Friday, July 29, 2011

Sedih Tapi Bangga

Kecewa sungguh dengan kekalahan malam tadi. Huhuhu..tapi tetap terharu dengan semangat pasukan Harimau Malaya kita yang berjuang hingga ke saat-saat akhir.

Aku paling bangga dengan Khairul Fahmi aka GK pasukan Malaysia malam tadi. Aku rasa kalau keeper Sharbani tu dah lama bolos. Semalam cuma satu gol tu bolos sebab langsung tak de defend.

Hari tu main kat Singapura pun kesilapan banyak kat defend, kali ni pun sama. Aku pun tak faham kenapa boleh defend semua nak naik atas. Bukan ke paling koman mesti ada seorang la back up kat belakang ngan keeper????


Wajah kecewa

Nak buat macamana..Singapura tu kebanyakan pun pemain import je. Kalau setakat rakyat dia, main lebih kurang macam kita. Dan yang pasti pemain kita lebih baik dari diorang.

Semalam gak nampak muka sedih Safii Sali kan!!!!Dia kecewa, sangat kecewa kerana ada peluang tapi banyak jugak disia-sia kan.

Apa pun, aku tetap bangga dengan Harimau Malaya kita. Emmm...lepas ni dah tak de game la nak tengok. Cuma yang ada kelayakan olimpik je. Itu pun tak tau la ada live kat tv ke tak...

Note: Bukan aku & my by by je bersorak goal semalam, tapi Aisy pun sama. Terus ambik ball dia dan gelecek ball tu dan sepak ke arah aku. Sambil jerit, "Goal". Aisy ada talent jadi pemain bola sepak wanita la, abah dia kata nak train Aisy jadi profesional.

No comments:

Post a Comment