Friday, June 14, 2013

Lima Tahun Dulu.....

Saje nak sambung entry kelmarin...tengah rajin nak update blog coz banyak sangat yang tak update dan dah lama sangat tak update.

Entry ni hanya sekadar untuk ingatan aku terhadap arwah abah yang sangat-sangat aku rindu. Mana lah tahu lima tahun lagi aku dah nyanyuk..at least aku ada tempat yang boleh aku baca untuk aku ingat semula apa yang jadi 10 tahun dulu...

Insyaallah, selagi hayat dikandung badan dan diizinkanNya, aku harap memori ni akan terpahat kat hati aku selamanya. Memori paling indah dan paling pahit dalam hidup aku.

Jom layan apa rentetan peristiwa lima tahun dulu.

Hingga ke saat-saat akhir untuk majlis perkahwinan aku, aku masih lagi tidak menerima kelulusan dari pejabat agama. Puncanya wali...

Abah diserang strok kali kedua yang menyebabkan dia tak boleh berkata-kata. Kami pun tak tahu yang dia faham ke tak faham. Tapi aku tahu dia sangat faham apa yang kita cakap dengan dia cuma dia nak balas cakap dengan kita tak boleh.

So, dalam borang first submit orang pejabat agama suruh letak nama abang aku, tapi jurunikah kata ayah masih ada kenapa letak nama abang.

Atas sebab-sebab ni, aku terpaksa la bawa abah pergi rumah jurunikah. Aku ingat lagi, pergi lepas Isyak rumah jurunikah tu. Adik aku cakap hari tu nak bawa. tapi dia tak nak pergi. Nak tunggu aku jugak yang bawa dia. Bila jurunikah tu tanya-tanya dia, dia angguk tanda faham. So, jurunikah tu decide letak nama abah aku sebagai wali.

Alhamdulillah, seminggu je sebelum majlis baru dapat kelulusan.

30.05.2008, Jumaat
Aku selamat dijabkabulkan dengan suami aku. Lepas tanggungjawab dia pada aku. Waktu majlis akadnikah tu, abah aku tak la berpakaian cantik2 segak2 bergaya macam ayah2 pengantin lain. Hanya berkain pelikat lama yang jadi pakaian harian dia, dan mulanya tak berbaju. Tapi disebabkan kena naik waktu nak sign borang tu, dia pakai baju pagoda je. Tapi bukan dia yang sign coz dia bukan boleh pegang pen pun dah..so, abang yang sign.

Bila akad nikah, dia tak de pun. Terus keluar coz dia tak suka rimas2 dengan orang ramai ni. Majlis pun tak de bab2 titis air mata ni termasuk lah aku coz aku dah tersengguk2 waktu menunggu majlis tu selesai. Bayangkan 6.30 petang baru start. Janji lepas Asar. Aku lak dah siap pakai baju lepas Zohor lagi..dengan Asar tak sembahyang lagi..

31.05.2008, Sabtu
Aku bersanding dan dia berkesempatan jumpa semua orang (kawan2 sekerja dia & sedara-mara jauh dan dekat). Tapi aku tak bergambar sekeping pun dengan arwah abah coz dia asyik duduk dan tidur kat bawah pondok kat tepi orang basuh pinggan je. Tetamu pun dia tak layan...

01.06.2008, Ahad
Majlis hantar menantu kat rumah nenek husband aku. Walau tak sihat, sanggup ikut hantar menantu. Dia lah orang pertama yang bersiap. Siap pakai baju Melayu sepasang lagi. Dia yang nak pakai coz kitorang memang lebih suka dia pakai kain pelikat je.

Sejak dia kena strok kali kedua, dia dah tak pandai nak tahan kencing. Kalau nak kencing, dia akan kencing je. Tapi kali ni dia ok sangat. Siap makan lagi baru balik.

02.06.2008, Isnin
Aku balik semula rumah mak coz nak uruskan penghantaran borang ke pejabat agama. Kesian abah, ingat nak bawa dia tapi dia diserang cirit-birit. Tapi bawa jugak dia pergi makan kat rumah Mak Ngah aku. Dia memang suka kalau bawa dia jalan2 naik kereta.

