Thursday, April 21, 2011

Budak Kecik Yang Rajin

Asyik cerita tentang Aisy je sekarang ni..maklum lah, dia dah makin besar..sudah 13 bulan gitu...dah banyak benda dia tau buat..dan nak rajin buat...lebih ke arah seorang budak gugirl yang rajin gitu...hope rajin dia tu sampai ke besar la kan..jangan sekarang je rajin, nanti dah besar malas-malas lak..jangan begitu ye dik...

Malam tadi tak pernah-pernah dia menyapu sampah kat rumah, entah angin apa dia menyapu lak..terkejut gak aku bila dia ambik penyapu kat dapur tu datang kat ruang tamu. Rupanya dia nak sapu kerepek pisang yang dia makan tu..ada la jatuh dua keping atas carpet...

Video rakaman aksi dia menyapu ni ada tapi tak boleh lak buka folder tu kat pc. Nanti dah godam dan boleh aupload, aku upload.
Bukan setakat menyapu je, sekarang ni sungguh rajin dia mengelap lantai. Suka benar dengan kain buruk tu..kita tak nak la bagi kain buruk kat dia, ganti ngan kain baru suruh dia lap lantai...tapi dia tak nak..dia nak jugak kain buruk tu...

Gaya dia lap lantai pun macam orang dah besar...tertonggeng-tonggeng tolak kain atas lantai nak lap lantai yang kotor. Aksi ni je tak sempat nak rakam coz waktu tu kat rumah mak kat kampung...kat rumah aku pun selalu dia lap lantai tapi tak la sampai tertonggeng-tonggeng tolak kain tu...just duduk satu tempat dan hanya tangan yang bergerak kiri kanan lap lantai....

Jemur baju jugak rajin budak kecik ni. Pantang jumpa hanger atau dia paling suka penyangkut baju yang bulat yang selalu jemur baju baby tu...mula lah dia kutip baju-baju dia jemur kat penyangkut tu. Pada hal kita dah nak lipat baju tu, dia lak rajin nak jemur semula.

Hari Ahad tu pulak, waktu makcik aku dah balik, ntah apa yang Aisy main..macam main masak-masak tapi kurang pasti coz just ada satu mangkuk dan satu sudu. Sudu tu la dia buat macam goreng-goreng...pastu aku saje je cakap, "Aisy, bagi mama RM1.00". Dia senduk guna sudu dan bagi guna tangan dia kat tangan aku...pastu  adik-adik dan mak aku pun joint sekali layan dia buka restaurant...nasib baik dia tak pandai mintak duit kan..kalau tak, dia mesti mintak duit bila dah bagi 'makanan' yang dia masak tu...

Dalam rajin dia, dia sangat pemurah dengan makanan. Walau sedikit sekalipun, dia akan bagi kalau kita mintak. Makcik aku nak test dia hari Ahad tu, dan betul-betul Aisy sangat pemurah. Apa sahaja makanan dia akan kongsi. Tidak kedekut bab makanan ni...

No comments:

Post a Comment