Thursday, October 27, 2016

Terbanglah Walau Hanya Sebelah Sayap

Walaupun cerita Patahnya Sebelah Sayap dah melabuhkan tirainya, aku masih lagi nak cerita tentang sayap sebelah ni. Hehehe..sangat terkesan di hati cerita ni...

Jalan cerita yang sangat-sangat menarik. Kerana cinta pertama, Alisha sanggup korbankan maruah dia hadapi tuduhan sebagai pembunuh. Tapi apa balasan yang diterima dari kekasih hati, Amzar, hanya cacian. Walau dihina, dicaci, dia bangkit. Tak kisah bekerja sebagai tukang cuci pun janji dapat rezeki yang halal. Tak minta untuk dicintai lelaki lain, tapi kerana cinta dan rasa dendam, dia sekali lagi dihina. Dia tak pernah putus asa, aku suka watak Alisha. Nampak diam, tapi semangat dalam diri dia terlalu membara, dia terlalu berani untuk hadapi hidup. Tapi betul, kalau kita selalu diuji, sampai kita dah tahap tepu dengan ujian, kita akan bangkit melawan semua apa yang ada di depan mata kita.

Amzar, walaupun dia kejam dengan Alisha tapi semua orang tak tahu apa yang ada dalam hati dia. Aku dapat rasa yang dia sebenarnya terlalu menyayangi Alisha sampai ke sudut hati paling dalam. Dia tak pernah nak cari pengganti Alisha dan dia sebenarnya cemburu dengan lelaki lain yang sukakan Alisha. Dia anak yang sangat taat pada ibunya, tak pernah tinggi suara dengan ibunya. Disebabkan itu juga dia terpaksa korbankan cintanya pada Alisha, sebab menjaga hati ibunya.

Khuzairi, cinta dan dendam. Bila kita rasa cinta, buang saje la rasa dendam, marah, benci. Semua tu tak baik pun untuk kita simpan. Macam aku dengar kuliah agama Ustaz Ahmad Dusuki tu, dia kata kalau kita ada rasa dendam, marah, benci semua tu akan melambatkan proses hitungan kita di akhirat saje. Kenapa kita perlu melambatkan setelah lama kita menunggu giliran untuk dihisab? Percayalah, cinta, kasih dan sayang itu adalah sangat indah.

Bercerita tentang PSB ni, bukan aku je penunggu setia pukul 10.00 malam setiap Isnin - Rabu, tapi semua ahli dalam rumah aku. Rizal sampai tak pergi training bola waktu malam. Amsyar siap bawa bantal baring depan tv. Aisy dan Amni selagi tak alih TV3 lagi tu diorang bising sebab rumah aku jam awal 15 minit. So diorang ingat aku tak nak tengok cerita tu. Paling win Amsyar la, dia akan tanya "Mama tak sedih?". Aloloolo..takkan la mama asyik nak nangis, ada masa mama nak senyum jugak bab sweet2 Khuzairi & Alisha tu.

Tapi betul la, bila patahnya sebelah sayap tak bererti kita tak boleh terbang lagi. Jangan cepat mengalah, bangun dan bangkitlah, kuatkan semangat pasti kita akan boleh terbang. Mana tau, dengan sebelah sayap kita boleh terbang lagi tinggi dari dua sayap kan. Jom, kita terbang sama-sama...

No comments:

Post a Comment