Wednesday, October 6, 2010

Pengasuh Oh Pengasuh

Huhuhu..kat mana aku nak cari baby sitter ni..sian aisy..tak de orang nak jaga...

Sakit betul hati aku bila orang komplen anak aku susah sangat nak jaga..memang aisy banyak ragam tapi dia senang sangat nak jaga..pagi2 tidur je dia..petang main2..tapi kul 3.00 - 5.oo mesti tidur semula...tu pun susah ke nak jaga...banyak lagi ke ragam dia...










Aksi Aisy kat Klinik Samuel..Batuk yang berterusan, alhamdulillah Aisy sihat cuma tekak membengkak

Salah kah aisy kalau dia nak minum susu suam je..salah kah aisy nak makan sambil duduk..salah kah aisy nak mandi dengan air suam...salah kah aisy mintak didukung sekejap...salah kah aisy berguling-guling..salah kah aisy kalau dia nak bergurau senda sekejap..salah kah aisy kalau dia nak sedikit perhatian...

Semua ini menjadi rungutan baby sitter sekarang dan dia ambik keputusan untuk tak lagi menjaga aisy...bila aku bersuara memesan sesuatu dikatanya aku cerewet..aku bukan cerewet tapi aku nak yang terbaik untuk anak aku..bila kelantangan suara dan dengan mendabik dada kau berkata kau boleh menjaga baby dengan baik dan yang paling terbaik di dunia ini..tiada insan lain dapat menandingi kehebatan yang kau ada...dengan itu juga kau demand harga untuk jaga aisy..no hal bagi aku asalkan apa yang biasa aku buat kau mesti buat untuk aisy jugak setimpal dengan demand kau yang terlalu tinggi...

Sekarang sebab aisy dah besar,perlukan sedikit perhatian dan tidak seperti dulu yang hanya terbaring dan hanya menangis bila lapar...kau mula merungut aisy banyak ragam..katakan saja kau tak cukup masa untuk beri perhatian kepada aisy..kerana masa kau untuk mengajar mengaji anak-anak lain terbatas, masa untuk kau bermesyuarat dengan kaum-kaum ibu yang tidak bekerja juga terbatas...dan yang penting, katakan saja kau mahukan kerja yang mudah..hanya mengambil wang bila cukup bulan tanpa memerlukan bebas tugas yang berat...

Aisy, mama akan cari kan baby sitter yang terbaik untuk aisy..tak kisah lah dimana pun, jauh atau dekat dari rumah..yang penting aisy dapat perhatian....mama pening kepala..kat mana mama nak letak aisy ni..setakat ini, ni je pilihan yang mama ada..
  1. Hantar Nursery - Mama dan abah dah survey tapi mama tak puasa hati dengan keadaan nursery..aisy akan terbiar..aisy perlukan perhatian...kepala aisy perlu di alas dengan tilam agar tidak tersembam jatuh ke lantai simen..huhuhu..mama masih belum dapat menerima keadaan di nursery..
  2. Bagi Ma Aku - Memang boleh..ni je yang aku percaya..cuma tak larat nak ulang alik raun-kl..penat..nak upah orang lain teman mak malam2, seminggu sekali lak baru jumpa asiy..mana boleh..mama rindu aisy..aisy anak mama..susah macamnapun mama akan jaga aisy..jumpa aisy tiap hari..teman aisy main2 setiap malam sampai 2.00 pagi...
  3. Cari Pembantu Rumah - aku tak berapa suka ada orang kat rumah aku..rumah aku kecik je..itu bukan jadi masalah pada aku tapi aku tak selesa...lagi satu, aku takut tengok maid sekarang..macam2 kes
  4. Cari Budak Kampung - yang ni memang aku nak cari..tapi ada tak budak kampung aku nak ikut aku dok KL..tapi sama gak macam ada maid..tak suka tol ada org lain kat rumah..no privacy
  5. Baby Sitter Baru - yang ni paling aku harapkan dapat secepat yang mungkin..harap dapat yang baik dan sayang aisy macam cucu or anak sendiri..bukan setakat nak duit je...
P/S : Thanx to K.Yah coz jaga Aisy dgn baik sekali untuk 3hari minggu lepas..

No comments:

Post a Comment