Tuesday, April 5, 2011

Kembali Ke Nursery Selepas 5 Hari Di Rumah

5 hari di rumah? Akukah yang bercuti itu?...oh tidak..aku hanya berada di rumah weekend sahaja..Yang 3 hari tu sebab Tokma Aisy ada di rumah aku.

Kebetulan Rabu lepas abang aku pulang ke kampung untuk mencuba dan memilih pelamin dan baju2, malam tu mak aku decide nak ikut abang ke KL dan stay aje kat rumah aku. Kebetulan jugak Aisy demam selepas menerima imunisasi tiga serangkai di usia setahun dua minggu lepas...tapi bila mak aku datang Rabu tu Aisy dah tak demam...kan sebelum ni aku ada buat entry mintak main kat taman, waktu tu dah baik demam pun..cuma manja je lebih sikit...

Bukan main seronok lagi dia dok kat rumah dia..Hari Khamis uncle ady & aunty Niza, C. Su ada layan dia. Bila nak bawa jalan-jalan je, dia tertidur lak...penat sangat bermain..pastu asyik makan je..Tokma dia rajin masak...


Step 1 : Cuba untuk bangun

Step 2 : Cuba imbang badan

Step 3: Cuba untuk melangkah

Step 4 : Berhenti coz ada halangan di kaki

Step 5 : Posing dulu dengan lens baru uncle

Step 6: Eh!!!Dah sampai dan nak patah balik dah

Imbang badan dulu sebelum jalan lagi

Dah penat belajar berjalan

Tengah syok layan lagu Satu Malaysia
Kita satu bangsa, kita satu negara, kita satu matlamat oooo
Kita satu bangsa, satu negara, kita satu Malaysia....

Cuba bangun nak menari lak....

Seronok dengar Tokma nyanyi lagu Satu Malaysia lagi...

Jumaat lak C.De dia datang main-main lak ngan dia. Memang seronok la dia. Tambah lak dia tengah bertatih. Dah tak nak merangkak. Jatuh pun tak pe, janji nak jalan. Tak nak merangkak-rangkak dah. Yang penatnya kitorang lah..asyik nak kejar dia je...

Bila tiba hari ni, Tokma dia dah nak balik kampung, terpaksa lah hantar Aisy ke nursery...bukan main menangis lagi dia. Ingatkan dia ok coz mula-mula naik kereta macam biasa je. Tetap nak duduk ngan aku sambil drive kereta, tak nak dah duduk dalam carseat dia. Tapi bila dah sampai depan pintu nursery, menangis tak hengat...

Selalunya bila aku masuk, dia akan senyap tapi tadi menangis jugak lagi..lebih 15 minit duduk teman dia tapi tak nak gak berhenti nangis, aku blah je la..nanti lambat lak aku ke office...sampai dengar lah suara raungan budak kecik tu...tapi harap-harap dia ok la nanti...tak sabar nak balik ambik dia..mesti dia dah tak sabar nak balik....

Sempat lagi dia mengajak aku ke taman permainan waktu nak hantar dia pagi tadi bila kami melintasi kawasan permainan tu. Nasib baik dia budak kecik yang tak pandai memberontak, masih lagi boleh dipujuk dengan mengatakan petang nanti kita pergi ye....

No comments:

Post a Comment