Tuesday, October 26, 2010

Misi Gagal

Korang ingat misi apa yang telah buat aku gagal kali ni?Adakah misi membawa masuk bantuan ke Palestin telah gagal...hehehe..tak de la sampai besar macam tu misi aku..tapi alhamdulillah, viva palestin kita dah selamat sampai kat sana kan...

Berbalik kepada misi gagal yang aku maksudkan...aku gagal pulang ke kampung berdua sahaja dengan Aisy..hehehe..ceritanya macam ni...

Semalam baby sitter Aisy tak dapat jaga dia coz mak dia masuk PPUM..dalam kelam kabut,nak mintak tolong K.Yah tingkat 2,tapi dia sakit pinggang lak..memang betul2 sakit..husband aku decide dia ambik EL hari ni coz aku dh cuti EL 2 hari dalam bulan ni..(1st waktu baby sitter Aisy pi beraya ntah kemana & 2nd waktu Aisy demam 2 minggu lepas)

Petang tu kitorang nekad nak hantar aisy dok kampung ngan mak aku la..tak pe aku berulang dari KL - RAUB, RAUB - KL untuk minggu ni..nak buat macamana kan..lagipun husband aku dah kena outstation ke Terengganu malam ni...untuk mudahkan urusan husband aku akan drive sampai Bentong & drop dia kat sana coz kereta company dia akan pick up dia kat sana je..aku pun confident la boleh bawa Aisy dari bentong ke Lembah Klau..bukan jauh pun..1/2 jam je nak sampai rumah...

Selepas makan malam di Dara Tomyam, kami bergerak ke stesen Petronas berhampiran kilang kertas untuk drop husband aku, waktu tempoh percubaan Aisy ok bila aku berada di hadapan dan dia keseorangan di belakang..bagi dia tak bosan dan rasa keseorangan, aku nyanyi lagu untuk dia..dia suka je..last2 dah nak sampai kat bandar dia dah start menangis...sampai je kat padang Bentong, aku berhentikan kereta coz aisy menagis kuat sangat...aku pujuk dia..ok kejap..aku jalan terus..mnagis lagi..berhenti lak kat petronas..mungkin sebab dia berak kot...cuci2 dan teruskan perjalanan..kali ni seat dia aku dah alihkan ke depan bagi memudahkan aku drive

Sepanjang jalan menangis...aku berhenti lagi di satu kawasan medan selera tinggal selepas dengan kem tentera...aku pegang dia sambil drive...lantak la kena saman pun..dia menangis lagi...berhenti lagi di bahu jalan....berhenti nangis aku jalan lagi...dalam gelap berhampiran sarang burung aku berhenti lagi...aku pun dah tak ingat bila masanya aku letak dia merangkak kat belakang..mungkin waktu berhenti di sarang burung kot...nak sampai ke simpah lebu yang hanya beberapa km je buat aku rasa perjalanan aku terlalu jauh...

Aisy dengan menangis bercucuran air matanya merangkak ke depan..aku panik takut dia terjatuh..sebelah tangan aku pegang stereng kereta, sebelah lagi pegang tangan dia..terhuyung hayang gak coz hari hujan..terlanggar lopak air kereta hilang kawalan..dalam hati hanya berdoa kitorang berdua diindungi dari kemalangan..akhirnya sampai di satu simpang yang berdekatan dengan dewan serbaguna Kg. Lebu,..aku peluk dia...letak balik kat seat di hadapan...berjalan hanya 1km terpakasa menahan hati mendengar Aisy meraung lagi...aku berhenti lagi di dalam gelap kebun sawit...jarak hanya 5km nak sampai ke rumah, tapi aku berhenti lebih dari 5 kali..dengan memasang lampu emergency, aku rasa banyak kereta yang lalu jugak tak berani bertanyakan apa2 takut jika aku ini hanyalah perompak yang menunggu masa...sedangkan aku ibu yang terpaksa menenangkan bayiku yang berumur 7 bulan meraung...

Beberapa kali aku nekad untuk biarkan sahaja Aisy meraung tapi tak sampai hati..aku berhenti jugak..dan akhirnya, perhentian terakhir, aku peluk dia dan sandarkan kepalanya ke bahuku, aku drive dengan sebelah tangan..dalam esakan tangis yang bersisa, Aisy pejamkan mata...sedih hati aku..pilu hati aku..betapa aku telah membuatkan anakku berada dalam ketakutan sebenarnya..

Sampai shaja di rumah mak, jam dah pukul 10.20 malam..aku bertolak dari Bentong tadi pukul 8.15...dua jam aku menempuh kegelapan malam dengan raungan Aisy..huhuhuhu..sumpah,mama tak bawa dah Aisy kalau kita hanya berdua...biar lah apa yang terjadi sekali pun..

Hari ni hati agak tenang sikit coz mak ikut aku pulang ke KL pukul 5.00am tadi..sempat membeli sarapan untuk mak dan tidurkan Aisy yang asyik menangis bila aku tinggalkan dia..Aisy tidur dalam pelukan aku..Sayang Aisy..mama tak tinggal aisy dekat seat lagi lepas ni...mama janji....

No comments:

Post a Comment