Thursday, April 28, 2011

Isteriku Zulaikha

Dah lama tak layan cerita Melayu yang sedih-sedih dan sangat terkesan dalam  hati..sape layan gak cerita ni kat TV9 malam tadi?

Sungguh terkesan kat hati cerita ni..ada ke perempuan yang sebaik Zulaikha tu? Aku rasa ramai yang akan serang je perempuan lain kalau nampak suami kita bercerekama dengan perempuan lain..tapi Zulaikha ni aku respect gila..boleh rileks je tengok husband bercinta dengan perempuan lain. Sampai plan ngan mak mertua nak satukan husband ngan kekasih lama gitu....

Aku paling sedih part-part akhir tu..terutama surat yang Zulaikha tulis untuk husband dia tu..rupa-rupanya dia adalah "Adik" waktu kecik tu...bukannya "Adik" lakonan Sharifah Amani tu...


Khiriah sebagai Zulaikha

Sharifah Amani sebagai Adik

Ungku Ismail sebagai Abang

Semua pic dari google

Yang best gak part si husband tu dok cerita kisah dia kat Zul Handy Black tu..aku suka ayat Zul tu "Kalau suatu hari nanti kau dah lepaskan Zulaikha, kau beritahu aku"..lebih kurang macam ni lah...terkejut si lelaki tu dengar dan pelik jugak kenapa...rupanya si Zul ni nak peristerikan Zulaikha kerana sudah jatuh cinta buat kali pertama...ayat sweet gila..aku suka...

Waktu kesat-kesat air mata tu tu sempat lah husband aku perli-perli aku..
"Adik, mama adik dah berdrama dah tu"...tu je ayat dia kuar cakap ngan Aisy...
"Sedih lah cerita ni.." aku...
"Em, memang sedih pun cerita ni..tapi takkan abang nak nangis lak." jawapan best husband aku...

Note : Lepas layan nangis, layan menari lak kat 8TV. Paling syok Aisy lah, dia menari ikut budak-budak tu menari. Macam dah besar sangat siap nak buat aksi akrobatik

No comments:

Post a Comment