Monday, December 27, 2010

Lagi-lagi Aisy...Sikit-sikit Aisy..Semuanya Aisy...

Entry aku kali ni gila sikit coz aku pun tengah tension..bengang..benci kat boss aku..nekad, perlu resign dan cari kerja lain next year....

Aisy lah pengubat hati yang lara ni..lebih baik aku menulis tentang Aisy dari aku mengadap kerja2 bos aku ni..aku benci dia....

Kali ni nak cerita pasal Aisy hujung minngu baru ni sampai la pagi tadi..sebab entry ni kat office, kena cerita sampai pagi tadi je..kalau entry ni malam ,nanti, boleh la cerita sampai dia tertidur...mama rindu Aisy..muah

Friday, 24 Dec 2010

Ambik Aisy dari nursery hari ni awal dalam kul 3.40 pm tapi itu pun dah lambat..dia dah nangis2 coz aku kata nak ambik 3.30 pm..tak boleh lambat si kecik ni...Balik rumah dulu sblm ambik husband kat Gombak...Niat di hati ada 1 jam sebelum keluar rumah sempat la mengemas rumah yang macam tongkang pecah..bersepah-sepah ngan baju aku dan Aisy yang tak berlipat kat ruang tamu..sudahnya berlonggok baju sampai pukul 5.00 petang pun tak buat apa...Apa aku buat? Layan karenah dia je dah kul 5.00 petang..dia bukan nak tinggal seorang pun..baru je aku angkat kaki, dah merangkak sambil nangis-nangis...manja lebih....

Bila jam dah menunjukkan 5.15 pm, aku gagahkan juga kemaskan semua baju husband aku sambil dukung Aisy...katil dan comforter yang tak berkemas dan berlipat pagi tu pun aku kemas sambil dukung Aisy...solat Asar aku letakkan dia dalam walker...sudahnya, habis sejadah aku dia lanyak ngan walker dia..tapi dia macam tau2 je waktu nak sujud, dia pun beralih ke tepi..so tak de la masalah nak sujud walau pun kena sujud atas lantai...

Settle bilik, dah kemas, pergi luar lak...kemas2 mainan Aisy sambil berperang ngan dia..mengejar dia yang kadang2 suka memanjat sofa..takut dia jatuh bila cuba untuk memanjat..nakal betul Aisy ni....Settle semua, rumah pun dah kemas....

Nak kunci rumah sempat la letak balik remote control DVD yang Aisy buat main...dah siap kunci rumah tengok2 ada lak remote tu kat tangan dia..ntah bila dia ambik aku pun tak tau...Dalam hujan lebat, tangan kiri mencempung Aisy, tangan kanan membimbit walker Aisy, payung disangkut di lengan kanan, ada beg sandang di belakang sambil diikat dengan satu beg plastik berisi boot bola husband, bahu belah kiri juga mengendong beg susu Aisy..bayangkan...aku rasa macam orang gila..cuma waktu tu cakap ngan Aisy"Aisy dok diam2 ye..mama banyak barang ni"..alhamdulillah, diam je dalam dukungan dengan menggigit remote...kalau biasa aku dukung dia, tak dok diam..terpaksa memeluk dia untuk mengelak dari jatuh...

Alhamdulillah...dalam kesusahan tu ada insan yang betul2 aku rasa insan terbaik yang aku kenal..k.Yah..dia la tolong aku payungkan ke kereta..terima kasih..kalau tak aku pun tak tahu macamana...thanx K.Yah..budimu hanya Allah saje yang dapat balas. Semoga kau sekeluarga mendapat rahmat dari Allah SWT atas segala kebaikan yang kau hulurkan kepada semua orang...

Haa..ini la saat yang mencabar aku..seminit Aisy di dalam car seat ok lagi...masuk minit kedua dah merengek2 nak bangun..menangis-nangis sambil dipujuk..tak jalan..akhirnya dia tertidur dalam car seat tu sambil kepala terteleng-teleng..sian dia..sampaikan aku isi minyak kat Petronas tu pun dia tak sedar..tidur je dia...sampai la kat Tmn Desa Gemilang, Sg. Pusu, dia tersedar bila husband aku cuba mengangkatnya untuk dialihkan ke belakang..kesian dia..menangis tak puas tidur kerana tidurnya diganggu....

Apa yang aku belajar tentang Aisy ialah bila dia mengantuk gila, mukanya akan masam mencuka, mencebik, muncung panjang macam boleh diikat..waktu tu kalau tegur dia tengok je..kalau berkata2 atau pun cuba untuk ambik dia, dia akan menangis dengan semahu-mahunya...ini lah Aisy yang dah besar....

