Friday, October 7, 2016

Amni Turn 5

Salam..

03 Oktober lepas umur Amni genap dah 5 tahun. Almhamdulillah, dipanjangkan usia budak kecik ni supaya aku boleh lagi memeluk dan mencium dia setiap hari. Syukur di atas rezeki yang Kau pinjamkan sementara ini.



Disebabkan birthday dia jatuh di saat kita umat Islam menyambut Maal Hijrah / Awal Muharram, adik-adik aku decide celebrate birthday dia sekali dengan jemputan bacaan yassin wanita di kampung mak aku. Ni semua kawan-kawan mak aku je yang datang.



Majlis bermula start pukul 3.00 petang dengan bacaan yassin dan seterusnya selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Sedih, rasa terharu pulak bila sebut nama Rasul kita ni. Sejak mengikuti kuliah-kuliah agama, rasa sangat kasih dan sayang dia pada umatnya, aku pulak rasa macam jatuh cinta.







Lepas tu acara potong kek untuk birthday girl. Tapi kalau dah namanya birthday, tak sah kalau bukan Aisy menyambutnya sekali.



Terpaksa tau beli kek untuk dia juga kalau tak nak dia mengamuk tiga hari tiga malam.



Nasib ada anak 3 je dan yang satu lagi birthday dia sama ngan kakak Aisy, kalau tak birthday Aisy sambut 3 kali setahun.



Menu petang tu hanya mee kari, nasi impit, roti jala, bubur jagung. Minum petang je kan.



Jom baca story sikit pasal Amni sekarang ni.
 

Sejak class teacher dia dari 4 years tu berhenti bulan Julai hari tu, dan digantikan pula dengan teacher lelaki, seminggu dia tak ke sekolah. Lepas tu pergi jugak tapi dia kata nak kelas Teacher Zulaikha la (another class for 5 years). Ok, fine..kita ikut je dia

Dua hari masuk kelas Teacher Zu, dia tak nak pergi sekolah jugak lagi. Tau je la perangai Amni ni. Dia bukan boleh bertanya, bukan nak jawab pun. Tanya la macamana cara pun tetap takkan jawab punya. Macam kan ada emas dalam mulut dia tau.

Pujuk punya pujuk terutama Teacher Aniza (class teacher Aisy), dia nak pergi sekolah. Tapi hari-hari dia menangis. Lama dah sikit dah macam ok tak nangis dah tapi nak mama hantar sampai dalam kelas.

One day, teacher Zu ni dukung je dia masuk kelas atas sebab dah 2 months dia duduk kelas Aisy. Start hari tu dia menangis balik pagi2. Sampai la hari ni.

Plan nak buat birthday dia kat sekolah pun macam dah tak de mood. Ye la, dia bukan ada kelas pun. 

Amni ni aku risaukan dia macamana la nak sekolah rendah nanti kalau tak boleh terima lelaki dalam hidup kan. Kalau dulu malu kat teacher Azeem je, sekarang malu kat lelaki terbawa-bawa sampai ke rumah. Nak minta apa-apa pun dah malu nak cakap dengan abah dia. Dah parah aku rasa dia ni..tak tahu nak buat macamana.

Harap-harap bila umur dia dah cukup 5 tahun ni, dia dah boleh berfikir lebih rasional sikit. Dulu ye la, baru 4 tahun, sekarang dah 5 tahun. Ada setahun je lagi nak hantar dia ke sekolah rendah. Kalau dia tak nak cikgu lelaki, sekolah mana aku nak hantar dia.

Walaupun dia banyak tak masuk kelas, dia masih lagi on track bab membaca, menulis, menghafal tu. Terutama Iqra' tu aku tengok dia sangat pandai.

Suka dengan dia ni, ada satu malam tu kami berdua tak boleh tidur sebab tertidur lepas Maghrib. Jam dah pukul 1.00 pagi tapi kami berdua terkebil-kebil lagi dalam bilik. Aku bangun ambil air sembahyang, sembahyang je la. 

Lepas aku bagi salam je, Amni datang bawa Muqaddam. Dia kata nak mengaji. Tengah-tengah malam tu aku mengajar dia mengaji dan baca surah-surah pendek dalam muqaddam tu. 

Alhamdulillah, lepas selesai aku bacakan surah Al-Mulk tu, kami berdua boleh tidur. Sungguh indah rupanya kalau kita habiskan masa malam kita dengan bertafakur. Bila lah boleh jadikan semua ni satu rutin....  

Amni,

Selamat hari lahir sayang..Mama sayang Amni sepenuh jiwa. Garang dan marah bukan tak sayang tau, sebab sayang lah mama marah. Tapi mama tak pandai nak pujuk balik bila dah marah kan!!! Mama tak pandai memujuk dan merayu, harap bila Amni besar nanti, Amni akan faham. Semoga Amni jadi anak yang solehah, selamat dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment