Wednesday, July 13, 2011

Aisy Sudah Tunjuk Hero

Budak kecik yang tak lama lagi nak jadi kakak ni sekarang dah berani dengan kucing.

Kalau sebelum ni, atau paling akhir adalah di waktu tengahari di hari Ahad adalah terlalu penakut dengan kucing. Suka kucing tapi bila kucing datang dekat dia akan lari.

Tapi tidak lagi setelah petang menjelma ketika selepas Asar. Selesai usai solat Asar aku dengar kecoh di luar rumah mak. Ingatkan kenapa, rupanya Aisy sedang mencuba memegang kucing yang mana dikawal oleh abah dia. Abah dia cuba mengajar untuk membelai kucing tapi Aisy adalah mencekik kucing.


Tengok budak kecik ni dah jadi hero cuba mengangkat kucing

Kucing adalah yang berusia hampir dua bulan bukan yang bapak-bapak atau mak-mak kucing ye. Sebab tu dia boleh angkat dan lempar kucing. Boleh juga mencekik kucing tersebut.


Kucing nak minum susu pun tak senang

Masih geram dengan kucing

Abah cuba mengajar membelai kucing

Seronok tengok aksi dia menangkap kucing tapi semua foto-foto dan video ada dalam kamera adik aku. Hp aku kebetulan kehabisan batery tu yang tak dapat nak upload pic dalam entry ni.

Dan semenjak itu, pantang jumpa kucing, "Cat! Nak..nak nak..". Terus nak pegang kucing. Tapi tak boleh bagi selalu coz Aisy adalah budak yang alergic. takut bulu kucing akan membawa asma pulak. Nanti baru upload pic tu.

No comments:

Post a Comment