Sunday, December 19, 2010

Seharian Di Rumah.........

Entah pukul berapa aku pun tak sedar husband & family dia kuar dari rumah..Pukul 9.00 masih lagi mereka bersarapan di meja makan..Aku cuma tak tahan mengantuk yang teramat disebabkan Aisy yang merengek semalaman malam tadi..

Baru saje terlelap, bila buka mata mereka semua pun dah takde..aku tengok beg MIL aku di sofa & call husband tanya dia balik semula tak..dia kata tak dan biar saje la beg tu. Dia dah malas nak patah balik ke rumah coz dah sampai ke Bandaraya KL..simpan saje lah beg tu dalam bilik...

Nak buat apa bila tengok Aisy masih lagi membuta..mengantuk la tu...mana taknya, dah la tidur lambat, bila tidur, mengigau lak..dah berjaga semalaman..aku pun membuta je la dengan dia...

Pukul 10.30 pagi baru aku bangun..dah lama tak tidur bangun lambat macam ni..syoknya...baru je niat nak mandi dulu tapi Aisy dah bangun...apa lagi, seharian lah bermain dan melayan segala karenah dia...makan pun tak aku..cuma masak nasi untuk Aisy je..aku pun tak selera nak makan...

Bila dah puas Aisy main segala permainan...oo, lupa lak..dia dah pandai main permainan ni..dulu kalau bagi kat dia, dia tak tau pun nak masukkan gelung2 ni..sekarang dah pandai..start semalam la..tak tau nak buat apa, saje je ajar dia..nak lak dia main...ok la tu...

Sambung balik nak cerita tadi, dia dah puas main sebenarnya, dia merangkak ke pintu dan cuba berdiri di pintu...berpegang kepada tempat kunci pintu dia berdiri cuba mengajak aku keluar..aku tau, dia dah bosan dok kat rumah...biasa hujung minggu di kampung,dia akan keluar ke luar sekejap sambil berbuai-buai...tak pun, aku akan bawa dia naik motor..tak pun, naik kereta..dan biasanya kami akan berjalan ke pasar minggu pada hari Ahad..so dia dah biasa melihat apa yang ada kat luar dan bukan terperap dalam rumah...

Kasihan kan Aisy coz sampai tak nak lepaskan pemegang pintu tu, aku telefon husband aku tanya dia kat mana? Pukul berapa nak balik coz aku ingat nak ajak dia kuar la kejap naik kereta pusing2 kat rumah ni je pun tak pe..dia kata pukul 3.00 lebih nanti dia balik...

Last2 sampai pukul 4.30 pm baru lah husband aku sampai di rumah dan Aisy baru je tertidur kepenatan..sampai di rumah je terus bergegas nak main bola kat RRI...lelaki macam ni ke?lebih utamakan bola dari segalanya..aku pun tak faham..sungguh tak faham...

Pukul 7.30 pm baru husband aku sampai rumah dari main bola..teruk betul..maghrib dah penghujung waktu baru nak balik..itu belum lagi ditolak dengan waktu berehat sebelum mandi..ish ish ish..aku pun tak faham kenapa dia jenis tak kisah...

Lepas solat Maghrib dia tanya aku nak bawa Aisy gi mana? aku kata tak kisahla nak bawa dia ke mana pun, aku cuma nak kuar jugak jap lagi jumpa adik kat gombak nak hantar laptop aku yang rosak..huhuhu..Aisy la ni..lagi pun mak aku ada kirimkan bubur Asyura..

Aku nampak dia malas nak kuar, aku nampak dia tak larat dah nak drive tapi sebab janji, sendiri mau ingat la..aku kata, kalau dia tak nak keluar, tinggal la dengan Aisy.. aku tetap tak boleh bawa Aisy takut dia menangis dok dalam car seat tu..dia siap gak untuk kuar walaupun terpaksa....

Husband aku cakap nak bawa kami jalan-jalan kat KLCC, tapi bila sampai je depan stesen minyak PEtronas&Shell MRR2 Kepong berdepan dengan tasik FRIM tu, Aisy dah tidur..kesian dia..terlalu penat dan dia bukannya boleh naik kereta...pasti akan tertidur...

Niat nak bawa Aisy jalan-jalan secara automatiknya terbatal coz kami terus sahaja pulang selepas aku menyerahkan laptop yang rosak tu pada adik..sebaik sahaja sampai di rumah, Aisy pun tersedar. Terpinga-pinga dia coz dia rasa macam kat rumah dia je...sian dia,mesti dia ingat dah sampai kat mana2..rupanya dah sampai rumah dia semula..hahaha..lain kali la abah bawa adik ye, abah tetap hutang adik...

No comments:

Post a Comment