Tuesday, December 7, 2010

Penghijrahan 1 Muharram...

Dah lama rasanya tak update blog..baru sahaja minggu lepas aku berjaya post kan semua draft yang ada dalam blog ni..untuk Dec ni langsung tak de entry lagi..betul2 dihambat masa..

1 Muharram detik permulaan..penghijrahan Nabi dan umat Islam..dari Kota Mekah ke Kota Madinah...ni bait2 lirik waktu sekolah menengah yang wajib kitorang hafal...coz tiap2 tahun pun mesti ada pertandingan nasyid kat asrama aku...

Aku bukan nak cerita pasal aku mahu pun Aisy dalam entry kali ni..tapi abang aku..satu penghijrahan buat abang aku..kalau sebelum ni hidup dia asyik dengan bertukar girlfriend, hari ni tamat la sudah episod buaya darat buat abang aku..ye la, umur pun 30 tahun...mesti la kena fikir tentang family kan...

So, sesuai sangat dengan tarikh hari ni, dengan rasminya abang aku dah ada yang special a.k.a bakal isteri la..welcome to deqjayahya @ herniza yahya @ k.niza to our family...petang tadi selamat la upacara menghantar tanda iaitu merisik k.niza..kami satu family pergi sana..patutnya sebuah kereta je pergi tapi kami pergi 3 biji kereta...ramai tak?


Rombongan yang baru sampai tapi waktu ni semua orang usik Aisy yang baru jumpa ibunya

Majlis perbincangan antara Pak Cu & Pok De dengan ayah & abang ipar K.Niza

Cincin tanda

Dari kiri : Mak, Mak Ngah, K.Niza, Mak K.Niza

Jamuan makan, minum petang..sedap la tat tu...

Aisy & mamanya la....

Tiga beradik perempuan : Aku, adik & De

Aisy dan abahnya la........

Hehehe..semua pun sebab nak kenal dengan family k.niza...upacara ni buat kat rumah kakak dia kat Shah Alam Seksyen 7, mak dan ayah asal Klang...tapi dah dok situ bila kakak dia beli rumah...bila aku pergi sana, rasa macam nak beli je rumah kat sana..semua rumah teres...tapi macamana lak dengan kerja aku..kecuali aku rela berulang jauh sikit....

Tengok, aku dah melalut cerita pasal rumah lak..tapi dah habis pun cerita merisik ni...buat sekian kalinya juga kami singgah di masjid shah alam yang terlalu lama kami tak pergi...dulu kecik2 selalu lah pergi, dah besar ni tak pergi pun kat sana..tapi ada last aku pergi waktu praktikal kat KL tahun 2003, jalan2 ngan brother2 aku...lepak2 hujung minggu...ronda2 dan makan2...maklum la, aku seorang je adik brother2 aku..rindu lak kat mereka...harap akan jumpa mereka lagi suatu hari nanti...

Selepas acara merisik, aku,husband & Aisy terus balik rumah kami, De & Abang terus ke Pandan Indah dan Adik, Mak, Mak Ngah, Pak Cu (Ketua Kampung) & Pok De (Imam Kampung) terus balik ke Pahang...

Nak cerita pasal Aisy lagi..lain lak tengok dia, baru tak jumpa dia 2 hari, dah berubah..anak mama dah besar...sewaktu on the way ke rumah K.Niza, Aisy tersedar dari tidur dan memang hobi dia berdiri di belakang untuk melihat kereta di belakang...sampai di satu traffic light, dia baru perasan kereta aku di belakang kereta Adik, apa lagi, menangis la dia nak lompat dari kereta tu..hehehe..kelakar la Aisy ni...sudahnya, bila dah sampai rumah k.Niza, langsung dia tak nak kat orang lain..rindu mama dia agaknya..

Berbalik balik cerita merisik, rasanya tak ada majlis pertunangan coz rasanya akak ni nak buat macam aku, bertunang sebelum nikah..mungkin juga akan dilangsungkan pada September 2011..belum decide sepenuhnya...Anyway, congrates buat abang dan k.niza..akhirnya abang bertemu jodoh juga...semoga korang kekal ke jinjang pelamin...amin......................



No comments:

Post a Comment