Thursday, April 7, 2011

Aisy Diserang Batuk Lelah

Hanya batuk lelah bukan diserang lelah / asma. Semalam ambik keputusan bawa Aisy ke klinik coz hampir seminggu batuk tidak juga sembuh. Tambah lak abah dia juga diserang demam. Bawa dua orang sekali pergi klinik. Sampai orang kat kaunter klinik tu tegur la, "anak ngan bapak sakit, mak jugak yang sihat". Alhamdulillah...aku masih lagi bionic woman...tak pun iron woman..tak pun supersonic woman dalam kesihatan ni...syukur sangat-sangat.

Bila tiba giliran Aisy dan abah dia masuk, Aisy seolah-olah tidak takut langsung dengan doc tu...kalau sebelum ni aku bertemu dengan Doc. Arifin tu, bukan main lagi anak mama ni behave sangat-sangat. Diam je..malu-malu pun ada...mentang-mentang la doc tu handsome gile, anak mama pun dah pandai teruja macam mama dia ye...hehehe

Semalam doc Arifin tak ada, yang ada cuma doc India perempuan yang sedikit berusia dan sangat fasih berbahasa Melayu. Aku pun tak sempat nak tanya nama doc tu apa. Tapi aku suka la cara doc tu tanya dan bagi penerangan kat aku...

Setelah melihat kesan luka hasil garuan Aisy disebabkan rasa gatal di lengan dan leher Aisy, doc terus tanya sama ada dalam family ada yang asma / alergic / resdung. Dalam family husband aku, aku tak tahu. Dia pun tak buka mulut kerana aku pasti dia sendiri tidak tahu tentang adik beradik atau tentang dirinya sendiri. Terus aku memberitahu yang adik aku mempunyai resdung yang sangat teruk dan terus membawa kepada alergic.

Selepas membuat pemeriksaan pada Aisy, ternyata Aisy berada di dalam keadaan yang sangat sihat. Batuk yang dialami Aisy sikit pun tidak menganggu paru-paru mahupun pernafasan budak kecik tu. So, doc tu just buat kesimpulan Aisy bukan lelah tapi batuk lelah yang mana ianya datang disebabkan alergic/ resdung atau asma. Disebabkan batuk berkahak itu juga telah memberikan kesan gatal-gatal pada kulitnya. Doc nasihatkan elakkan diberikan vitagen, orange juice dan seangkatan dengannya.

Doc cuba untuk menimbang berat Aisy kerana bimbang dengan kesihatannya, tapi Aisy langsung tak berikan kerjasama. Kalau berat sewaktu timbang di klinik tiga minggu lepas 9.6 kg, dalam memberontak tu sempat lagi melihat berat Aisy agak menurun sedikit kepada 9.4 kg..tapi tak begitu jelas kerana dia sangat tak suka dengan doc perempuan...hahaha..

Budak kecik tu sangat pandai, terus aje mintak keluar dari bilik doc. Dia takut doc tu periksa dia dengan banyak la tu...Yang paling best, bila kami balik je ke rumah, dia sendiri yang nak makan ubat tu. Bukan main suka lagi dia makan ubat tu. So, alhamdulillah. Ada chance nak habiskan ubat kali ni. Semoga Aisy cepat sembuh. Kesian sungguh anak mama yang cute ni....

Note : Kebetulan waktu nak ambil ubat aku terperasan ada satu brochure bukan semestinya cauliflower tu baik untuk kesihatan. Malah punca kepada cancer. Tak sempat ambik nak bawa balik. Cuma kena google cari info ni. 

No comments:

Post a Comment