Friday, April 29, 2011

Renew Insurance & Roadtax Guna MYEG

Ni first time aku renew insurance ngan roadtax guna MYEG...sebelum ni aku selalu contact agent tempat aku beli kereta je..dia tolong settle kan semua janji bayar je duit...

Bila aku dah miliki geran Gen2 aku sendiri dan pengalaman pertama pergi renew sendiri, aku banyak dapat pengurangan dari segi jumlah wang yang perlu dibayar. Sebelum ni Gen2 pun guna agent, tu yang rasa better nak buat sendiri je lepas dapat quotation dari agent tu yang terlalu lah mahal.

Nak tunggu notice renewal lambat sangat, nak telefon bank pun malas nak pi ambik geran sendiri. So aku try google renew guna MYEG. Lagi pun kat salinan geran aku ada printed tulis MYEG, tu yang aku try jugak...rupanya ramai gak bloggers guna MYEG ni...so aku pun try la since aku dah lama ada account ngan MYEG ni coz selalu check saman kot-kot ada...

Mula-mula klik kat dia nyer website tu, tapi macam tak confident, so aku pun telefon lah dia nyer operator tu kan...bermulalah perbualan dengan operator MYEG yang namanya Megat tu..baik sungguh budak ni...

Step-step renew ngan MYEG.
1. Call la no contact us pasti diorang layan korang ngan baik sekali.

2. Dia mintak detail owner kenderaan dan kenderaan sekali. Kalau tak tau nak suminsured berapa pun dia boleh tolong check ikut market price.

3. Pastu dia pun email quotation, aku dapat 2..yang ada windscreen cover ngan yang tak cover.

4. Bila kita dah pilih nak yang mana, kat link dia bagi tu, kita view, puas hati then ada button proceed to pay..klik je lah, apa lagi...

5. Sampai step sini, korang leh pilih nak guna kad kredit atau FPX. Aku mana ada card credit, orang "kaya" kan...mestilah guna online banking je (FPX ni boleh pilih nak guna maybank ke, cimb ke, dan lain-lain lah..)

6. Step yang ni macam biasa kita buat online banking nyer payment la..mesti kena request TAC no dulu baru leh proceed...bila dah lengkap, just proceed je..dah settle...jangan lupa print dan fax ye ke MYEG

7. Tak lama lepas korang bayar je, terus ada orang MYEG ni telefon. dalam case aku ni, budak Megat ni rajin tul wat follw up..terus dia email untuk dapat detail nak buat delivery.

8. Reply lah email korang dan sekejap pastu dia telefon lagi nak confirm..dalam case aku, budak Megat ni rupanya jiran Blok rumah aku je..aku tinggal blok D, dia blok H, so dia suruh pilih nak delivery ke nak ambik dari dia je..aku pun decide lah ambik dari dia je lah...boleh kenal-kenal kan...

Ok, tamat sudah aku nyer satu perkara..sehingga bulan May ni, semua hutang-hutang, semua insurance-insurance dah settle...start June aku dah lega sikit....tapi C.De nak pergi Langkawi lak..pokai lagi lah aku

1 comment:

  1. http://www.roadtaxmyeg.com/

    Masih ramai yang tidak tahu bagaimana ingin melekat atau menampal roadtax di cermin kereta. Perkara seumpama ini dianggap mudah tetapi jikalau tidak buat dengan berhati hati mungkin akan menyebabkan cermin kenderaan anda bercalar.

    Anda pasti ingin tahu bagaimana cara pasang cukai jalan dan tampal terus ke cermin kenderaan anda. Anda sebagai pemilik kereta pasti ingin dapatkan solusi yang terbaik untuk memasang cukai jalan JPJ demi kenderaan kesayangan anda.

    Sebelum itu baca dahulu arahan oleh JPJ mengenai pemasangan Cukai Jalan.

    Arahan JPJ Untuk Pasang Cukai Jalan

    1) LKM mengandungi ciri-ciri keselamatan. Sila tanggalkan dengan cermat.
    2) Sila lekatkan LKM di sudut bawah di sebelah kiri cermin hadapan kenderaan anda.
    3) Sila lekatkan LKM dengan teliti supaya ia melekat kepada cermin dengan sempurna.
    LKM akan rosak jika cuba ditanggalkan atau diganggu usik.

    ReplyDelete