Thursday, August 4, 2011

Aku Dihambat Masa

Sedar tak sedar hari ni dah masuk hari keempat kita berpuasa. Dan aku rasa aku punya blog pun dah jadi sarang labah-labah. Lama tak update cerita Aisy yang semakin nakal yang sekarang ni suka menggigit.

Kalau dulu tiap-tiap hari boleh mengadap internet sebelum buat kerja dan boleh la nak buat satu entry dalam dua hari. Tapi sekarang, tak de masa langsung. Bermula dari minggu lepas lagi, niat nak bercuti sebab mak buat solat hajat juga terpaksa dibatalkan. Tak balik pun Jumaat minggu lepas sebab kena kerja sampai 1.30am.

Ni semua gara-gara Imigresen officer datang ke office pukul 11.00 pm dan bukannya 4.00 pm seperti yang dijanjikan. Ini pun sebab case kesian foreign worker yang dah ramai datang dari seluruh semenanjung sebab nak buat biometrik la. Kalau tak, pukul 8.00pm lagi aku dah blah bila tak de pegawai Imigresen pun nak jawab telefon confirm datang ke tak. Nasib baik rakan sekerja aku ni gi mengamuk kat Imigresen Pusat Bandar Damansara tu, tu yang diorang datang gak.

Minggu ni lak sibuk ngan program pendaftaran 6P. Kes pemutihan pekerja asing la ni. Bos yang kaya kaut untung tapi kami staff ni macam kuli batak je. Dah la gaji janji nak naik tak naik-naik. Kata nak naik bulan Aug ni. Tak tahu la naik ke tak, bonus pun tak tahu ada ke tak. Office mate aku seorang ni dah dapat kerja lain, confirm nak berhenti dah. Aku pun nak tunggu maternity leave je, pastu aku pun nak blah. Rasa rugi dok sini lama-lama.

Kalau cerita tentang kerja memang sakit je sekarang ni. Mintak-mintak dimurahkan rezeki untuk anak yang kedua ni. Dapat kerja lain dan masa yang sama dapat kekuatan nak mulakan bisnes. Rasa rugi asyik makan gaji je. Kalau tak berani sampai bila pun kita takkan berjaya kan!!!!Harap dipermudahkan segala urusan.

Sekarang kandungan masuk ke minggu ke 30. dah tak larat rasanya coz perut asyik mengeras je. Nasib baik tak de problem darah tinggi macam dulu. Kaki pun tak bengkak-bengkak macam dulu. Cuma bulan lepas je ada problem hb darah 10 lebih je. Sekarang hb dah naik jadi 12 lebih semula. So ok la.

Jantina untuk adik Aisy ni tak tahu lagi girl or boy. Tak kisah lah, janji selamat dan sihat. Anak perempuan ni sebenarnya bagus coz sampai dia ada anak pun dia mesti sayangkan kita dan utamakan kita. Tapi anak lelaki ni, bila dah ada girlfriend pun dah kurang mesra dengan keluarga. Apatah lagi kalau dah kahwin. Nanti mesti nak utamakan isteri dan anak-anak lak. Tapi macamana pun. mesti kena ada anak lelaki walaupun seorang.

Adik Aisy ni lagi hebat dari Aisy. Aisy dulu tak la bergerak hebat sangat dalam perut, tapi yang kali ni aktif gila. Bila bergerak-gerak rasa macam sakit lak. Ada masa sampai asyik nak ke tandas je. Kali ni gak rasanya macam perut nipis je sampai boleh rasa la kemampatan baby dalam perut tu. Pegang setiap tempat pun dapat rasa cuma tak tahu tu part apa. Tapi tak berani tekan kuat-kuat coz takut tercedera lak. Tapi mungkin paha, lutut, kaki atau punggung je coz kepala dah turun bawah.

Tentang puasa lak, alhamdulillah. Walaupun dah masuk minggu ke 30, masih lagi kuat nak berpuasa. Dua tahun lepas waktu pregnantkan Aisy, aku tak sarat sangat. Kandungan masih berusia 5 bulan, so masih kuat dan dapat berpuasa penuh. dan harap-harap kali ni juga.

Hari pertama puasa husband tak de selera nak makan nasi, tekak aku jugak. So kami memilih untuk makan mee sup je. Lagi pun Aisy memang sangat-sangat suka mee sup. Pergi Bazar Ramadhan pun cuma beli kuih tepung pelita je. Itu pun aku je yang makan coz husband bukan penggemar kuih muih.

Hari kedua lak husband pilih untuk membeli lauk gulai kawah (kari daging) ngan kurma ayam. Gulai kawah tu ok, sedap tapi kurma ayam tu tak berapa sedap la. Sedap lagi aku masak walaupun aku bukannya pandai masak pun.

Untuk manisan berbuka puasa aku masak sira pisang je coz tak sempat la nak buat kuih-kuih ni. Cuma lepas tu nak buat kuih cek mek tapi aku tersalah beli ubi keledek. Ubi keledek tu terlalu lembik so tambah tepung macamana pun tak boleh gak uli. Sudahnya dapat buat empat ketul cek mek je coz susah sangat nak uli kan, yang selebihnya terpaksa buang.