Sedih...kalau dia ada lagi sekarang, mesti dia adalah orang yang sangat2 gembira sebab kami adik beradik akan selalu bawa dia pergi jalan2 naik kereta. Makan angin ke..makan ke..shopping ke..tapi dia dah tak de..sedih...

03.06.2008, Selasa
Petang tu gotong royong turunkan khemah dan kemas semua barang2 kenduri. Boleh pulak bila minum baru perasan yang ada tertinggal satu khemah lagi tak buka. Aku terdengar ada mulut yang bercakap "ni nak kenduri lagi ke?". "Ok jugak kalau ada kenduri lagi. Gantung periuk lagilah kita." Ada lagi seorang yang menyampuk namun khemah tu diturunkan juga.

Abah tengok je orang2 buat kerja, dia nak tolong tak boleh. Tapi bila orang nak minum, dia lah melayan tapi kawan2 dia yang melayan dia jugak sebenarnya.

04.06.2008, Rabu
Aku nak balik KL naik bas je coz husband aku dah balik Kl semalam. Waktu nak salam, aku gi tengok abah kat tempat lepak dia atas kerusi malas kat bilik stor mak tu, tapi abah tidur. Aku tak nak la kejutkan dia, aku dah pergi dua tapak tapi aku berpaling balik. Aku tenung lama je muka abah. Dalam hati aku cakap " Baik aku salam, nanti kalau tak berkesempatan nak salam, aku yang menyesal seumur hidup".

Aku kejut dia tidur dan salam. Sebak, tu je yang aku rasa waktu aku salam dan peluk dia. Rasa berat hati nak tinggalkan dia. Macam rasa untuk kali terakhir je jumpa dia. Mungkin ni sebab aku dah jadi isteri orang dan bukan lagi tanggungjawab dia.

Baru je bas sampai kat Genting Sempah, mak call kata abah jatuh kat tepi jalan. Aku terus call husband aku suruh ambik adik2 aku dan aku tunggu kat Genting Sempah je. Sampai rumah, abah tak kenal orang dan tak sedar. Dia hanya buka mata dan tidur berguling2.

05.06.2008, Khamis
Keadaan abah masih tak berubah, sedar dalam tak sedar..panggil orang yang urut abah waktu mula dia kena strok. Abah lebih tenang. Tidak lagi berguling2 tapi tak kenal orang jugak lagi. Kami balik KL kecuali adik yang bongsu.

06.06.2008, Jumaat
Abah tiba-tiba tak bergerak..bawa ke hospital Raub. Dua jam di bilik kecemasan, akhirnya abah di masukkan ke wad. Tiada harapan..itu kata doctor bila mereka mengatakan buah pinggang abah sudah tidak berfungsi lagi.

Mereka kata kalau nak lebih detail, boleh hantar ke Temerloh untuk rawatan lebih lanjut. tapi adik menolak coz adik kata dia rasa masa abah dah sampai. Kalau ajal dia dah tiba, buat apa kita nak sakitkan dia lagi. Lagipun kat sana kami tak ada sedra mara. Lebih senang di Hospital raub jer.

07.06.2008, Sabtu
Abah macam dah sedar je. Macam ok sikit..Waktu diorang semua keluar minum, aku bacakan surah Yassin untuk dia. Dia seolah2 bertanya pada aku mana semua orang. Aku just cakap kat dia semua orang pergi makan jap. Aku tahu, dia cari mak..tapi abah banyak kali juga diserang seolah-olah sawan.

Sedih..itu je yang aku boleh cakap bila dia diserang sawan, kami terpksa pegang dia dengan kuat. Mungkin itu bukan sawan tapi malaikat telah mencabut nyawa abah sedikit demi sedikit. Mungkin dari hujung jari tangan..mungkin dari hujung jari kaki

08.06.2008, Ahad
Pukul 3.00 pagi kami mendapat panggilan telefon dari adik aku yang jaga abah kata abah diserang sawan yang sangat teruk sampai tak sedarkan diri. Mungkin dah sampai masa untuk dia pergi. Pagi tu aku berbincang dengan nurse, dia pun tak berani cakap apa. Ajal maut di tangan Tuhan. Tunggu doc, aku yang sign surat bawa balik abah. Abah balik menggunakan ambulance, mak yang temankan.

