Monday, December 20, 2010

Bercuti saje-saje..........

Hari ni aku ambik leave saje-saje je..Niat nak gi PNB, Tabung Haji & KWSP untuk buat penama bagi semua simpanan aku...In case, terjadi apa2 pada aku, semua duit simpanan tu aku dah letak nama Aisy...

Kuasa mentadbirnya juga bukanlah husband aku, tapi lebih kepada C.Husna coz aku tau hanya adik aku yang boleh harapkan menguruskan segalanya....kenapa tak letak nama husband?sebab aku tak nak duit aku digunakan untuk keperluan dia..ye la, lelaki ni setakat mana la dia boleh menduda kan..nanti mesti nak kahwin baru..lagi pun skandal dia dulu2 pun tak kahwin lagi sampai sekarang...so aku tak nak la isteri baru dia nanti menggunakan segala duit aku lak..pada hal itu duit titik peluh aku bekerja selama ni....

Apa yang aku fikirkan ni?Tak ada lah, mati tu kan pasti..semua orang akan mati..tak tahu kat mana, tak tahu macamana, tak tahu bila...so aku nak buat persediaan...lagi pun susah kan mereka2 lak nak pergi buat permohonan kat AManah RAya lak untuk tuntut semua tu...yang aku tak berkenan tu bukan apa, tak nak la duit aku lepas kat husband aku..macamana dengan Aisy kalau aku tak de..

Aku juga nak pergi survey AHB kat Maybank..Aku ingat nak beli la unit amanah ni..untuk pelaburan masa depan Aisy jugak...aku tau dia RM500.00 untuk satu unit...tapi macamana nak beli..unit tambahan lak RM100.00 paling minima...tapi macamana?

Tapi semua niat aku tak terbuat pun bila ada rasa tak sampai hati meninggalkan Aisy..mula nak hantar bila dia bangun nanti, tapi dia bangun kul 10.00 am, semua lak dah jadi malas..tiba2 lak husband aku kata dia kerja half day je..jap lagi balik...

Sudahnya pukul 3.00 pm baru husband aku balik..dia tanya nak gi tak? gi apa, dah kul berapa ni..tak payah la...akhirnya kami hanya di rumah. Husband aku lak kena kerja malam..ntah kul berapa la pulak dia balik...demam2 pun kena kerja..nak cepat kayo apo pak cik....

No comments:

Post a Comment