Friday, December 10, 2010

Aku sakit tekak..huhuhu...

Dah lama tak sakit..ini bermakna dah lama Allah tak menguji aku dengan kesakitan..ini bermakna juga dah lama juga dosa2 aku tak dihapuskan..huhuhu..kali terakhir merasa kesakitan adalah di bilik bersalin pada 18&19 March hari tu..hampir 2 hari mengalami kesakitan yang amat sangat untuk melahirkan Aisy..

Hari ini aku diduga lagi dengan kesakitan..mula dengan malam tadi lagi aku sudah merasa kesejukan yang amat sangat..walaupun kipas hanya dibuka dengan volume 1, tapi aku menggigil kesejukan. Husband aku juga menegur aku kerana aku lah hantu kipas & aircond kat rumah tu..kipas mesti pasang yang paling tinggi volume tak kisah la kat mana pun, aircond pun jugak..mesti letak suhu yang paling sejuk sekali tak kisah la di rumah atau di office..

Akhirnya pagi tadi aku bangun dalam keadaan kepala yang sakit, segala sendi2 aku juga sakit, tekak tak payah kata la..tapi aku gagahkan jugak kaki melangkah ke office..hilang selera makan...tapi aku cuba juga bertahan sehingga pukul 6.00 untuk pulang...sebaik sahaja ambik aisy di nursery, aku terus pulang dan berehat..sakit kepala yang teramat sangat..terasa tak boleh jejak kaki ke lantai kerana kaki akan merasa kebas...aku cuma bimbang jika aku disahkan demam chikugunya macam husband aku hari tu..langsung tak boleh bergerak...

Bila husband aku pulang, aku rasa beban akan sikit berkurangan coz mengharapkan dia dapat menjaga Aisy kerana aku betul2 dah tak mampu untuk bergerak...tapi telahan aku tersasar...husband aku hanya bermain dengan Aisy hanya sekejap..memang tak boleh harap betul la laki aku ni...sebab nak masak, dia lepaskan aisy tanpa pengawasan..walaupun tak larat tapi aku gagahkan juga mengawasi aisy..keadaan agak sukar sikit coz walker dia tertinggal kat kampung..

Sudahnya, bila aku mandi, husband aku tidurkan Aisy..aku tak suka cara husband aku jaga aisy..kalau dia tak larat nak main2, dia akan sedaya upaya menidurkan aisy..kesian Aisy..dia hanya punya masa berjump[a dengan ibu & bapanya hanya 5 jam sebelum dia tidur..apa salahnya jika dia ingin manfaatkan masa yang dia ada dengan bermain....

Bila dah mandi rasa cam ok sikit tapi kepala serabut tengok dapur berselerak..aku tak suka betul husband aku memasak, mesti habis kotor semua dapur, sinki dan kabinet dapur...sakit mata punya pasal, aku kemas jugak..bila aku dah tak larat, aku cuba berbaring dan ketika itu juga lah Aisy bangun...tapi sebab dia tengok aku baring sebelah dia, dia menyambung tidurnya semula...

Sedar2 je Aisy tengah menajat badan aku, waktu tu juga rumah aku gelap gelita..husband aku tengok dah membuta di seblah aku..ish2..teruk betul dia ni...asyik membuta je kerja dia..sudahnya, aku juga yang berjaga dan bermain dengan Aisy sehingga pukul 1.00 pagi...layan aje pun karenah dia...penat nanti, dia mesti tidur..tapi sejak dua menjak ni, lena Aisy sering terganggu di tengah malam..dia akan terbangun setelah 2 jam tidur sambil menangis2..semua pun tak kena..dia hanya nak berdukung dan berjalan...apa kena la dengan anak mama ni..cuma berharap Aisy sihat..biar lah mama menanggung segala kesakitan kerana mama tak sanggup nak lihat Aisy sakit...dan yang paling penting, mama tak sanggup nak kehilangan Aisy...

No comments:

Post a Comment