjerit ambillah nyawa aku jika itu dapat panjangkan umur mak dan Aisy..ambillah kesihatan aku andai itu dapat berikan kesihatan kepada mak dan Aisy...aku rela aku yang diuji dengan kesakitan itu tapi bukan untuk aku melihat mak dan Aisy diuji dengan kesakitan itu......

Pagi tadi pulang ke Kl dengan rasa sebak kerana mak tak nak ikut ke KL..Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat mak dan lindungi dia dari segala malapetaka...sungguh tidak tenang hati ini...hingga saat ini....

Pagi tadi juga menghantar Aisy ke nursery dan meninggalkan dia dalam raungan...sungguh tak sampai hati aku rasa...

Ya Allah, mereka berdua adalah nyawa saya. Nyawa saya yang satu telah kau jemput, dan aku berharap nyawa ku yang dua ini dapat terus bersama aku hingga aku rasa puas bersama mereka...

No comments:

Post a Comment