Friday, October 8, 2010

Normal Atau Tak?

Pagi tadi aku bangun kul 4.00 lebih coz Aisy merengek lapar..bagi susu dan tidur..hubby lak macam demam je aku tengok..siap muntah-muntah..suruh dia minum air suam je banyak2...

Pukul 5.30 aku terjaga..Aisy ni tidur lasak betul..baru je kul 4.00 lebih tadi tidur sebelah aku, sekarang dah terguling kat kaki aku lak..kasihan dia sejuk agaknya..terkejut aku tengok bantal yang dia tidur penuh dengan susu dan ikan yang aku suapkan malam tadi..mesti dia muntah lagi..tapi lena betul dia tidur

Aku ambik kesempatan tukarkan semua sarung bantal yang terkena muntah..tanggalkan baju aisy yang sedikit basah di bahagian belakang dan lap kan dengan wet wipes..sian dia..tidur dengan lena betul dia...pakai kan baju baru dan susu kan dia..lapar betul dia..habis semua nestum dan susu dia minum..

Teruk kan aku kerana anak muntah pun tak sedar..
Teruk kan aku anak batuk pun aku masih tidur dengan lena..
Teruk kan aku?

P/s : Aisy, mama mintak maaf coz tak jaga Aisy dengan baik..mama janji, pagi tadi adalah yang terakhir..tak ada lagi perkara yang sama kan berlaku..

No comments:

Post a Comment