Sepanjang perjalanan dari hospital ke rumah, aku menangis semahu-mahunya. Memohon agar abah tak pergi lagi..belum puas hidup dengan abah

Abah macam sihat je bila sampai rumah kami. Aku duduk sebelah dia sambil makan kuih seri muka. Dia macam tanya aku. Adik cuma suapkan sikit kat mulut abah. Dia rasa dengan lidah dia. Nak bagi banyak takut lekat coz abah bergantung dengan susu melalui tiub yang disambut ke hidung je. Mungkin dia lapar ke apa kami tak tahu.

Dia nampak sangat ok sampai petang tu aku nak balik pun...aku sempat geletek kaki dia..dia ada respon dengan mengalihkan kaki dia. Mungkin dia rasa geli kot..dalam hati aku kata abah mungkin akan sihat. Tak kisah la terbaring asalkan jangan pergi lagi

09.06.2008, Isnin
Birthday aku mak telefon wish kat aku. Aku tanya macamana abah. Mak kata dia ok je. Aku pun dah apply cuti nak jaga abah untuk minggu tu. Half day je kerja pastu terus cabut balik kampung.

Tapi bila sampai rumah, abah dah kaku. Pejam mata tapi dada nya masih berombak cuba bernafas. Sesekali diserang sawan. Aku rasa tak rela..macam masanya sudah sampai. Abang cakap, petang tadi abah berak, najisnya hitam..susu juga tidak masuk ke perut lagi, bercampur dengan sedikit darah dalam tiub.

Petang semalam abang turunkan semua perhiasan2 di dinding rumah termasuk gambar2 kami. Tiba gambar aku, abang kata abah seolah-olah tak bagi diturunkan.

Sedih....lihat keadaan abah, abang & adik yang bongsu drive ke KL bawa balik adik aku yang seorang lagi sebab semua orang kampung kata lebih baik bawa balik, nanti takut tak sempat jumpa.

10.06.2008, Selasa
Sepanjang malam, kami adiik beradik, mak, makcik2 (Mak Ngah & Mek - kakak abah), nenek sedara aku (adik mak abah aku) tidur dekat abah. Abah kejap2 diserang sawan dan sampai yang kali terakhir tu kami aras macam abah akan pergi...

Mak bisikkan kalimah Allah ke telinga abah..abang jugak..kami sedih..membacakan surah Yassin..akhirnya abah pergi...5.40 am..

Aku masih macam tak percaya. Macam nampak dada abah berombak. Aku tanya abang. Aku kata try la tekan dada abah..mungkin abah perlukan bantuan pernafasan...tapi hakikatnya..abah dah pergi...Pergi untuk selamanya...

11.06.2008 - 14.06.2013..
Hati aku kosong..kosong bila teringatkan arwah abah..banyak benda tak sempat buat sebab abah pergi waktu aku baru je mula bertapak dalam dunia pekerjaan. Belum ada duit nak bawa abah jalan-jalan.

Hari ni, kami adik beradik boleh bawa mak jalan2, kami tak pernah lupa abah. Setiap kali naik kereta, abah lah yang kami ingat. Kami akan cerita, kalau abah ada....kalau abah ada...kalau abah ada....

Hari ni...saat Aisy lahir...aku selalu nampak abah pada Aisy..mungkin Aisy ada iras abah...

Aisy suka jalan-jalan naik kereta..Aisy suka makan roti cicah kari..sama macam abah..kami semua makan kuah dal, tapi Aisy suka kari..dia betul2 cucu abah...

Abah, damailah di sana. Rehatlah..nanti kita jumpa..pasti akan jumpa.

#Peace#Happyfathersday#

No comments:

Post a Comment