Hari ketiga berpuasa lak, husband nak makan kari ketam. Sekarang ni kena ikut selera dia kalau lauk-lauk ni. Kalau tak ikut, nanti dia tak makan. Kesian kat dia, kerja teruk tengah panas kalau tak selera makan nanti puasa dia terbocor lak. Aku lak puasa-puasa ni mana kesah ke nasi sangat. Aku suka makan kuih-muih atau pun something yang bukan nasi. So petang semalam sempat buah melaka aka onde-onde. Pastu makan buah-buahan dan air je dah kenyang.

Hari ni tak tahu lah nak masak apa tapi malam ni nak hantar Aisy balik kampung. Esok nursery half day je, so tak de sape nak ambik Aisy tengahari tu. Ni yang kena hantar Aisy balik kampung. Nasib baik mak tak berangkat lagi ke Mekah, kalau tak aku je lah yang terpaksa cuti. Rasanya nak makan kat rumah mak je la untuk malam ni. Tapi kena la beli kuih-kuih untuk alas perut dulu.

Cerita tentang kerja dah, cerita tentang pregnancy dah, cerita tentang puasa pun dah. Sekarang nak update tentang Aisy lak.

Dia sekarang suka sangat nak menggigit. Tahulah dah ada gigi. Dia suka gigit aku bila husband aku usik dia. Dia kan tak suka kalau husband aku peluk-peluk aku ke, tapi tu yang husband aku buat. Saje nak tengok budak tu marah. Tapi yang aku geramnya Aisy bukan tampar muka abah dia tapi tampar muka aku lak. Bukan jugak gigit tangan abah dia tapi gigit tangan aku. Geram aku dibuatnya kat dua beranak ni. Kita dah la tak larat, nak berehat-rehat pun tak boleh. Sorang suka mengusik, sorang lagi lak tak reti nak marah abah dia. Yang jadi mangsanya aku lah.

Aisy sekarang ni suka sangat tidur lewat. Sampai tak larat dah mata aku nak bersengkang main ngan dia. Sampai ada masa aku marah je dia. Kalau dia main mainan je tak pe, ini ntah apa-apa yang dia buat main. Kadang selongkar baju, kadang panjat sofa dan duduk kat hujung sofa tu. Kadang nak main kunci buka tutup almari baju.

Yang paling aku tak suka bila dia asyik suruh buka semua dan segala benda yang ada depan mata dia. Kalau ada handphone, handphone tu la kita ceraikan batery dia coz dia pasang semula. Kalau mainan dia asyik nak screwdriver je nak buka tempat batery. Kalau botol air lak asyik nak buka penutup botol je. Main buka tutup buka tutup sampai tension la aku dibuatnya.

Boleh hari Jumaat tu aku dah la sampai rumah pukul 2.00 am, bila sampai rumah je tengok Aisy sedang asyik menonton tv tapi abah dia sedang nyenyak tidur. Tak de la peluang aku nak lelap mata walaupun kaki dah bengkak coz berdiri terlalu lama, suara dah tak de coz asyik menjerit je ngan foreign worker yang tak reti bahasa tu. Sudahnya aku tak tahan lagi bila dah 5.30 am dia tak nak tidur. Aku kejut abah dia lak tolong jaga anak kecik tu.

Budak kecik tu dah pandai cakap macam-macam. Senang la faham apa dia nak dan apa yang dia tak nak. Kalau dia terbuang pun dah pandai cakap suruh basuh. Kalau nak basuh pun dah tahu nak basuh kat mana sama ada kat sinki atau bilik air.

Budak kecik tu pandai sangat. Sekarang ni dia kurang selera nak makan nasi. Dia asyik minum susu je, sudahnya asyik membuang je. Sebab dari kecik memang minum Dumex, aku takut susu tu tak sesuai. Aku baca info kalau budak asyik cirit je kena tukar susu dan bagi susu yang free lactose.

Beli Dumex free lactose, dia tak nak minum coz tawar kot. Tukar Anmum lak coz tiada gula tambahan tapi sama gak. Dia tak nak. Dia tau mana susu dia selalu minum ngan susu yang baru. Sudahnya guna lah susu-susu yang free lactose ni untuk dia kalau dia tengah tidur nangis-nangis nak susu tengah malam. Itupun dalam tidur dia minum macam terpaksa je coz lapar. Daripada buang kan, tu je caranya nak gunakan susu tu.

Aisy sekarang ni suka sangat menyanyi. Terutama lagu Alif Aziz ke sape yang budak Singapura tu. Lagu duet tu la.."Kalau cinta....". Lagu tu semua orang kena tau. Dia akan nyanyi dulu lepas tu dia akan sebut nama seorang2 suruh nyanyi lak. Adik aku ngan abah dia memang hafal la lagu tu. Aku je yang tak hafal-hafal lagi lagu tu.

Panjang sungguh entry kali ni. Balas dendam coz tak update dua minggu punya cerita. Anyway nak ucap Selamat Berpuasa pada semua pembaca-pembaca blog dan juga bloggers. Tak terlewat lagi kan!!!!!!

No comments:

Post a Comment