Friday, November 26, 2010

Rindu Terubat......

Hari ini aku pulang awal dari tempat kerja kerana perlu menghantar dokumen ke rumah runner office aku di Kuala Ampang..rumah dia on the way je balik dari office aku..tapi dah boss bagi balik awal, aku on je...

Pukul 5.00 je dah sampai kat Bandar Sri Damansara...hari ni ambik Aisy cepat sikit..biasanya mesti kul 7.00 baru la aku sampai rumah...

Baru je berehat kat rumah tengok ada miss call dari no. handphone adik..aku pun saje je call dia balik..tup tup mak jawab kata dah sampai Bentong..nak tidur KL malam ni...

Rumah aku bukannya ada banyak lauk stand by pun coz tak slalu masak dan aku tak suka memasak...kelam kabut turun ke kedai runcit dalam cuaca gelap2 nak hujan ni...

Alhamdulillah...7.30 malam mak dan adik selamat sampai ke rumah aku dalam hujan lebat lak tu. Dalam ramai2 yang berkumpul, suami aku terpaksa bekerja di malam hari untuk memastikan pemasangan Unifi di kawasan Damansara dapat digunakan pada keesokan harinya...

No comments:

Post a Comment