Aisy sekarang ni bukan nak pun dah dengan orang lain..tapi alhamdulillah, dengan tokma dia walaupun dah 2 minggu tak jumpa, dia masih ingat...dengan c.su dan C.de dia jugak dia masih ingat...aisy ni mak aku pun dah tak berani ambik dia bawa balik kampung kalau adik tak de coz dia akan menangis bila malam..yang boleh pujuk dia hanya adik..mungkin sebab adik mempunyai iras2 aku...

Malam tu aku sibuk membantu menyiapkan decoration untuk team asyura mak, aisy pun sibuk jugak...aku tulis tag nama, dia pun nak tulis..aku lekat2, dia pun nak lekat...akhirnya terpaksa tidurkan dia gak dalam kul 12.30 coz dia dah mengamuk-ngamuk..

Hahaha...pukul 1.30 am aisy menangis2 dalam tidur..macam mengigau..biasa nak susu, aku pun buat..tapi dia tak nak pun...aku buka lampu, rupa-rupanya dia kena gigit semut. mata bengkak, badan2 semua merah2 kena gigit semut. sian dia..sudahnya tidur buka je la lampu coz senang aku nak tengok semut2 tu kalau ada lagi...

Saturday, 25 Dec 2010

Bangun agak lewat coz ngantuk kot Aisy ni..lagi pun dia tak boleh tidur pun semalam..aku balik dari kubur abah baru lah dia bangun...makan-makan, minum-minum..terus mandikan dia...Lepas mandi siap-siap nak gi festival Asyura..waktu ni dah nampak dia ngantuk tapi tak tidur pun dalam kereta..lompat2 lagi..tapi sepanjang berada kat padang tu, dia nyer cebik2, dia nyer muncung, dia nyer garu2 kepala, dia nyer rambut,...masyaallah..serabai habis..macam orang tengah tension..ingat nak tidur tapi bila naik kereta nak balik, dia tak tidur pun....

Balik tu leh lagi dia main2 dulu...ish-ish...tapi tak lama pas tu dia tidur..lama la jugak..sempat aku memasak dan mengemas rumah mak..Bila mak balik, kami nak makan2, dia bangun lak..biasa la, kalau dah bangun, kena la layan dia makan..main-main..sampai kami pun penat...dia lak macam tak penat...

Petang lepas aku mandikan dia, mak aku bawa dia gi jalan2 depan rumah..menangis bila M.Engku depan rumah aku tu nak ambik dia..belum ambik lagi, baru je cakap.."Laa...sama ngan Fizah watu kecik2 dulu"..of coz la, dia kan Norhanafizah junior...

Sian dia mak bawa dia naik motor lak jalan2 ngan adik. Menangis lagi bila M.De & Anura nak ambik dia...mak terus balik, bila balik elok je dia diam...siap P.De datang beli barang dia boleh tegur lak..pada hal tadi kat rumah orang tu dia bantai melalak...buat malu mama je Aisy ni...

Cerita yang ni paling aku suka..malam tu lepak2 sambil tengok tv..Aisy biasa la baca buku animal dia la..Adik aku saje je nak tunjuk2 kat dia tapi dia nyer kedekut, mana nak bagi buku tu kat orang lain...adik pun sorokkan buku bawah badan..Aisy dia cari tak jumpa..dia jerit..."Ah..ah...ah"..cari2 lagi..jerit lagi..cari2...jerit lagi...buku tu memang tak de kat situ bila De lak ambik sorok bawah bantal. Tak nak tengok dia marah, mak suruh bagi je buku tu..so letak tepi aku...dia tak nak ko..dia ingat buku lain..dia cari2 lagi kat bawah badan adik...sambil jerit2...mak marah kitorang la usik dia..lastly kitorang letak balik buku tu bawah adik & dia jumpa..bila jumpa dia terus merangkak gi kat abah dia..merajuk la tu..terus tak datang dah kat kitaorang ni.....

Sunday, 26 Dec 2010

Hari ni Aisy macam biasa je..tak de apa pun yang menarik...tapi dia nyer manja, tak tahu lah nak cakap macamana..sebelum balik tu minum susu dengan C.Su dia bukan main lama lagi..hisap lambat2..tak nak balik agaknya...

Sepanjang jalan yang jam tu dia leh bantai tidor je...lenguh aku pangku kepala dia yang dah berat tu...sampai je rumah rehat2 dulu sebelum layan bola..layan si kecik makan la..bila dah start Malaysia gol, aku ngan husband memang jerit, tapi husband aku pi lambung budak tu..dia nyer terkejut..senyap je dia tengok mama & abah dia menjerit macam orang kena histeria..sian Aisy, berapa kali kena lambung aku pun tak tau ngan husband aku sampai diam terkedu...

Monday, 27 Dec 2010

Pagi tadi menghantar Aisy bersama husband ke nursery..sama2 hantar ke muka pintu..waktu tu Aisy dah menangis kerana sudah 2 hari bersama mama...petang nanti mama ambik ok..jangan nangis2 ye sayang...

No comments:

Post a Comment